Masha Allah.
Tahun ni je, memang Syarikat kami terpaksa buat 5 kali majlis Anugerah SM SSM ni.
Pecah rekod sungguh la.
Ingatkan ekonomi merudum bisnez out. Tapi, bisnez ni pelik. Sejak 27 tahun bertapak di Malaysia ni, ni la pertama kali majlis Anugerah SM SSM diadakan sebanyak 5 kali.
1. Di Selatan
2. Di Lembah Klang
3. Di Sabah
4. Di Utara
5. Di Sarawak
Bayangkan, semalam je di IDCC Shah Alam, hampir 8000 usahawan yang hadir. Jika buat gabungan ke 5-5 lokasi tu, mau jem krem bangunan IDCC Shah Alam dengan ratusan ribu usahawan membanjiri dewan.
Apa tu SM, apa tu SSM?
SM tu Sales Manager. Yang mana, bonus jualan akan diberi sebanyak 21%.
Macam mana nak capai Sales Manager?
Buat jualan terkumpul sebanyak RM20,000 sahaja.
SSM pula bermaksud Senior Sales Manager. Dengan bonus jualan 26%
Dan macam mana nak capai pangkat Senior Sales Manager?
Buat sal tambahan terkumpul lagi 40,000 sahaja.
Kerana jumlah jualan untuk Senior Sales Manager adalah 60,000
Akademi B32
Let’s be a part of our team. Step by step will be guided.
Happy Muhammad Danish Shafiq. Sebab dapat pin bunga dari someone yang sangat disegani kerana kejayaan dan kebaikkannya dalam menambah nilai hidup orang lain. Thanks sifu CDM CsChan
Encik husband yang ambil gambar. Jadi, hanya sal dan sifu CDM Chan sahaja yang ada dalam gambar kenangan di Majlis Anugerah SM SSM 2019.
Siapa CDM Chan ni?
Beriya nau cerita pasal beliau ni. Siapa ni.
Ni la antara sifu atau mentor yang sentiasa ada bersama kami dari awal berniaga. Walau berlainan bangsa keturunan, tapi kami sangat appreciate apa yang beliau sediakan untuk membantu kami usahawan Akademi B32, especially dari segi ilmu.
Teguran beliau adalah teguran membina. Sentiasa buatkan kita rasa kita mampu untuk capai impian.
Beliau bukan pegang sal masa dah siap. Tapi sebenarnya beliau adalah orang kuat di sebalik tabir yang sama-sama menjayakan pencapaian sal hingga cecah 2 juta sales pertama pada tahun 2014.
Jutawan humble yang melahirkan jutawan humble juga. Iaitu mentor kami CDM Haji Azlan Deraman dan CDM Hajah Siti Rohana.
Terima kasih sifu. Walau dipertengahan jalan, ada sesuatu yang menjarakkan kami. Tapi sifu sentiasa memaafkan dan melupakan. Dari situ sal belajar, dan semakin matang, yang kehidupan ni sentiasa akan di uji. Dan ada masa kita jadi seseorang yang mudah dipengaruhi.
Pastikan setiap apa yang kita dengar, jangan terus menilai dan melabelkan seseorang. Kerana kita hanya dengar cerita sebelah pihak saja. Sedangkan sebelah pihak lagi hanya mendiamkan diri kerana biasanya orang yang diam ni, mereka tau, sampai masa nanti, kebenaran akan terbukti. Sebab benda boleh buat gaduh, buat apa nak bincang.
Jangan jadi orang yang mudah dipengaruhi. Dengar cerita dari A, terus percaya. Kesian kan diri. Sebab satu masa nanti, kita pula akan jadi bahan fitnah dan mangsa Aib si A. Kerana orang yang baik, mereka tak kan mengajak orang lain untuk ada rasa geram pada seseorang yang lain.
Muhammad Danish Shafiq terpaksa ikut mama ayah hari ni. Sebab lepas subuh tadi kami ke Stadium Panasonic Shah Alam. Untuk sport day Genius Aulad Muhammad.
Sahabat sejati til jannah in shaa Allah. Kami tak sempurna. Tapi kami menyempurnakanantara satu sama lain.
Bagi sal, rezeki paling besar adalah bila dijodohkan dengan lelaki yang paling baik terhadap keluarga dan isteri. Muka nampak castelo. Tapi hati lembut. Especially bila isteri buat perangai. Hehee.
Sal respect orang yang tahu respect suami sal. Dan sal tetap respect orang yang tak tau respect suami sal. Cuma dengan mereka yang tak respect suami sal, anda perlu berlapang dada jika sal menjarakkan diri. Kerana ukhwah dan silaturahim tu bukan bermaksud putus bila kita kurang mesra. Itu tandanya, kami menghormati adab anda yang hanya memandang darjat sahaja.
Memang suami sal dulu pemandu lori. Memang suami sal belum capai pangkat tertinggi dalam business ni. Tapi, beliau adalah insan yang sangat berkerja keras untuk membantu mengangkat darjat isteri di bidang perniagaan ni. Tanpa beliau, tak jadi la sal dengan gelaran Crown Diamond Manager. Iaitu pangkat tertinggi dalam business Sahajidah Hai-O. Tanpa beliau, tak menjadi la segala aktiviti business sal. Sal ni belajar je Bachelor Sc in Business IT. Tapi sebenarnya suami yang lebih bijak dalam urusan berkaitan digital ni.
Jadi, jangan sesekali pandang rendah dengan orang yang kita rasa taraf kerja dan qualification mereka rendah. Kerana pengalaman mereka sebenarnya lebih hebat dari apa yang kita sangkakan.
Respect each other.
Terima kasih pasangan multimillionaire mentor yang sangat memberi inspirasi. Iaiti CDM Haji Azlan dan CDM Hajah Siti Rohana. Kerana sentiasa ada
Menemani dan memberi tunjuk ajar terbaik pada sal dan seluruh team. Kami akan cuba usahakan untuk jadi sebaik Abang Lan dan Kak Na.
Masa CDM Kak Na lentokkan kepala dia di kepala sal, rasa bergenang air mata. Sebab.........
In shaa Allah akan sal ceritakan bila kejayaan next episode nanti bermula. Jika berpeluang sekali lagi untuk
Menjadi speaker jemputan syarikat di majlis anugerah gemilang, in shaa Allah akan sal kongsikan tangisan
Kegembiraan sekali lagi bersama ribuan usahawan SHOM.
Now, this is my second cycle. Kayuhan kedua untuk roda berpusing ke atas. Terima kasih untuk semua yang sedia dibimbing. Kerana jika ikutkan selfish, i rather quit and do this business alone. Tapi, business ni dah jadi jiwa raga sal. Sampaikan sal tak peduli dah samada orang nak ikut atau tak. Sebab sal dah ada pengalaman membina dari mula, sal percaya, dengan bimbingan mentor, siapa yang masih percaya dan sentiasa bersedia untuk beri komitmen, pasti boleh berjaya!
Bersama CDM James. Mentor kepada mentor jutawan kami.
O group. Lama sangat sembang cara membuatwang kat sini. Sampai suami siap bagi signal time out dah.
Sebab bukan mudah kami nak
Berkumpul. Jadi, peluang ni digunakan untuk berkongsi pengalaman dan tindakan yang boleh membantu mereka yang mahu untuk berjaya.
Betul la ada mentor kata, hanya mereka yang bersedia saja yang boleh makim
Berjaya. Yang masih dengan alasan yang sama, tiada siapa boleh paksa mereka untuk berubah.