Alhamdulillah
Hari ni rezeki kami ke Bukit Puchong dan Area Laman Bayu.
Hari Jumaat.
19 March 2021
Customer pagi ni seorang guru sekolah menengah. Recommended oleh Premium Beautiful lovers sal dari Seri Kembangan.
Dalam perjalanan nak ke Puchong, seperti biasa, waze akan arahkan kami ke laluan ni. Laluan Shorea. Maka, wajib la berhenti seketika untuk menikmati suasana pagi yang penuh warna warni tanpa berebut kawasan untuk bergambar.
Hasil shooting my hubby. Bertambah cantik gambar dengan petikan jarinya dan editing melalui snapseed.
Kami keluar rumah seawal 8.50 pagi.
Alhamdulillah. Ni adalah kerjaya idaman sal dari dulu. Iaitu, keluar rumah ikut masa kita sendiri. Kita yang tentukan bila nak mula kerja dan balik kerja. Kerja pula tanpa tekanan melampau. Paling melampau, tekanan jem setiap kali pergi dan balik. Tu la antara reason utama juga, kenapa sal beriya nak buat bisnez sambil berkerja 10 tahun dulu.
Dream sal, nak spend banyak masa dengan suami dan anak-anak. Alhamdulillah, Allah izinkan. Semoga masa yang diberi sepanjang 7 tahun sebagai pasangan fulltime berniaga online, buatkan kami menjadi manusia yang sentiasa tahu bersyukur. Samada diberi nikmat senang, mahupun nikmat ujian.
Saja nak share, kami suka guna Snapseed untuk editing. Sebab lebih mudah. Edit ikut mata sendiri. Penting ke edit gambar sebelum posting ni?
Untuk orang bisnez online, sangat penting.
Starting bisnez dulu pun, sal tak ada kemudahan fon canggih, hi pixel, dan camera compact or dslr sekalipun. Memang gambar masa tu banyak yang pecah-pecah. Color tak menarik. Tapi sal tanak jadikan tu pelemah semangat atau sebagai alasan untuk sedapkan diri sendiri supaya jangan teruskan bisnez. Yang sal tau, gunakan aje apa yang kita ada. Masa tu, tak boleh samakan la kualiti gambar kita dengan gambar mereka yang dah bertahun dalam bisnez.
Just buat je apa yang kita mampu. Sebab sampai masa, tak mustahil kita pun boleh capai apa yang orang-orang yang kita idolakan tu capai. Just do it consistently.
Bisnez kita, kita sendiri usahakan. Tak boleh bandingkan dengan orang lain apatah lagi mengharapkan orang lain untuk jayakan diri kita.
Ok ni gambar lepas edit Snapseed. Lebih menarik kan. Untuk orang bisnez, gambar sebaiknya perlu sentiasa baharu dan ada tarikan untuk buatkan orang kenal, suka dan percaya.
Ok ni gambar lepas edit Snapseed. Lebih menarik kan. Untuk orang bisnez, gambar sebaiknya perlu sentiasa baharu dan ada tarikan untuk buatkan orang kenal, suka dan percaya.
Baju yang sal pakai kat Rainbow Bridge Elmina tu, tu baju dari Fazura. Lama dah rasanya beli. Since 2016 kalau tak silap.
Rezeki kami. Hari jumaat hujan sangat lebat. Lebat-lebat macam ni puk redah juga untuk tunaikan janji pada kastemer. Tak nak ubah waktu hanya kerana alasan hujan. Kita jalan terus. Lahawlawalla Quwatailabillah. Tu je key kami. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Sal suka guna worda tu bukan la sebab sal alim. Jauh sekali. Tapi, suka worda tu sebab proven sangat luar biasa hebat dia.
Pagi tu kami ke Bukit Puchong. Explain, ukur dan fitting customer. Lepas tu, kami ke Stokis untuk dapatkan stok. Kemudian buat postage di JNT Puchong untuk kastmer Premium Beautiful di Cameron Highland.
Punch new set Theravest, Long Girdle Premium Beautiful, Waist Nipper dan
Long Bra Premium Beautiful.
Kemudian patah balik ke area Puchong. Ke Laman Bayu pula untuk fitting another customers. Tak makan nasi langsung lagi hari ni. Dari pagi sampai ke maghrib. Sebab nak siapkan kerja dulu. Waktu sibuk, sibuk sungguh kami.
Customer kat sini sangat istimewa bagi sal. Kerana mereka merupakan pasangan berusia hampir 80 tahun. Anaknya minta ibu dan ayah pakai Premium Beautiful. Alhamdulillah baiknya anak solehah.
Sambil tu, sal pakaikan dan service 4 orang lagi yang ada di situ.
Balik rumah pun dah 7.30 malam. Kesian anak-anak pun mesti lapar. Jadi, teringat kakak kata teringin nak repeat makan kat sini. Kakak suka nasi Ayam Mandy dia. Memang sedap.
Lokasi cafe ni kat Merbau Sempak. Cafe Tepi Sungai.
Sambil tunggu makanan sampai, makan kek cheese dulu.
Cheese cake Zowa
Selfie itu tidak mudah ye gais.
Muhammad order lempeng dengan ice cream. Sambil tunggu menu dia sampai, suapkan dulu nasi arab.
Penat?
Boleh tahan.
Tapi, kita settlekan dulu makan. Penat boleh rehat je dengan tidur.
Paling penah suami la. Cuma dia tak cakap aje. Syukur Alhamdulillah dapat pasangan yang supportive dan sangat bertanggungjawab. Kalau ikutkan scope kerja kami, tak semua sanggup bertahan dengan aktiviti bisnez macam ni.
Our dinner
Ni Muhammad tergelak sebab dia terbaca “fart zone” sebab Muhammad kan rajin kentut
Habis makan, kita singgah Rainbow Bridge ni lagi. Sebab anak-anak dara sal tak pernah jejak sini lagi. Nampak sangat terperap aje kat rumah sejak pdpr ni.
Hidup kita ni kan, sebijik macam siang dan malam. Ada masa cerah, ada masa gelap. Bila direnungkan keduanya, dua-dua saling melengkapi dan ada keperluannya kena ada siang dan ada malam. Sama macam hidup, ada sebab kenapa Allah beri gembira dan ada masa kecewa. Supaya kita sentiasa bersyukur dan always pandang hikmah di sebalik baik atau buruk sesuatu keadaan.
No comments:
Post a Comment