Alhamdulillah ni kali kedua sal diterbangkan secara percuma ke bumi Kangaroo, Australia. Dan kali ni sal pergi bawa suami dan rakan kongsi sekali.
Dah tiga bulan peram kisah melancong ni. Almaklumla, sal ni kaki pendam. Bukan dendam tau. Beza, pendam dan dendam ni. Tak baik dendam dendam. Buat iman cepat padam.
Sal Pendam kenangan manis kami di Tangalooma.
Manis sangat kenangan tu sampai tak terluah dengan kata-kata. Ecehhh.
Masa company kata nak belanja pergi Tangalooma, dalam hati terus tertanya, apa ke benda Tangalooma tu. Nama macam Africa sikit je. Sikit la. Huhuu. Rupanya Tangalooma tu adalah nama tempat. Tempat best pulak tu. Kira one of the best private island in the world.
Serius memang best. Tak caya jom la tengok gegambar yang boleh buat uol muntah, bila scroll tak berenti sampai ke bawah. Ni baru gambar hari berlepas kat KLIA dan hari pertama jejak kaki kat Tangalooma Island, Brisbane Australia ni. Uol tolong la doa-doakan sal akan rajin untuk update second day, third day dan hari-hari berikutnya. Sebab biasanya setiap kali update tentang melancong ni, sal memang akan rajin update untuk hari pertama je. Huhu. Masuk next day dah jadi lemau. Huhu
Orang Australia kata, diorang sendiri jarang pergi Tangalooma Island ni. Sebab private island ni high cost kalau nak jadikan tempat santai-santai.
Hari ni hari ahad. Dari pagi dah bersiap. Nak urus tiga buah hati yang bakal di tinggalkan sementara. Flight around 5pm. Kami akan transit kat Changi Airport Singapore dulu. Sebab naik Singapore Airline kan. So From KLIA To Singapore tu wajib. Macam 1st experience sal ke Gold Coast tahun 2014 dulu pun sama. Kami perlu transit kat Singapore dulu untuk Ke Brisbane.
Ni dalam perjalanan dari rumah nak ke rumah mertua. Nak Hantar Damia Danisha Danish. Dalam hati mau tak sebak. Coz sal memang kurang gemar travel tanpa anak-anak. But maybe this is our "ME TIME" untuk sal dan husband selama seminggu ni ke Brisbane Australia. Tak sempat nak beli breakfast, so singgah jap kat KFC then makan terus dalam kereta. Tak boleh tahan lapar dah. Many thanks to Paidi Hasan sebab sudi jemput dan hantar kami sekeluarga dari rumah ke rumah mertua, then dari rumah mertua ke Airport.
Tema hari kat Airport ni is Black and White. Jadi sal pilih dress belang ni dan pakai dengan boot HM. Menjawab la nak buat body checking nanti. Sebab biasanya, bila pakai boot, confirm kat bahagian security tu kita kena buka boot. Untuk jalan jauh, memang sal suka pakai boot. Sebab selesa nak bergerak ke, nak berlari ke, tak risau kaki kena pijak. Tapi sebenarnya, dalam luggage ada lagi stok kasut lain. Hehhe. Perempuan kan. Tak tulen perempuan la namanya bila travel tak bawa berjenis kasut.
Opsss! Abang belakang tu tak de kena mengena dalam kisah ni tau. Boleh pulak mat salleh tu terselit di balik gambar salleha kan. Dah la pakai baju jalur hitam putih sama :D
Malu-malu kucing pulak bila sesekali kena jalan berdua ngan en suami. Eeeee. Macam baru kawin pulak feel dia. Hahaa. Sebab tu, sesekali tu try spend masa berdua je ngan pasangan. Biar loving tu mekar balik macam memula bercinta dulu. Nak pulak bila kita ni dah lebih 5-10 tahun kawin. So bagi chance la ye.
Rezeki lagi kali ni bila dapat bawa suami ke Australia pulak. Lagipun memang sal sekarang ni hanya akan travel kalau suami ada sekali. Sebab senang, ada orang tolong usung bag, tolong layan kita punya OOTD, jadi tempat pinjam bahu bila penat berjalan. Best tau, dating berdua dengan suami kat oversea. Memang balik dari travel, kasih sayang tu makin kuat lagi.
