Pages
- Home
- Harga Premium Beautiful Murah 2020
- Cara Ukur Cara Pakai Cara Basuh Premium Beautiful
- Marine Essence Beauty Bar @ Sabun ketiak
- BB Glo @ BBplus collagen
- Susuk Moden @ Bio Ever Nano Cream
- Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) Murah | Selimut Dhuha
- Bio Seleza Feminine Pad
- Pencuci Pekat EziClean
- Pencuci Kolestrol : Celgynic Gold
- Herba Maharani
- Air Kurus SHAKE ME
- INFINENCE Skin Care
- Legging Terapi Thera Pant Therapants
- Cozuma Beauty Series
- Premium Beautiful 360 Theravest
Thanks For Your Support
Thursday, October 29, 2020
Sunday, October 18, 2020
PB 360 Thera Challenge
4 October 2020 Sahajidah Haio Marketing ada buat satu contest. Contest tu nama dia #360TheraChallenge
Kena buat video tentang “Kenapa Saya Ingin Transformasi diri dengan PB 360Thera”
Hadiah dia bukan biashe biashe tau.
Hadiah bernilai RM50,000 untuk dimenangi.
Wowwww sangat.
Tapi perasaan sal masa mula-mula tau ada contest ni, sal terbayang team sal. Rasa nak sangat mereka grab peluang ni.
Mana tau ada rezeki mereka dapat Therapant dan Theravest Percuma. Sebab 20 hadia utama contest ni adalah full set Thera
Thera pant
Thera vest
Dua lai ni je harga dah RM2,000 tau. Tu yang sal excited sangat nak team sal join the challenge.
Dan kalau tak dapat full set thera pun, ada peluang lagi untuk dapat cash voucher RM50 untuk 250 orang. Pun syukur Alhamdulillah jika dapat voucher RM50 ni. Siapa nak bagi kan diskaun beli Thera vest dengan harga jimat lagi another RM50
Sal ni kemain bakar dalam team. Tapi diri sendiri tak jugak buat buat lagi video challenge tu. Sebab mati idea.
Lagipun masa tu sal tengah fokus nak siapkan content class online bersama gabungan team Borneo, dan tengah neves nak shooting video untuk Breast Cancer Awareness dengan pihak HQ SHOM.
Mana nak fikir topik zoom coaching.
Nak mikir baju apa nak pakai untuk video, ayat apa nak diluahkan masa bercakap depan camera nanti. Jadi, memang tak mikir lagi pasal video PB 360 Thera Challenge ni.
Tarikh tutup 10 Oktober 2020.
Masa last day tu la baru menggelupur nak buat.
Pukul 12 tengahari masa tu. Sempat jugak la masak, layan anak layan kucing. Huhuu. Sambil minta Allah datangkan idea dan ilham.
Lepas tu, sal naik atas berkurung sorang-sorang. Godek fon. Sambil tu sal cuba fahamkan objektif video ni. Dengan tajuk “Kenapa saya ingin transformasi diri dengan PB360 Thera”
Kenapa sal?
Kenapa???
Huhuu. Jenuh jugak mikir. Masa makin suntuk. Tapi sal tanak menyerah macam tu je. Apa sekali pun, sal nekad nak kena submit jugak. Sebab sekurangnya aku dapat voucher. Gitu.
Sambil tu, sal pun pilih la video-video the latest yang sal pernah minta tolong suami ambik kan setiap kali sal buat keje fitting kat luar.
Sebab tu sal suka plan masa untuk sampai ke lokasi customer. Sebab bila ada masa, boleh la sal selit buat bahan video. Walau tak guna onthespot, kita boleh gunakan bila perlu nanti.
Zaman niaga sekarang, kena laju. Kena ligat fikir idea macam mana nak buatkan kedai kita sentiasa bergerak dan orang sentiasa nak masuk kedai. Socmed tu kedai kita la.
Jadi, video content adalah salah satu keperluan sekarang. Pandai tak pandai, buat aje. Sebab bila rajin buat, yang tak pandai akan jadi cekap gunakan bahan dan apps untuk jadi content.
Sekarang bukan zaman spoon feed lagi dah. Tak boleh tunggu. Tak boleh harap-harap.
Sekarang zaman kena cepat bertindak. Ada idea, terus buat. Tak ada idea, cari. Mesti jumpa punya.
Ok sambung balik,
Sal pun godek-godek fon sal yang dah berat ni, sekali godek camera sony A6000 suami. Sal ambik video yang sal boleh combine kan dalam content contest ni.
