Thanks For Your Support

Thursday, April 7, 2022

Pengalaman Buat IC Anak 12 Tahun


Tetiba rajin pulak nak share pengalaman buat IC anak yang dah genap 12 tahun.

Kami buat di Plaza Shah Alam aka Plaza Masalam kat seksyen 9 Shah Alam.

Atau, uol boleh je buka laman web Jabatan Pendaftaran Negara, kemudian tengok lokasi JPN yang berdekatan atau yang uol selesa untuk jadikan pilihan.

Sebelum ni kami sentiasa buat IC dan surat beranak di JPN Kompleks Mutiara KL. Tapi, kali ni nak tukar suasana. Sebab Plaza Masalam ni bawah ada shopping Mall. Heheh. Boleh la sejam dua sambil tunggu IC siap tu, kita berjalan dulu cuci mata atau makan-makan kat mall tu.

Tapi, kami buat IC ni di bulan puasa. Bulan Ramadhan. Wajib menahan diri dari lapar dan dahaga. Maka, lepas buat ic, balik terus ke rumah. Tak tunggu dah. Tak singgah mall dah. Sebab ada urusan sekolah kakak pulak.

Apa procedure nak buat IC anak 12 tahun ni?
Procedure sebelum ke JPN tu nanti,
✅Pertama, surat beranak kena ada.
✅Pen bawa sendiri walau JPN ada sediakan pen. Bawa sendiri lebih hygiene dan mudah nak menulis.
✅Ic mak atau ayah yang membawanya kena bawa.
✅Tudung pakai warna Royal Blue la kalau nak selamat. Hitam tak sure. Sebab dulu pernah pakai hitam tak boleh. Pakai kuning tak boleh. Part warna ni, memang tak tau apa syarat sebenar JPN. Maka, saranan sal, pakai je Royal Blue. Sebab kami tiga beranak, semua lepas pakai warna Royal Blue.

Berapa cas bayaran buat IC?
RM10 untuk proses
Kalau denda, tak sure berapa. Sebab kalau ikutkan dah lewat kami buat ni. Lewat 8 bulan dah. Tapi tak kena denda pun. Sebab tahun lepad masa Adik 12 tahun bulan August, kita semua masih dalam fasa Pendemik. Masih PKPD. Dan masa tu tengah kritikal sebaran virus Delta di Malaysia.

Kami buat IC Adik kali ni di Plaza Masalam. Buka pukul 8 pagi. Pukul 10 pagi dah ramai. Jadi kalau boleh datang sebelum 10 pagi untuk elakkan beratur panjang.

Tapi ok la JPN Shah Alam ni. Sebab kaunter banyak yang buka. Staff pun ada budi bicara.

Bayaran boleh dibuat guna wave juga jika tak ada cash. Tapi kalau nak keluarkan cash juga, boleh masuk mall Plaza Masalam dan keluarkan duit.

Bila dah sampai JPN tingkat 6, ambil nombor di main entrance. Kat sini kena siap-siap tunjuk ic mak atau pak, dan surat beranak.

Kami tak bawa surat beranak. Maka kena la naik atas, tingkat 7 keluarkan surat beranak dan bayar RM5. Dapat la surat beranak original yang warna hijau tu. Suami suruh sal duduk aje dengan Adik kat tingkat 6 sementara dia ambil surat beranak.


Sambil tunggu tu sal isi borang JPN dulu.


Ni suami tengah que untuk nombor giliran lepas lengkap ada surat beranak.


Dah siap isi borang, adik kena sign. Wahhhh ada tandatangan, kata mama kat adik. Malu-malu dia bila kena usik.


Kami datang sebelum 10, jadi tak berapa ramai lagi masa ni. Dan kaunter pun Alhamdulillah laju. Bagus JPJ Shah Alam ni buka semua kaunter. Jadi, tak terasa lama sangat nak tunggu turn.

Lagipun, macam-macam bunyi batuk dan bersin ada kat sini. Jadi, memang patut kena laju kan service dengan cara membuka semua kaunter perkhidmatan. Supaya urusan segera selesai tanpa perlu duduk di kawasan tertutup macam tu melebihi sejam.


Dah siap proses cop Jari dan ambik gambar, boleh balik dah. Atau ikut la kalau nak tunggu dua jam.

Kalau nak datang the next day pun boleh. Just bawa resit je. Tak perlu bawa anak dah masa nak ambil IC yang dah siap.


Ni wajah ceria adik sebelum sampai JPN
Mama siap pakaikan CC cream Cozuma. Bagi comel lebih sikit dalam gambar. Bibir tu oles sikit je dengan lipstik satin luxe Cozuma. Kening pula, mama sikat dengan eyebrow pencil Cozuma. 


Lepas siap buat IC, terus pecut bawa kakak kejar bilik SPBT pula.

Sebab hari tu tak boleh ambik buku teks. Kakak kena Covid Omicron masa time ambik buku teks 3 minggu lepas.


Rajin kakak dengan adik ni. Mama sentiasa doakan semoga kakak dengan adik juga Muhammad dipermudahkan segala urusan, di pertemukan dengan orang-orang yang baik membantu seikhlas hati, dan dirahmati Allah dunia akhirat kerana taat suruhan Allah.