Thanks For Your Support

Saturday, March 19, 2022

Vitamin C Dan Vitamin D3 Sahajidah Hai O


Tercari-cari Vitamin C untuk bekalan harian anda?

Jom cuba Puri-C yang baru saja dikeluarkan pada 21 March 2022 ni.

Vitamin C dengan gabungan Vitamin D3 yang sangat sesuai diamalkan oleh semua golongan. 

Boleh baca satu persatu keterangan yang ada pada gambar-gambar di bawah. 

Apa kelebihan Vitamin C?
Apa bahan yang digunakan dalam Vitamin C ni?
Teknologi apa yang digunakan untuk Vitamin C yang 100% semulajadi ni?


































Berminat nak jadi Agent atau Dropship, jom daftar secara PERCUMA sekarang jika anda terus dapatkan 4 kotak sekarang.


Postage pun PERCUMA jika beli 4 kotak


HARGA JUAL RM71

HARGA AHLI RM59


011-1631 1641


Tuesday, March 8, 2022

Pengalaman Gugur Dan Review D&C di Putra Medical Center

Bismillah

Berabuk blog.
Kembali kali ni untuk berkongsi tentang pengalaman hamil, dan keguguran. 

Kisah dia macam ni,

Masa dua minggu lewat period, sal dah start rasa perubahan pada selera makan. Dah boleh agak dah, “memang pregnant ni”. 

Sebab sal jenis regular datang bulan. Tapi kali ni dah 1 minggu lewat.


Ni la rupa orang tengah pregnant dua minggu. Masa ni tak expect pun pregnant.


Patut rasa diri sendiri chubby dan cepat rasa letih. Gembur tanah sikit aje pun, dia punya letih tu tercungap-cungap. Siap Pakej terus tido.


Muka pun jadi sembab sebab banyak tido siangkan. Biasa la, pembawakan rupanya. Asal makan, lepas tu confirm lena. Maknanya dalam sehari, pagi tghari petang malam memang sal akan ada waktu tidur. Mujur la kerja sendiri. Rasa ngantok, lena aje.


Tapi masa ni tak check HCG dan tak jumpa doktor pun lagi. Sebab rasa tak selesa badan tu, lebih kurang macam nak period je.


Dan masih assume, “memang lewat kot period kali ni” sebab bebenang putih macam nak period tu ada je keluar setiap kali buang air.


Tapi selera makan tu dah lain macam. Nak-nak masa ni. Tengahari ni, pergi makan kat Banting. Sepinggan nasi dan semangkuk lauk tak cukup. Kena tambah lagi satu set. Memang tahap lapar tu, kalau tak dapat makan secukupnya, rasa nak menangis. 


Muka nampak berseri ni sebab apps ye kawan-kawan. Bukan sebab pembawakan😅

premium beautiful therapant theravest banting selangor
Kami makan tengahari di Asam pedas Merecik Hawau di Banting. Ok la rasa dia. Tetel Asam Pedas not bad. Lepas tu masak lemak pipi ke, kulit lembu ntah, pun sedap. Kuah masak lemak tu sedap.


Lepas photoshoot kat Elmina Bridge, makan kat Asam Pedas Merecik Hawau, kami singgah Morib jap. Kami solat zuhur dan asar kat surau tepi laut Morib ni.


Masa kat sini la start rasa badan lain macam sangat. Loya betul. Mual sangat. Sal bukan pemabuk laut. Tapi kalt sini tiba-tiba lain macam loya dia. Air liur pun rasa banyak je. Mulut rasa macam ada duit syiling, rasa besi macam tu la. Suhu badan jadi panas tapi bukan demam. Dia jadi berhaba kalau pegang orang. 
Bau goreng je jadi loya. Suami yang rajin mandi tu pun bau busuk aje. Hahaa.

Tu tanda atau ciri-ciri mengandung rupanya. 

