Muhammad nangis la. Kawan tu, pukul beiby lebah. Beiby lebah tu nak cari mak dia. Dia sesat masuk kelas Muhammad.
Dia terbang-terbang kat belakang. Beiby tu tak kacau orang pun. Tapi, semua pergi pukul dia. Sebab tu la Muhammad nangis. Cian dia tak dapat jumpa mak dia dah.
Speechless. Sal yang dengar ni pun sayu. Terus peluk Muhammad. Cakap Muhammad good boy. Anak soleh.
Anak bujang sal ni memang sayang haiwan. Sampaikan semut kat rumah pun dia suka sembang 😅
Lokasi menarik untuk yang luangkan masa cuti bersama keluarga.
Sewa basikal kat sini bermula dari RM10 sahaja
Nak yang naik bertiga macam ni pun ada di DGB Bike City
Cantik landscape DGB Bike City ni
Boleh baca rules untik berbasikal
Kat DGB Bike City ni. Kiranya tak boleh la nak berkelah kan. Sebab tak dibenarkan bawa masuk minuman dan makanan. Sebab ada je cafe kat DGB Bike City Eco Grandeur ni.
Ni waktu operasi DGB Bike City Eco Grandeur, Puncak Alam. Dibuka setiap hari kecuali isnin. Isnin off. Jangan datang isnin pulak ye.
Ni view waktu malam. Cantikkan?
Tapi kalau ada angan angan nak buat photoshoot kat Eco Grandeur ni, gambar meman cantik. Cuma, management dia ada tetapkan rules. Nak ambik gambar guna compact camera atau dslr, kena hulur duit dulu. Huhuu. Sebijik perangai macam The Strand Mall.
Lepas puas berbasikal.
Ni harga rate sewa basikal kat DGB Bike City Eco Grandeur
Jadi, kalau nak tau berapa harga sewa basikal untuk DGB Bike City ni, boleh refer kat gambar yang senget ni. Huhuu. Ni sal print screen dari video yang sal ambik je.
Basikal jenis ni berat sikit tau. Tapi sesuai untuk yang nak carry orang kat belakang. RM10 je sewa
Ni RM50 kayuh berdua. Untuk yang belum kawin atau baru kawin, maybe rasa bahagia je bawa basikal macam ni kan.
Ni basikal budak-budak 4 tayar. RM10 sejam. Helmet RM3 setiap penunggang.
Ni main entrance dia.
Ni first time datang 18 January hari tu. kemain Danisha buat lawak ye. Danisha ni nampak
Je pendiam. Tapi suka juga buat kelakar.
Toilet dia cantik dan bersih
Signage toilet dia tak menahan 😂
Pecah peluh kalau bawa city bike ni, lepas tu carry orang kat belakang.
Best jugak buat shoot kat sini. Sebab banyak view cantiks cantiks.
Berapa kali jatuh diorg ni. Tapi tetap mengayuh jugak. Sebab tak sakit mana pun jatuh kat trex dia.
Antara spot yang best. Bumper berlekuk.
Pastikan kayuh ikut anak panah
Yang ni cafe dan toilet
Kot nak buat private event, boleh jadikan DGB Bike City ni lokasi pilihan.
Untuk geng business, jangan lupa bawa bahan-bahan untuk buat short video. Sambil anak main basikal, sambil kita buat bahan marketing bisnez kita kan. Sentiasa penuhi ruang terluang dengan peluang.
Ni video testimoni Premium Beautiful Therapants yang dirakamkan bersama suara gagak sebagai musik latar. Almaklumla mic tak ada. Asal boleh kan.
Ni tak proper amik ni. Kalau betul shoot ni, memang letop gambar
Baru nak berdua
Balik dari DGB City, kamj ke stokis Shah Alam beli stok Therapants dan Min Kaffe. Lepas tu ke Amanah Ikhtiar Malaysia di Bandar Sri Damansara. COD Min Kaffe dan hantar set Premium Beautiful repair customer. Since 2012 beli Premium Beautiful, sampai sekarang masih boleh guna pakai lagi. Repair pulak free sampai bila-bila selagi kain tak reput. Biasanya almost 15 years juga la tahan kain Premium Beautiful ni walau pakai hari-hari.
