Thanks For Your Support

Saturday, November 17, 2018

Follow orang terbukti berjaya, Anda pasti terpaksa berjaya




Alhamdulillah. Tq Allah hadiahkan suami terbaik. Pagi ni breakfast air tangan suami. Siap min kaffe dibancuhkan untuk kita. Bezanya masa berkerja dulu. Dulu masa sama-sama kerja, selalu makan hati sebab suami tak nak bantu langsung urusan memasak, mengemas dan jaga anak. Rupanya, kepala dia sarat. Sarat nak fikir cara untuk upgrade ekonomi keluarga. Isteri tau minta itu ini dan minta bawa pergi sana sini je. Sekarang alhamdulillah. Lega rasa bila suami sentiasa ringan tulang bantu kerja-kerja isteri. 



Ramai sangat jutawan kata, nak berjaya kena follow orang yang dah terbukti berjaya. 

Follow apa? 
Hari ni mentor sal ada kat class. Majlis ilmu percuma setiap sabtu disediakan oleh beliau dan pasangan. Jadi, sal pun follow. Follow untuk ikut jejak langkah beliau ke majlis ilmu. Rasa tak best jika just mulut dan tulisan kat facebook je asik sebut i follow we follow. Tapi tindakan sal tak menzahirkan kata-kata yang sal tulis tu. Sebab tindakan lebih menjadi dari kata-kata.

 Let's walk the talk.

Word vs action.
Let's trust action.


Mentor semangat memberi. 

Banyak nya ayat power tentang Premium Beautiful korset dari proven success mentor kami ni. Patut la jual Premium Beautiful cash mudah aje power close customer.

Mentor sal yang power ilmu Premium Beautiful ni, kami panggil dia Kak Na. Dalam business ni, dia bukan orang biasa-biasa. Dah 16 tahun dalam business ni. Tapi cara dia bercakap, cara dia berpakaian, cara kehidupan dia, sangat bersederhana. Dari dulu lagi sal tertarik dengan sikap Kak Na yang sangat humble. 

Kak Na ni semangat rimau.
Kalau dia kata dia nak capai, dia akan buat sampai betul-betul dapat. Dia capai bukan melalui kata-kata. Tapi melalui bukti tindakan.



Dari didikan beliau la, hingga ke hari ni sal dan team dapat upgrade pemikiran dan perubahan hidup 360 darjah. Kerana ayat power yang beliau sentiasa kongsikan secara percuma la yang banyak membina keyakinan sal dan team untuk jual Premium Beautiful harga 4 angka ni secara cash. Dan kerana aura beliau yang sentiasa diserap setiap kali dapat peluang belajar secara fizikal macam ni la, yang buatkan semangat sal in shaa Allah tak kan luntur, walau jatuh bangun, orang keluar masuk dalam team. Tak sama sebenarnya pencapaian orang yang belajar online, dengan orang yang berguru secara berdepan. Feel dia lain. Pencapaian dia juga berbeza. 

Jika belajar secara online boleh buatkan kita berjaya, logik sebenarnya jika sekolah tak perlu diwujudkan lagi. Kerana anak-anak kita boleh belajar melalui dalam talian je. 

Tapi, kenapa kerajaan sanggup keluarkan juta ringgit untuk bina sekolah? 
Kerana teknik sentuhan secara mata bertentang mata lebih berkesan untuk mendidik pelajar yang lebih berjaya.

Sama juga dalam bisnez. Memang kita boleh berjaya menjual tanpa pergi class. Tapi dari pengalaman setahun jagung sal, agak mustahil untuk kita membina rangkaian jika kita sambil lewa dengan class fizikal. 




Hargai peluang selagi ada. Sal dah pernah rasa sunyi masa CDC Kak Na tak ada buat seketika. Jadi, bila Kak Na muncul semula kerana kesiankan kami yang masih mahu membina, maka sal tak nak sia-siakan peluang yang ada. Kufur nikmat namanya jika sal sambil lewa dengan setiap projek yang Kak Na dan Abg Lan sediakan untuk kami.

Kita selalu kata Nak.
Kita selalu tanya diri, apa lagi nak buat.
Kita selalu keliru apa perlu buat.

Jadi bila ada someone yang sudi genggam tangan kita, sambil pimpin tangan kita untuk keluar dari gua gelap, maka, sal akan usahakan untuk sentiasa komit apa yang perlu.

Bukti kan pada diri sendiri.
Bersaing dengan diri.
Lawan segala halangan.
Jika kita layan, kejayaan makin jauh dari kita.

Allah bagi masalah bukan untuk kita fikirkan masalah. Tapi di baginya kita masalah, supaya kita sabar dan terus berusaha. Bertindak. Belajar dari kesilapan. 



Hargai pengorbanan seorang "ibu" jika ingin mudah segala urusan dalam business mahupun kehidupan.



Terima kasih CDC Hajah Siti Rohana untuk ilmu dan masa yang diberikan pada kami semua.


Anda berminat nak berniaga dengan free cost marketing?
Mentor proven success?
Syarikat dan product dah cecah 27 tahun?
Bonus tak pernah miss masuk akaun setiap bulan? (Bagi yang ada buat sales la, sebab ni bukan skim goyang kaki)

Tak perlu ragu-ragu pun sebenarnya dengan business ni. Sebab sal pun bermula dari bawah. Dari zero. Sampai dah boleh faham apa sebenarnya konsep plan marketing business ni. Plan yang telus. Tak memaksa dan tak menekan sesiapa. Cuma untuk yang interested nak berjaya cepat, tak perlu terlalu teruja dengan konsep material yang ditonjolkan oleh mana-mana pihak. Sebab tak ada kejayaan tanpa pengorbanan. Tapi pengorbanan yang dilakukan, semestinya berbaloi dengan apa yang kita dah tempuhi. Jadi, alang-alang berniaga, biar buat sampai jadi. Sampai kita boleh clear hutang peribadi. Sampai kita boleh belanja keluarga tanpa tunggu bonus setahun gaji.

Berminat nak berniaga dengan sal dan team, jom jana pendapatan tambahan keluarga.


No comments:

Post a Comment