Kat mana tempat yang nampak macam best ni?
Nama tempat ni,
Farm Ville Cafe & Homestay
Sebelum ni dah pernah stay sini. Masa baru buka lagi Farmville ni. Masa tu pun semua anak kecik-kecik lagi. Dulu memang ada cafe. Sekarang tak ada dah. Just ada jual air je kat kaunter masuk.
Boleh klik sini:
Ni link entry mula-mula check in Farmville ni dulu.
Nak kata best, memang relax la area ni.
Nak pula bila sawah menghijau. Cantik sangat view. Tapi kali ni, kami pergi masa musim sawah sedang mula nak di bakar untuk suburkan tanah. Jadi, tak nampak la hijau-hijau tu.
Kali ni, kita book 7 bilik.
Sempena family gathering dengan adik beradik.
Ni view bila berlampu waktu malam
Sebenarnya dah book sejak Mac ke April tahun 2021. Tapi, kan masa tu tiba-tiba kena PKP seluruh negara. Maka, tarikh ditunda.
Walau dah cecah 5 tahun lebih tempat ni, tapi masih ok la untuk santai-santai. Masih terjaga.
Banyak aktiviti dalam ni boleh dilakukan. Nak
Pulak bila masing-masing ada anak kecik. Jadi, agak secure la untuk mereka bermain main dalam kawasan Farmvill ni je.
Sebab dalam ni ada Trampolin. Budak kan suka lompat-lompat.
Ada basikal yang boleh di sewa. Sejam RM10. Tambah 2 ringgit untuk 10 minit seterusnya.
Ada kolam sekali gelogsor.
Sebelum sampai sini, kami lunch dulu kat Bukit Kuching, Jeram.
Best jugak makan kat sini tau. ABC sedap, kuey teow celup sedap, mee kari sedap, mee jawa sedap. Ada lagi menu lain kat sini.
Kalau nak datang JJCM sini, boleh waze CENDOL SAWIT WARUNG ESTET.
Tempat ni bole dikatakan antara tempat best untuk jalan-jalan cari makan.
Lepas tu pukul 2.30 sampai sini. Sebelum tu pagi-pagi dah on CDM Conference 2022. Lepas tu Muhammad pun ada kelas math. Jadi dalam pukul 12 juga kami gerak. Sambil tu online dalam perjalanan.
Dan dekat Farmville ni, sambung online celebration P10 yang ke 10 tahun. Bersama CDC sifu yang dah 30 tahun dalam bisnez SHOM.
Online dalam Google Meet
Lepas tu masuk bilik makan lagi around 5-6pm macam tu. makan tu kami order dari peniaga kat area Sungai Besar. Mereka delivery.
Sekinchan ni bukan kawasan terpencil dah. Dah maju dah area ni. Foodpanda semua pun ada dah. Mudah dah nak dapat makanan kat sini.
Farmville ni tak ada TV, tak ada pemanas air tau dalam bilik. Dia ada pantry kat luar bilik je. So kalau jenis suka bancuh air panas tu, sebaiknya bawa la cawan dan teh kopi milo sendiri untuk bancuh-bancuh time diperlukan nanti.
Karaoke ada?
Tak ada
Bbq ada?
Ada
RM70 dan diorg sediakan bahan bakar je. Starter dan Arang.
Tempat nak duduk makan kat luar bilik pun ada je. Kalau buat family gathering, book satu tempat ni pun ok sangat.
Parking pun senang.
Ni waktu malam.
Hari pertama kami di sini.
Kita berjemaah pakai baju elmos.
Abang Long dan abang sayang ku. Huhuu.
Malas nak mikir pakai tudung apa. Jadi kita sauk aje color biru ni. Tak match langsung dengan baju tu😂
Sesi makan-makan apa yang ada.
With tokma
Adik lelaki
Masing-masing dah alas perut dari petang tadi. Jadi, malam ni makan tak banyak pun.
Tak dapat duduk lama pun kat luar bilik ni.
Sebab sejam lepas tu hujan turun tak berenti sampai subuh.
Anak sendiri
Anak buah
Anak buah. Semoga cepat sembuh.
Anak buah gegirl
Buah hati ku
Masa ni hujan lebat. Kami stuck bawah bumbung kontena kat main entrance.
Adam dan Muhammad
Muka diorang memang iras
Danisha
Gathering ni pun sempena nak meraikan ulangtahun kelahiran Tokma yang ke berapa eh😅
Ikut tahun merdeka 1957
The next morning. Hari kedua.
Pukul 5.30 dah bangun. Buat air panas. Siap-siap sewa basikal jalan-jalan tepi bendang.
Sejuk pagi ni. Sebab semalaman hujan. Mujur suami selalu bawa sweater ni. Sal jarang nak pakai sweater. Tapi buat masa ni, badan memang kena sentiasa warm-warm sahaja.
Belakang tu ada Villa Chee yang tengah fames sekarang.
Sesi potong kek
Siap makan, mandi, sekarang nak checkout dah.
Kami lunch kat Jerami Ban Kenal Sungai Besar
Sambil budak-budak enjoy layan reptilia dan persekitaran yang luas.
Muhammad suka betul la pegang benda-benda macam ni.
Video 2 hari 1 malam di Sekinchan dan Sungai Besar
In shaa Allah jumpa lagi.
.
.
.
.
.
.
.
MACAM MANA NAK BOOK FARM VILLE HOMESTAY?
1. Boleh ke website
2. Boleh Whatsapp