Anak beranak Premium Beautiful Therapants Theravest la pula tak lama lagi.
Selain kat DGB Bike City tadi tu, kat area Eco Grandeur ni pun ada port lain yang menarik. Kat sini ada kedai makan dan mini market.
Let’s keep green. Tapi macam mustahil. Sebab Puncak Alam sekarang pun dah nak Jadi padang jarak padang tekukur. Sakit nga hati bila tengok hutan dah makin gondol. Tapi apa kan daya. Tangan manusia juga yang akan merosakkan bumi Tuhan.
So kesimpulannya:
Any idea mana nak bawa anak bila cuti panjang?
Jom try ke sini. Nak kata baru, tak baru sangat la tempat ni. Dah dua tahun beroperasi.
Cuma, this year baru kami explore area kejiranan kami ni. So far, tempat ni masih tak ramai yang tau. Kira belum viral la senang kata.
Apa nama tempat ni?
Nama dia DGB Bike City.
Lokasi di Eco Grandeur, Puncak Alam.
Apa yang menariknya tempat ni?
Bagi sal, sal suka environment dia. Tak crowded. Bersih. Cantik. Dan agak ekonomi untuk dijadikan tempat beriadah bersama keluarga. So far parking free lagi.
DGB Bike City ni kira macam trek untuk berbasikal. Especially untuk anak-anak dan ibu ayah yang nak luangkan masa bersama keluarga.
Anda boleh sewa basikal secara solo, atau naik beramai-ramai. Lebih kurang macam style basikal keluarga kat Ayer 8 Putrajaya tu la. View kat Eco Grandeur Puncak Alam ni memang cantik. Serba putih hijau view dia.
Harga sewa untuk basikal dari RM10 je untuk sejam. Boleh la. Sebab budak pun bukan jenis nak kayuh lama-lama pun.
Dan kalau nak bawa basikal sendiri pun boleh.
Ada cafe jugak. Kot lapar ke haus ke kan. Dan boleh juga buat private event kat sini.
Boleh la lepas ni, bila sampai musim cuti sekolah, atau weekend ke kan, dan anda tak tau nak bawa anak pergi mana, maybe boleh la plan ke DGB Bike City ni.
Boleh je tekan #SHARE atau tag nama kawan ke sedara ke. Kot ada yang nak luangkan hari bersama keluarga kat tempat best macam ni.
Terima kasih Puan Aishah. Sudi sekali lagi dapatkan Premium Beautiful dari Sal. Kali ni, Puan Aishah grab harga pengenalan Therapants. Legging terapi sebelum pergi menunaikan Umrah bersama keluarga.
Lepas isyak baru keluar berkerja. Syok tau kerja macam ni. Masa kita sendiri tentukan. Sebelum nak pergi Fitting Therapants, sal nak dinner jap kat Gerobok Danga area Damansara Damai. Dah alang-alangkan. Sebab rindu asam pedas power muor ni.
Dan warna pilihan sal untuk berkerja semestinya akan diselitkan warna putih, dan warna terang.
Padu asam pedas Gerobok Danga ni. Peminat asam pedas Muor, wajib cuba. Nak gi muor tak tau bila. Tapi nak pergi sini in shaa Allah boleh je bila-bila. Waze je Gerobok Danga ye jika anda tercari-cari asam pedas muor power di area lembah Klang ni.
Nak no fon Asam Pedas Muar ni wasap Sal 011-1631 1641
Terima kasih Puan Riena dari Rawang. Semoga berpuas hati dengan service yang diberikan. Dan semoga mendapat manfaat kesihatan dari pemakaian Premium Beautiful.
Puan Riena baru lepas bersalin. Berat naik mendadak. Dan selepas habis pantang pun, badan masih seperti mengandung katanya.
Disebabkan tak ada masa nak bersenan dan jaga makan, maka Puan Riena bercadang untuk keluarkan belanja untuk penjagaan badan yang lebih mudah, cepat dan selamat dengan Premium Beautiful.
Puan Riena ada tanya, macam mana nak tau size Premium Beautiful tu sesuai ke tidak dengan kita?
Jawapan sal:
SENAK.
