Alhamdulillah. Hari ni diberi kelapangan waktu. Di beri kesihatan. Di beri kemudahan untuk sampai ke sini. Ke rumah bonda-bonda yang dikasihi Darul Insyirah Bangi.
Rumah ni bukan rumah orang tua yang terbiar tau. Tapi ni lebih kepada rumah wakaf yang menempatkan warga emas yang ingin mengisi masa lapang mereka dengan menuntut ilmu. Ilmu Alquran khususnya. Dari duduk sendirian masa anak-anak sedang berkerja siang hari kan, better ke sini dan duduk dalam aura yang sentiasa megalunkan ilmu-ilmu ke arah akhirat.
Dalam rumah Darul Insyirah, Bangi Golf ni, ditempatkan lebih kurang 30 orang bonda dari seluruh Malaysia. Ada yang datang sini secara harian. Kira pagi datang, petang balik.
Memandangkan hari ni hari orang masih berkerja, walau lagi seminggu nak raya. Jadi, kami plan awal dah. Plan perjalan supaya tak berkejar kejar nak sampai ke lokasi rumah Darul In syirah Bangi ni. Penat otak tau bila rushing ni. Jadi, plan your work. And work as your plan.
Alhamdulillah, walau jalan tak berapa lancar, tapi disebabkan dah merancang perjalanan, kami sampai ke Rumah Darul Insyirah ni seperti waktu yang dijanjikan.
Hampir sejam setengah dalam kereta akibat jem orang balik kerja, sempat la Damia Danisha Danish tidur sekejap sepanjang perjalanan. Sayang anak mama. Dari kecik sampai besar, setia follow ke mana je mama ayah pergi. Pengorbanan kita bersama yang akan dijadikan amalan in shaa Allah sampai bila-bila.
Outfit hari ni, untuk sal dan anak-anak dares, kami pakai baju kurung yang rege RM15 sepasang. Lima belas hinggit tau. Rasa berbaloi jumpa baju harga macam ni. Dengan kain cotton lembut dia. Jahitan kemas. Sedap pakai. Terletak. Ehh. Terletak tu sebab sarung Premium Beautiful. Bila sarung Premium Beautiful ni, pakai la baju apa pun, in shaa Allah cantik terletak je walau pakai baju harga ekonomi.
Complete tudung baju. Jimat.
Rasa ralat sangat bila beli baju ratus ringgit, tapi pakai sekali. Jadi, kali ni kena belajar control nafsu shopping baju sebarangan. Bila ada niat nak control nafsu macam tu, tu yang terlorong tu untuk terjumpa spesis baju-baju macam ni.
Yang penting, mesti sedondon dengan anak. Sal memang jenis pakai tak ulang banyak kali baju-baju sal dengan anak tu semua. Jadi, kot ada yang nak dapatkan mana-mana baju dari sal, boleh je piyem. Kalau ok, sal akan let go dengan harga yang the best. Sometimes tu, kena gaya, boleh dapat free je. Huhu.
Mulianya hati orang yang wakafkan bungalow ni, untuk dijadikan rumah amal untuk warga emas menuntut ilmu. Terus sal tak jadi rasa selesa. Sebab islam kena kaya. Kaya untuk perkara macam ni. Nak bantu orang lain untuk selesa dapatkan ilmu fardu ain dan ilmu quran juga sunnah.
Luar rumah luas. Dalam pun luas. Sampai boleh tempatkan hampir 30 warga emas.
Masa ni dah nak dekat hari raya Aidilfitri. Jadi, ramai bonda bonda lain yang dah di ambil anak mereka untuk pulang ke rumah. Majoriti ada juga yang dari luar Lembah Klang. Kebanyakkan nya mempunyai anak yang berkerjaya.
Sumbangan dari our team kepada Rumah Darul Insyirah. Rumah Darul Insyirah ni antara projek bawa PACU. PACU tu Pusat Kecemerlangan Pendidikan Umah.
PACU sedang dalam proses membina satu yayasan yang bakal menempatkan setiap lapisan umur. Projek yang sedang dalam binaan di Sungai Ramal, Kajang ini memerlukan belanja yang agak besar nilainya.
Jadi, jika anda ingin menyumbang, boleh terus hubungi Admin PACU sendiri.
Lokasi Rumah Darul Insyirah bawah kelolaan PACU
No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Di beri penerangan mengenai hala tuju PACU dalam membina ummah.
Sebeleum berbuks puasa, ambil kesempatan beramah mesra dengan penghuni Rumah Darul Insyirah
Muhammad Danish Shafiq tak habis ngantuk lagi.
CDM Hajah Rohana dan 4 anak-anak yang sama besar dengar mama nya.
Solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Anak Tahfiq CDM Haji Azlan dan CDM Hajah Siti Rohana.
Shopping buku terjemahan ringkas surah surah dalam al-quran. Sebuah buku RM49.90
Isi kandungan dia sangat menarik. Tulisan besar. Jelas. Berwarna. Mudah faham. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah pada sesiapa sahaja. Sambil beli sambil kita menyumbang pada Rumah Darul Insyirah.
Boleh juga ke link PacuUmmah.Com tu untuk keterangsn yang lebih jelas tentang rumah rumah amal kelolaan PACU
No comments:
Post a Comment