Alhamdulillah
15 Disember 2019, Ahad.
Semalam berada di Ipoh.
Pagi ni terus menghadiri
Semalam berada di Ipoh.
Pagi ni terus menghadiri
Seminar Keibubapaan yang bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Puncak Alam dari jam 9 pagi hingga 3 petang.
Program yang sangat menarik. Kerana dikongsikan 4 topik yang berlainan dari speaker jemputan yang terbaik.
Majlis dimulakan tepat jam 9 olen Tuan Pengerusi Majlis, Ustaz Hakim.
Terima kasih buat pihak
Penganjur Seminar.
Seminar berdaftar seramai hampir 300 orang. Dan sal hadir ke Masjid Puncak Alam ni bersama tiga anak dan suami. Biar sama-sama belajar dan faham apa yang perlu dilakukan sebagai ibu ayah dan anak-anak.
Betul kata ustaz Pahrol.
Kita selalu dengar orang sebut Anak derhaka. Sedangkan product derhaka Lahir dari ibu ayah yang begitu juga kebiasaannya. Derhaka pada siapa? Pada Allah.
Kita sering disuntik dengan budaya “mengenang jasa” Dari mengenal Allah
Kerana kegagalan sesuatu keluarga sememangnya berpunca dari gagal membawa anak mengenal Allah.
Sal suka ulasan Ustaz Pahrol. Banyak membuka mata. Yang sebenarnya ibu bapa lagi perlu didik kerana mereka adalah seorang pendidik. Pendidik pada anak-anak.
Ada yang kata ilmu parenting ni tak perlu pergi belajar pun. Itu terpulang pandangan masing-masing. Bagi sal, Allah gerakkan kami ke sini untuk memberi sesuatu. Untuk menegur tanda sayang. Ilmu parenting asas islam memang sangat penting dan perlu ada dalam diri setiap ibu ayah.
Kerana anak bukan setakat Anugerah. Tapi lebih kepada AMANAH.
No comments:
Post a Comment