Dah 9 tahun tak ada isi kan. Jadi banyak yang dah lupa. Lagipun masa tiga kali mengandung sebelum ni, tak rasa seteruk ni.

Lepas tu, masa kat Morib ni, tiba-tiba je teringin sangat nak air kedondong asam boi. Dia punya teringin tu tak boleh control dah. Rasa nak terus minum time tu jugak. Tak dapat rasa nak menangis. Memang ngada sangat feel dia tapi bukan di buat-buat.

Nafsu makan jangan kata. Tak boleh lapar sikit. Rasa nak makan tu sentiasa ada. Kuat betul rasa teringin tu.  Tu yang lepas photoshoot kat Elmina Bridge, kami terus ke Banting cari asam pedas hawau ori Melaka. 

Subhanallah baiknya suami melayan aje tekak isteri. Walaupun kami memang tak tau pun pregnant masa ni.

Cuma jadi pelik dari segi mengadanya nak makan sesuatu. Kalau tak ngandung pun, sal memang selalu minta suami belikan macam-macam makanan. Dah ngandung ni, lagi laaaa melampau lampau rasa nak makan itu ini.

Asam jeruk yang sal dah bertahun tak makan, tiba-tiba teringin sangat. Suka pulak makan masam-masam. 


Lepas tu, sal suka makan sup sup atau benda berkuah je. Macam macam jenis sup nak cuba. Hari-hari cari sup.


Tempat fabret makan sup, adalah kat Bocah Cafe Ijok. Sup kambing dia MashaAllah. Sedap. Berkali-kali suami sabar dok ulang bawa ke sini. Boleh katakan setiap hari. Dah jadi port rutin makan malam untuk isteri. 


Ni pulak kat Kota Damansara. Badan memang rasa tak sedap sangat masa ni. Tak sedap tu sebab rasa loya dan air liur banyak. Mual. cepat letih.

Bermula la episod nak makan sup sup, jenis berkuah dan suka minum air kedondong asam boi. Tetiba je suka. Memang sebelum ni, air kedondong asam boi bukan lah pilihan dalam kehidupan. Tak suka pun air asam boi. Huhu.

Sampai kan tiap malam je, sal akan scroll food panda order air kedondong asam boi. Dasyat sungguh ye rasa teringin masa mengandung ni.
.
.
.
Bermula la kisah rutin Check Up Kehamilan di Putra Medical Center atau sal ringkaskan kat
Blog ni, PMC je la ye.


9/12/2021
Khamis

Janggal nya rasa. Dah 9 tahun tak buat rutin checkup. Sampaikan nak urine test pun tak reti. Berkali kali tanya kat staff nurse di kaunter, cara untuk celup hasil urine tu macam mana.

Jumpa doktor buat pertama kali. 
Asalnya Sal ajak suami gi Klinik
kesihatan Ijok. Suami kata 
"terus ke PMC aje la yang. Sebab dia kata tak nak kena tunggu lama, dan kita tak tau doktor mana yang akan checkup awak"

"Kat PMC kita dah pernah dapatkan full consultation dari Doktor Wan Ratna, masa pregnant Muhammad dulu"

 Jadi, suami kata kita dah tau Dr Ratna tu macam mana. Trusted gynae. Sal pun proceed aje la ke PMC.

Dari mengandung Muhammad yang no 3 tu lagi kami dah biasa checkup ke sana. Jadi proceed terus ke hospital yang sama. 

Berat 55.5kg masa ni. Wowww. Mendadak naik dari 51kg.

Kos check kehamilan boleh refer slip.
Sal share kos ni dengan niat dan tujuan untuk memudahkan rujukan pada mereka yang mencari info. Untuk mereka yang memerlukan maklumat bagi buat pilihan hospital mana yang mereka nak pilih untuk checkup hamil atau isu kesihatan kewanitaan di Area KL Selangor. 

