Thanks For Your Support

Saturday, June 22, 2019

Hari Report Kad Damia dan Danisha 2019

Hari ni hari Jumaat. Full of activities macam biasa. Cuma hari ni sal tak buat any business appointment pun.

Just stay area rumah dan uruskan urusan sekolah anak-anak. Sebab hari ni ada hari ambik report kad kat sekolah Damia dan Danisha.

Damia tahun 6
Danisha tahun 4.
Untuk tahun 2019 ni. 


Zaman kita dulu panggil hari report card. Sekarang ni bahasa canggih, Hari Interaksi Akademik gitu.

Dulu kan, dengar je kena panggil mak ayah datang sekolah untuk hari report card, mula la rasa macam kena sembelit je. Takut.

Sekarang tak de dah kot. Sebab result anak, kita boleh tengok dulu kat online. Ok tak ok boleh tazkirah dan buat motivasi slot terus kat rumah. 

Pagi tadi ke kelas kakak tingkat 3.
Petang ke kelas adik tingkat 4.
Sebab tu diorg ni dari 8 tahun sal dah bekalkan bengkung Premium Beautiful. Supaya posture badan tak effect bila hari-hari tanggung beban berat bag.


Pagi tu, sebelum solat jumaat dan ke sekolah sesi petang, sempat keluar cari sesutu kat rumah.

Ikutkan sal tak nak masak pun. Tapi sebab dalam kepala ni nak cari tudung la, nak hantar baju bergosok la kat dobi. Maka, sal pun offer la diri kat suami. Offer yang sal nak masuk pasar sendiri cari ikan.

Suami dengar je sal nak cari ikan, terus dia gelak. Kuang asam kan. Sebab dia tau mana pernah isteri dia nak gi pasar beli ikan sorang-sorang. Rupanya masuk nak beli ikan sebab ada makna. Nak cari tudung rupanya. Sebab dalam tempat beli ikan tu, ada satu kedai tudung.

Tapi, nak jadi cerita, kedai tudung dalam tu tutup. Sob sobbb. 

Lepas tu sempat pulak tu menyinggah kedai-kedai lain. Ni la dia lumrah orang perempuan. Diorg bab nak cuci mata, nak nipiskan wallet memang terbaik. Tapi bila kita dah tau habit kita suka berbelanja, nak tak nak kena la rajin cari duit untuk berbelanja. Suka shopping maka kena la suka buat bisnez ajak orang shopping dengan kita. Jadi, tak de la stress bila nak kan sesuatu asik tak dapat je. Nak minta selalu kat suami pun tak boleh juga. Kita la kena pandai-pandai buat duit sopping sendiri.


Dah habis amik keputusan periksa Danisha, terus bawa dia balik. Tapi sebelum tu, jom photoshoot sekeping dua buat kenangan. 

SKSU Hari Interaksi Akademik 2019. 
Danisha ni dia pemalu sangat. Tapi mama fahamkan dia, kenapa perlu banyakkan ambik gambar masa zaman sekolah ni. Sebab esok dah tak sekolah lagi dah, mesti rindu nak imbas kenangan masa sekolah. Jadi, gambar la jadi pengubat rindu. Dan gambar juga, ada masa boleh jadi penguat perhubungan antara kita dan rakan sekolah kita yang lama.


Alhamdulillah for the results. Apa pun result anak kita, don’t insult them. Kejayaan mereka bergantung juga pada bagaimana doa kita, dan usaha kita untuk bawa mereka ke sekolah, personal tuisyen dan terapkan nilai percaya pada Tuhan. Percaya yang macam mana? Percaya yang jika kita solat awal waktu, doa dengan penuh kesungguhan, pasti Allah akan bagi kita terang hati terima ilmu dan menjawab soalan.

Orang selalu sebut, kita jaga apa Allah nak, in shaa Allah, pasti Allah akan beri the best untuk kita.


Ni ikan yang akan di stim kejap lagi.

Siap tanya orang lagi cara nak buat ikan Bawal Emas buat stim ni.

Cara buat ikan bawal emas masak stim ni, sal sediakan bahan-bahan ni. Bahan-bahan amatur tau. 😅

Ikan Bawal Emas sekor
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Lemon
Halia
Serai
Daun limau
Sos tiram
Sos ikan 

Semua ni campak je masuk pengukus.


