Thanks For Your Support

Friday, April 20, 2018

Premium Beautiful Expert At Sungai Inki Kalumpang




First time jejak kaki kat Sungai Inki Kalumpang ni. Memang SUPERB Sungai Inki ni.  Sebelum ni ayah selalu je sebut, kalau nak mandi sungai, try pergi Kalumpang, Sungai dia bersih, jernih, terjaga lagi.


Tempat menarik untuk santai-santai bersama keluarga.
Kami pergi ni bulan March 2018. Masa ni kat area Selangor banyak tempat tak de air. Sebab empangan pecah. Alhamdulillah area kami tak terjejas pun. Cuma tetiba je Puan Yani mesej tanya tak ke mana ke hari ni. Kitorg ni memang suka cari aktiviti kalau tak de aktiviti business. So, tu yang terkeluar idea nak mandi sungai petang-petang ni.

Musim tak ada air ni, sesuai sangat nak bawa family ke sini. Dapat celup kaki atau rendam badan paras pinggang pun jadi la. Terus sejuk satu badan dan hilang jem dalam kepala lepas berhari-hari berkerja.

Tempat ni nama dia Sungai Inki, Kalumpang. Dekat Hulu Selangor. Berhampiran dengan Bandar Tanjung Malim. Geng-geng cikgu UPSI mesti familiar kan dengan sungai ni. Kalau dari Shah Alam, amik masa 45 minit je untuk sampai ke sini.

Ni pengalaman kali pertama kami ke Sungai Inki, Kalumpang. Bayangkan, dah berpuluh tahun hidup kat Lembah Klang ni, ni la kali pertama kami jejakkan kaki kat tempat yang sejuk dan sangat tenang ni.

Air sungai dia Masha Allah, Jernih. Bersih. Nak kata sejuk, tak ada la sampai sejuk beku. Just nice.

Environment kat sini pun terbaik. Parking RM1 je satu kereta. Nak mandi pun masih FREE lagi. Cuma kalau uol pergi ke kawasan yang melepasi jambatan gantung tu, memang kena bayar ikut kepala. RM5 Dewasa, RM3 untuk budak-budak. Tapi tempat yang kena bayar tu complete semua ada. Nak salin baju senang, nak solat pun mudah, nak buat bbq pun dah ada arang dan tempat dia, pondok-pondok nak melepak pun disediakan.

Kalau rasa malas nak bawa makanan, dalam kawasan Kampung Kalumpang ni ada warung makan. So boleh la duduk makan kat situ atau bungkus je bawa naik ke area sungai. Tapi makesure bekas makanan yang kita makan tu, tak di buang merata. Kita sama-sama jaga sungai yang masih belum tercemar lagi ni.

Kalau suka adventure, nak bermalam, boleh je book tapak khemah dengan penjaga kawasan sungai ni. Sewa tapak khemah RM50. Tu kalau nak berkhemah la. Tapi banyak je homestay, chalet dan resort kat dalam ni. Pilih je nak yang mana. Range harga mula dari RM150

Kot la stress sebab tengah musim tak ada air ni kan, bole la plan bawa anak-anak mandi air sungai yang jenih bersih ni. Boleh la datang sini. Boleh je kalau nak tag nama or share tempat ni dengan pasangan uol, Sabtu ahad ni boleh la pergi.


We love this beautiful place.


Our geng dari Ipoh mali.


Orang Kalumpang yang berminat nak jaga badan dengan Premium Beautiful, boleh la hello-hello kami ye 011-1631 1641


OOTD kekonon Vivy.




Damia dengan baju Bella Ammara nya. Beli guna duit sendiri tau. Hehe. Dia kumpul RM219 sebab nak beli baju renang muslimah ni.


Awat muka adik so serius. Mama kacau dia mandi sungai la tu. Sabar ye. Jap lagi rendam la puas-puas.


Berdarahnya sikit je. Tapi dia punya over tu, Masha Allah.


Siap suruh mama ubatkan guna daun lagi.




Baju renang adik dia beli kat Jusco Maluri. Masa jejalan hari tu. Tak sampai hati nak bagi dia pakai baju mandi ketat seksi dah. Jadi, belanja la dia beli baju Ogival baru. Adik ni simple je, asal ada. Baju renang macam ni kat Jusco dalam RM120 je.


Rendam Premium Beautiful sekali. Best tau swimming dengan PB. Posture badan terjaga.


Baju biru fish tail sampai kaki ni, baju dari House Of Doll by Fazura. Sal beli tahun lepas kalau tak silap. Beli kat butik Fazura di The Stand Mall. Tau tak berapa harga baju ni? Ya Allah murah sangat. Baiknya Fazura buat sales masa tu. Baju ni RM30 je satu. Dia siap balut dalam bag yang tersangat cantik macam Fazura sendiri. Tak sangka pulak sekarang Fazura pun dah pakai baju dalam sal, Premium Beautiful.


Diorang berdua ni main air kat tepi-tepi je. Elok lah, tak de la risau sangat dia duk tengah sungai tu.



Bila duduk macam ni, tak sah kalau tak sembang pasal plan for our team.

Kami ada kat Sungai Inki ni tak lama. Datang pun dah petang. Dalam pukul 3 macam tu. Memang diorang tak puas mandi. Means memang nak kena repeat again. Pukul 6 area ni dah tutup. Melainkan kalau kita adda amik pakej camping kat sini la.

Sekian sharing sal untuk Sungai Inki Kalumpang ni. Boleh tengok video yang sal share kat atas entry ni ye. Mana tau membantu uol untuk reach area sungai jernih kat Kalumpang ni.









No comments:

Post a Comment