Kerana mulut
Kesian mulut.
Mulut ni diciptakan untuk menyebut yang baik-baik.
Untuk makan yang baik-baik.
Tapi, kita kena faham, manusia tak maksum.
Dalam hati kita masih ada daging gelap yang meng arah kan manusia untuk sentiasa terjerumus ke arah kemungkaran.
Kemungkaran yang paling banyak manusia lakukan, adalah kemungkaran mulut.
Kerana mulut, kawan boleh jadi gaduh.
Kerana mulut, boleh bercerai berai.
Kerana mulut, sedara mara boleh berpecah.
Semuanya kerana mulut.
Kesian mulut.
Mulut tak salah
Diri kita sendiri yang mudah sangat ikut perasan untuk berbalah.
Rasa tak puas hati sentiasa menghantui diri.
Bila tak capai apa yang diimpikan,
Mula lah...
Semua orang yang rapat dengan mereka di anggap bersalah.
Semua orang yang rapat dengan mereka di anggap penyebab.
Lumrah manusia.
Senang melepaskan kegagalan yang berpunca dari diri sendiri, pada orang lain.
Terus cepat menunding jari tanpa berfikir panjang apa kan jadi.
Ni cara paling mudah untuk selamatkan diri.
Ni cara paling mudah untuk menyatakan pada orang lain "oh aku tak salah, ni semua dia yang salah, dia yang punca" 👉🏻
Yess lesson learned!
Don't trust anybody.
Manusia yang manis mulut di depan, hakikatnya sangat berpuaka di belakang.
Banyak dah dengar kisah ni.
Bila kena pada kehidupan sendiri, baru tersedar, don't trust people yang manis mulut.
They will killing you softly.
Kesian mulut.
Kesian mereka yang secara tak sengaja, turut terkena tempias akibat mulut.
Tak ramai pun yang bermulut jahat.
Tapi bila 2-3 orang membawa mulut, habis satu kapal boleh karam.
Habis satu pasukan boleh berantakan.
Semuanya kerana mulut.
Mengadu domba
Membawa fitnah
Menyampaikan aib
Meluahkan rasa tak puas hati
Semua ni pembawa pada kehancuran.
Binasa semua.
Terpalit sekali mereka yang tak tau menahu apa-apa. Kesian.
Dan bila kita terdengar sesuatu yang buruk tentang orang lain, diamkan diri dulu. Jangan terus mengiyakan atau terus memihak pada si pembawa cerita.
Orang yang kotor hatinya, memang suka mengadu domba. Memang suka bercerita seolah-olah mereka yang di aniaya. Suka bercerita kebaikkan yang telah mereka lakukan pada si polan. Specific pulak tu cerita yang disampaikan. Dengan tujuan, untuk menampakkan yang mereka dianiaya dan orang yang diceritakan tu spesis yang tak mengenang jasa.
August September October 2017 dalam sejarah.
Move on.
I still fly.
No turning back!
Past is past.
Now it's time to fly higher.
No comments:
Post a Comment