Thanks For Your Support

Tuesday, October 30, 2018

Usahawan Sejati

Nak berjaya ni, kena banyak buat benda gila. Benda yang ko tak suka nak buat pun sebenarnya. Benda yang kadang tu rasa muak nak buat.

Tapi, nak berjaya kan?
Maka, kena la buat apa yang perlu.

Contoh,
cari ilmu.

Beza dengan orang yang berjaya dan masih belum berjaya ni ada dua.
Satu, ilmu
Yang kedua, adab.

Banyak ilmu tapi adab tak ada pun, memang kita agak lambat nak berjaya. Berjaya ni maksudnya, bukan la dapat kumpul duit juta ringgit dalam masa setahun ke, dapat pakai kete mahal ke, dapat beli rumah besar ke. Term kejayaan kat sini, yang sal maksudnya, bila kita boleh achieve what's next kita. Bila kita boleh upgrade satu persatu pencapaian yang kita sendiri nak. Contoh, nak dapat sales 2000 sebulan ke, nak 10k sebulan ke, nak naik pangkat ke next level ke. Macam tu la.

Nak capai what's next kita tu, semua kena ada ilmu. Ilmu dari teori, dan ilmu dari tindakan kita sendiri. Tak boleh buat satu je. kena ada dua-dua.

Dalam term business yang sal tengah buah ni, memang agak sukar orang nak menjadi bila mereka tak konsisten kejar ilmu teori dan praktikal.

Ada yang pilih topic.
Ada yang pilih hari.
Ada yang pilih destinasi.
Ada yang tak sanggup nak korban masa cuti.
Ada yang tak sanggup nak spend masa pagi.
Ada yang lebih rela ke kenduri.
Macam-macam.

Semua tu pilihan.

Sedangkan kita tau,
Nak berjaya perlu ilmu.
Nak berjaya perlu cari guru.
Nak berjaya hati kena kalis peluru.

Kadang tu kita rasa, "ok apa aku dah dah datang sebulan sekali."

Kadang pulak, kita rasa, "alaaa ilmu tu dah selalu dah aku dengar."

Kadang lagi fantastic, bila kita rasa, "ala dia la yang kena datang cari aku ajar aku." Spesis macam ni, elok buat business sendiri. Dari situ dia akan belajar menghargai nikmat yang sebelum ni dia pernah dapat. Bila buat bisnez sendiri, baru dia akan tersedar yang tak ada satu jenis benda senang pun nak berjaya dalam apa jenis business sekalipun. Dah tu kenapa nak business. Kerja je la. Huhu. Tak payah pening-pening buat busines. Cukup bulan dapat gaji.

Ye. Memang betul. Tapi betul-betul cukup ke?
Tu je persoalannya.

Banyak dah sal peratikan,
majoriti yang mulanya cakap cukup, after 3 to 4 years, hidup mereka mula berubah. Dah tak secukup macam zaman mereka mula rasa "cukup" dulu.

Jangan sombong dengan apa yang kita ada sekarang dik. Jangan terperdaya dengan kemanisan hidup sekarang. Sebab hidup memang macam roda. Roda bulat yang jap kat atas, jap kat bawah. Masa kita kata cukup dulu tu, mungkin masa tu kita tengah solo. Cinta manis leting. Kentut dia pun bau wangi lagi masa tu. Tapi kehidupan lepas 3 ke 4 tahun kita, kita tak boleh jangka. Dan percayalah, jarang-jarang ada yang bertambah baik bilamana kita masih selesa buat apa yang kita suka buat sekarang. Contoh, suka tengok wayang, suka layan kawan huhahuha cuti sana cuti sini, tengok drama melayu korea hindustan, jalan soping sana soping sini, makan sana makan sini, check in sana check in sini. 

Boleh nak buat semua tu, tapi bila kita dah mula korbankan sikit masa kita untuk ada backup income. If not, bersedia la untuk meminjam.

Jika tak konsisten buat dari sekarang, bersedia lah untuk tidur malam dengan mata tak lena pejam.

If banyak bagi alasan sekarang, bersedialah untuk bertabah dengan dugaan kewangan kita di masa akan datang.

Kewangan mula terganggu bila kita mula di duga dengan masalah kesihatan, anak-anak makin membesar, harga barang makin meningkat, kenaikkan gaji tak sebesar kita punya kudrat, kereta mula minta nyawa dan macam-macam lagi.

Orang yang berniaga ni, bukan la semuanya sebab tak ada duit. Tapi ada antara mereka yang berniaga kerana ingin bersedia untuk segala kemungkinan yang kita tak boleh nak jangka.

Tu je bebel sal untuk hari ni.
Lama tak menulis.
Jari rasa kematu.
Idea pun macam buntu.
Sal doakan kita semua sentiasa dipermudahkan segala urusan.

Semoga kita sentiasa menjadi orang yang bersedia untuk terima apa jua jenis dugaan dalam kehidupan. Tenang tenang hadapi cabaran. Sebab nikmat ganjaran tu, tak ternilai dengan wang. Never give up in your life. Tak dapat kat sini, kat sana saving juta ringgit kita in shaa Allah setia menanti.

Love,
Salleha Roslan

No comments:

Post a Comment