Thanks For Your Support

Saturday, February 9, 2019

Winter Test Moto GP 2019

Bismillah

Hari ni hari khamis. Aura hari khamis dikaitkan dengan warna kuning dan oren kan.

Oren antara warna yang sal jarang ada, dan jarang guna. Sebab ada yang kata oren ni meningkatkan nafsu makan. Ye ke?

Rasa memang iye la kot. Sebab banyaknya makan hari ni. Sampai suami tanya tadi, awak tak kenyang-kenyang ke? 😅

Ni dah alang-alang ada urusan di Kajang dan Sepang, kita singgah tengok Abam GP training kat sini. Winter test 2019. Berdesing telinga. Sesekali layan minat anak bujang boleh bergegar sel sel otak 😂

Ni yang best buat bisnez dihujung jari, dan ofis ikut tapak kaki. Sebab sambil focus projek, boleh ambik peluang release jejalan macam ni.


Teringat dulu. Pernah datang sini berdua. Dengan husband je. Masa tu tengok GT Japan. Tahun 2006 kalau tak silap sal. Tahun kami kahwin. Dekat 13 tahun dah tak jejak Sepang Circuit ni rupanya. Apa yang best datang sini? 
Kalau tanya sal, jawapan sal best sebab dapat jalan-jalan je la. Hehe. Kalau bab kereta ke, motor ke, memang tak masuk jiwa. Tapi kalau makanan yang jual-jual kat food truck tu, beso kecik, beso kecik je mata perati. Sebab im a foodie. Suke jalan jalan cari makan. Sebab tu berbaloi invests pakai Premium Beautiful ni. Badan maintain je. Nak slim boleh, tapi nak maintain slim tu tinggi betul cabaran dia kan. 


Kenapa macam tak de orang je.
Ramai je orang sebenarnya. Cuma ni kami cari port kat hujung-hujung. Nak area lap sana nun. Sebab suami kata area lap la best. Cuma kena berjalan jauh la. Berkicap la tiak. Tapi dengan Premium Beautiful, relax je jalan jauh pun. Sebab Premium Beautiful cepat serap peluh dan buatkan badan cepat rasa sejuk. 

Tu yang ramai amik port kat depan-depan sana je tu. Maybe sebab tak larat nak jalan panas-panas ni. 


Banyak betul soalan Muhammad ni. Antara soalan dia, "mama, motor dengan kete Allah lagi hebat kan, Lagi laju kan"?

lebih dari tu sayang. Allah maha hebat. Tak de kuasa lain boleh tandingi kehebatan Allah. Kita aim kat akhirat nanti, kita dapat kenderaan yang hebat ye Anak Soleh mama. Kata sal sambil usap rambut lebat Muhammad yang dah mula berbau peluh. Nasib baik mandi dengan KIDIVO. Jadi tak de la hapak sangat bau kepala dia yang berambut tebal tu.


Sejam kat Sepang ni, Muhammad beriya nak balik dah. Memang rugi la kalau pergi game yang berbayar. Sebab dia jenis tak boleh duduk lama kat sesuatu tempat tu.


Panas lit-lit ni berjalan la kami keluar ke main entrance. Nasib baik parking dekat je. Hari ni pun hari biasa, orang bekerja. Tu yang boleh jadi tak full pun sepang ni. Winter test ni masuk hari kedua. Dia just 6 sampai 8 February je.


Sambil jalan tu, kami bersihkan tangan dengan pembasmi kuman yang biasa ada kat hospital tu. Sebab tadi macam-macam terpegang kan. Kerusi la, tiang la, simen la, kasut la. Semua tu punca kuman. Jadi kena kurangkan dengan sentiasa sanitize kan tangan dengan sanitizer 99.9 pembunuh kuman tu.


Ni gambar ehsan dari Page FB VR46. 


Sal baru tau, 46 tu no Rossi rupanya.


Patut la boleh tahan crowd dekat sini walau tak full.





Sebelum ke Sepang F1 International Circuit, kami lunch dulu kat sini. Anda wajib cuba jika berada di Kajang. Kedai ni betul-betul di Masjid Saujana Impian. Dia ada jual ikan dan ayam bakar. Campuran kuah asam, kicap cili padi, sambal belacan dan gulai lemak dia yang buat makanan rasa sedap je. 

Lokasi tempat makan sedap dan murah di Kajang ni kat mana?
Waze je Masjid Saujana Impian Kajang. Sebab warung ni tak de nama kedia. Dia betul-betul tepi jalan kat sebelah Masih Saujana Impian.


Ni rupa nasi dia dan kedai dia.
Kat sini pun ada cucuq utara dengan kuah kacang dan air kelapa.

Try la. Sedap dan murah.



Nak balik dah.

Tournement Moto GP 2019 ni tak silap bulan Mac. Kat Qatar, Argentina dan US.

Diorg training je kat Sepang.

Macam best sebenarnya tengok persedian Moto GP ni. Sebab kita boleh relatekan dengan business jugak.

Persediaan RACE.
1. Mereka dah ready dari awal sebelum bertanding. Non stop Practice. 

2. TEAMWORK. Buat sorang tak kan jadi. Banyak sebenarnya tenaga belakang tabir yang menjayakan sesuatu pertandingan tu. setiap orang ada peranan mereka. Mereka complete each other. Yang kita nampak, hanya pelumba. Tapi hakikatnya, di sebalik pelumba tu, ada orang lain yang berusaha keras untuk sama-sama menjayakan race tu.

3. Jatuh tu biasa. Dari situ mereka akan adjust apa perlu buat untuk next step supaya tak jatuh masa bertanding.

Tu apa yang nampak la dari Moto GP atau any race car yang lain. Kot uol ada pandangan masing-masing, boleh la sharekan kat ruangan komen. 



No comments:

Post a Comment