Yang sebelah sal ni memang dah expert sangat touch up badan gegadis dan ibu jelitawan kat luar sana. Tapi masih nak buat rujukan dengan bonda bisneznya. Anak mak kan. 😂
Team ibu anak 3 ni, non stop fitting cash buyer. Sampai bengkak jari dia dok reply whatsapp team yang non stop nak upgrade ilmu killer product ni. Gi la follow kakak cantik ni, mesti dapat special price punya
Alhamdulillah. Non stop rezeki Premium Beautiful Cash Buyer. Team update lagi, mereka pun dapat piyem magik dari Premium Beautiful Lovers. "Macam-macam dah makan. Macam-macam dah minum. Macam-macam dah pakai. Tapi tak susut jugak badan ni. 😌"
Jangan sedih. Jangan give up dik. Jom la cuba yang ni. Mesti lain dari lain. Sebab bukan korset biasa ni, dah lebih 22 tahun kat pasaran. Kira korset legend la kat Malaysia ni. Dipercayai ramai. Sebab tu quality dia tak pernah berubah dari dulu. Siap sekarang ni, makin upgrade lagi ada. Yang dah pernah pakai korset, atau teringin nak mulakan pakai korset, jom risik-risik Premium Beautiful Korset. Jangan risau, sal tak merajuk pun if let say anda tanya, tapi tak beli. Sebab cinta tak boleh di paksa
Perang touch up badan menjadi-jadi. Sorang-sorang Agent terlatih hantar ukuran untuk confirmkan size. Team Sabah makin rancak bantu Premium Beautiful Lovers untuk dapatkan badan yang cantik sihat tanpa mudarat.
HARGA PREMIUM BEAUTIFUL SPECIAL PROMO boleh anda dapatkan dari 011-1631 1641
Haha. Betul tak tajuk tu. Memang sepesen kan orang pompuan ni. Hobi diorg memang makan. Tapi cita-cita nak kurus.
Biasanya, lepas makan baru datang rasa insof. Maka, saat tu la dalam kepala macam-macam terbayang. Nak diet la. Nak puasa la. Nak makan supplement la. Nak jogging la. Nak zumba la. Pendek kata, time lepas makan tak beringat tu, time tu la baru nyesal. Huhu.
Belum terlambat lagi yang nak kurus. Tak kurus pun, dapat shape cantik pun jadi la. Kira ada cutting dan nampak fit je. Kan.
Macam sal, sal memang susah nak control makan. Sentiasa dalam kepala dok fikir jap lagi nak makan apa. Kalau sebelum tido tu dok fikir esok nak makan apa pulak. Huhuu. Payahnya nak control nafsu makan ni.
Tapi rezeki la kot. Sebab sal jaga shape badan dengan pakai korset. Sal pilih pakai Korset Premium Beautiful. Sedap je badan tak bergegar bila berjalan. Kalai pakai masa makan, lagi best. Sebab keinginan nak makan tu sentiasa ada. Tapi bila dah masuk perut, kita rasa cepat kenyang. Macam tu lagi bagus. Kerap lapar tapi cepat kenyang.
So sesuai sangat la untuk anda yang tercari solution nak jaga badan. Nak bersenam kadang-kadang je sempat kan. Nak kawal nafsu makan, memang berpeluh dahi dibuatnya. Jadi, Premium Beautiful kan aje badan tu.
Sedapnya ubi kayu rebus cicah kelapa gula. Nasi minyak dia ya Allah. Sedap sangat. Sampai 3 ketul ayam sal makan. Acar buah dia best. Daging kicap dia mashaAllah, lembut betul. Marhabbah Catering katanya yang masak ni.
Sedapnya minum teh tarik. Sampai pejam pejam mata. Tapi jangan amalkan selalu. Rosak badan kalau kita jenis malas nak berpeluhkan badan.
Kalau dah datang kenduri kawin tu, memang sal tak ambil nasi putih. Mesti nak nasi minyak jugak.
Sampai awal setiap kali kenduri kawin tu memang heaven. Sebab tak yah parking menapak jauh.
Kenduri kawin ni belah husband. Anak Abang Muslim dan Kak Chali. Sal ingat lagi, mereka ni pernah jadi orang yang membantu juga masa kenduri kawin Sal dan Halmie kat Dewan badminton Cheras tahun 2006 dulu tu. 12 tahun dah berlalu. Hari ni kami pula di jemput meraikan perkahwinan anak perempuan mereka.
Majlis diadakan di SMK Convent Jalan Peel.
Kami decide pakai white hari ni. Biar cantik sikit corak baju bila kena ayam masak merah, daging hitam dan air sirap
Ni mak pengantin. Kak Chali.
Ni pengantin. Azzam dan Nisa kalau tak silap.
Ni mak pengantin 12 tahun sudah. Maktok anak-anak sal panggil. Ni mertua sal. Mak yang melahirkan anak lelakinya yang baik lagi manis tu
Thanks atas jemputan. Makanan sedap. Siap dapat gift lagi.
Lepas makan, kami zuhor kat Masjid Saidina Osman di Bandar Tun Razak, Cheras. Salin baju kat Masjid. Kemudian mulakan aktiviti membakar kalori badan yang dah berlebihan.
Zaman sekolah dulu, sini la port kami untuk buat study group la konon tu. Haha. Korang pun mesti ada pengalaman yang lebih kurang sama kan.
Best Tasik Permaisuri ni. Sebab dia besar dan tak crowded.
Just nak keluarkan peluh jantan je. Biar cair lemak yang ada. Double effect tau bila pakai Premium Beautiful, lepas tu buat pembakaran lemak dengan aktiviti workout.
Danisha mana? Danisha tu anak kedua sal. Dah dekat dua minggu dia tak nak balik dari rumah nenek dia. Huhu. Nak makan masakan maktok dia kata. Sebab dok umah maktok best. Pagi makan. Kul 11 makan. Tengahari makan. Petang makan. Malam makan. Mudah-mudahan masa mama ambik adik nanti, adik tetap comel.
Ala. Inner coklat kat dalam tu bergulung. Terus nampak macam ada baby dalam perut.
Muhammad memang tak bagi chance punya mama ayah dating berdua.
Bila berdua, pasti ada yang ketiga.
Rain and Song Hye Kyo la konon. Hahaha.
Ni cerita full house yang femes masa tahun 2004 macam tu. Sampai sekarang tak boring layan.
Siapa geng?
sep sket. Best kan cerita Full House Korean ni. Teringin nak pergi rumah yang rain ngan song hye kyo berlakon ni. Kalau uol ada yang dah ke sini, boleh tak share, macam mana pengalaman nak ke situ.
BVSM membantu menampal aura aura yang bocor akibat gaya hidup yang kurang sihat. Dan biasanya kesihatan kita merosok akibat pemakanan dan kesan radiasi yang kita terima 24 jam sehari.
Radiasi tu dari mana?
Dari wifi
Barangan elektrik
Termasuk lampu jalan.
Jadi, untuk maintainkan sel badan supaya tak merosot mendadak, sebaiknya setiap orang ada 1 BVSM.
BVSM ni membantu kita dapat tido yang lena. Deep sleep orang kata. Deep sleep ni penting untuk buatkan kita bangun setiap hari dengan mode yang positif dan sentiasa dalam keadaan badan yang cergas.
Ni sal sharekan testimoni Sakit Buah Pinggang.
BVSM sangat membantu pesakit buah pinggang yang yak boleh makan dan minum sebarangan.
