Thanks For Your Support

Monday, February 25, 2019

Premium Beautiful - Majlis ilmu February Akademi B32





Ready untuk majlis ilmu #AkademiB32

Rutin setiap kali ada majlis ilmu, memang sal akan masuk sekolah awal sikit untuk jemput anak tuisyen. Lepas tu, arrange perjalanan hantar anak3 kat rumah mertua jap. Kalau tak hantar mak marah😅Sebab tiap kali tau ada class, memang mak dah standby menu kesukaan cucu-cucu dia.

Pergi majlis ilmu ni, bukan suka-suka. Tapi keperluan dan jadi tanggungjawab untuk bimbing diri sebelum kita nak bimbing orang lain. Mentor kata jangan sibuk rezeki orang. Sibukkan diri dengan usaha. Agar Allah beri rezeki pada kita. Orang tak nak buat, tak pe, yang penting kita teruskan buat. Percaya pada rezeki Allah adalah asas untuk kita bertindak. Nak berjaya kena ikut orang berjaya. Alhamdulillah mentor-mentor sal adalah orang yang dah terbukti berjaya. Mereka ada kat majlis ilmu hari ni. Jadi, segan pulak kalau sal tak ikut jejak langkah mereka. Nak berjaya, kena duduk dalam suasana yang boleh buatkan kita pun nak berjaya.


Thanks CDM Hajah Siti Rohana. Aura dan semangat kak Na akan kami bawa untuk terus memburu kejayaan dunia hingga akhirat. 


Thanks CDM Haji Azlan untuk plan strategi terbaik hari ni. Memang sentiasa the boom idea dari pakar strategi ni.


"Solat dulu. Solat dulu siapa yang masih belum solat. Atas boleh solat, bawah sini pun boleh" kata sifu sambil
tolong susunkan kerusi untuk kami o group selepas class. 

Masha Allah. Berlainan pegangan, tapi masih boleh ingatkan anak didiknya perkara wajib dalam agama. Itu la sifu kepada mentor hebat  kami. Pemilik Akademi B32. 

O group ni adalah sesi selepas habis majlis ilmu. Kami akan duduk dalam team dan sembang semula ilmu yang disampaikan oleh speakers. Cantik sungguh platform bisnez ni. Lengkap. Konsep Kekeluargaan, Peperangan, Persekolahan dan Kepercayaan.

Tengok kejayaan orang lain yang achieve million sales hari ni, buatkan hati meronta nak lahirkan pewaris secepat mungkin. In shaa Allah dengan support kuat dari syarikat, mentor dan komitmen sahabat seperjuangan, tiada yang mustahil. Kerana in shaa Allah, jika orang lain boleh. Tak mustahil kita juga pasti boleh! 💪🏻

#AkademiB32
#No1CertifiedPremiumBeautifulExpert


After class.


Selalu rasa syukur sebab Allah hadiahkan sal mereka yang terbaik. 


Selagi Allah izinkan bernafas, selagi tu sal akan menemani mereka untuk sampai ke puncak jaya. 


Peranan mentor adalah mudah berikan tunjuk ajar. Apa kita buat, adalah untuk diduplikasi pada team. Jadi, always try to perform the best. Paling penting, be the best version of you. Dan sentiasa jadi No2 dengan sesiapa sahaja especially bila melibatkan guru.

Mentor kata, cara tu paling selamat. Sal akui. Memang selamat dari segi sikap. Untuk elakkan kita jadi sombong dan rasa terhebat. Bahaya sebenarnya penyakit rasa hebat ni. Sebaiknya didik hati, aku tak tak hebat. Yang hebat adalah orang yang sentiasa menemani aku sepanjang perjalanan hidup ni. Tanpa mereka yang Allah hantar pada kita, we are nothing. 

Jika kita orang atas, jangan merendahkan orang bawah. Jika kita orang yang dibimbing, jangan sesekali simpan rasa yang aku buat, mentor aku la tu nak dapat. Sikap macam ni, walau ada sekelumit pun, anda pasti tak ke mana. Buat la 10 jenis bisnez pun. Jika kolam hati asik fikir aku buat orang dapat, forever la kita payah nak dapat.


Tq sifu. Sal belajar sesuatu dari beliau hari ni. Bukan hari ni je. Setiap kali jumpa, pasti ada ilmu kepimpinan yang baru sal akan belajar. Memang rasa kebas je muka bila sifu beri tunjuk ajar melalui tindakan.


Macam O group ni, sifu tunjukkan cara susun kerusi lagi. Kalau sal, cakap lebih kurang, lepas tu habis dah. Macam sifu yang berpengalaman 27 tahun dalam bisnez ni, memang lain aura mereka bila bercakap. Dari hati tembus ke hati.


Alhamdulillah team pun bergetar seluruh jiwa bila dapat sentuhan CDM Chan untuk our second class tahun 2019 ni.


Abam abam lagi naik sheikh bila sifu bijak buka minda kami semua.


Sesejuk mata memandang. In shaa Allah antara permata yang akan bersinar. Zazalina Othman. Thanks zaza sentiasa percaya dan sentiasa ada untuk sama-sama berjaya.


Thanks Hasikin Ali. Antara sahabat bisnez yang hati baik. 


Siap pakej urut. Haaa. Memang tak lena tidur la jawabnya.


Yang ni memang aummm sangat.








One team one dream


Sebahagian CDM Akademi B32


Our 3 master mind.


Bestnya suami isteri dapat beg kulit original Bonia dan Iphone 10.


Inspirasi. Dua orang new Crown Diamond Manager dilahirkan pada January. Apa tu Crown Diamond Manager?

Singkatan dia CDM.
Dalam bisnez ni, CDM adalah pangkat tertinggi dalam sistem plan marketing SHOM. 

Bonus CDM boleh cecah 41% hingga 69%

Minimum bonus mereka adalah RM10,000 untuk yang tak stop grow bersama kumpulan. Tak grow, maaf, memang ciput ataupun tak dapat. Sebab bisnez ni bukan kira pangkat. Tapi bonus ikut hasil kerja.

Ada ke yang duduk goyang kaki dapat duit?
Ada juga. Tapi biasanya tak lama. Satu, maybe kurang berkat sebab ibarat orang susah payah perah keringat, tapi kita duduk bertapa apa pun tak buat. Class tak pergi, seminar atau bengkel tak buat, personal touch tak ada, event syarikat tak komit. Yang mereka komit, adalah cerita kisah kesedihan kesusahan. Sedangkan kaki tangan tak jalan untuk bantu kembangkan kumpulan.

Dua, tak lama sebab bisnez ni kalau orang atas tak buat, dan orang tajaan mereka lagi laju buat, sampai masa, mereka sendiri akan stop buat kerja maintain point personal. Sebab bila tak buat, dan team yang buat lebih, sampai satu tahap, mereka takkan dapat apa-apa bonus dari hasil kudrat team pun. Jadi, bersabar aje la jika setahun dua tu ada yang makan hasil dengan goyang kaki. 


Thanks abamg PA. Tanpa kalian, tak berseri majlis. Sunyi sepi. 

No comments:

Post a Comment