Macam sal pun, ada je sal buat research tentang kos untuk pilih klinik atau hospital mana yang sesuai dengan bajet dan selesa kita. Selesa dari segi jarak pun perlu diambil kira.

Untuk check up pertama kali ni,
Ikut scan baru 5 minggu. Tapi ikut tarikh period, dah 8 minggu.
Dan due date 22/7/22


Test urine ni beli masa balik Sungai Nibong Sekinchan, masa makan Mee Udang Terapung tu. 


Ni gambar scan kali pertama.
Doktor Ratna kata “kantung membulat cantik aje. Tapi baby kecik sangat, tak boleh nampak. Heart beat pun tak nampak lagi. Jadi, kita bagi masa 2 minggu lagi ye Salleha. Doktor bagi Acid folic dan Duphaston untuk kuat rahim”

Masa ni dah rasa lain macam.
Sebab, pengalaman lama, tiga-tiga anak, masa 4 minggu dah ada heart beat. Jelas nampak.

Tapi, sal fikir positif aje. Berlapang dada seadanya. Berserah 100 peratus pada Allah. Apa yang terbaik untuk
Kami, kami bersedia terima dengan hati yang redha. Menjadinya bayi, kami bersyukur. Ditakdirkan tiada rezeki
Membesarkannya di dunia, kami redha.

Balik dengan bekalan ubat Duphaston untuk kuat rahim dan folic acid.

Folic Acid tu sebenarnya boleh beli kat Farmasi je. Sekotak ada 90 biji RM60 kalau tak silap.


Ni beli kat hospital. 
Duphaston 28 biji
Folic Acid 15 biji
RM145😅
MashaAllah 


Ni yang beli kat farmasi luar. Sebijik sama dengan ubat dari hospital yang 15biji tu. Kat farmasi RM60 je untuk 90 biji.

Mungkin Duphaston kot yang mahal kan.


23/12/2021
Khamis
Selepas 2 minggu,
Ulang checkup seperti tarikh yang ditetapkan oleh Dr Ratna. 

Sampai PMC macam biasa, check kencing, ambik tekanan darah, check berat, check oksigen. Berat dah 57kg masa ni. Seminggu naik sekilo. Wow patut bulat je muka.

Masuk bilik doktor, check perut dulu. Lepas tu doktor minta scan bawah. Buat TransVaginalScan atau TVS nama singkatan dia. Sebab tak nampak baby masa scan perut.

SAKIT TAK TVS?
Jangan risau, tak sakit pun TVS ni.
Just segan aje la kan. Sebab kena scan dari bawah, Mujur memang boleh pilih doktor perempuan. 


TVS pun tak nampak tumbesaran baby. Apatah lagi heart beat. Kantung pun dah tak berapa bulat. Yolk sac pun tak mengecik. Sebab doktor kata, kalau baby membesar elok, yolk sac tu akan makin mengecik. Tapi melalui TVS nampak yolk sac besar.

Doktor bagi masa seminggu lagi untuk repeat dan bagi final result, samada memang kandungan dapat diteruskan atau tidak.

30/12/2021
Khamis
Repeat lagi appointment.
Kali ketiga kali ni.
Terus buat TVS je. Tak ada scan perut dah.
Dan result dia………
Yolk sac pun dah start pecah-pecah dah. Besar kemungkinan memang tak kan ada rezeki. 

Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kami.

Doktor bagi masa seminggu lagi, jika kandungan tak gugur sendiri, kena serah diri. Bahasa pasar dia orang panggil, kena korek. 

Tujuan dia, untuk elak infection dan tumpah darah yang banyak. Sebab doktor kata kantung sal besar. Almost 4 cm, berkemungkinan pendarahan berat boleh terjadi jika nak tunggu lama lagi.




Ni gambar menunggu kali ketiga datang scan. Memang keje kami ulang alik PMC aje la kali ni lepas dah bertahun tak jejak kaki kat sini.