Memang challenging buat keje last minit. Time ni la ko akan jadi terkreatif dan terajin dan tak peduli any obstacle dah. Kira orang kata dah bertindak di luar kawalan la.
Tapi, nak edit video ni kena tenang-tenang. Kena setting minda boleh siap dan ada peluang menang. Yang penting faham kehendak contest tu.
Kehendak utama contest ni, perlukan like and share yang tinggi.
Dengan last minit punya effort, satu kerja lagi nak tarik engagement dalam masa kurang 9 jam. Huhuu. But, just do it and let’s do it!
Maka, ni la hasil dia.
Video yang di edit oleh sal. Sal tak minta tolong suami edit masa ni. Sebab nak cepat dan malas nak gaduh. Sebab setiap kali part edit gambar dan edit video, gadoh tu wajib 😂
Cuma video-video dalam ni, semua suami yang ambikkan. Mujur banyak dah video kami kumpul. Memang siap-siap bahan setiap kali ada appointment kat luar.
Sal edit video guna apps apa?
Guna apps VIVA video. Yang logo oren tu. Sal ambik yang berbayar sebab tak suka la ada watermark dia. Dan bila bayar, kita boleh letak watermark sendiri. Lepas tu boleh access semua bahan-bahan yang ada dalam viva video tu.
Berapa bayaran Viva Video apps tu?
Sal tak ingat la. Dah lebih setahun beli. Rasanya tak mahal mana pun. Dalam RM60 je setahun. Sekarang maybe lebih jimat kot. Sebab masa mula-mula dulu memang reach ratus ringgit jugak. Sekarang makin murah pulak.
Mula-mula memang la tak reti. Terkial-kial guna apps viva ni. Tapi bila dah selalu cuba, menjadi la. Dan kita pun makin seronok nak buat video sendiri. Bila buat video sendiri ni, lagi cepat dan ligat kita nak buat bahan marketing.
Dan alhamdulillah. Rezeki sal dan 7 team yang lain tersenarai sebagai pemenang 360 Thera Challenge ni.
4 dari kami berjaya ke 360 Thera Wonder.
Dan 4 lagi berjaya dapat RM50 voucher Theravest.
TAHNIAH!
Bestkan. Semua dapat hadiah.
Terima kasih Sahajidah Haio Marketing untuk 50,000 gift ni pada semua participants.
Dan dari kemenangan kami di #360TheraChallenge
Maka, bermula la journey kami sebagai #360TheraWonder pulak.
Apa tu #360TheraWonder ?
Kira kitorg ni Macam ambassador’s la untuk Therapant and Theravest ni.
Kami akan dibimbing selama sebulan ni, untuk mahir tentang ilmu Thera dan tranaform sebaiknya dengan Thera.
Oooohhhhh!
Sal suka sangat.
Sebab Premium Beautiful memang jiwa sal. Bila di beri peluang untuk jadi duta Thera set ni, rasa macam nak terbang ke langit ke tujuh.
Misi nak turunkan 5kg dalam masa 30 hari
HQ minta gambar depan, tepi, belakang. Untuk tujuan rekod perbezaan sebelum dan selepas ber thera set.
Apa tu Thera Set?
Thera set ni adalah:
1. Therapant
Dan
2. Theravest
Pakai sekali serentak dua lai ni.
Therapants dah setahun di pasaran. Theravest ni belum launch lagi. Kiranya sal and team adalah antara yang paling awal merasa pakai Theravest. Pakai secara PERCUMA pulak tu. Alhamdulillah rezeki kan.
Sal memang tegar Premium Beautiful korset.
Long girdle
Long bra
Waist nipper
Jadi sal tak ada masalah bentuk badan.
Cuma, sejak PKP march 2020, berat sal mula naik. Tapi yang bestnya naik tak mendadak pun walau melantak macam membela saka orang kata. Tart nenas tu, dua balang sal boleh habiskan sehari. Kek coklat, ice cream jangan kata. Dengan musim pkp tu orang dok sibuk mendonut la, mengondeh onde la, berdalgona la, bercheesekut bagai, ko rasa tak naik berat badan?
Mesti naik kan. Cuma kelebihan premium beautiful tegar ni, berat diorg kalau naik pun, bentuk badan mesti tak ketara bulat dia.
Nak eksesais masa pkp apa feel?