Jom sal kongsikan pengalaman kami 4 hari 3 malam ke Krabi. Our first family vacation dengan menggunakan passport antarabangsa. Nak buat anak happy. Bagi Damia Danisha Danish merasa naik kapal kerbang (kata Muhammad :D)
Kapal kerbang tu slang Muhammad. Dia la yang paling excited.
Ni pertama kali sal rasa tak penat langsung bila balik semula ke rumah. Travel dengan anak-anak ingatkan penat. Rupanya, tak penat langsung. Esoknya siap boleh kemas satu rumah. Buang sawang. Vacuum rumah atas bawah. Cuci toilet. Bersihkan Dapur. Ha tetiba kan terajin kemas rumah. Kes dia sebab kami ada panggil maid datang kemas rumah. Sekali dia kata jadual dia minggu tu penuh dah. Jadi, malas la nak search another maid. Tu yang fikir, maybe tuhan tu nak kami sekeluarga kemas sendiri la kot rumah. Biar dapat extra point sikit. Sebab bersihkan rumah pun satu ibadat kan. Hehe.
DAY 1 From KLIA 2 To Krabi International Airport
Ready to fly and Alhamdulillah still i fly.
Lama dah sal tak naik flight. Sampaikan free trip yang syarikat hadiahkan pun sal let go. Becoz of, i don't like naik flight. Huhu. Sampai selalu terfikir, ada tak jalan darat kalau nak ke Mekah ke, Europe ke, Korea ke, Jepun ke, Australia ke :D Last travel, August tahun 2017 ke Gold Coast, Tangalooma secara percuma bersama husband. Now, November 2018 baru sal fly balik. Ikutkan sal tak nak pergi. Tapi kerana nak reward anak-anak, ku turutkan jua.
Kami plan projek Krabi ni bulan September 2018. Memandangkan kami tak pernah urus sendiri segala urusan melancong luar negara, jadi kami minta tolong sahabat kami. Mereka dah ada pengalaman ke Krabi pada tahun 2015. Ni 10 perkara yang anda perlu tahu sebelum bercuti ke luar negara, walaupun ke negara jiran, Krabi sahaja. 1. Passport dah semestinya. Nanti sal share cara buat passport the lastest ni. Sebab biasanya akan ada je perubahan di Imigresen kan. Jap-jap gambar color la. Jap-jap gambar hitam putih la. Setiap kali buat, mesti akan ada procedure baru untuk buat passport ni. 2. Bagaimana nak Booking tiket flight. Tiket flight kami pun, sahabat kami yang bantu booking kan. Kami transfer duit je. Untungnya kami ada sahabat macam ni.
3. Travel Insurance. Yang ni sebaiknya buat la. Sebab kita tau apa yang dah tertulis untuk kita kan. Sediakan payung sebelum hujan orang kata. Bukan apa, bila ada travel insurance ni, anything happen pada kita di negara orang, insurance boleh cover. Tak de la kita terpaksa libatkan keluarga kita untuk tanggung kos yang sangat mahal sekiranya anything happen to us. Nauzubillahminzalik. Tak mahal pun Travel Insurance ni. Ni pun sahabat kami juga yang bantu uruskan. Ya Allah. Baiknya mereka. Travel insurance kami sekeluarga, ada 5 kepala RM75.47 sahaja 4. Hotel mana nak duduk. Part nak tentukan hotel ni, anda boleh survey survey dulu kat agoda.com ke, booking.com ke atau mana-mana website yang offer hotel. Banyak sangat pilihan hotel di Krabi. Jika anda datang berdua sahaja, better terus book. Supaya nanti mudah nak minta van ke taxi ke tolong hantar kan terus ke depan pintu hotel. Hotel diorang biasanya macam kat rumah-rumah kedai je. Yang sal nampak selesa sepanjang ke Krabi tu, Holiday Inn Hotel. Kami menginap di mana sepanjang 3 malam di Krabi? Kat bawah ni nanti sal cerita kan ye. Pengalaman kami buat tempahan di Hotel area Ao Nang Beach. 5. Rancang itenary. Boleh buat reseach kat blog-blog yang ada. Ecehhh. Sal pun last minute baca pengalaman orang ke Krabi di blog-blog dan facebook. Sebab pergi ni more tu nak bagi anak naik flight dan memang menikmati suasana di Krabi je. Jadi kami tak proper plan itenary pun. Main redah aje konsepnya. 6. Rancang perjalanan pergi ke Airport. KLIA (Jika anda memang naik dari KLIA la) dan rancang perjalanan bila nak balik semula ke rumah. Jangan spoil mode bercuti dengan benda yang kita boleh plan dari awal. Kami betul-betul nak cuti. Jadi kami book grab pergi dan balik. Kereta tinggal kat rumah je. 7. Nak nampak menarik, kami siap plan tema warna untuk 4 hari. Memang sal kalau tak melancong pun, memang suka pakai tema color yang senada. Tah pape kan. Haha. Baru la best bila ada tema. Siap kami tulis kat A4 paper sedetailnya baju apa nak bawa. Seluar apa. Tudung yang mana. Kasut apa. Jangan memain. Tu yang tak sampai Krabi lagi, luggage dah exceed limit. Makanan tak perlu bawa langsung. Kat sana mudah cari makan. So far masih selamat untuk berjalan dari pagi sampai malam di Krabi. Alhamdulillah. Cuma tipu la kalau kata tak terdetik dalam hati "Andai kata jadi Tsunami, kat mana la aku nak bawa anak-anak lari ni" Haha. Part ni mindset tak boleh setting positive dah :D 8. Tukar duit Bhat. Mereka tak terima RM ngko. Tapi bila sal buat sedekah kat orang tuktuk dia, diorang amik je. Sama je nilai dia jika tukar kat Malaysia atau kat Krabi. Terpulang anda nak pilih tukar duit kat mana pun. Sebab kami tukar kat Setia Alam Mall. Ingatkan tukar kat Malaysia murah sikit. Rupanya sama je. Ada hari tu, tukar kat Krabi lagi murah sikit dapat. So, bab tukar duit ni, depend pada anda. Tak nak kalut-kalu kat sana nanti, terus tukar siap-siap kat Malaysia je. 9. Kosong kan memori fon atau kamera. Supaya banyak kenangan indah yang anda dapat rekodkan. Nak repeat lagi confirm tak sama.
10. Print tiket flight. One by one. Letak siap-siap dengan setiap passport. Untuk mudahkan segala urusan sepanjang di KLIA.
Ni booking Air Asia. Pergi ke Krabi naik AK868. Balik naik AK861. Alhamdulillah ok sangat naik Air Asia. This is our first experience naik Air Asia. Berapa jam boleh sampai ke Krabi dari KLIA 2 tu? Ada yang tanya berapa lama perjalanan ke Krabi dari KLIA 2? Nasib baik takde yang tanya sal berapa kilometer jarak KL ke Krabi. Huhu. Jika anda naik flight dari KLIA 2 ke Krabi, anda akan sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi dalam masa 1 jam 20 minit. Tapi masa pergi ni, sal rasa sejam sampai dah. Tak sempat nasi lemak Pak Naser tu turun perut. Kami sampai awal 15 minit. Maknanya, memang jangan percaya langsung apa cakap orang. Ye la, sebelum ni orang asik labelkan, Air Asia je DELAY. DELAY je Air Asia. Sekarang dah improve dah. Mereka sangat punctual sekarang. Waktu berlepas ngam. Sampai ke destinasi pulak lebih cepat dari masa yang dijangkakan. Rasa best sangat bila jarak dia sejam je. Sebab sal ni memang jenis tak senang duduk selagi tak landing. Sepanjang jalan tak kan berenti kumat kamit zikrullah. Huhu. Kat atas tu tak de siapa dah boleh tolong kita. Hanya DIA je la tempat kita minta untuk diselamatkan sampai. Maknanya, bagus la sebenarnya naik kapal kerbang ni. Sebab otomatik kita sentiasa basahkan hati dan lidah dengan sebut nama DIA :D Masa pergi Hungary / Austria dulu pun, perjalanan cecah 20 jam, 20 jam la sal tak tido. Kat Screen kerusi tu, asik ulang pasang Quran je. Sebab masa tu naik Emirates. Dalam Emirate memang ada channel Quran. Kalau tertido pun, tak sampai seminit. Mesti bangun mengejut balik. Tu yang letih sangat bila travel lebih 2 ke 20 jam ni. Sebab sal tak cukup rest.