Jika pakai rasa senak, maknanya, size yang anda dapat tu memang tak sesuai dengan badan anda sekarang. Jika baru beli tak sampai 24 hours, cepat-cepat minta advice dari agent yang anda berurusan tu.
Macam tu la jeritan happy anak-anak. Bila mama and team pakai costume Powerpuff Muslimah 😂
Posting ni sebenarnya lebih kepada nak sampaikan yang, walau apa pun tugasan yang diberikan pada kita, buat sehabis baik.
Especially bila melibatkan team. Sebab bila teamwork, tu bermakna kita libatkan ramai individu yang sama-sama ada kemahuan untuk berusaha hingga berjaya. Perlu sedia untuk beri kata sepakat, kerjasama dan komitmen yang terbaik.
Untuk CDM Conference tahun ni, 3 weeks sebelum majlis kami dah diberi tugasan. Ikut tema. Tema tahun ni superhero. Dan kami tak boleh pilih. Ditentukan ikut undian. Dari cabutan melalui live fb tu, kami dapat watak Powerpuff girl. Hua hua hua. Jem kreng jugak memula.
Tapi, tarik nafas. Relax. Tu kelebihan buat bersama team. Rasa malu, tak confident, tak tau, tak pandai, tak kreatif, semuanya boleh dilengkapi bila setiap individu mainkan peranan masing-masing. Sebab setiap orang pasti ada kelebihan mereka.
Even dalam team kami ada ustazah, ada doktor, ada engineer, ada akauntan yang sangat menjaga penampilan aurat, maka soal berpakaian sangat di ambil kira. Sebab sebagai leader yang sentiasa ke depan, kami adalah contoh. Walau bukan warak, tapi basic muslimah perlu lepas.
Sebelum event kami dah discuss nak tempah shirt, tutu, cekak riben, eye mask tu macam mana. Nak deco meja macam mana. Nampak macam tak penting. Tapi bila ada percentage untuk kriteria permarkahan, maknanya we must do the best.
Aktiviti macam ni walau dari mata kasar, nampak macam just for fun. Huha huha je kan. Tapi bagi sal, ia mendidik kita untuk beri sehabis baik, dan buat sehabis baik bila melibatkan kumpulan. Kita bantu mudahkan urusan orang lain, in shaa Allah segala urusan kita Allah akan bantu permudahkan.
Semangat pun tak mudah hilang, bila sentiasa libatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Sebab tu syarikat sanggup belanja besar setiap tahun. Just untuk grand event je. Tujuan dia, untuk bantu boost semangat usahawan.
Semangat tak tengok kami 😂
Terima kasih team MYN CDM Conference 2020 semua
CDC Haji Azlan Deraman
CDC Hajah Siti Rohana Yusoff
CDM Dr Rosmaliza Abdul Aziz
CDM Shahrul Affandi
CDM Kak Suhaila Masturi
CDM Kak Ayumie
CDM Kak Ma
CDM Kak Elly
CDM Shaliza
CDM Yong
CDM Ain
CDM Wirdanis
CDM Anis Syahida
CDM Isma
CDM Mira
CDM Kak Khaty Jane Yahya
Tak lupa Mr photographer Halmie Abd Hamid
Terima kasih SHOM kerana sudi menjemput dan siap fully sponsored penginapan sekali makan sampai kenyang buat hampir 300 Crown Diamond Manager untuk rahun 2020 ni.
Sebenarnya, nak qualify privillege ni pun ada criteria dia.
Even ada lebih 1000 Crown Diamond Manager yang lahir dari business SHOM ni, tapi hanya yang active dan memenuhi syarat yang dah ditetapkan sahaja yang akan dijemput hadir ke CDM Conference setiap awal tahun. Syarat layak pun tak susah. Memang semua in shaa Allah mampu buat jika sepenuh hati uat dengan kemahuan dan tindakan.
Poster ni Cik Suami tolong buatkan untuk our MYN team. Apa MYN tu, MYN tu Master Your Network.
Ni selfie dalam jem. Nak ke KTM yang terdekat.
Mula-mula plan nak naik KTM di Batu 3 Shah Alam. Tapi disebabkan jem teruk, maka kami ubah plan, search waze, katanya KTM Terminal Subang antara yang dekat. Jadi turun la sal dengan Damia ke sini.
