Pages
- Home
- Harga Premium Beautiful Murah 2020
- Cara Ukur Cara Pakai Cara Basuh Premium Beautiful
- Marine Essence Beauty Bar @ Sabun ketiak
- BB Glo @ BBplus collagen
- Susuk Moden @ Bio Ever Nano Cream
- Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) Murah | Selimut Dhuha
- Bio Seleza Feminine Pad
- Pencuci Pekat EziClean
- Pencuci Kolestrol : Celgynic Gold
- Herba Maharani
- Air Kurus SHAKE ME
- INFINENCE Skin Care
- Legging Terapi Thera Pant Therapants
- Cozuma Beauty Series
- Premium Beautiful 360 Theravest
Thanks For Your Support
Thursday, July 30, 2020
Tuesday, July 28, 2020
Tips Untuk Jelajah Cameron Highland
#Tips #ke #CAMERON #HIGHLANDS๐
•
1) Yang Mana Dari...
✓ #KL•••
Tapah Atau Simpang Pulai.
✓ #Penang•••
Simpang Pulai.
✓ #Tganu•••
Kuala Berang - Felda Aring - Gua Musang.
✓ #Pahang•••
Raub - Sungai Koyan.
•
2) Bertolak awal okey Sesudah subuh harap dah start enjin Lambat confem jem oi๐๐๐๐๐๐
•
3) Merancang itu penting. Kena tahu info tempat² menarik CH
-Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
-KEA Farm 8.30am-6pm
-KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
-Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
-Taman Abang steamboat & grill harga
Dewasa RM--
Kanak² RM--
-Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari² dibuka untuk cuti sekolah)
-Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam)
•
4) Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa.?
+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ sukar untuk dapat parking kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.
•
5) Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan (S corner). Ada sign board (S Corner) sebelum menuruni bukit berbentu (S) di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
•
Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis.harga murah berbanding jika anda beli di kawasan lain
•
Anda boleh beli teh uncang dengan harga murah sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.
•
6) Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
•
7) Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu.
Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.
•
Ladang teh.
1. Bharat Valley Tea House
2. Bharat Valley Tea House² ( lagi besar)
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas.
➡⛰( Mossy Forest )
4. Boh Tea Garden
✅ Masuk Percuma
✅ Buka 9.00am - 4.30pm
✅ Nikmati tea, cake dll desert
•
Tempat menarik yang FREE.
๐ผ YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)
(8.30 pagi - 6 ptg)
๐ผKHM Strawberry and Jem
(8.30 pagi - 6 ptg)
๐ผ Cactus point
(9 pagi - 6 ptg)
๐ผ Big Red Strawberry Farm
(8 pagi - 6 ptg)
๐ผ Ladang Lebah
(8 pagi - 7 mlm)
๐ผ Ladang Anggur Bertam Valley
(9 pagi - 5 ptg)
๐ผ Kea Farm
(8.30 pagi - 6 ptg)
๐ผ Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
•
Tempat menarik yang BERBAYAR.
๐ Taman Agroteknologi MARDI
Dewasa RM-
Kids RM-
(8.45 pagi - 5 ptg)
•
๐ Lavender Garden
Dewasa RM--
Kids RM-
(9 pagi - 6 ptg)
•
๐ Butterfly Garden
Dewasa RM-
Kids RM-
(9 pagi - 6 ptg)
•
๐ Orkid and Rose Garden
Dewasa RM-
Kids RM-
(9 pagi - 6 ptg)
•
Makanan yang wajib cuba.
๐ง Aiskrim Malaysia Strawberry
๐ง Aiskrim Strawberry
๐ง Scone
๐ง Strawberry coklat
๐ง Nasi Lemak Sambal strawberry
๐ง Sayuran goreng
๐ง Steamboat cheese highlands
๐ง Jagung mutiara rebus
๐ง Ubi rebus
•
Ole-oleh wajib beli.
๐ Strawberry
๐ Jambu epal (merah dan hijau)
๐ Sayuran segar
๐ Buah-buahan Kering
๐ Coklat buah-buahan
๐ Kordial buah-buahan
•
๐
Extra info Suhu di Cameron Highlands.
๐Pagi - 17*C
๐Siang - 24-26*C
๐Malam - 18*C
highland steamboat cheese
dewasa - RM --
kanak² - RM --
(5 ptg - 12 mlm)
•
The stone valley steamboat
dewasa - RM --
kanak² - RM --
(5 ptg - 12 mlm)
•
Share parking di wall anda nanti nk pergi boleh rujuk :-
Untuk makluman pengunjung2 yg datang dan sesiapa juga
di group ini :-
•
๐POMEN/WOKSYOP
Cameron Auto Repair & Services (Towing kereta & hantar ke bengkel - 24 hours- 019-3992888
•
๐Cameron Fastline Sdn Bhd. (24 hours towing & Bengkel).
Lot Atri B10-76 (Bengkel Atas), Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang.
Tel : 05-4915679; Tel : 019-3921166 (YH Liu)/016-3877710 (Roy)/012-2176368 (Roy)
•
๐Cameron Highlands Tyre Auto Centre.
Jalan Royal Lily 5, Tmn Royal Lily. Tanah Rata. - 05-491 5669 (GPS : 4.468576 , 101.371582)
•
๐Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
A-G-1 Tmn Royal Lily 5, Tanah Rata. - 05-4915669/012-6511005 (SF.Phoon)
•
๐Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
No.9 (Ground floor), Jalan Angsana 3, Brinchang Point, Brinchang - 019-5295151
•
๐Ah Boy Bengkel - 016-5058738
๐Kedai Tayar (Tringkap) - 05-4961430
๐Awie (Kg Raja) - 019-9086694
๐Liu Pomen – 019 392 1166
๐Lenchai Pomen – 016 505 8735
๐Kama Koi Pomen – 012 542 4201
๐Rosli Pomen – 017 5777047
•
FARMASI.
Tigas Cameron Pharmacy
58-A Persiaran Camellia 3, Tanah Rata - 05-491 4791
•
Watson.
L ot 7,8, Grd. Floor, Marigolds Square, Tanah Rata.
KLINIK/HOSPITAL
Hospital Tanah Rata - 05-491 1966 (GPS : 4.466836, 101.390448)
•
Klinik Dr Ayob Tanah Rata - 05-4911654
•
Klinik Wong, Brinchang. (Sebelah Pasaraya Jimat One Stop) - 05-491 1478
Brinchang. (GPS : 4.492137, 101.389074)
•
BALAI POLIS / PONDOK POLIS.
Tanah Rata – 05 491 5443
Brinchang – 05 491 1222
Kg. Raja – 05 498 1222
Ringlet – 05 495 6222
PP Tringkap - 05-496 2222
PP Lembah Bertam - 05-4956373
•
Credit to : Basron Nizam
N!z@m
Saturday, July 25, 2020
Friday, July 24, 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)