31/12/2021
Jumaat
10.30 malam
Masa nak bersihkan diri sebelum tidur, perasan ada sikit lendir kenyal warna kelabu kelabu coklat hitam. Tak banyak. Sakit pun tak ada. Tu tanda dah start gugur la tu. Tanda awal.

1/1/2022
Sabtu
Siang tu tak rasa apa pun. Perasaan pun blur blur je. Tak tau nak fikir apa. Just stay at home in the morning. Malas nak keluar cari makan. Selalu sal la beriya kalau suami ajak keluar, walau just pegi makan. 

Tapi, sebab dah start turun tanda gugur, perasaan kuat nak makan itu ini macam sebelum ni hilang. Tak tau nak rasa apa masa ni. So just baring. Pakai stokin. Pakai Therapant. Lepas tu bersiap dan tunggu zuhor, nak keluar pergi kenduri kawin. Sempat lagi tu nak makan nasi minyak. Sebab lepas ni nak bermula episod pantang kan.

So, lepas zuhor tu, dengan sauk baju peplum Infinence color peach kelabu dan bertudung kelabu, terus keluar rumah. 

Kami ke Monterez Subang. Tak jauh pun dengan rumah. 

Sampai sana, sal dan suami je turun. Anak-anak bertiga stay dalam kereta. Sebab by RSVP dua orang saja dibenarkan masuk.

Berjalan la kami berdua.

Nafsu makan tak sebesar masa kandungan masih ada. Tapi, tetap nak makan semua menu yang ada. Termasuk lah kek pengantin.

Masa ni jalan tak berapa ok. Rasa pusing je. Maybe sebab banyak baring. Lepas tu banyak fikir samada nak biarkan kantung gugur sendiri, atau cepat-cepat serah diri buat cuci rahim orang panggil.

 Dan hari ni dah start makan Herba Maharani sebab doktor pun dah confirmkan pembesaran bayi tak menjadi. Sal tak makan Herba Maharani banyak sangat. Just telan 10 biji je waktu pagi. Just untuk Topup tenaga. Sebab tengah lemah kan masa ni.

Nak turun tangga, suami pimpinkan. 

Lepas makan kenduri, balik rumah terus. Kalau gagah ni, mau lepas kenduri merayap lagi. Tapi, memang merayap pun. Sal ajak suami singgah tasik area rumah jap. Nak bagi ikan makan roti yang kami bawa sekali. Haha, sempat kan.

Tapi dapat bagi ikan makan kejap je. Ikan pun macam dah kenyang je, tak muncul muncul pun.

Kami gerak balik sebab hujan renyai mula turun. Cepat-cepat suami ajak balik sebab nak jaga kesihatan isteri dan anak-anak yang mula dibasahi hujan.

Malam tu, sebelum tido bersihkan diri. Dan sekali lagi ada cecair kenyal warna coklat gelap keluar. Tak banyak dan tak sakit Alhamdulillah.

2/1/2022
Ahad
Pagi ni terbaring lagi. Pakai stokin dan Therapant. Sebab hujan seharian kan. Sejuk. Kita selamatkan kaki dari mengkarung ek orang panggil? 
Yang tarik betis sakit ya amat tu. Memang lega sungguh kaki ber Therapant atau ber Long Girdle Premium Beautiful. Sebab sepanjang ngandung Muhammad 9 tahun lepas pun, tak ada langsung tarik mengkarung. Sebab masa tu dah pakai Premium Beautiful Long Girdle.

Pagi tadi makan Herba Maharani 10 biji lagi. Tengahari 10 biji. Petang 10 biji.

Tak berani nak makan banyak. Sebab takut jantung laju.

Alhamdulillah badan tak lemau bila makan Herba Maharani dalam tempuh nak gugur ni. 

Malam, sebelum tido bersihkan diri lagi. Kali ni keluar lendir kenyal yang agak panjang dan warna sangat gelap dan ada jernih sikit kat hujung dia. 

