Thanks For Your Support

Tuesday, October 8, 2019

Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh Premium Beautiful Premiuk Beautiful



Bahan-bahan Masak Lemak Cili Api simple dan mudah bersama Belimbing Buluh,

Bawang putih 3-4 ulas
Bawang Merah sederhana 1 biji
Kunyit hidup besar ibu jari
Lengkuas besar ibu jari
Cili padi 7-8 biji
Cili hidup 2 biji
Semua bahan ni Sal tumbuk. Suka tumbuk sebab lebih kick.

Serai diketuk sikit
Daun limau purut 
Daun kunyit
Belimbing buluh dah ada jadi tak perlu asam keping pun tak apa.
Santan sekotak (untuk yang tak kuasa nak perah santan 😅)

Garam dan gula secukup rasa.
Sal tak suka ajinomoto. Jadi memang tak pernah ada perisan ni kat dapur.

Cara masak dia:
Panaskan kuali,
Lepas tu masukkan bahan yang dah ditumbuk tadi.
Masukkan sekali serai, daun limau, daun kunyit yang dah disimpulkan.

Kacau.

Lepas dah agak nak garing, masukkan sikit santan yang bercampur air. Sikit je dulu. Jangan tuang sekotak terus.

Kacau sampai mendidik.

Lepas tu, masukkan la telur ke, ayam ke, apa-apa je yang uol teringin nak makan.

Bila dah mula masak telor or isi ayam ke daging tadi, boleh la masukkan santan sekotak. 

Kacau lagi. Lepas tu rasa la nak masin macam mana, manis macam mana.

masak lemak cili api belimbing buluh simple ringkas mudah


No comments:

Post a Comment