Ni la book online Travel Insurance tu. Berapa harga travel insurans? RM75.47 Sahaja untuk satu keluarga. Kami ada 5 orang. Sal punya la ingat mahal gile macam yang kita biasa bayar bulan-bulan untuk insurance medical tu kan. Huhu. Rupanya tak. Memang ekonomi sangat. Ni pun sahabat kami book kan. Ishhhh. Malu teman. Dari flight, Hotel, Insurance, Island Hoping kat Krabi, semua mereka bantu booking kan. Dah rasa macam travel VIP yang SHOM selalu buat ke kami pulak. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikkan mereka ni. Bila perlu beli Travel Insurance ni? Anda perlu beli travel insurans ni beberapa hari sebelum berlepas ke luar negara. Bagaimana nak beli Travel Insurance ni? Huhu sal pun tak tau. Sebab sahabat kami bantu uruskan. Tapi sal ada juga google. Diorang ada share kat mana nak beli.
Memandangkan ni first time nak travel bawa anak. Dan travel pulak melibatkan flight. Jadi sal just bagi beg kosong kat diorang sorang satu. Damia Danisha la sorang satu beg. Muhammad Share dengan sal. Tujuan asingkan bag anak dara ni, biar diorang bertanggungjawab jaga bag sendiri. Cuma sal la, longgokkan siap-siap apa yang nak dimasukkan dalam luggage diorang. Bayangkan, diorang punya teruja nak terbang tu, seminggu awal dah siap kemas bag. Lepas tu mula la hari-hari buka tutup luggage tu. Sampai buat tido la. Hehe. Kelakar pulak bila ingat. Cian pun ada. Lama dah teringin nak bawa luggage sendiri pergi oversea. Walaupun ke Krabi, mereka tetap teruja giler. Konsep mereka "asal naik kapal terbang sudah" Ikutkan nak bawa gi Langkawi je. Sebab sal pun tak pernah lagi sampai Langkawi. Tapi bila fikir dah alang-alang nak bagi Damia Danisha Danish merasa naik flight, maka kami decide terus buat passport aje lah. Pergi luar Malaysia sikit. Antara cara nak tarik rezeki, happykan budak-budak. Diorang happykan kita ke tak, tu tak apa la. Tak perlu fikir. Yang penting kita beri kebahagiaan pada orang lain. Especially orang terdekat kita. Dan sal sebenarnya sedang tunaikan impian masa kecik sal. Sal buat melalui anak-anak. Sal membesar dalam keluarga yang adik-beradik ramai. Duduk rumah setinggan kemudian ke rumah flat di Bukit Anggerik Cheras. Jadi, kami hanya boleh dengar cerita dan tengok kawan-kawan masa kecil melancong ke luar negara je. Nak minta ibu ayah tunaikan, memang mustahil. Tapi semua tu bukan salah ibu ayah. Tu semua hadiah dari Allah. Hasil doa ibu ayah, kami berhasil juga bawa anak terbang ke luar negara. Step by step. Hidup perlu ada perubahan. Walau tak terus naik kapal mewah, atau tak terus ke negara eropah, yang pasti, sikit-sikit ada perubahan tu perlu. Sebab kesusahan hidup kita masa kecil, bukan untuk diwarisi. Tapi untuk direnungi supaya kita lebih kuat berusaha ubah hidup.
11.11 adalah hari berhantu untu rakayat Malaysia. Hehe kenapa sal kata macam tu. Sebab penuh kat wall facebook dengan instagram tu promo sales 11.11 Jadi, kami lari dulu la.
Naik Grab. Yang bawa Grab ni very punctual. 15 minit awal dah sampai. Dan Alhamdulillah kami pun memang dah terbiasa bersiap awal dari masa yang dijanjikan. Jadi Sebelum 9.30 pagi kami dah gerak ke KLIA. Happy Muhammad dapat naik Alza. Kereta mama kata dia. Betul la. Alza adalah kereta pertama sal. Kereta first dalam hidup. Beli hasil gabungan payslip kerja dan payslip berniaga SHOM. Sebab masa tu kalau beli guna payslip kerja je, tak lepas. Almaklumla, gaji ciput.
Isi 'minyak' siap-siap. Jarak rumah ke KLIA 2 sejam lebih jugak. Bagus abam grab ni. Sal duduk belakang dengan anak-anak. Layan dengar apa yang diorang sembangkan je sepanjang jalan. Semua yang dikongsikan, semuanya memberi motivasi. Abam grab tu keje lagi sebagai Bomba. Banyak jugak la yang dia bongkarkan pasal kerja disebalik tabir bomba yang ramai orang tak tau. Pasal bomba selamatkan orang, kucing, anjing dan macam-macam la. Yang tentang kejadiaan lemas 6 orang bomba kat Puchong tu pun ada jugak dia ceritakan. Bila sejam setengah perjalanan dengar sembang santai suami dan abam bomba tu, memang rasa touching sangat. Betapa besar sebenarnya pengorbanan seorang bomba ni. Disebabkan selesa dan puas hati dengan service abam bomba yang bawa grab kami KLIA 2 ni, maka, kami book siap-siap grab yang sama untuk balik dari KLIA ke rumah pulak nanti. Senang kerja.
Yeayyy dapat pun amik gambar adik. Bukan senang tau nak ambik gambar anak kedua sal ni. Dia sangat pendiam dan pemalu dengan orang luar. Kadang tu kesian rasa. Sebab dia mewarisi sikap low confident macam sal masa kecik dulu. Dia hanya aggresif dalam family dan kawan yang dia kenal je. Yang dia tak kenal, memang dia akan diam, tak senyum dan sentiasa duduk belakang kakak atau mama je.
Sampai kami 5 beranak kat entrance KLIA 2, kami breakfast dulu kat Bibik Heritage ni. Order bubur ayam, tapi bubur ayam habis. Aik. Baru pukul 10 dah habis. Magik betul. Maka, bubur pun bertukar jadi nasi. Nasi lemak ayam la sal order kan untuk Damia Danisha alas perut dulu. Sebab flight pukul 1.30 petang. Jadi nak tunggu makan atas awan, ada lagi 3 jam. Ikutkan diorang ni kalau dah tengah happy tu, mana nak makan, Tapi paksakan aje.
Sampai bab makan memang jem biasanya. Jem sebab setiap sorang lain taste. Kadang tu gaduh sebab nak pilih makanan je. Sorang makan pedas. Sorang tak boleh pedas.
Terima kasih Tuan Hafieez siap tolong printkan sekali file bagi pada kami.
Pengalaman pertama naik flight dari KLIA 2. Dan pengalaman pertama deal dengan Air Asia. Rupanya Air Asia ni, sebelum check in luggage, kita kena self check in dulu kat machine ni. Masukkan number booking ticket dan dia akan keluarkan luggage sticker tu.