Dan start keluar darah pekat. Tak banyak dan tak sakit lagi Alhamdulillah.

3/1/2022
Isnin
Subuh nak solat, bersihkan diri. Kali ni keluar darah merah dan hancur hancur. Tak banyak dan Alhamdulillah tak sakit. 

Malam tadi dah usap perut.
Sambil minta maaf kat baby sebab tak dapat jaga dia kat dunia ni. Mama ayah redha jika tak di beri rezeki dalam bentuk baby kali ni. Jadi, keluar lah dari rahim mama dengan bersih tanpa menyakitkan. Banyak kali sebut, sambil zikir mohon Allah mudahkan cara.

Lepas tu bagi tau suami apa yang keluar pagi tadi. Sambil sebak tak dapat tahan air mata. Suami peluk cakap sabar sayang. Suami minta maaf kat sal. Berkali-kali dia minta maaf. Dia pula yang minta maaf. Sebab kata dia, sal pregnant sebab dia. Dia susah hati. Sebab dia tau kalau ngandung, nak bawa badan bukan senang, nanti nak bersalin sakit sangat pulak tu. 

Dia cukup takut sal sakit. Sebab suami pernah sakit November 2020. 2 minggu mengerang sakit sebab batu karang. Memulas pinggang. Sebijik
Macam sakit orang nak bersalin. Jadi, bila dia tau sal pregnant, susahnya hati dia bila fikirkan kesakitan yang bakal di tanggung oleh isteri.

Selama ni, dari 5 minggu tau ada potensi early mis carriage, rasa sedih tu boleh cover lagi. Sebab masih rasa ada harapan. 

Tapi pagi ni, dah mula keluar darah hancur-hancur, rasa sedih tu tak boleh sorok. Tu yang termenangis dekat suami. Suami sal tak boleh tengok sal sedih. Dia mesti susah hati. Nampak la dia pun lap air mata bila dia berpaling bangun menuju ke pintu. Love u sayang. Suami mithali Alhamdulillah in shaa Allah. Semoga kesabaran dan kegigihan suami menjaga kami semua, diredhai Allah. 

4/1/2021
Selasa
Pagi tu, lepas suami siap basuh dan keringkan kain 3 beg laundry, suami ajak sal siap-siap gi Putra Medical Center. 

Sal nak tak nak je pergi. Macam nak tunggu esok pulak. Sebab takut isi rahim tak keluar habis lagi. Konon dengan harapan, bila tunggu keluar habis, kalau appointment dengan Doktor khamis ni, iaitu lagi dua hari, tak ada la sal kena warded untuk D&C.


Pukul 11 pagi selasa, pergi la kami sekeluarga ke PMC.


Tiba-tiba datang mode nak pergi jumpa doktor. Sebab nak scan perut. Rasa macam banyak keluar dah isi dari 31/12/2021 lepas. Kira 4 hari dah la sikit-sikit isi rahim keluar.

Apa yang keluar?
Sal share step by step.

 Sebab mesti ada yang tercari-cari ilmu pasal keguguran awal kehamilan ni kan. Sebab sal pun sama. Sal tercari-cari info tentang darah dan jenis lendir yang macam mana akan keluar dari rahim kita bila mula keguguran.

Mula-mula keluar lendir putih susu yang pekat, campur coklat sikit. Lendir  tu kenyal panjang.

Lepas tu akan keluar tompokan darah sebesar ibu jari. Masa ni, kalau boleh pakai panty cerah atau alas sekali panty liner.

Lepas tu, keluar darah ketul yang merah pekat. Macam darah beku. Tapi tak banyak. Besar kuku ibu jari kaki je.

Lepas tu keluar gumpalan panjang warna coklat gelap, kelabu hitam, dan ada putih jernih sikit. Macam tali pusat pulak tengok. Siap ada jalur urat. Nak share gambar kat sini takut ada yang kata sal ni pengotor pulak nanti. Tapi, sal sendiri siap google nak cari bentuk-bentuk darah keguguran tu. 