Thanks my dear friend. Bab masak pun gi piyem orang tau 😂

Gambar yang dah siap stim memang tak ambik. Sebab dah siap tu terus berebut nak makan. Rasa ikan Bawal Emas ni memang betul la diorang kata, BERLEMAK!



Wednesday, June 19, 2019

Premium Beautiful Greenwood Gombak

Ni hari Sabtu. Siang pagi sampai ke zuhor, Damia ada intensive class di sekolah. Jadi, lepas zuhor juga la baru keluar rumah. Bertuah sangat sal sebab dapat client Premium Beautiful yang baik hati. Mudah nak deal masa.

Setiap kali nak keluar pulak, mesti pening nak pakai baju apa. Ikutkan banyak je baju yang dah siap gosok. Tapi mode hari ni nak pakai baju besar dan longgar. 

Jadi, belek punya belek. Termenung punya termenung, maka, baju hijau yang sal beli kat Setia Alam Shopping Mall ni jugak yang jadi pilihan untuk fitting Premium Beautiful hari ni.

Sal tak suka sangat baju ni. Sebab kalau salah pose, dia akan buatkan sal nampak gemmoks.😅

Baju hijau ni sal beli untuk pakai raya kedua tahun 2017 kalau tak silap. Ya Allah nape la pelupa sangat ni. 

Shawl tu pulak, founder Azalea bagi percuma masa tahun 2012. Masa tu rajin beli tudung dengan Aliah Abd Rashid yang cantik manis tu. Sekarang Aliah dah jadi founder baju jenama Ayana.My

Cantikkan. Ni la Aliah dengan anak comel dia.


Lepas makan kat Kepok Lekor Tranung, kami ke Sungai Kerdas, Gombak pulak untuk hantar Long Girdle Premium Beautiful special size ni.

Untuk yang tercari-cari kat mana tempat makan best di Gombak, uol boleh cuba dua kedai yang sal suka pergi ni,

1. Jelira Molek kat Sungai Chin Chin Gombak
2. Kepok Lekor Tranung kat Greenwood Gombak

Yang Jelira Molek tu, sal suka nasi kukus dia. Kuah dan sambal hijau dia uol ambik lebih tau. Lepas tu jangan lupa coconut shake dia. Sedappp dan murah. Donut kat Jelira Molek ni pun, kalau ikut selera sal, memang makan 7-8 ketul pun ok lagi. Sebab gebu dan sedap sangat donut dia. Kot ada yang mengidam donut gebu murah, boleh la waze Jelira Molek Kampung Sungai Chin Chin Gombak.

Harga makanan dia:
Coconut shake RM4.50
Nasi Kukus RM6.00

Selain tu dia ada juga masak singgang, sup tulang dan lain-lain. Menu tak banyak sebab Jelira Molek ni dia buat makanan pengkhususan. Khas masakan pantai timur je. 

Yang Kepok Lekor Tranung tu, sal suka datang makan kepok lekor cheese dia dari 2016 rasanya. Memang sedap. 

Sebelum ni Warung Lekor Tranung ni just fokus pada kepok lekor original dari Terengganu je, tapi sekarang dah ada menu tambahan. Ada nasi campur lauk special macam masak lemak dan patin tempoyak, sekali dengan ikan kembong celup tepung.

Warung Kepok Lekor Tranung ni, kedai sepupu sal dan suami dia yang usahakan. 

Suka tengok mereka gigih membangunkan perniagaan mereka sekeluarga. Dari kecik-kecilan, sampai dah makin upgrade dah business mereka. Alhamdulillah. Rezeki orang tak putus asa berdoa sambil usaha, pasti akan makin berjaya. 

Business tak semudah yang kita biasa nampak. Kita nampak orang lain senang je berjaya kan. Tapi hakikat dia, nak berjaya upgrade business ni, perlukan pengorbanan di peringkat awal. 

Keringat, penat, air mata, mandi peluh, sakit kepala fikir strategi, dan macan-macam lagi. Usaha bangunkan business memang tak seindah biasa. Tapi apa yang kita akan tuai, ianya pasti luar dari biasa yang kita dapat.