Dengan tak boleh keluar rumah. Duduk rumah pun terbaring aje. Dengan anak-anak dah besar, bila anak besar, keje rumah banyak anak tolong buatkan. Maka, ada la sesetengah bahagian mula naik inci. Especially perut dan punggung.
Payah tau dok malaysia ni nak diet. Nak pulak scroll fb ig semua makanan.
Pkp dan makanan berpisah tiada.
Kalau design baju macam ni, sal kena pakai xs sebenarnya. Tapi yang ni saje beli besar sikit, size s. Lebih tiga tahun dah beli siap. Biar longgar baju luar, tapi baju dalam grip sedap tak rimas tak lemas tak panas.
Sal jarang tempah baju. Biasanya for event je. Lebih suka baju ready to wear.
Jadi confident beeli baju tanpa cuba. Sebab yakin dengan shape sendiri sejak dah di acuankan dengan Premium Beautiful.
Berat sal naik jugak.
Mula pakai dulu 2011, 50kg.
Masa ngandung 2013, naik 70kg lebih.
Lepas bersalin, berpantang dengan Premium Beautiful. Dua minggu je dapat balik 50kg.
5 tahun selepas bersalin, berat naik 2kg. Orang tak control makan kan. Sal ok je. Asal shape maintain, tu yang utama. Happy bila alignment tak lari.
Sekarang anak dah besar. Sal jarang bergerak dah sejak PKP. Sebab mall leceh nak masuk, gym pun jap open jap close. Nak ajak suami teman workout kat taman, dia tak nak. Ajak anak-anak, diorg dah besar ni mana nak keluar sangat. Nak control makan, sangat mencabar. Nak-nak gambar makanan selalu lalu lalang kat wall 🥴
Dan sejak PKP sal banyak duduk. Buat marketing kat socmed pun kadang baring aje. Nak ambik barang, semua minta tolong anak. Sebut je nama anak mana satu, dan barang apa sal nak, mereka akan segera hulurkan.
Maka, now im officially 55kg.
2-3 hari je konon eat clean. Lepas tu, cari baik cookies, coklat and cake.
Ya Allah mencabarnya la kan nak jaga kesihatan ni.
Tapi sal tak stress sangat pun dengan shape badan. Sebab puas hati dengan kerja Premium Beautiful. Walau berat naik, tapi tak naik mendadak. Ok la, 9 tahun naik 5 kilo kan 😂
Kalau sebelum ni, 50kg tanpa Premium Beautiful, pakai baju apa pun tak muat dan tak terletak. Siap retak kain lagi ada la.
Saje share kat sini. Sebab mulai hari ni, sal nak mulakan journey #360TheraWonder dengan #360TheraSet
Katanya set ni lebih banyak FIR. Dan lebih luas coverage dia.
Stay tune untuk transformation sal with #360TheraChallenge ye.
Wednesday, October 14, 2020
Happy Birthday Kakak Damia Yang Ke 13
Alhamdulillah 13 tahun.
Happy birthday Kakak.
Ikut kalender islam, 1 syawal lepas kakak dah genap 13 tahun.
Sekarang kakak dah remaja. Mama dah lalui zaman tu. Zaman mama zaman Feminin bawa ke Spice Girl. Zaman kakak, zaman BTS Twice Black Pink bagai.
Disebabkan mama ayah diberi masa lapang untuk uruskan anak-anak, memang mama decide pantau habis. Sebab ustaz kata, madrasah utama anak-anak adalah ibu nya. Jadi mama pun masih belajar untuk jadi ibu mithali walau kadang tu nak putus tali leher bila datang part kelahi 😂
Mama tak kisah bila ada yang kata mama tak sporting. Sebab tak bagi anak main game, install apps viral di social media, tapis music-music yang keterlaluan joget videonya, tapis pergaulan, tegur cara penampilan.
Tapi kakak dengan adik baik sangat. Terima teguran tanpa melawan. Semoga kakak diberi umur yang panjang untuk beramal soleh. Dah dirahmati hingga ke Jannah.
#13oktober
Kek ni wajib tempah dengan Cikgu Nora.
Kek Puding Jelly.
Ada macam macam flavor. Damia dia suka makan flavor strawberry.
Tempah bawa ke sekolah. Buat makan dengan kawan-kawan sekelas
Hari ni last sekolah 13/10/2020
Esok dah PKPB semula untuk 2.0
Kakak turun masa rehat dengan Ain Qistina
Sambil tu mama ayah datang nak bayar sekali PIBG
Subscribe to:
Posts (Atom)