3 bag check in. Dan exceed limit. Jadi perlu la keluarkan sikit baju untuk ringkan beban.
Siap dia usung mascot SHOM. Mascot tu dapat semalam. Sebab Muhammad naik stage nyanyi lagu perjuanganku. #KitaSayangSHOM
Sedang mengkaji puinca punca mesin asik berbunyi setiap kali kami merentasi body checking di mana-mana Airport. Haha. Ni la bestnya pakai Korset Premium Beautiful. Sentiasa akan jadi perhatian kakak polis di mana-mana negara.
Oh lupa nak share oh oh tee de kami hari ni.
Kita mulakan dari tudung ye. Tudung tu yang yani punya dari DUCK. Hadiah sal bagi masa dia achieve target last year. Seronok bila tengok orang pakai barang yang kita bagi. Sal pulak pakai bawal cotton RM10 yang beli kat area rumah. Senang nak gosok.
Baju.
Yani punya baju merah tu rasanya kami gi beli kat kenanga masa nak buat tema warna merah keTangalooma Gold Coast tahun lepas.
Sal punya baju pun beli tahun lepas untuk pakai ke Tangalooma juga. Beli kat Giordano Time Square.
Seluar yani sal tak pasti dia beli kat mana.
Yang sal punya neli kat IO Mall Putrajaya Brand Outlets. Beli masa nak pakai Running Diva January 2018 hari tu.
Kasut.
Kasut yani from Infinence. Kasul full leather tu. Inspirasi by Jimmy Choo. RM650+ jugak tu. Sedap pakai kasut Infinence tu
Sal punya Hush Puppies. Ringan dan sedap macam marshmellow je rasa dia. Lembut. Tak letih kaki nak berjalan lama.
Dan semestinya, kami sarung Premium Beautiful untuk pakai apa pun dengan penuh confident. Means, pakai la baju mahal ke tak mahal ke, bila Premium Beautiful melekap kat badan, confirm terus nampak cantik je apa saja yang kita pakai.
Anti sosial jap. Tengah minta restu mak ayah sebelum berlepas. Mau tak risau. Dah la kes Lion Air masih hot lagi masa ni. Terbayang-bayang andai kata ni la kali terakhir kami jejak ke KLIA. Huhu.
Ready nak masuk perut AK868 Air Asia dah. Sesuai tak tema merah putih kami dengan syarikat penerbangan Air Asia ni. Hahaa. Sesuai sangat kan.
Diorang la yang paling happy bila impian kecil mereka tercapai. Ikutkan diorang nak pergi Korea. Tapi sal kata kita try yang dekat dulu. Lepas tu kita plan ke Umrah. Dah siap umrah, baru plan ke Korea. Kita utamakan yang patut di dahulukan dulu. Step by step, oh baybeh.
Dah 20 minutes fly, kami dihidangkan dengan makanan yang kami dah book siap-siap. Nasi Lemak Pak Nasser. Sedap rupanya Nasi Lemak Pak Nasser ni. Patut la pun ada yang mengidam nak dapatkan nasi lemak ni.
Budak ni tak tido. Dan tak duduk diam. Dah nak sampai tu, dia dia sekejap sebab telinga dia sakit. Kesan dari flight nak landing dah kan. Dia kata mama, telinga Danish gatal la. Hahaa. Gelak je sal dengar, Sebab tau dah. Bukan gatal. Tapi dia macam menyucuk nyucuk akibat tekanan udara. Bila kita gelak dia mesti marah tau :D Anda boleh tengok video yang sal letak kat atas entry ni tadi untuk tengok video sepanjang dari KLIA 2 sampai la ke touch down Krabi International Airport. Apa pun, travel dengan korset Premium Beautiful memang TAK SAKIT BADAN, TAK SAKIT PINGGANG dan paling best tak sakit hati tengok body orang lain solid je kat pantai Krabi. Huhu.
SAMPAI DAH DI KRABI
Video ni sal ada share kan pengalaman kami menginap dan bermalam di one of Hotel di Ao Nang. Hotel ni memang depan Pantai Ao Nang je, Untuk yang suka dengan aktiviti pantai dan riuh rendah malam, sesuai sangat untuk stay kat sini. Ao Nang Beach Resort Hotel nama dia.
Sampai je airport, sebaiknya terus dapatkan simkad Thailand. Ada jual kat depan lokasi ambik luggage di Krabi International Airport ni.
Ni kedai sim kad Thai tu.
Berapa harga Satu sim kad?
200 bhat.
Dia punya laju tu, puas hati sangat. Memang different dengan telco Malaysia. Berbaloi bayar 200 bhat untuk 24 jam online dan call sepanjang di Krabi.
Dah siap beli sim kad. Dah siap buang air. Kami dapatkan private van untuk ke Ao Nang Beach Resort Hotel. Berapa harga sewa van untuk 10 orang ni? Harga dia charge 1,000 Bhat.
Betul-betul depan hotel van turunkan kami.
Bawah hotel Ao Nang Beach Resort. Ada bar yang akan happening sampai 1 pagi.
Bilik kami 210 betul-betul atas bar ni. Aning Restaurant nama dia. Sarapan pagi pun, ada dihidangkan cik pink pendek tu sebelah sebelah dengan makanan yang lain. Jadi sebaiknya, jika anda was-was dengan cara penyediaan mereka, better breakfast kat mana-mana kedai makan area Masjid Ao Nang.
Part ni yang anda perlu alert. HANYA 2 ORANG sahaja untuk satu bilik. Jika anda datang 3 orang atau lebih untuk stay satu bilik. Dia akan charge per pax tu tau. Tak free. Kena bayar. Kami dah terkena. Jadi kena alert dengan hotel-hotel area Krabi ni. Sebab kebanyakkan hotel are Krabi ni dah mula kenakan syarat macam ni. Macam kami bawa 3 anak kan, jadi anak-anak kena charge per pax. Another solution dia, amik bilik lagi satu. sebab harga bilik lagi satu lagi jimat sikit dari harga per pax. Tambahan harga yang kami kena charge untuk 3 malam adalah 4,800 bhat. Bapak mahey. Buat duit betul hotel Krabi ni. Dalam RM, Harga Ao Nang Beach Resort ni RM250 Satu malam untuk 2 orang stay per room. Jadi anda kena bijak selected tempat yang mententeramkan jiwa jika nak travel ke Krabi ni. Ada banyak pilihan hotel. Kalau jauh sikit dari pantai pun tak apa. Sebab transport mudah dapat kat sini. Untuk next travel, we will no choose Ao Nang Beach Resort ni lagi. Nak try pengalaman lain pula.
Boleh pergi naik Taxi Tuk Tuk ni. In shaa Allah selamat. dan Taxi ni sentiasa ada sepanjang jalan Ao Nang ni. Ke area Masjid Ao Nang tu 200 bhat pergi balik. Boleh naik 5 orang.
Dah siap mandi, solat. Kami turun cari makan. Tapi sebab bawah hotel kami ni memang penuh dengan kedai jual barangan macam ni, maka banyak la perhentiannya sebelum nak isi perut.