Sebab orang yang gugur ni, biasanya dia mesti nak cari rujukan melalui pembacaan juga. Sal pun tak pernah ada pengalaman keguguran. Dan nak tanya orang, macam tak ready lagi nak share kisah keguguran kita. Cuma masa ni sal share dengan sahabat sal yang dah ada pengalaman 3 kali keguguran. Beliau gugur 3 anak pertama. Anak keempat dan kelima Alhamdulillah Allah izinkan bersamanya di dunia dan in shaa Allah di syurga.

Ok sambung balik darah apa yang keluar masa gugur. Ni pengalaman sal ye. Setiap orang pengalaman mereka berbeza. 

Lepas tu keluar balik darah beku merah.

Lepas tu keluar macam darah ikan dan macam gumpalan hati ayam. 

Lepas tu, baru start keluar darah hancur hancur macam darah period.

Dah start keluar macam darah period, baru sal yakin nak gi hospital. Walau ikutkan tarikh jumpa doktor balik adalah lagi dua hari.

Dah bersiap tu, terus keluar. Pergi bawa anak-anak makan dulu. Makan nasi ayam madu. Makan kat restoren sebelah PMC je. PMC tu Putra Medical Centre.

Sal tak makan. Sebab konon puasa dulu. Takut kang scan doktor kata kena warded buat D&C. Nak buat D&C kena puasa 6 jam.

So, sal pun tak makan la dari bangun tido subuh tadi sampai pukul 12.30 tghari.

Siap makan, baru masuk PMC. Pegi kaunter nampak nama Dr Ratna tak ada kat board utama kaunter pendaftaran. Dalam hati, doktor kat bilik bedah kot ada orang nak bersalin.

Kemudian, tanya staff, nak jumpa doktor. Staf tanya ada appointment ke? 
Sal kata tak ada. Tapi saya dah start keluar tanda, dah 4 hari.

Jadi, mereka terima je. Dan anggap sebagai kecemasan. Walaupun tak ada la yang cemas pun kan. Sebab Alhamdulillah  boleh berjalan macam biasa lagi.

Kali ni datang tanpa urine test 😭
Janggal rasa.

Ambik tekanan darah, check heart beat, Oksigen dalam badan dan berat. Berat dah turun 2 kg sebelum ni masa perut ada isi, berat sal 57kg.

Mendadak turun. Mungkin sebab nafsu makan masa kandungan ada tu dah mula hilang. Rindunya saat-saat kuat makan tu😔

Lepas tu terus tunggu depan bilik Doktor Ratna. Dalam 15 minit tunggu, dapat dah masuk bilik. Scan perut. Tak ada dah scan bawah.

Scan scan, memang ada kantung lagi😔

Maka, suami pun decide nak D&C kan sal hari ni juga. Sebab masa sal nak minta tunda seminggu lagi, doktor macam berat hati nak bagi. Sebab katanya risiko untuk infection jika biarkan lagi. Ikutkan kandungan sal dari 4 minggu lepas dah tak membesar. Dan kantung agak besar. Risiko pendarahan berat tu mungkin terjadi jika masih tunggu hingga minggu depan. 

Ok la. Apa yang Allah izinkan terjadi, itu yang terbaik. Dengan tenang hati, sal sign surat untuk warded esok pagi. Nak masuk hari ni tak boleh. Sebab kena buat swab test covid dulu. 

Tanya juga doktor berapa kos D&C kat PMC?
Doktor jawab anggaran dalam 2k. 
Tu tak termasuk covid test. 


Ni kos untuk covid test untuk warded atau teman orang dalam ward di PMC.

Tapi suami kata “proceed je la yang. Sebab kita nak mudahkan urusan. Saya taknak awak sakit” - kata suami kiriman tuhan.

