Thanks For Your Support

Tuesday, October 15, 2019

CDM Product Knowledge Meeting With HQ And Fitting At KL Sentral



Hidup ni macam matahari. 



Video ringkasan sepanjang hari.

Pagi dah keluar rumah. Sebab CDM gathering at 10am di HQ Klang.

CAFE IKHWAN SHAH ALAM GISB SDN BHD
Tapi tak sempat nak datang awal ke HQ. Sebab singgah ke Cafe Ikhwan Seksyen 13 dulu. Dah janji dengan Premium Beautiful lovers ni. Dia dah pakai Premium Beautiful dari sal sejak tahun 2014 lagi. Dari anak 1, sampai dah 6 kali mengandung. Alhamdulillah.

cafe ikhwan shah alam gisb sdn bhd
First time makan kat Cafe Ikhwan ni. Lama dah teringin. Rupanya Allah hantar kami ke sini. Sebab selalu dok imagine nak gi makan yang kat Kota Damansara. Sebab jumpa dalam FB, kat Kota je ada. Rupanya, ada je Cafe Ikhwan under GISB Sdn Bhd ni di Seksyen 13 Shah Alam. Sedap lauk paul dia termasuk roti canai dia. Uol wajib cuba. Cari la Cafe Ikhwan berhampiran. Banyak rupanya cawangan dia.

Client sal ni one of GISB. Seronok dengar cerita dia tentang kehidupan mereka.

MashaAllah. Jauh nya cara hidup mereka dengan kami. Rasa macam ada sesuatu yang Allah nak sampaikan pada kami, dengan jumpakan kami pada mereka ni. Dari mereka, sal nampak sesuatu yang selama ni sal rasa hanya ada kisah ni pada zaman nabi je. Iaitu zuhud, wasatiah.

Rupanya, GISB adalah circle yang masih melawan nafsu duniawi di zaman penuh godaan ni. 

Mereka hidup sangat sederhana. Sangat ekonomi. Walau hakikatnya mereka mampu je nak hidup mewah. Nanti la. Ada masa nanti sal elobrate apa yang sal nampak dan rasa dengan GISB ni. Alhamdulillah ditemukan dengan mereka hari ni asbab korset.

Lepas makan dan sembang sembang dengan mereka, kami teruskan perjalanan ke HQ Klang. 


Suka gambar ni. Sebab mentor sal yang ambik.


Even dah CDM, semua dari kami masih belajar. Especially bila melibatkan product dan plan baru.

Semua kusyuk take note ilmu product penting dari Product Expert syarikat.

Untung kami. Tak perlu sakit kepala fikirkan tentang product dan grand marketing. Semua syarikat sediakan. Memang manja sungguh usahawan-usahawan syarikat yang dah 27 tahun bertapak kukuh di Malaysia ni.

Lepas habis je urusan di HQ, kami balik jap. Bagi anak makan. Lepas tu keluat balik ke KL Sentral untuk appointment bersama client di KL Sentral.

Appointment pukul 5.30 petang. Jadi sebelum tu singgah asar jap kat Masjid Negara.




No comments:

Post a Comment