Dari Malaysia lagi dok tercari cari topi. Sampai merayap ke GM Klang dan siap nak ke Melaka lagi. Sebab sal pernah beli topi lat Taman Mini Asean Melaka. Kat situ banyak sangat topi pantai yang lawa-lawa. Lagi lawa dari Topi Pantai kat Krabi ni tau. Yang kat krabi ni biasa-biasa je. Lebih kurang topi pantai yang ada jual kat Lazada. Jadi ada beberapa persedian yang anda perlu prepare awal jika nak bercuti ke tempat yang panas dan berpantai. Persediaan dia, beli topi pantai siap-siap jika ada ternampak topi pantai yang anda memang suka. Dh nampak terus beli je. Sebab ootd dengan topi pantai lagi cantik menarik kau memang debom.
Sal nak topi pantai warna putih semua. Tali dia pun nak putih juga. Tak nak ada color lain.
Beli la satu. Tak sampai hati pulak dah belek-belek barang orang tak ambik satu. Satu topi pantai ni harga dia 200 bhat. Ikutkan dia bagi 250 bhat. minta 150 bhat tak dapat. So beli la satu. Konon jap lagi nak jalan kat Night Market area town Krabi. Mana la tau jumpa topi pantai yang lebih murah kat night market tu. Sebab ada baca blog diorang beli 70 bhat je.
Fening nak makan kat mana. Kat sini memang banyak kedai makan jugak. Tapi sal dah lapar sangat. Tak boleh nak fikir apa dah. Dalam kepala nak tomyam kung je.
Tak ingat dah apa yangsal dok tengok tu. Tapi yang pasti setiap kali keluar, akan tengok port tinggi untuk lari kalau ada amaran tsunami. Hahaha. Teruk nau fikir. Serius. Sal memang fikir macam tu tau :D Walaupun sedar hakikatnya, kalau dah sampai masa Allah panggil tu, kita duduk la kat bukit tinggi mana pun, tetap jalan jugak.
Di Mana tempat makan best di Krabi?
Sepanjang 4 hari di Krabi, sal tetap kata Area Masjid Ao Nang juga la tempat makan best kat krabi. Kat Aonang Walk Street ni pun ada, tapi tak banyak yang serve halal. Kalau dia tulis halal pun, halal tu bagi diorang adalah No pork. Tapi diorang tetap serve Minuman keras dan yang serve kita tu adalah bertatoo dan bertindik telinga. Jadi anda ada pilihan, samada ok dengan food serve area Aonang Baech, atau terus jalan-jalan cari makan di Area Masjid.
Kat area Night market ok tak nak cari makan?
Bagi sal, area Masjid Aonang juga the best untuk muslim. Lebih confident.
Sebab kat night Market Krabi tu, makanan dia yang halal dengan non halal dah bercampur dalam kawasan yang sama. Kadang tu sebelah jual pork, sebelah tu makanan yang kita boleh makan. Jadi anda pilih sendiri ikut kesesuaian. Macam sal memang prefer Masjid AoNang je senang.
Ni range harga makanan dan minuman kat area Ao Nang Krabi. Lebih kurang harga Malaysia juga. Cuma pelik pulak bila diorang tak tau Miang Kham dan Pataya.
Muka serabai campur lapar. Nak makan Tom Yam Kung.
Ni restaurant pertama yang kami jejak masa sampai ke Krabi. Ok la food dia. Rasa sedap lagi makanan kat Malaysia. Maybe sebab tekak Malaysia tu dah sebati kan. Tapi memang rasanya Tom Yam Malaysia sedap lagi.
Kalau susah sangat tak tau nak makan apa, anda boleh try makan Padthai. padthai tu apa? Padthai tu mee goreng atau kuey teow goreng thai. Sedap tau. Sal suka makan padthai kat Ao Nang street ni. Yang dua wanita bertudung ni sediakan. Kedai dia kat sebelah kedai tatoo kat Aonang Beach.
Harga semangkuk pad thai tu 60 bhat.
Air Kelapa Pandan 50 bhat.
Pan cake 50-60 bhat. Ikut flavour apa kita nak. Sal suka nutela. Macam Pan cake ni, dah biasa makan kat Malaysia. Sebab my friend nama Suraya, orang Thailand, pernah buka Timeout Cafe. Masa tu selalu ulang alik makan kat TimeOut Cafe tu. Memang pan cake tu dah jadi makanan harian kami.
Pan cake tu macam mana?
Dia macam roti canai. Tapi nipis. Rapuh. Atas tu dia letak la flavour yang kita pilih. Nak butter ke, choc ke, pisang ke.
Tahap keselamatan kat Krabi ni macam mana? So far masih aman. Selamat untuk jalan waktu malam mahupun siang. Just BismillahitawakaltuAllah je ;)
Ready nak ke night market at Krabi Town. Naik Tuk Tuk merah ni. 400 Bhat pergi dan balik. Dia tunggu kami sampai habis jalan kat Pasar Malam Krabi Town tu.
Memang besar Night Market dia. Macam-macam makanan ada. Niat nak cari topi pantai je. Tapi tak de jual pun. Jadi banyak minum air sampai kembung perut aje la.
Tadi kat Aonang Street minum kelapa. Ni pun minum kelapa lagi. haha. Kalau tak cantik jugak tak tau la.
Air kelapa kat sini murah sikit. Tadi 50 bhat. Kat Night Market ni 30 bhat je.
Jumpa jugak Miang Kham kat Nigh Market ni. 35 Bhat untuk satu paket yang ada 10 helai daun kaduk. Sal suka sangat Miangkham. Beli dua. Buat makan tengah malam sebelum tido.
Ni saje ambik gambar. Tak minum pun. Cocktail kat sini lain. Kat malaysia lain. Kat Malaysia buah-buah, sumi, puding campur dengan susu cair kan. Kat sini lain maciam sikit :D
Pantang nampak oreo. Mesti nak beli. Ni sepatutnya air blended. Tapi dia nak beli macamni je tanpa blend.
Selagi tak keluar dari sini, memang nafsu sal kat air buah-buahan aje la. Sekarang nak minum air Roselle pulak.
Habis day one activities. Dari subuh sampai ke Isya. Kami kat night market tak lama. Sejam balik dah. Rasa macam dah pukul 12 malam je masa sampai hotel tu. Tapi baru nak pukul 9. Jadi balik hotel, solat dan rehatkan badan. Sebab seharian dah berjalan kan. Danisha pun mula nampak tak sihat. Perut meragam.
DAY 2
Masuk second day dah kami di Krabi. Alhamdulillah cuaca baik.
Ready nak breakfast dengan N'Licious. N'licious ni jus yang ada 118 sayuran dan buahan. Sesuai sangat untuk anak yang tak makan sayur atau untuk mak mak yang tak sempat nak beli buah untuk bagi anak.
Tema rumah biru hari ni.
Cuma mereka ke pulau. Kami just stay kat Aonang je.
Subuh kat sini awal sejam dari Malaysia. Contoh kalau kita subuh pukul 6, Krabi punya subuh pukul 5 pagi.
Ni waktu pukul 6 pagi kat Krabi.
Kedai pun tak buka lagi. Kedai kat sini buka pukul 9 pagi. Sebab tu kalau nak makan pagi, better naik tuktuk atau jalan je kaki ke area masjid. Boleh la jogging sekali.
Siap beli topi baru untuk Danisha, Muhammad dan mama sekali. Hehe.
Nak bawa diorang main pasir.
Ensem boy gigih membina istana.
Yang macam sampan ni apa? Ni long tail boat nama dia. Antara pengangkutan utama untuk ke pulau-pulau cantik yang ada kat Krabi ni. Harga long tail boat ni lebih murah sikit berbanding speed boat. Untuk yang suka adventure laut, boleh la naik ni untuk visit beautiful island yang ada sekitar pulau Krabi ni.
Konon nak fefeling posing.
Sekali angin kuat la.
