5 Januari 2021 baru kami keluar.
Sejak PKPB 2.0 yang start October hari tu, ni la baru pertama kali kai keluar jauh dari rumah. Jauh tu kira rentas negeri dengan jarak lebih 60km
Sebab KLCC tu KL. Kami kira daerah Ijok.
Tak plan pun nak masuk Petrosains.
Sekali suami kata, bayaran Petrosains ni murah sangat sekarang. Tengah promo. Dewasa RM18.50. Kanak-kanak bawah 12 tahun Percuma. Wowww sangat.
Tapi sal tak masuk. Anak-anak dan suami masuk. Seronok diorg first time merasa masuk Petrosains. Memang best katanya. Nak-nak dapat alami sendiri pengalaman bawa F1. Sebiji sama rasa dia macam bawa F1. Sebab katanya tu simulation original F1.
Sejam lebih diorg kat dalam Petrosains tu. Menunggu la sal kat seat ni. Depan Madam Kwan. Nak duduk makan, tak perlu rasanya. Sebab jap lagi dah plan nak makan Kfry.
Once keluar je dari Petrosains, berlari diorg nak cerita kat mama. Siap paksa mama masuk dan bawa diorg pegi lagi. Best sangat la tu untuk mereka. Untuk mama, mesti la boring. Sebab zaman teruja nak masuk Petrosains tu dah berlalu.
Sebelum nak dapat tempat kat Kfry KLCC ni, kami kena que dulu. Dia bagi number giliran. Jangan memain. Nak makan pun ada number giliran tau.
Sebelum nak dapat tempat kat Kfry KLCC ni, kami kena que dulu. Dia bagi number giliran. Jangan memain. Nak makan pun ada number giliran tau.
Sesi menunggu ambik masa 20-30 minit. Jadi, jika anda betul-betul tengah kelaparan, pastikan jangan berani-berani berangan nak makan kat KFRY ni. Memang fry habis la orang sebelah asik kena fire dengan kita yang tengah kelaparan. Huhuu.
Mujur kami dah makan pagi siap-siap. Lepas tu, kat rumah customer yang baik hati di Ampang tadi pun, dijamu popia cheese. Lepas masuk Petrosains, kami solat dan sambil tu alas perut dengan Auntie Anne pretzal tu.
Tu yang setakat kena tunggu 20-30 minit nak makan Kfry ni, kami ok je.
Lagipun service Kfry KLCC ni buat masa ni sangat ok. Crew happening dan membantu.
Sal teringin nak makan set salmon ni. Nama kat Kfry ni, Salmon Dosirak. RM29 kot rasanya. Tak ingat la.
Ikutkan, salmon Dosirak ni hanya available untuk delivery je. Tapi diorg adjust je untuk buat dine in. Cuma masa bayar, dia charge harga delivery la.
Jejak paling baik dalam hidup kami. Hero kami. 3 minggu lepas sal tunjuk gambar Kfry ni kat suami. Kata teringin nak makan sini. Dan hari ni, dah alang-alang ada kerja fitting Premium Beautiful kat ampang, dan semua anak pun ada dengan kami dah, so kami pun terus plan bawa ke sini. Di KLCC.
Ni muka lepas makan. Lepas makan Kfry, kitorg lepak jap kat taman KLCC. 20 tahun dulu, taman KLCC ni port lepak orang have-have. Seronok tengok gambar kawan-kawan masa sekolah dulu dapat pegi KLCC. Nak join, tak mampu. Sebab nak ke KLCC ni, tambang bas dan LRT je dah berapa. Masa tu sekolah kan, mana la ada sumber pendapatan. Duit belanja pun cukup-cukup.
Sebelum makan, sebelum masuk Uniqlo beli seluar jeans, sebelum masuk Kinokuniya, sebelum beli just kat Madam Kwan dan masuk Petrosains, kami keluar jap ke traffic light nak ke Yap Kwan Seng ni. Depan Menara Getah. Gedik nak bergambar dengan billboard Therapant.
Teruja tau bila Thera kesukaan ramai terpampang besar kat screen digital tengah bandar KL.
Dan baju jeans sal pakai ni, baju jeans BUM masa sal umur 18 tahun. Macam mana terujanya beli baju ni pun sal masih ingat. Sebab, sal keje lepas SPM. Keje kat Jusco. Dapat gaji, excited pegi Sogo. Masa tu brand Bum, Google, Voir, memang tengah hot. Baju harga 40 ke atas memang rasa mahal sangat dah. Jadi, dengan duit gaji, sal ke sogi. Beli baju ni. Sampai sekarang elok lagi. Tahun 2001 masa tu. Tak sangka sekarang dah 2021. 20 tahun berlalu.
Ya Allah. Muhasabah diri jap. 20 tahun Allah bagi nafas. Semoga nafas dalam lumpur diampunkan dan terus di beri hidayah untuk berubah jadi muslimah yang mencari redha Allah.
Love Premium Beautiful Theravest Therapant