Thanks For Your Support

Monday, February 25, 2019

Premium Beautiful Cash Buyer

Alhamdulillah.
Makin berkongsi ilmu, makin ramai yang merasa hasil yang sama. 

Rezeki dapat cash buyer Premium Beautiful ni merupakan satu nikmat dalam business ni. Sebab produk 4 angka ni, majoriti mest akan block awal-awal minda mereka yang siapa nak beli korset mahal macam ni?

Sebenarnya memang ada. Sebab kat dunia ni, tuhan jadikan manusia tu pelbagai. Ada yang berduit, ada yang kurang duit. Ada yang positif, ada yang negetif. Jadi, nak dapat yang positif, kena bermula dari minda kita dulu. Minda kita sendiri yang kena setting dan kena percaya yang pasti ada orang nak beli.

Tugas kita, kongsikan sahaja kelebihan Premium Beautiful yang kita dah pakai. Yang akan berikan rezeki dan jentikkan hati manusia lain untuk membeli dengan kita, tu kerja tuhan. Kita buat kerja kita je. Share kelebihan Premium Beautiful. Educate mereka kenapa Premium Beautiful merupakan baju dalam wanita yang terbaik sejak 23 tahun yang dulu lagi.

Jom sal highlight semula kat sini, apa kelebihan Premium Beautiful, sampai ramai sanggup serah cash 4 angka macam tu aje. Kebanyakkan mereka adalah repeat order customer. Bila baju dalam 4 angka yang duduk kat dalam badan tu orang repeat order, tu tandanya apa? :)

1. Mesti sedap pakai. Dah tak selesa bila pakai baju dalam yang lain. Rasa tak grip. Tak sempurna aktiviti harian tanoa di peluk Premium Beautiful

2. Fabric dia tahan lasak. Pakai berbelas tahun masih kenya.

3. Mudahkan pergerakkan. Melentur 360 darjah ikut badan. Tak sekat pergerakkan kita langsung.

4. Siap jaga posture badan lagi. Especially buatkan pinggang takkan sakit walau kerap travel dan duduk lama seharian tu.

5. Badan susah nak naik mendadak walau makan nauzubillah. Ni hakikat. Majoriti pengguna tegar Premium Beautiful, memang susah naik berat badan. Dan kalau naik pun, tak ketara nampak kembang dia tu.


Ni new Premium Beautiful agent. Jinny nama dia. Market dia kat JB dan Singapore. Tapi sampai ke Sabah pun dia dah jual Premium Beautiful ni. Semua by cash. Dan kali ni dia dapat cash buyer lagi. Tahniah Jinny.



Ni miss lien. Ibu anak 5. 3 tahun lepas, miss lien beli cash Premium Beautiful dari sal. Masa tu beli je. Tak buat business pun. Kali ni lepas 3 tahun pakai, Miss Lien bijak ambil peluang untuk jana pendapatan dengan Premium Beautiful. Dan alhamdulillah cash buyer menyusul.








Hari ni rasa macam nak left group 😂Sebab kemain diorang dok update dapat cash buyer. Produk 2 dan 3 angka high demand.

Premium Beautiful cash pun jalan. Alhamdulillah. Congrats team!🔥🔥🔥

#BusinessTunjukDanAjar
#AkademiB32
#No1CertifiedPremiumBeautifulExpert

No comments:

Post a Comment