Terbang topi pantai bau kedai ni.
Hahaha spoil.
Kami ke Krabi ni 11 November 2018. Our solemnization 4 November 2006.
Kira macam meraikan hari bahagia sekali la ni.
Jatuh cinta berkali-kali namanya.
Seriau sebenarnya bila diorang main kat sini. Terus ajak naik aje la. Sebab ni kawasan long tail boat parking kan.
OOTD semua mix and match je. Yang baru beli, topi pantai tu dengan skirt biru tu je. Baju dan cardigan putih tu dah lama beli dah. White top tu beli kat time square RM17. Cardigan panjang tu beli kat Kenanga RM39. Kain biru layer dua tingkat tu terbeli dekat GM Klang RM20 je. Shawl tu by Fateema Couture siap ada signature Salleha Roslan. Harga RM59 Topi pantai tu beli kat kedai bawah hotel tadi 180 bhat. Best kan bila pakai Premium Beautiful ni. Sebab pakai la baju apa pun. Tetap nampak kemas.
Rezeki anak-anak sentiasa ada.
Mama bebel sebab semua barang mama kena bawa.
Nak balik hotel. Pantai ni nasib dekat sangat dengan hotel. Jalan kaki je tak sampai 100m
Cian adik. Kat pantai tadi dia terkincit sikit. Rehat la dulu. Nasib baik tak ke pulau hari ni. Kalau tak lagi mabuk dia.
Dah boleh hafal dah jalan kat sini.
Dah solat, turun cari makan. Nak nasi.
Makan tomyam Kung seafood. Padahal kat Malaysia punya la jaga tak makan seafood. Datang Krabi habis hari-hari tomyam seafood.
Pan cake pulak lepas makan Tomyam. Ish ishhh. Gems la kalau lama lagi duduk sini.
Happynya dapat jumpa nasi kerabu kat krabi. Sekali dengan teh tarik kaw. Dua-dua ni kat kedai yang sama.
Warna warni nasi kerabu
Diorang letak sign ni sebab almost visitor kat sini memang suka minum. Kalau pergi 7e tu, non stop diorang beli air tu. Siang-siang pun layan aje kan. Bau bukan nya sedap pun. Sebab tu untuk muslim yang datang Krabi, jika tercari tempat mana yang sesuai untuk dapatkan makanan halal, memang kat area masjid ni aje la the best. Kalau kat tempat lain, walau restaurant diorang tak jual arak, tapi orang yang datang makan kat situ tetap akan bawa arak diorang sendiri.
Senda gurau Muhammad dengan Hanis.
Ada kedai jualan kat seberang jalan Masjid.
Gelandangan dah anak-anak sementara mama masing-masing cari barang kat seberang jalan.
Cantik masjid ni.
Fridge magnet. Keychain. Paste Tomyam. Susu choclate tea pot. Kain pelekat lembut. Ada je jual kat sini. Better shopping sini. Sekurangnya kita dapat bantu peniaga islam kat sini. Songket thai dia best. 200 bhat 2 meter. Kain pelekat 180 bhat kalau tak silap. Boleh la buat hadiah bawa balik bagi mak ayah dan keluarga.
Ibu kirim baju kelawar. Nasi baik ada jual kat area depan Masjid Aonang ni. Jadi kalau anda tercari kat mana tempat shopping best area Aonang Krabi ni, anda boleh la ke Area Masjid Aonang. Macam macam ada. Yang sal beli ni 3 helai 500 bhat. Sal tak reti nak bargain. Dan senang tergoda untukbeli kalau penjual dia sangat friendly.
Kitorg gi satu kedai tu je. Padahal ada je lagi kedai yang jual harga lebih low dari yang kami gi tadi. Tapi sal suka kedai ni sebab dia tersusun dan tokey dia pun boleh cakap melayu. Kalau nak beli songket thai tadi dengan baju kelawar Thai, boleh ke facebook tokey dia NANA RAIBENA AHMAD
Patah balik nak cari menteri kewangan.
Ni tokey Nasi Kerabu di Krabi. Dia boleh cakap Kelantan tau. Fasih. Boleh visit her Facebook yang gunakan nama YUSOH ABUWA. Atau klik je la link ni. Boleh la roger-roger kalau teringin nak cuba. NASI KERABU KRABI
Diorang tak nak balik lagi. Cam ne?
Jangan lupa ke sini jika anda ke Krabi. Aonang Masjid ni antara tempat wajib singgah untuk jalan-jalan cari makan.
Nak balik Hotel dah. Muhammad suka naik tuk tuk lori ni. Dari Masjid Ao Nang Munuawarah ke Aonang Beach Resort kami dikenakan 200 bhat kalau tak silap. Payah nak ingat sebab bukan sal yang bayar.
DAY 3
Kami dah breakfast kat dalam hotel tadi.
Jadi, jom jalan-jalan kat swimming pool dulu.
Hari ni tema yellow mustard. Warna kunyit la senang kata.
Ke pulau kita pagi ni.
Island Hopping ke 4 pulau Railay Island Tup Island Chicken Island Poda Island Macam mana nak book speedboat? Banyak cara. Boleh walk in terus kat jeti. Atau book masa jalan-jalan kat sekitar Krabi ni. Paling bagus kalau book area Aonang Street tu. Sebab banyak offer dan lori senang pickup untuk ambik dan hantar. Harga Speedboat untuk Island Hopping tu berapa? Kalau ikut flyers, 2,000 bhat satu kepala. Long Tail Boat 1,200 satu kepala. So kalau nak murah, naik long tail. Harga tu apa yang kita dapat? Dapat sampai ke pulau-pulau yang cantik tu. Dapat naik lori tuk tuk untuk ke jeti pergi dan balik. Dapat snorkeling Dapat air mineral. Tak kisah, amik la berapa kali pun. Dapat makan kat Poda Island. Pulau yang last sekali. Jadi, baik korang bawa bekal untuk kunyah-kunyah sementara nak tunggu masa makan tengahari kat Poda Island. Dapat insurance Dapat tour guide untuk ke pulau
Ok. Kakak nak mendiva dah kat pulau Andaman. Kot lepas ni terus pandai mengandam orang kan.
Best tau sesekali pergi travel ni. Antara reason dia, memang sangat membantu buatkan kita jatuh cinta berkali-kali dengan encik suami ataupun cik puan isteri.
Pagi-pagi kat area Aonang street ni memang sunyi je. Malam je happening.
Diorang suka main lompat-lompat kat batu bata lembut ni. Kalau anda ke Aonang Beach ni, jangan lupa tenggelamkan kaki kat sini. Ada jugak yang lalu kat sini, tetiba je diorang terkejut bila kaki tenggelam dan siap ada bunyi menyeramkan. Tu macam sound effect la. Bila kita terpijak certain area kat batu bata ni, dia akan keluarkan bunyi, macam bunyi dinasour.
Sampaikan amanat, what do and don't sepanjang perjalanan ke Pulau nanti. Budak-budak ni nak kena fahamkan diorang sebelum ke sesuatu acara tu. Supaya diorang tahu siap-siap apa perlu buat, dan apa perlu elak.
Sementara tunggu lori pick up depan hotel nak bawa ke Jeti untuk ke pulau pulau femes di Krabi. Orang kata kalau dah datang sini mesti kena pergi pulau. Kalau nak tau, kami sekeluarga bukan spesis suka kan pulau. Tapi kita try new adventure kat sini. Lagi adventure bila ko pergi dengan baju kepok-kepok sekali.