Lepas tu, terus ke kaunter bayaran. Untuk bayar sesi consultation tadi dan PCR swab test. Swab test kat PMC ni RM300 sorang. Kalau suami masuk, suami pun kena buat sama. Pendek kata, sesiapa nak masuk ward untuk teman pesakit, wajib bayar swab test.

Kos consultation, buka pintu bilik doktor aje, RM70 satu sesi.

Hari ni doktor tak kira harga scan. Biasanya scan tambah RM55 lagi.


Swab adalah perkara wajib untuk jejak ward.

Ni kat khemah luar PMC untuk dikorek tekak dan hidung. Alhamdulillah just nice adik ni cungkil tekak dan hidung sal. Keluar air mata sikit je. Tak sakit pun. Relax kan badan je masa dia masukkan test tu.



Simpan sini satu gambar suami yang terlalu baik buat anak dan isteri. 


Ni surat kemasukan wad untuk D&C. 

Malas nak fikir pasal seram ke apa. Sebab dah banyak baca pengalaman orang lain buat D&C kan. Just fikir semoga Allah Permudahkan segala urusan, sihatkan tubuh badan.

5/1/2022
Rabu
Bermula la detik perjalanan untuk Dillation & Curretage

7.30 pagi dah keluar rumah. Hujan renyai. Sampai PMC, teman suami sarapan dulu. Sal kena puasa. Tapi teguk la sikit air sebab kering betul tekak.

Bergambar la dengan anak-anak sebelum keluar. Mana tau, ni adalah kenangan terakhir kami. Sebab akan dibius penuh aka ditidurkan, terus insofff. Perkataan ditidurkan tu kan macam seram buat masa sekarang ni😅


Breakfast
Dengan suami pun bergambar juga. Kot la ni kenangan terakhir.


Masa ni pun dah hilang selera makan.
Kalau tak, semua nak oder.
Restoren ni nama dia Restoren Lelagi. Nasi ayam madu dia sedap. Nasi campur pun banyak lauk. Roti canai pun ada. Buka pagi sampai kul 6 petang je musim Covid ni.


Dah siap teman suami makan, Sign surat kemasukkan ward


Bayar dulu baru naik wad.
Deposit wajib kat Putra Medical Centre ni RM1,000. 


Jejak balik wad lama masa bersalin Muhammad anak ketiga dulu. Dulu baju purple maroon tak silap.

Salin baju dah. Polka dot pink. Kain pink plain. Sebelum tu, masuk toilet buang apa yang perlu dulu. Sebab jap lagi nak masuk ubat kembangkan rahim dah. Macam induce la. 

Masa ni malas nak fikir what’s next. Sakit atau tak. Sal serah sepenuhnya pada takdir Allah.


Siap-siap bawa set berpantang keguguran. Bio seleza long dan waist nipper juga long girdle.


Duduk rehat jap sambil dengar bunyi baby nangis. Baby orang lain la. Mujur dah ada tiga anak. Jadi tak la sedih sangat bila dengar suara baby orang lain minta susu.


Check tekanan darah sebelum masuk ubat kat bawah. Pukul 10 pagi masuk ubat. Dalam bentuk cecair. Guna picagari. Lepas tu kena baring sejam tak boleh bangun.
Sal pun dengan penuh disiplinnya, baring sejam macam ni je.

Dah sejam tu, dalam pukul 11:20 pagi, rasa macam nak terberak. Tapi tak rajin nya nak pergi toilet. Walau toilet depan katil aje. Sebab macam rasa senggugut pun ada. Mild contraction. Sebab ubat yang masuk tadi, ubat lembutkan rahim sebelum proceed ke prosedur D&C.

11:50 pagi, tanya nurse boleh ke nak pergi berak. Nurse kata ok je.

12:35pm
Memulas jugak la perut. Selang 5 minit. Sakit dia boleh handle lagi. Sebab bukan kepala baby yang nak keluarkan. Jadi tak ada la sakit sangat. Cuma tak selesa bila kejap-kejap rasa senggugut. Kekerapan contraction tu, macam nak bersalin, 5 minit sekali dia datang. Cuma, kita tak ada la beriya berguling tahan sakit.


