Full House la konon
Ni video kali kedua kami jejak ke DGB Bike City
Ni episode 1
Lokasi menarik untuk yang luangkan masa cuti bersama keluarga.
Sewa basikal kat sini bermula dari RM10 sahaja
Nak yang naik bertiga macam ni pun ada di DGB Bike City
Cantik landscape DGB Bike City ni
Boleh baca rules untik berbasikal
Kat DGB Bike City ni. Kiranya tak boleh la nak berkelah kan. Sebab tak dibenarkan bawa masuk minuman dan makanan. Sebab ada je cafe kat DGB Bike City Eco Grandeur ni.
Ni waktu operasi DGB Bike City Eco Grandeur, Puncak Alam. Dibuka setiap hari kecuali isnin. Isnin off. Jangan datang isnin pulak ye.
Ni view waktu malam. Cantikkan?
Tapi kalau ada angan angan nak buat photoshoot kat Eco Grandeur ni, gambar meman cantik. Cuma, management dia ada tetapkan rules. Nak ambik gambar guna compact camera atau dslr, kena hulur duit dulu. Huhuu. Sebijik perangai macam The Strand Mall.
Lepas puas berbasikal.
Ni harga rate sewa basikal kat DGB Bike City Eco Grandeur
Jadi, kalau nak tau berapa harga sewa basikal untuk DGB Bike City ni, boleh refer kat gambar yang senget ni. Huhuu. Ni sal print screen dari video yang sal ambik je.
Basikal jenis ni berat sikit tau. Tapi sesuai untuk yang nak carry orang kat belakang. RM10 je sewa
Ni RM50 kayuh berdua. Untuk yang belum kawin atau baru kawin, maybe rasa bahagia je bawa basikal macam ni kan.
Ni basikal budak-budak 4 tayar. RM10 sejam. Helmet RM3 setiap penunggang.
Ni main entrance dia.
Ni first time datang 18 January hari tu. kemain Danisha buat lawak ye. Danisha ni nampak
Je pendiam. Tapi suka juga buat kelakar.
Toilet dia cantik dan bersih
Signage toilet dia tak menahan 😂
Pecah peluh kalau bawa city bike ni, lepas tu carry orang kat belakang.
Best jugak buat shoot kat sini. Sebab banyak view cantiks cantiks.
Berapa kali jatuh diorg ni. Tapi tetap mengayuh jugak. Sebab tak sakit mana pun jatuh kat trex dia.
Antara spot yang best. Bumper berlekuk.
Pastikan kayuh ikut anak panah
Yang ni cafe dan toilet
Kot nak buat private event, boleh jadikan DGB Bike City ni lokasi pilihan.
Untuk geng business, jangan lupa bawa bahan-bahan untuk buat short video. Sambil anak main basikal, sambil kita buat bahan marketing bisnez kita kan. Sentiasa penuhi ruang terluang dengan peluang.
Ni video testimoni Premium Beautiful Therapants yang dirakamkan bersama suara gagak sebagai musik latar. Almaklumla mic tak ada. Asal boleh kan.
Ni tak proper amik ni. Kalau betul shoot ni, memang letop gambar
Baru nak berdua
Balik dari DGB City, kamj ke stokis Shah Alam beli stok Therapants dan Min Kaffe. Lepas tu ke Amanah Ikhtiar Malaysia di Bandar Sri Damansara. COD Min Kaffe dan hantar set Premium Beautiful repair customer. Since 2012 beli Premium Beautiful, sampai sekarang masih boleh guna pakai lagi. Repair pulak free sampai bila-bila selagi kain tak reput. Biasanya almost 15 years juga la tahan kain Premium Beautiful ni walau pakai hari-hari.
Anak beranak Premium Beautiful Therapants Theravest la pula tak lama lagi.
Selain kat DGB Bike City tadi tu, kat area Eco Grandeur ni pun ada port lain yang menarik. Kat sini ada kedai makan dan mini market.
Let’s keep green. Tapi macam mustahil. Sebab Puncak Alam sekarang pun dah nak Jadi padang jarak padang tekukur. Sakit nga hati bila tengok hutan dah makin gondol. Tapi apa kan daya. Tangan manusia juga yang akan merosakkan bumi Tuhan.
So kesimpulannya:
Any idea mana nak bawa anak bila cuti panjang?
Jom try ke sini. Nak kata baru, tak baru sangat la tempat ni. Dah dua tahun beroperasi.
Cuma, this year baru kami explore area kejiranan kami ni. So far, tempat ni masih tak ramai yang tau. Kira belum viral la senang kata.
Apa nama tempat ni?
Nama dia DGB Bike City.
Lokasi di Eco Grandeur, Puncak Alam.
Apa yang menariknya tempat ni?
Bagi sal, sal suka environment dia. Tak crowded. Bersih. Cantik. Dan agak ekonomi untuk dijadikan tempat beriadah bersama keluarga. So far parking free lagi.
DGB Bike City ni kira macam trek untuk berbasikal. Especially untuk anak-anak dan ibu ayah yang nak luangkan masa bersama keluarga.
Anda boleh sewa basikal secara solo, atau naik beramai-ramai. Lebih kurang macam style basikal keluarga kat Ayer 8 Putrajaya tu la. View kat Eco Grandeur Puncak Alam ni memang cantik. Serba putih hijau view dia.
Harga sewa untuk basikal dari RM10 je untuk sejam. Boleh la. Sebab budak pun bukan jenis nak kayuh lama-lama pun.
Dan kalau nak bawa basikal sendiri pun boleh.
Ada cafe jugak. Kot lapar ke haus ke kan. Dan boleh juga buat private event kat sini.
Boleh la lepas ni, bila sampai musim cuti sekolah, atau weekend ke kan, dan anda tak tau nak bawa anak pergi mana, maybe boleh la plan ke DGB Bike City ni.
Boleh je tekan #SHARE atau tag nama kawan ke sedara ke. Kot ada yang nak luangkan hari bersama keluarga kat tempat best macam ni.
No comments:
Post a Comment