Awal berniaga, memang kita akan mudah rasa tertekan dengan cabaran. Tapi sampai satu masa, kita akan tenang dan makin faham cara untuk handle cabaran. Sebab ujian memang non stop. Jadi, untuk yang tak kuat hadapi tekanan, jangan la berniaga. Tapi kalau tak berniaga, tak feel la the real life tu macam mana. Sebab bagi sal, berniaga ni dikatakan sunnah, sebab dia akan buatkan kita secara tak sengaja akan terdekatkan diri untuk bersiap dunia dan akhirat. Tapi dugaan berniaga memang berat. Berat-berat dugaan pun, tapi kemanisan dia, tak boleh nak luahkan dengan kata-kata.










Nak tahu perlu ke tak perlu pakai Premium Beautiful setiap hari?
Jom dengar short sharing dari sal. Dengar tau.

Nak dapatkan Premium Beautiful Promo, Harga murah, boleh wasap.my/601116311641 sekarang.

Invitation for CDM Raya 2019



Alhamdulillah. Tahun ni kali ke 6 sal di jemput secara exclusive oleh Sahajidah Hai-O Marketing untuk diraikan dan meraikan sambutan Hari Raya syarikat.


Majlis sambutan raya yang dianjurkan syarikat ni, biasanya hanya untuk CDM sahaja. Apa tu CDM? Cash Deposit Machine ke?


Bukan.
CDM tu stand for Crown Diamond Manager. 
The highest ranking dalam plan pemasaran business networking ni.


Macam mana nak jadi CDM?
Anda confirm akan CDM, jika anda sudah mendaftar RM47 sebagai ahli. Cuma, nak jadi CDM, perlu la jadi ahli yang ada melakukan urusan jual beli secara berterusan.


Kena menjual ke?
Of coz la sayang,
Business apa yang tak ada proses menjual. Menjualkan memang dah jadi jantung untuk proses mualamat. Bukan business sejati la namanua jika tak ada transaksi jual beli. Jika ada peluang macam tu, bagi tau sal ye, Teringin jugak nak business yang goyang kaki ni.


Macam business yang sal buat ni, kami lebihkan sesi goyang jari. Maksud goyang jari tu adalah, kami full use penggunaan internet. Sekarang kan semuanya online. Jadi, rajin goyang jari, in shaa Allah income juga pasti mari.

Jangan terpedaya dengan ayat bulan bintang yang business adalah MUDAH. Business SENANG. Business tak perlu mejual. Tak perlu cari orang. Kalau ada pun, try la buat sayang. Mesti lambat laun anda akan perasan yang jenis business macam tu, bukan business yang boleh bertahan lama.


Sama juga dalam business Sahajidah Hai-O ni.
Nama syarikat jugak yang naik ranking. Mengungguli carta top 3 lagi. Bila ada individu yang terlebih kreatif wujudkan sistem plan ciptaan sendiri. Kesan dia, kesian pada yang bilisan macam kami. Baru nak bernafas, dah merasa nyawa-nyawa ikan balik. Gara-gara plan corrupt mereka yang hebat tu diviralkan netizen di social media.

Ia ibarat, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tak semua yang buat busines Sahajidah ni penipu sayang. Tak semua scam. Tak semua main harga. Tak semua seperti yang anda selalu dimomokkan.

Yang beri effect buruk pada business Sahajidah ni, hanya segelintir sahaja. Yang seronok menunjukkan power. Hingga plan skim cepat kaya mereka, merosakkan market business yang tak bersalah.


Bersama mentor no 1 dalam SHOM. CDM Ah Chai. Dan uang berbaju putih tu, doktor pakar bius, Dr Rosma.


Jadi, jangan takut untuk bernaiaga. Sebab syarikat sentiasa upgrade segala kekurangan. Sebab tu dah 8 tahun, sal masih ada dalam business ni. Kerana walau berombak tsunami pun kami dalam business, syarikat sentiasa ada untuk support usahawan mereka.


27 tahun bukan masa yang singkat. Kalau anak dara, dah kawin dan beranak pinak dah tu. Jadi, platform bersama Sahajidah Hai-O adalah peluang kerjaya terbaik untuk anda yang ingin menjana pendapatan dengan modal tanpa risiko. Team sal sedia membantu, jika anda inginkan pengalaman berniaga yang menyeronokkan.














My cinta hati.





Suasana hari raya SHOM 2019. Sentiasa meriah.


With Bella. One of marketing person di HQ. 


Emcee yang menceriakan majlis. Hariz dan Bella.





Semanis kurma. Jemputan khas dari SHOM untuk hidangan rohani dan motivasi usahawan sejati.