Thanks For Your Support

Saturday, December 22, 2018

Premium Beautiful Expert : Hobinya Makan, Cita-citanya Nak Kurus



Haha. Betul tak tajuk tu. Memang sepesen kan orang pompuan ni. Hobi diorg memang makan. Tapi cita-cita nak kurus.



Biasanya, lepas makan baru datang rasa insof. Maka, saat tu la dalam kepala macam-macam terbayang. Nak diet la. Nak puasa la. Nak makan supplement la. Nak jogging la. Nak zumba la. Pendek kata, time lepas makan tak beringat tu, time tu la baru nyesal. Huhu.

Belum terlambat lagi yang nak kurus. Tak kurus pun, dapat shape cantik pun jadi la. Kira ada cutting dan nampak fit je. Kan.

Macam sal, sal memang susah nak control makan. Sentiasa dalam kepala dok fikir jap lagi nak makan apa. Kalau sebelum tido tu dok fikir esok nak makan apa pulak. Huhuu. Payahnya nak control nafsu makan ni.

Tapi rezeki la kot. Sebab sal jaga shape badan dengan pakai korset. Sal pilih pakai Korset Premium Beautiful. Sedap je badan tak bergegar bila berjalan. Kalai pakai masa makan, lagi best. Sebab keinginan nak makan tu sentiasa ada. Tapi bila dah masuk perut, kita rasa cepat kenyang. Macam tu lagi bagus. Kerap lapar tapi cepat kenyang.

So sesuai sangat la untuk anda yang tercari solution nak jaga badan. Nak bersenam kadang-kadang je sempat kan. Nak kawal nafsu makan, memang berpeluh dahi dibuatnya. Jadi, Premium Beautiful kan aje badan tu.

Sedapnya ubi kayu rebus cicah kelapa gula. Nasi minyak dia ya Allah. Sedap sangat. Sampai 3 ketul ayam sal makan. Acar buah dia best. Daging kicap dia mashaAllah, lembut betul. Marhabbah Catering katanya yang masak ni.

Sedapnya minum teh tarik. Sampai pejam pejam mata. Tapi jangan amalkan selalu. Rosak badan kalau kita jenis malas nak berpeluhkan badan.

Kalau dah datang kenduri kawin tu, memang sal tak ambil nasi putih. Mesti nak nasi minyak jugak.

Sampai awal setiap kali kenduri kawin tu memang heaven. Sebab tak yah parking menapak jauh.

Kenduri kawin ni belah husband. Anak Abang Muslim dan Kak Chali. Sal ingat lagi, mereka ni pernah jadi orang yang membantu juga masa kenduri kawin Sal dan Halmie kat Dewan badminton Cheras tahun 2006 dulu tu. 12 tahun dah berlalu. Hari ni kami pula di jemput meraikan perkahwinan anak perempuan mereka.

Majlis diadakan di SMK Convent Jalan Peel.

Kami decide pakai white hari ni. Biar cantik sikit corak baju bila kena ayam masak merah, daging hitam dan air sirap 😂

Ni mak pengantin. Kak Chali.

Ni pengantin. Azzam dan Nisa kalau tak silap.

Ni mak pengantin 12 tahun sudah. Maktok anak-anak sal panggil. Ni mertua sal. Mak yang melahirkan anak lelakinya yang baik lagi manis tu 😂



Thanks atas jemputan. Makanan sedap. Siap dapat gift lagi.

Lepas makan, kami zuhor kat Masjid Saidina Osman di Bandar Tun Razak, Cheras. Salin baju kat Masjid. Kemudian mulakan aktiviti membakar kalori badan yang dah berlebihan.

 Zaman sekolah dulu, sini la port kami untuk buat study group la konon tu. Haha. Korang pun mesti ada pengalaman yang lebih kurang sama kan.

Best Tasik Permaisuri ni. Sebab dia besar dan tak crowded.

 Just nak keluarkan peluh jantan je. Biar cair lemak yang ada. Double effect tau bila pakai Premium Beautiful, lepas tu buat pembakaran lemak dengan aktiviti workout.


Danisha mana?
Danisha tu anak kedua sal. Dah dekat dua minggu dia tak nak balik dari rumah nenek dia. Huhu. Nak makan masakan maktok dia kata. Sebab dok umah maktok best. Pagi makan. Kul 11 makan. Tengahari makan. Petang makan. Malam makan. Mudah-mudahan masa mama ambik adik nanti, adik tetap comel.

 Ala. Inner coklat kat dalam tu bergulung. Terus nampak macam ada baby dalam perut.

Muhammad memang tak bagi chance punya mama ayah dating berdua.

Bila berdua, pasti ada yang ketiga.

Rain and Song Hye Kyo la konon. Hahaha.
Ni cerita full house yang femes masa tahun 2004 macam tu. Sampai sekarang tak boring layan.

Siapa geng?
sep sket. Best kan cerita Full House Korean ni. Teringin nak pergi rumah yang rain ngan song hye kyo berlakon ni. Kalau uol ada yang dah ke sini, boleh tak share, macam mana pengalaman nak ke situ.

No comments:

Post a Comment