Dating atas lori
Dalam perjalanan nak ke Jeti untuk ke 4 pulau. Jarak dari hotel nak ke jeti ni adalah dalam 15 minit. Masa pergi ni tak ramai lagi. Tapi masa balik, ya Allah macam sardin kami duduk dalam ni.
Sampai dah kat jeti. Macam ni la nasib mak-mak sekelian alam. Towel anak, bag anak, semua diorang pas kat kita je. Apa pun, maintain kepok-kepok tu harus. Hahaa.
NangAn Pier nama Jeti ni. Kat sini la laluan kita kena jalan untuk naik speedboat.
Sebelum jejak je kaki kat tangga boat, semua kena buka kasut dah. Tak kisah la korang pakai slipper jamban atau kasut paras lutut Rozita Che Wan sekali pun. Kasut yang ditanggalkan perlu di letak dalam sebuah bakul rotan yang besar. Jangan risau, in shaa Allah tak hilang melainkan boat karam je.
Speedboat engine Honda ni berkelajuan 200km/j
Atas speedboat ni pack. Duduk pun berlaga peha. Jadi memang tak de chance la nak buat titanic pose.
Sebelum turun speedboat, kami diingatkan untuk balik semula ke boas lepas 45 minit.
Ni kat Phra Nang Cave. Atau Railay Island. Kat sini yang ada ukiran-ukiran anus tu. Tapi kami tak masuk pun dalam gua tu. Sebab tak rasa tertarik nak tengok ukiran alat sulit lelaki yang banyak kat dalam tu.
Anak-anak main air laut. Mama celup kaki je. Dah puas dari kecik dulu ulang alik mandi laut, mandi kolam, mandi sungai. Sampai dah ada anak ni, malas dah nak berendam.
Memang cantik air laut kat Phra Nang ni. Patut la kalau pergi Krabi, wajin island hopping. Kalau tak, tak Krabi la jawabnya.
Air dah jejak paras peha. Best tau mandi laut pakai baju kepok. Tak ada la sunburn.
Mak over dari anak. So cam mana? Haha.
Gara-gara takut terlupa diri kan, maka kami mandi kat area boat aje la.
Ni kat Tup Island nama dia. Pulau kedua kami selepas Phra Nang Cave atau Railay Beach tadi.
Cantik sangat Tup Island ni. Ni antara pulau pulau tersembunyi di area Krabi.
Kat sini lagi jernih dan hijau biru biru air dia dari Phra Nang tadi.
Geng Mak anak tiga yang masuk air laut masin dengan Premium Beautiful full set. Slumber je kan. Lagi best tau pakai Premium Beautiful sepanjang berenang.
Jadi, jika anda tertanya tanya, boleh ke tak pakai Premium Beautiful Korset masa mandi laut, jawapan dia boleh je. Pakai la. Baik untuk posture badan. Dan terbukti, pakai korset di lautan Andaman ni sangat selesa dan tak merimaskan.
Ni kawin lari nama dia. Dah kata Thailand kan. Memang femes la sebagai tempat Kahwin lari. Hehe.
Boleh ke bawa drones ke Krabi? Bawa tu boleh. Nak gunakan tu je tak boleh. Kena dapatkan permission. Sebab pulau ni di bawah seliaan National Park diorang.
Kat Tup Island ni bagi diorang mandi pakai pelampung. Huhu. Sal ni makin fobia dengan air. Sebab banyak nampak kes lemas depan mata. Teruk kan. Banyak sangat yang di paranoid kan.
En suami suruh kita dok diam-diam kat sini. Dia nak shoot satu pose untuk dia. Nak buat simpan dalam dompet ke tu? Huhh. Kalau zaman bercinta dulu mungkin la kot. Yang ni dia nak buat asah skil amik gambar dia je.
Port ni dia yang cari. Kalau sal, sal rasa apa la kat batu-batu ni dia nak shoot gambar kita. Huhu. Sekali bila dah siap, lawa la pulak port berbatu ni.
Habis dah masa 45 minit kat Tup Island ni. Kat sini ada dua pulau yang menghubungkan antara satu dengan lain bila air surut. Yang kami berdiri ni, kira tengah-tengah lah.
Lepas tu snokerling kat Chicken Island. Diorang kata kat sini banyak landak laut dan ada jelly fish jugak. Jadi kena berhati-hati masa turun ke laut.
Sekarang kami dah mendarat kat Poda Island.
Lunch disediakan kat Poda Island ni. Thanks Yanie Hafieez siap bawa tikar lagi.
Sedap tau nenas madu pulau ni. Jarang la sal makan nenas. Tapi nenas sini sedapppp yakmat.
Kat sini la yang sal nak pergi sangat tu. Pulau lain tak rasa nak pegi sangat pun. Suka tang Poda Island ni je. Sebab landmark dia tu nampak unik. Dan air dia lagiiiii cantik dari laut lain kat Krabi ni.
Suami sal ni bukan sunburn, Ni natural beauty. Black Sweet gitu. Hahah. Jangan marah tau sayang.
Tak lengkap la lawatan ke pulau kalau tak buat pose melompat sampai ke bulan kan. Bergegar nasi 2 kali tambah tadi.
Gigih Muhammad Danish Shafiq dan Hanis usahakan pasir pantai. Sambil mama ayah terkinja-kinja nak dapatkan pose menarik.
Korang apa tau? Tau main pasir. Cedok Pasir. Rebut pasir je :D
Bila suruh diorang yang melompat, ni la hasil dia. Haha. Bole la kan.
Nasib baik la tak terkena mat salleh tu kan. Asal boleh je budak-budak ni.
Lupa pulak nak buat pose macam Neelofa tu.
If you can imagine it, it's possible. The true sign of intelligence is not knowledge, but imagination.
Yeayyy kita bawa mascot SHOM sekali. #KitaSayangSHOM #KitaAnakSHOM
Patut la sakan terkinja-kinja melompat kat merata pulau. Ni la dia kesan bila telan Herba Maharani ni. Bebola dari Herba Maharani ni boleh buatkan badan bertenaga. Sampai konfius dah kita ada anak tiga la. Haha.
Ni tak boleh tinggal Min Kaffe setiap pagi dan malam. Lepas tu, perisai untuk tak sunburn, Minum BB+ Glo Collagen. Serius memang tak sunburn sepanjang 4 hari kena angin laut. BB+ Glo ni memang cekap sekatakan tona kulit satu badan. Dan the best assistant untuk sendi-sendi kita.
Kalau dah niaga online tu, kedai kat pulau pun on. Terbaik sangat agent Premium Beautiful sorang ni.
Dalam banyak-banyak gambar kat Krabi, Photoshoot yang ni paling win.
Sedaya upaya yanie melompat. Dengan muka-muka sekali hahaha. Yang abang-abang memang tulang ada spring melompat. Hakak juga berat punggung :D
Kahkahh. Nampak tak. Kita takat lompat seinci aje la.
Topi terbang lagi
Terbaik team Nang An Speed boat ni. Service diorang memang tip top. Highly recommended jika anda tercari-cari speedboat untuk island hopping sepanjang di Krabi.
Balik hotel je, sambil budak-budak tu sambung mandi kolam. Sal gi hantar dobi baju-baju putih, seluar putih yang dah pakai sepanjang kat Krabi ni. Boleh tahan la harga dobi Kat Krabi ni. Sekilo dalam 80 baht no iron atau 100 baht with iron.
Ni antara tempat makan best untuk breakfast kat Krabi. Kedai makan halal. Kadai Ja'dam Nasi Krabu nama dia. Macam-macam ada. Masa sampai je kedai ni, semua makanan sal rasa nak makan. Nafsu kan. Kuih muih dia banyak pilihan. Nasi krabu, nasi berlauk, bubur, roti canai pun ada. Tak tahan wehhhh.