Ingatkan boleh direct sampai ke Bangi. Rupanya tak jugak. Kena tukar jugak. Kaunter tiket kata, sejam lagi baru sampai train nye.
Jadi, sebab mikir sejam tu lama sangat, maka mereka cadangkan naik grab je ke LRT Ara Damansara. 10 min perjalanan dari KTM Subang Skypark ni.
Dalam hati sal, macam mana ni, aku ni apps Grab pun tak de. Sebab sebelum ni semuanya harap kan suami je buatkan. Sal mula dapat sesuatu. Iaitu sentiasa bersedia untuk ada keperluan apps macam grab.
Tapi Alhamdulillah. Allah mudahkan cara. Dia hadirkan sorang hamba Allah. Tu, abang baju oren tu. dia la tolong panggilkan Grab. Terima kasih banyak sebab sudi tolong seikhlas hati.
Tak sampai 3 minit Grab pun sampai. Chinese driver. Penuh hemah bawa kami ke Ara Damansara. Alhamdulillah mudah perjalanan nak ke LRT Ara Damansara. Tambang RM10
Kenapa naik public transport?
Bukan suka-suka. Lagipun bukan senang suami sal nak lepaskan isteri dia ni naik public transport. Jenuh mikir cara. End up, suami redha je izinkan.
Belanja la satu gambar naik train. Keluar pukul 7. Pukul 11 baru jejak Bangi. 4 jam perjalanan nak gi keje pagi ni 😅
Naik train 2 kali.
Naik grab 2 kali.
Ikutkan nak datang naik kereta ngan suami lepas anak balik sekolah je. Sebab tau sangat dah, suami sal ni payah nak lepaskan “sweetality” dia ni naik public transport 🤪
Tapi bila fikirkan yang ada markah untuk teamwork, maka, kita ubah plan. And try to commit mana yang tercapai dek akal dan kudrat. Sebab kehadiran awal pun dikira as teamwork jugak.
Enjoy naik train. Sebab tak ramai menghala ke UKM station. Alhamdulillah, ada teman seiring sejalan sepanjang journey ni.
Lama sangat tak naik KTM. Banyak sangat perubahan. Jadi, jika anda tercari-cara cara bagaimana nak naik train untuk ke Bandar Baru Bangi, boleh la naik public transport yang ada.
Macam sal, daei LRT Ara Damansara, beli tiket di mesin yang disediakan, turun kat KL Sentral. Tambang RM3.90 sorang. Nanti dapat coin warna biru. Masa nak check in, letak je coin tu kat permukaan entrance palang besi tu. bila dah selamat sampai destinasi, nak check out je, masuk kan coin tu dalam lubang yang disediakan.
Dah sampai KL Sentral, kena beli kad dia pulak. Kalau ada ic just guna ic aje. Tambang dari KL Sentral nak ke UKM RM8 sorang. Sal ambik UKM sebab Hotel Bangi Resort tu 5 minit je naik grab dari station KTM UKM.
Perjalanan dari KL Sentral nak ke Bangi tu kejap je. Yang buat jadi lama, sebab menunggu. Tunggu train sampai je dah 20 minit.
Yang bestnya, dalam KTM dah boleh charge handphone dah sekarang. Cuak juga sal sebab fon dan nak habis bateri. Power bank tak ada. Kalau habis bateri nanti, macam mana nak cari grab. Sebab sal nak install apps grab ni. Mesti nak pakai banyak bateri. Sekali nampak ada plug kat setiap kerusi. Lega. Terus cucuk dan boleh la lega guna phone.
Kami duduk kat coach wanita. Lengang tak ada orang. Outfit hari ni, semua merah. Sal kurang serasi dengan warna hitam. Jadi sal selit satu warna putih untuk naikkan warna merah lagi. Kenapa merah? Sebab tema CDM Conference adalah merah hitam.
Sampai je UKM terus cari grab melalui apps.
