Full video aktiviti kami sekeluarga di Tamu Hotel Kuala Lumpur
Pose wajib bila check in hotel. Kali ni kita balik Kampung. Iaitu Kampung Baru.
Ni masa baru sampai Tamu Hotel. Kat Lobby. Nak ambik kunci bilik.
Lepas tu, naik jap kat level 14. Area swimming pool Tamu Hotel. Sebab view kat sini cantik sangat. View Kuala Lumpur. Semua nampak clear.
Masa ni baby mat saleh ni pun nak join Damia Danisha Danish bergambar.
Gambar ni January 2019 punya. Sekarang masa sal update ni, dah June 2020. MashaAllah sekelip mata je kehidupan kita ni.
Sayu tengok anak membesar.
Adik lagi la, dah sama tinggi dengan mama sekarang.
Muhammad pun makin tinggi dah sekarang.
My BFF
Suami sal lebih 8 tahun pengalaman hidup dari sal. Jadi, banyak nasihat dia yang sepatutnya sal kena ikut. Orang muda, dia rasa semua betul. Tapi bila dah kena, adan uke.
Port wajib posing bila di Tamu Hotel. Jadi lepas ni kalau tercari cari port cantik bergambar, sila la naik ke level 14 Tamu Hotel Kuala Lumpur.
Orang yang paling penyabar adalah kakak. Thank you kakak.
Sekarang mama dengan adik dah boleh declare as BFF. Sorry adik. Adik selalu kena marah dengan mama kan. Terkencing, terberak dalam kereta. Sebab adik ada perut sensitif. Sayang adik. Bila kenang balik, dalam Allah bagi harta yang kita nak, semestinya Dia akan uji kita dengan sesuatu yang kalau boleh kita nak elak sangat. Jangan sampai harta yang tak bawa mati, jadi punca hilang santun kita pada anak-anak.
Muhammad ni dia pandai bodek. Antara yang paling jarang kena marah.
Rezeki sal. Dapat suami yang mashaAllah. Paling baik dengan anak dan isteri. Muka je nampak ganasss. Tapi sangat menyantuni orang lain. Orang tidur sebantal je tau kita macam mana. Dan sal admit, suami sal adalah suami terbaik yang Allah hadiahkan buat kami.
Kebiasaannya, dah alang alang check in hotel, sal suka selitkan masa untuk personal coaching team sekali.
Seret meja duduk tepi kolam. Sambil view KL.
This is Zaza.
Ramai kata kami iras.
Thank you Zaza for comin.
Kami pakat datang sini dengan cousin anak-anak. Kira anak pada abang sal.
❤️
View dari bilik. Kami lain-lain bilik. Tapi budak budak melepak bilik ni.
Jalan kaki nak pergi makan. Kat sini banyak je tempat makan. Cuma sal suka makan kat warung Pok Mat Pulau Pisang.
Sup daging ni power
Gulai ayam ni pun yummy.
Teh madu Pok Mat Pulau Pisang
Dinner after maghrib
Balik Hotel terus rasa nak celebrate birthday January Baby. Terus order kat slice kat Cafe Tamu Hotel ni. Orang pun tak ada masa ni. Dah pukul 10 malam masa ni.
Suka tengok anak-anak seronok je. Diorang ni dapat kek sikit pun jadi la.
2 keluarga je di Cafe Lobby Tamu Hotel
Bagus manager hotel Tamu ni. Dia service kami baik je.
Tak cukup main kat dalam. Kat luar Hotel pun diorg nak berlari.
The next day. Breakfast.
Just three of us. Damia and Muhammad. Danisha and ayah stay dalam bilik. Sebab jap lagi nak jalan keluar makan roti canai.
Budak budak dan kolam berpisah tiada. Lepas mandi, mula la renyah nak salin baju.
Nak check out dah
Sebelum keluarkan kereta dari parking, pastikan settle kan dulu parking card di lobby. Kalau tak cian orang belakang kena sabar menunggu.
Cantik sangat view KL waktu malam. Gambar ni captured by My Hubby
Overall view untuk Tamu Hotel ni, bagi sal Tip Top.
Lift laju
Makan sedap
Bilik selesa untuk 5 orang walaupun ambik bilik standard.
Kolam luas.
Surau pun besar.
View cantik.
Staff friendly.
Highly recommended untuk anda yang tercari cari hotel mana nak stay kalai datang KL ni.
Tempat makan pun senang cari. Kedai serbaneka pun ada. Nak ke KLCC atau KL Tower pun tak jauh dah. Boleh naik grab je. Sekarang ada tempat tambahan yang baru, iaitu Saloma Bridge. Jadi bole la jadikan antara lokasi pilihan untuk jalan jalan Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment