Dari Aeon Shah Alam, keluar. Masuk pulak ke Aeon Kepong. Pun tak berkenan jugak. Bila ada yang berkenan, stok pulak tak de.
Sekali teringat pulak mertua kata, hangpa pi cari kat Pusat Pakaian Hari-hari ka, Mydin ka. So, kami pun search la kat waze Pusat Pakaian Hari-hari. Dan, waze kata Taman Permata kat Melawati ni antara yang berhampiran dengan kami.
Konon nak beli kain sekolah je. Sekali tengok kualiti kain dia boleh tahan best, head to toe kami sapu.
Anak-anak dah besar ni, dah pandai pilih sendiri, bukan mudah mama ayah nak pujuk untuk buat pilihan ikut kita. Dah sampai masa kena setuju apa yang diorg sendiri suka. Diorg kata nak yang tu, ok la tu.
Yang bestnya, jimattttt banyak sangat bila brand jony jeny dan no problem jadi pilihan anak-anak. First time soping baju sekolah kat sini. Rasa puas hati sangat bila jumpa kualiti best, rege pun terbaik.
Masuk Aeon Metro Prima Kepong. Tapi kain yang nak tu brand Alpha Kids tak ada.
Bulan December kan bulan hari Natal. Jadi deco krismas menhiasi dalam Mall.
Ni gambar guna fon mama.
Tengok la Muhammad tu. Suka sangat buat muka macam tu bila kita sebut satu dua tiga.
Adik maintain Ayu je. Anak no 2 sal ni pemalu orangnya. Dan gambar dia pun payah nak nampak ada kat socmed. Sebab dia tak suka bergambar. Tapi lepas tu, dia akan tanya pulak “mana gambar adik masa kecik” 😅🙄
Yang ni clearance stok rasanya. Dia letak kat luar.
No comments:
Post a Comment