Sebenarnya tak plan pun nak pergi sini. Bangun pagi je, terus ajak suami turun cari breakfast. Malas nak makan makanan hotel. So kami pun keluar la tanpa mandikan Muhammad. Tu yang rambut dia dah macam singa dah kalau tengok. Tapi turun je hotel, ada taxi tuktuk dia terus offer nak bawa pergi breakfast. Sebab kat bawah hotel tu tak ada kedai makan yang buka pagi-pagi. Tak jauh pun kalau nak jalan kaki. Lebih kurang 2km je. Kami naik tuktuk je. Pergi balik dia siap tunggu, bayar 200 bhat. Siap pakej terbang tudung 😂
Habis makan pagi kat kedai tu, kami jalan jap kat tepi Pantai Ao Nang. Saje la celup kaki. Sebab hari ni nak balik Malaysia dah.
Muhammad nampak ketam kecik ni. Terus dia jerit kata hati-hati, jangan pijak. Huhu. Sayangnya dia kat haiwan.
Siap suruh ayah amik gambar lagi.
Kami siap kemas luggage agak awal pagi ni. Check out jam 12. Sekarang baru jam 10 macam tu. Memang plan nak keluar awal. Supaya tak kelam kabut nak kejar masa ke Airport.
Nasib baik la keluar awal. Sebab memang ada drama masa check out ni. Kami amik extra bilik masa kat sini. So, bilik satu lagi tu, yang jadi bilik budak-budak lepak, staff hotel ni kata tak ada xray rokok tu dengan international plug. Jenuh juga la 3 kali sal naik turun nak dapatkan semula benda yang kata hilang tu. Rupanya bukan hilang, tapi ada dalam drawer meja. Lepas tu plug tu pulak dah berpindah tempat.
Settle dah urusan check out kami.
Untuk isi masa lapang yang ada lagi 3 jam, kami disarankan oleh taxi driver ni untuk ke tempah gajah. Berapa harga tambang taxi untuk ke Elephant Trekking Krabi. Mula tu dia nak charge 500 bhat untuk pergi balik. Lepas tu pujuk dia untuk bagi sikit diskaun. Tak sampai hati sebenarnya nak minta diskaun. Huhu. Jadi, dapatkan 400 baht je.
Tempat gajah tu kat dalam kawasan ladang getah. Memang kalau ko kena bawa lari, tak de orang pun tau :D
Kita akan lalu area perkampungan. Best tau yengok view kampung sini.
Kat sini pun ada Masjid Negeri. Kami baru tau. Kalau tau awal, boleh singgah.
Yang minat tengok show king cobra, boleh la singgah sini.
Perjalanan ke Elephant Camp ni amik masa dalam 20 minit jugak dari Aonang Beach Resort.
Kami just bagi Elephant makan 2 bakul pisang je.
Tak naik pun gajah.
Mula-mula je takut-takut nak bagi gajah ni makan. Lepas tu ok dah.
Best pengalaman kat sini. Walaupun just bagi gajah makan pisang aje pun. Hehehe. Kalau naik gajah kang, mau tak ke Airport tepat sebelum masa la kami.
20 minit kat Elephant sanctuary ni, kami pun naik semula taxi dan patah balik ke area Hotel Aonang. Sebab pukul 1 tengahari dah janji dengan van untuk pick up kami untuk bawa ke Masjid, makan dan terus ke Airport.
Pukul 1 van amik kami depan hotel Aonang.
Kami solat dulu. Yang bawa van kami ni pun muslim. Jadi mudah urusan. Dia pun boleh cakap melayu. Siap-siap buat Zuhor dan Asar. Sebab jap lagi naik flight ke KLIA pukul 6.30 waktu Thailand. Jadi solat siap-siap supaya lega rasa bila dah settle kan appointment paling wajib tepat waktu ni.
Ni area kedai makan yang sama kami makan pagi tadi. Tengahari dah lain pulak menu dia.
Ni van yang kami naik tu.
Lepas diturunkan kami kat Masjid, dibawanya kami ke depan sikit untuk lunch di Kadai Ja'dam.
Ni senarai harga standard kalau makan kat Krabi. Lebih kurang harga Malaysia. Tapi fruit shake diorang murah la pulak.
Kami makan 2 family dalam 800 baht. Tak ada lauk campur. Semua ala carte. Apa yang sal boleh rumuskan, sedap lagi tom yamkat Malaysia. Tapi tak tau kenapa 4 hari kat Krabi ni, 4 hari la jugak siang malam sal dok makan tomyam kung. Huhu. Maybe sebab faktor persekitaran mempengaruhi la kan. Haha.
Heading to Krabi International Airport. Mula-mula riuh Muhammad dengan Hanis dok bergurau senda cara diorang. Sekali tau-tau senyap. Muhammad tertido. Comel je tido tanpa sengaja. Perjalanan ke airport dalam 35-40 minit jugak la. Dan masa balik ni, murah sikit tambang private van ni. 800 baht je. Masa sampai tu 1000 baht.
We gonna miss u Krabi. In shaa Allah will come again. Nak repeat another version pulak.
Alhamdulillah. Impian nak tunaikan impian anak-anak tercapai.
Sebelum ke Krabi tu, siap soping bear ni sorang satu, termasuk mama pun ada bear besar yang boleh letak kat perut tu. Beli kat Miss T Setia Alam. 4 bear RM200 instead of beli satu RM98. Buat duit sungguh aih bear rege macam tu.
Cian kakak. Muka dia naik jerawat besar-besar. Panas kan kat Krabi ni. Denganangin laut lagi. Tak apa. Balik ni kita sental dengan Marine Essence. Dan memang betul la, seminggu pakai, merajuk terus jerawat basah tu semua. Terus kecut. Tinggal nak kurangkan parut je. Nanti sal share testimoni dia after pakai Marine Essence kat muka. Memang jenis muka dia, tak boleh pakai pencuci atau apa je yang melembapkan kulit.
Apa pun, jom layan nasi lemak Pak Nasser. Kamai sampai ke KLIA JAM 8.30 MALAM waktu Malaysia. Alhamdulillah walau atas awan sentiasa ada gegaran, tapi selamat juga kami mendarat dengan penuh pengalaman dan kenangan sepanjang 4 hari 3 malam di Krabi. Kami naik grab yang sama. Grab abang bomba. Tapi sebelum tu kami selesaikan solat maghrib dan isyak siap-siap sebelum bertolak sampai ke rumah. Best pergi negara orang ni. Banyak yang kita boleh belajar. Belajar menghargai dan menyayangi apa yang sentiasa ada depan mata kita. Yang baik jadikan pengajaran. Yang kurang baik, doa dalam hati supaya kita tak dibolak balikkan diri. Krabi with love.
Day 4, Krabi. Bagi Elepehant makan pisang.
Day 3, Krabi. Island Hopping.
Day 2, Krabi Jalan-jalan Cari Makan
Pengalaman menginap di Ao Nang Beach Resort Hotel
From KLIA to Krabi Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca pengalaman kami sepanjang di Krabi. Terima kasih buat sahabat kami sekeluarga, Puan Yanie dan Tuan Hafieez atas segala kemudahan dan bantuan yang sentiasa dihulurkan. Terima kasih buat Encik suami dan anak-anak, Damia Danisha Danish yang sangat behave dan always mendengar kata. In shaa Allah next trip kita akan bersambung ke......... Stay Tune.