Tema hari raya ketiga, peach and white.
Sal pakai baju mix and match. Baju tak tahu tahun bila. Baju tu Ash Annas. Kain kepok peach tu tak ingat beli kat mana. Baju Damia Danisha tu beli kat Aeon Mall Shah Alam. RM 24 Je selai. Jubah Muhammad tu baru beli kat kedai pakaian Canggih Saujana Utama. Masa tu bulan puasa, nak beli baju sekolah kakak dengan adik. Jadi ternampak jubah ni ngam dengan Muhammad, so mama pun beli la satu. Jubah putih lelaki ni RM39 sahaja. Kot ada yang cari Jubah tahfiz untuk anak lelaki, boleh la ke kedai pakaian canggih di Saujana Utama, Sungai Buloh.
Orang tetua kata tak baik duduk kat tangga. Nanti tak de orang masuk minang. Huhu. Dulu memang sal suka sangat duduk kat tangga. Bila dengar orang sebut reason macam tu, dalam hati cepat-cepat sal doa “adalah orang yang masuk minang aku” hehe. Tu yang lepas siap je exam final year degree, terus kawin. Mungkin sebab dari kecik dah submit doa.
Dalam perjalanan. Bagi chance Muhammad tengok youtube kids jap.
Kakak Damia.
Kakak ok la kalau suruh bergambar. Adik Danisha dia tak minat bergambar. Selalu kalau bergambar tu pun sebab kena suruh baru buat.
Muhammad pulak memang suka je bergambar.
Nak susun ni yang best ni. Best dari side yang berbeza. Merecik peluh.
Tepek sini. Gambar tepi highway. Full house RNR masa raya ni.
Video dari awal sampai ke petang di Trolak. Lega bila Premium Beautiful sentiasa melekap kat badan. Premium Beautiful sangat membantu jaga pinggang. Bukan setakat bagi pinggang kerengga. Tapi siap bantu legakan sakit pinggang sekali. Di jamin puas hati. Untuk yang cari ikhtiar untuk legakan sakit pinggang.
Yeayyy Danisha posing. Bukan senang tau nak dapatkan gambar adik ni. Siap senyum lagi.
Ni Kakak. Sokmo senyum.
Muhammad pun quit sporting.
Kami bertolak around 11am macam tu dari rumah. Lepas tu stop jap kat rnr untuk makan. Makan kat tepi highway je. Bole tengok dalam video yang sal share tu.
Best la dapat jalan-jalan kampung orang. Trolak pun tak jauh dari Sungai Buloh. Jadi tak terasa letih pun. Kami ke dua buah rumah kat Trolak ni. Satu rumah belah mak. Satu lagi di belah abah.
No comments:
Post a Comment