Thanks For Your Support

Friday, July 10, 2020

Berkelah Di Ayer 8 Putrajaya





















Sebelum berkelah pegi soping barang nak masak dulu pagi isnin tu. Sal nak buat menu paling simple, spageti.

Nak tau sal belajar dari mana buat spageti? 
Dari Salina Salleh 😂
Yang nun di MITC Melaka tu.

Kadyna ajar, nak buat spageti, pilih mee dia yang jenis “Angel Hair”

Sebab Angel Hair ni dia lebih halus dari spagethi. Memang betul tu. lebih senang nak makan. Sebab mee dia lebih kecik.

Jadi jom la sal share sikit cara buat spageti paling mudah dan sedap versi Salleha Roslan yang amatur lagi bab memasak ni.

Cara buat spageti, kena mulakan dengan bahan bahan dia. 

Jadi, bahan spageti ni adalah:
✅Angel Hair (Sal suka Kimball, kalau gak ada beli je brand apa pun janji Angel Hair)
✅Capsicum (ikut la color apa)
✅Bawang Holland Sebiji
✅Cendawan Shitake
✅Prego Keju & Herb
✅Prego Tomato
✅Minyak Zaitun Pure
✅Susu Full Cream
✅Keju Slice tu (Cheesdal)
✅Udang (optional nak letak yang lain pun)

Cara buat Spagethi untuk kanak-kanak suka makan,

Mula mula sekali didihkan air dalam belas yang muat untuk half peket Angel Hair. Sal guna half dulu untuk 6-7 orang makan. Sebab bila dan rebus angel hair tu, dia jadi banyak.

Didihkan air,
Letak garam. Sal guna Garam Buluh.
Masukkan half angel hair,
Kacau supaya tak melekat.
Rebus dalam 4-5 minit sampai Angel Hair kembang.
Lepas tu toskan air.
Cepat-cepat taburkan Olive Oil pada Angel Hair tu.
Kacau rata.
Masa tengah panas panas tu kacau.

Tapi sebelum tu biasanya sal dah buat benda ni:
1. Potong dadu bawang holland
2. Potong Capsicum dan Cendawan

Lepas tu,
Panakan kuali, letak Olive Oil ikut banyak mana kita nak. Jangan risau, Olive Oil ni banyak kebaikkan dia, antaranya menjaga kesihatan Jantung. Sebab dia tarik kolestrol juga kan.

Kemudian masukkan bawang Holland dan tumis sampai layu.

Lepas tu masukkan udang dan tumis sampai dia oren. Tak payah lama sangat tumis udang tu.

Lepas tu masukkan prego keju dan herbs dan juga prego tomato. Juga susu full cream. Setengah atau 1 cawan. Ikut nak cair ke pekat mana.

Kacau rata.

Lepas tu masukkan cheesdal 2-3 keping dan cendawan juga capsicum

Sal suka masukkan capsicum dan cendawan lambat supaya tak lembik sangat tekstur dia, dan still ada rasa krup krap bila makan.

Siap.





No comments:

Post a Comment