Sal start baring mengiring ke kiri. Bengkok kan sikit lutut sambil pegang ari-ari. Sebab boleh rasa, tak selesa dah kat situ. Macam ada sesuatu. 


Rasa tak selesa dah nak baring, nak duduk la pulak.

Duduk bersila sambil urut perut dan selawat. Lepas tu rasa macam ada sesuatu keluar. Suam-suam je. Jenguk panty, yang dialaskan dengan Bio Seleza pad, rasanya memang kantung ni. Sebab lepas keluar seketul bulat tu, hilang dah rasa macam contraction. Legaaaa. 


Sebenarnya banyak lagi darah yang ikut keluar sekali dengan kantung tu. 


Habis kain pink ni.


Darah start keluar banyak sangat. Bergerak sikit je, laju aje keluar darah. Ni la yang doktor risaukan kalau kita keluar kantung seketul sendiri kat rumah. 
Sebab akan terjadinya heavy bleeding kan.

Sal pun tak yakin nak uruskan diri sendiri kat rumah. Sebab anything happen, kita sendiri panik. Jadi, biar la selesaikan secepat mungkin di hospital.

Dah keluarkan kantung dari panty, Sal pun tekan loceng tepi katil.
Terus nurse baju biru datang. Tanya apa boleh bantu. Sal bagi tau la ada ketulan besar tapak tangan dah keluar. 


Nurse ambik bekas dan letak dalam ni. Jap lagi nak tunjuk kat Doktor.

Ikutkan flow, pukul 1 petang nanti sal akan di bawa ke bilik operation. 

Tapi kita beri laluan jap pada ibu yang dah nak bersalin.

Masa ni tak rasa neves dah nak masuk operation room. Sebab kantung dah keluar. Tinggal nak sedut sisa-sisa kat dinding rahim aje.

Kisah kat labor room, nanti la sal touch up balik entry ni. Mata dah ngantuk. Asal tulis blog, mula la nak tido.
..
..
..
..
..
..
..


Kesimpulan kos rawatan untuk untuk check mengandung dan D&C di Putra Medical Center, Selangor.

✅1st visit
RM245
untuk:
Consultation
Scan perut
Ubat

✅2nd visit
RM125
untuk:
Consultation
Scan perut dan bawah

✅3rd visit
RM125
untuk:
Consultation
Scan

✅kali ke4
Appointment set D&C
RM370
untuk:
Swab Test 
Consultation 

Kos D&C yang prosesnya Alhamdulillah tak menyakitkan. 
RM1,890
Boleh refer resit

Deposit wajib RM1,000

Sakit tak D&C?
Alhamdulillah tak sakit. Sebab ditidurkan. Ubat bius tu yang mahal sebenarnya. Sebab tu kebanyakkan tempat cuci, mereka akan cuci masa patient berjaga atau half bius.

Lama tak proses cuci rahim?
Sekejap je. Tak sampai 10 minit.

Sakit tak lepas cuci?
Alhamdulillah tak sakit. Allah kurniakan Dr Ratna kepakaran dalam bidang ni.

Masa darah keluar sebelum cuci tu sakit tak?
Alhamdulillah tak sakit. Rasa macam light period je.

Lepas cuci, banyak tak darah keluar?
Alhamdulillah tak banyak. Memang kering lepas cuci. Cuma lepas 3-4 hari tu, adalah sikit-sikit lagi keluar.

Tak ada ke ubat untuk gugurkan sendiri kantung selain dari kena D&C?
Katanya ada. Homeopathy atau boleh beli di farmasi. Tapi suami sal tak bagi ambil risiko. Sebab Doktor kata risiko bleeding dan infection. 


in shaa Allah akan ada sambungan...