Terima kasih kakak tolong teman mama. Ikutkan hari ni kakak sekolah. Ada merentas Desa. Tapi, disebabkan ayah kena sekolahkan Danisha Dan Muhammad Danish Shafiq, maka mama decide naik train. Tapi nak kena ada teman. Maka, kakak la yang follow mama pagi ni. Sebab adik-adik mama ayah dah planning tahun ni kehadiran penuh in shaa Allah. Supaya mereka lebih confident untuk aktif dalam aktiviti sekolah. Sebab bila aktif, lagi mudah nak faham apa yang cikgu sampaikan.
Jadi rumusan tambang dari rumah nak ke Hotel Bangi Resort ni adalah:
Grab RM10
LRT RM7.80
KTM RM18
Grab ke hotel RM11
Total RM44.80 untuk dua orang. Lagi jimat naik kereta sendiri kot.
Tu la sal, penakut sangat nak bawa kereta. Asik harap suami je. Huhuu. Selagi boleh harap, kita on aje la. Bila ada hal macam ni, kita minta Allah permudabkan urusan je. Dan alhamdulillah sampai dengan selamat ke destinasi. Walau cabaran dia pasti tak boleh lari.
Ni lepas program bersama Omar Stirling. Dah pukul 6 masa ni. Hubby pun dah sampai. Jadi dia tolong ambikkan gambar team MYN.
Ni gambar tengahari tadi. Encik Haris tolong ambikkan. Ni lepas siap cabaran Escape room dan siap buat bendera.
With Omar Stirling
Sharing yang tak membosankan
Setuju dengan Omar Stirling. Sebenarnya apa yang disampaikan, almost everything kita dah pernah dengar sebelum ni. Tinggal tak buat ataupun lupa nak buat.
Antaranya,
Believe that you can. Bagi sal, yess. Percaya is the key. Sebab islam ajar kita KEPERCAYAAN kepada Allah. Never give up becoz Allah is always with us.
Sentiasa appreciate and support team dan leader. Jangan jelek dengan apa yang mereka sumbangkan untuk kita.
Always support each other. Kecilkan halangan besarkan impian. The mind is power with lahawlawala Quwatailabillah
Nak jadi hebat dalam bisnez SHOM, bukan dengan cara korek namelist dari dalam SHOM juga. Sebab masih terlalu ramai lagi orang luar yang tau peluang terbaik yang SHOM sesiakan untuk mereka.
Betul tu. bagi sal, agak memalukan if kita rasa hebat bila berjaya pengaruhi orang dalam bisnez yang sama juga untuk join team kita. Join dengan rejoin kan mereka yang masih aktif dengan ID sedia ada mereka.
Ni masa sesi akhir. Omar Stirling invites us untuk datang ke depan. Tapi sal pilih untuk stay ke belakang ni sebab lapang. Tak bersesak. Tak berlaga dengan kaum adam.
Mr Omar Stirling always ready. Kami je tak ready. Siap teertido tido.
We will conquer
28 is on
Let’s do it!
Nak terus berjaya, konsisten untuk tak buat 4 perkara ni:
Tak suka complain atau merungut
Tak suka menunding jari
Tak suka bagi alasan
Tak suka gosip
Our tutu for gala dinner. Costume powerpuff kami. Kami pakat tempah tutu. Yang patung tu pakai, sal punya. Style over kembang sket. Yang ni RM150 kalau uol nak tempah. Sal tempah dari Edoracreation Setia Alam. Boleh check instagram dia. Memang kemas jahitan dia. Sebelum ni pun pernah tempah tutu kecik untuk the running diva dari owner.
Sal simpan sini la gambar ootd with costume Powerpuff girl.
Riben dan eye mask powerpuff pin blur green tu, pun order. Anis Syahida baik hati tolong belikan sekali. Total costume;
Tshirt RM45
Tutu RM100
Riben RM13
Eye Mask RM10
Total RM168
Masa bergambar ni siap ada pelancong Holland nak join us bergambar.
Next day after breakfast. Ready for team building.
Setiap kali balik dari CDM Conference, mesti dapat bawa balik free new product. Kali ni dapat POWER UP. Minuman energy untuk abam. Ingredient Minuman Power Up ni ada 4;
Tongkat Ali
Halba
Mango
Kurma
Kelebihan Power Up ni, memang power aje la senang cite. Malas nak cite banyak. Beli la sendiri nanti bila dah launch kat market. Konfem makin berseri seri lepas minum Power Up ni.