Belum apa-apa lagi dah kena spot check dengan Puan Kastam kat KLIA. Alamak. Hehee. Ni hanya lakonan semata-mata. Puan Kastam ni adalah our protege dalam business Premium Beautiful ni. Beliau memang bertugas di bahagian kastam Di Raja KLIA. Bila ieka Kimieka tahu je kami ada di Airport, terus di serbunya dandi escort lagi sampai ke balai pelepasan. Rasa macam VIP pulak.
Thank u Sasha Bern datang KLIA untuk hantar kami ke Australia. In shaa Allah next trip, Asha and Bern pun confirm akan merasa Free Travel with SHOM.
With my family member in Business.
Next Free Trip is Seoul, Korea.
Geng abang-abang yang very supportive.
Ni dalam train nak masuk ke perut SILK Air dulu sebelum transit masuk SIA.
Uol mesti kata sal ni pelik ke, poyo ke, ntah pape ntah kan bila sal cakap sal kurang suka Travel. Huhu. Serius. I don't like travel. Travel yang naik flight la. Sebab sal memang sejenis yang fobia dan rasa renyah dengan flight. Sal sejenis yang tak kan tido atas flight. Takut sampai tak boleh nak tidur tau. Kalau kata pergi europe 22 jam, 22 jam la sal takkan tidur. Tu yang kurang gemar bila travel melibatkan flight. Nak ke Brisbane Australia ni, Pejalanan ke singapore dalam sejam. Then sambung lagi dalam 6 to 7 hours untuk landing ke Brisbane pulak. So uol just imagine la, berapa lama sal tak tido? Sampai Brisbane nanti sure subuh, then terus sambung aktiviti yang dah disediakan.
Let's follow me.
Bila dapat duduk tepi tingkap ni semua nak snap. Ni view dari atas flight. Silk Air ni lalu kat Port Dickson la ni. Tu yang nampak Lexis Hibiscus di balik awan biru dan senja nan merah. Tak caya tengok gambar kat bawah ni pulak. Memang tengah senja nan merah masa kami berlepas dari KLIA ke Singapore.
Your wing already exist. All you have to do is FLY.
Alhamdulillah. Selamat landing dengan jayanya di bumi Kangaroo. Almost 7 hours dalam flight, pejam tak boleh tido, akhirnya sampai jugak. Dan semestinya, bila dalam flight, rancang utama yang sal akan tengok adalah rancangan "peta dunia" :D
Haha. Iye. itu la dia main channel yang sal akan pasang sepanjang dalam perut kapal. Tengok peta dengan harapan cepat la sampai. Sekarang ni dalam pukul 6 pagi waktu Brisbane. Pukul 6 sini, cahaya dia dah macam pukul 9 pagi Malaysia. Beza waktu Malaysia dan Brisbane Australia ni dalam 2 jam. Kalau Malysia pukul 4 pagi, Australia pukul 6 pagi.
Dah sampai Airport, memang kena masuk toilet, berus gigi, basuh muka then salin baju. Lepas tu terus cari simkad. Rasa duduk dalam gua kalau tak whatsapp, instagram dan facebook tak function. Yang bestnye, denga 10 AUD, guna la internet banyak mana sekali pun, tak habis-habis data bak hang. Meman berbaloi la. Tak faham la, kena 10 AUD dia tu tak habis-habis walau sal bedal semua jenis social media siap google and youtube memacam benda. Kalau data digi RM10, memang sekejap je dia dah minta nyawa.
Hari ni tema kami merah hitam. Sal pilih untuk pakai seluar dari Ladylike, baju putih ringan kat dalam, dengan jaket hitam yang beli kat Time Square. Memang beli khas untuk ke Tangalooma. Ok la RM89 untuk sekali pakai. Huhu. Kasut pun tukar. Pakai kasut baru jugak. Bau kedai lagi. Memang kalau pergi travel, semuanya nak kena baru. Kasut sport wedges ni sal beli kat ALDO Setia Alam. Memang sedap pakai. Dan rasanya sepanjang 5 hari ni sal pakai sentiasa wedges Aldo ni. Beli color putih senang nak match dengan apa color baju pun.
Mak dara berposing jap sementara tunggu mat salleh Australia tolong susun bag kami masuk bas.
Apa yang dibincangkan tu? Rahsia :D
En Husband kata pokok ni tak de kat Malaysia. So wajib bergambar kat pokok ni. Udara dia pun ya Allah... Sejuk dan nyaman je. Rasa segar bila tembus hidung. Sejuk dia tu macam duduk dalam chiller peti ice.
