Thanks For Your Support

Monday, August 19, 2019

Boboboi The Movie 2 2019


I want both.
Family nak.
Business pun nak.
Jadi, malas nak fikirkan masalah macam mana nak balance kan both priority. 24 hours yang kita ada, in shaa Allah boleh plan. Tenang-tenang je minta dipermudahkan urusan. Yang penting, submit dulu apa kita nak.

Pukul 9 pagi dah keluar. Walau kepala berdenyut. Kalau tak keluar jugak pepagi ni, confirm lagi kuat denyut. Sebab anak asik berlagu nak tengok movie. Sebab semalam dah janji nak pergi. Tapi tak pergi pun semalam, sebab mama ayah tak larat nak ke mana dah lepas leaders group coaching tu. 

Dan tengahari ni, ada majlis ilmu bersama mentor. Dua-dua priority. 

Yang bestnya kan,
Masa dalam wayang, bukan nye sal tengok pun movie tu. Dok totet totet buat marketing. Lepas tu kan, dalam gudang gedang bunyi bising si boboboi ocobot hang kasa bagai sibuk berlawan tu, masuk pulak cash 4 angka dalam bank rimau 😱

Dalam kelas pulak, masuk lagi daftar new agent pulak. Masha Allah. Rezeki sungguh. Alhamdulillah for today.

www.salleharoslan.com

Ready for Boboboi The Movie 2.


Kami biasanya akan spend time tengok movie di The Strand Mall, Kota Damansara.


Jarang tengok wayang. Hari ni di desak oleh Damia Danisha Danish. Sebab esok dah start sekolah.


Tengok kat sini relax. Sebab tak ramai orang.


Ni muka pukul 9 pagi.


Gambar guna fon.


Selfie before masuk tengok Boboboi kuasa 7. Dah macam dragon ball dah pulak. 

Mula-mula tu malas nak layan cerita Boboboi ni. Tapi dah masuk part kuasa boboboi dan kawan-kawan dia kena sedut dengan Retakka, dan diorang pun dah mula berlatih dengan Hang Kasa, baru sal tengok. 

Sebab suka ambik morale of story from the movie.

Bila sal tanya Damia, apa morale of story yang dia belajar dari cerita Boboboi The Movie 2 tu.

Damia kata, macam mama ada bagi tau kat dia sebelum ni “tak ada kawan baik kat dunia” jangan declare someone tu was a good friend to us. Berkawan la dengan sesiapa pun. Asalkan bersederhana dalam mengikut kawan. 

Then mama cakap kat kakak, mama nampak, dalam movie ni, 1 kekuatan boleh tutup 10 kelemahan yang kita ada.

Contoh macam Boboboi tu kan, last sekali tu, kuasa dia tinggal dua je. Dari 7 element, tinggal element api dan element air. Boboboi dah hampir give up. Sebab tak yakin yang 2 kuasa element dia mampu rebahkan Retakkan yang  gagah perkasa dengan kuasa yang di ambil secara paksa dari orang lain.

Biar kita nampak lemah luar, tapi kuat di dalam. Semangat kental. Semangat akan kuatkan kita untuk capai impian.


Lepas habis tengok boboi, ikut hati nak sambung berejam duduk kat Fazbulous butik Fazura tu. sebab Fazbulous tu kat bawan TGV The Strand je. Dah la dia buat sales bak hang. Siap baju RM50 RM90 dan baju the lates dia yang gegojes tu RM150 je. Baru sempat try satu baju yang color merah bling bling kat tangan tu, suami dah kata perut dia dah berbunyi. Lepas tu bagi tau sekarang dah pukul 1. Dia nak cepat. Sebab nak hantar anak ke rumah mak. Nak setup PA System. Nak makan. 😅 maka, baik lah. 


Tak pernah bosan dengan perkongsian mentor.


Alhamdulillah for today. Dalam bisnez, ilmu ni macam udara. Tanpa udara pasti kita sukar bernafas dan akan mati.



Lirik lagu penuh Fire & Water dari Faizal Tahir adalah seperti berikut:
—————–

Ada masa ku mahu jadi biasa
Ada masa ku mahu luar biasa
Mahu ku jadi juara
Mahu ku berjaya

Kata orang hidup biar berjasa
Dunia ini hanya sementara
Berani hadapi semua
Harus kau percaya

Ku cuba dan cuba ku, tak putus asa
Terus ikut cahaya
Ku cuba dan cuba ku, tak putus asa
Pasti sampai ke sana

[Chorus:]
I’m Fire and I’m Water
Kau memberi ku kuasa
I’m Earth and I’m Nature
Kau membuat ku rasa

Oooh oh oh
Oh oh oh oh oh
Boy oh boy oh boy oh boy
Jangan mudah mengalah (oh!)

Gagal bukan alasan putus asa
Menang bukan untuk mendabik dada
Saat ku hilang arah
Kaulah adiwira

Ku cuba dan cuba ku, tak putus asa
Terus ikut cahaya
Ku cuba dan cuba ku, tak putus asa
Pasti sampai ke sana

[Chorus]









No comments:

Post a Comment