This is our tour guide. Lupa dah nama dia. Hahaa nampak tak? Baru 3 bulan dah lupa. Best chinese Malaysian Tour Guide ni. Boleh dikatakan semua tour guide yang SHOM provide memang best best belaka.
Tak sempat panas punggung dah sampai dah. Sekarang berjalan nak naik cruise menuju ke Tangalooma Island. Kat sini dah mula rasa dingin je.
Let's follow us. Kita nak naik cruise dah. Uol jangan tanya sal bab berapa RM cost naik cruise, cost makan, cost hotel, cost flight semua tau. Sebab sal memang tak tau. Coz semua perbelanjaan kami ke sini SHOM yang belanja. FREE of charge. Kalau dalam poket ada sepuluh hinggit pun in shaa Allah kenyang makan. Sebab semua SHOM Belanja.
Tetiba ada mat Australia ni offer nak amikkan kan gambar kami. So ok aje. Layan.
Waves inspire me. Not because they raised high. But because they leap up again after falling.
Kat tengah laut ni dah mula sejuk sangat dah.
Ada tak macam Che Ta ngan Zain. Hahaa. Memang tak lah kan. Ala gurau pun tak boleh.
Layan la video ombak rindu dari kami. Salleha dan Halmie.
Alhamdulillah almost 1 hour atas cruise, kami dah jejak kaki ke Tangalooma Island. Memang sampai-sampai terus jakun. Sebab cantik sangat pulau Tangalooma ni. Dan briefing untuk aktiviti petang ni terus disampaikan oleh wakil pengurusan Tangalooma Island ni.
Orang Australia ni memang suka melawak. Cara tegur orang pun sangat berlapik, Kiranya tak laser la.
Tangalooma ni sejuk, Tapi panas. Cam mana tu? Tu yang macam ni la jadinya. sampai berbalut penuh muka nak elak dari sunburn.
SHOM kalau bab makan memang tiptop dia bagi. Memang tak sempat nak lapar dah kena makan lagi.
Yang bestnya, banyak makan sayur dan ikan.
Ni antara lauk lunch. Yang kuah tu sup labu. Nasi pun ada. Di sediakan khas untuk tekak melayu. Walau lauk dia adalah menu arab.
Lepas makan, bergambar, terus masuk bilik. Dapat rest dalam sejam sebelum keluar main pasir halus kat Moreton Island pulak. Buat sand boarding.
Bila dah pinjam baju mandi anak ni, terbawa-bawa perangai anak sekali. Tu yang lupa diri jadi kekanak ribena pulak dah. Selesa la pakai swimming suit dari Bella Ammara ni. Yang kagum nya, baju mandi ni anak sal, Damia beli hasil duit dia menyimpan. Memang sal tak simply bagi anak duit macam tu je. Sal terapkan, kalau nak beli sesuatu, mesti buat sesuatu. Means, kalau nak beli handphone ke, baju idaman yang ratus ringgit macam ni, mesti kena buat kerja atau simpan duit belanja. Tak nak ajar diorg simply boleh dapat duit macam tu je.
Bercinta nak daki ke puncak.
Sama je kan konsep dia untuk berjaya dalam apa bidang sekalipun. Memang tak mudah nak sampai ke atas. Kena mencungap dulu, keluar peluah, termengah-mengah semput, then yang bertahan, pasti akan sampai ke puncak, Dari bawah ni nak ke atas tu dalam 200 meter jugak.
Tu dia. Macam ni la gaya meluncur pasir. Pasir dia halussssssss sesangat. Tenggelam kaki kita bila pijak.
Try la uol. Jadikan Tangalooma Island ni sebagai tempat percutian lepas ni. Memang terbaik. Cuma bab makan je la, kalau uol pergi sendiri akan ada sikit kesukaran. Coz dia memang private island. So bab makan uol kena manage bawa sendiri ke. Macam sal, SHOM memang dah sediakan chef khas untuk masakan special menu untuk kami.
Premium Beautiful Expert in Tangalooma Island, Brisbane Australia.
Jom tengok Wild Dolphine makan.
After bagi wild Dolphin makan, kami pulak makan. Lepas makan terus balik bilik. Tak lalu nak keluar pegi pantai sebab sejuk dia menusuk tulang. Sejukkkkkk sangat.
Cinta di Tangalooma. Cewah. Hhahha time ni la nak berangan bujang kan. Masa ni baru pukul 5. Tapi dah gelap macam pukul 8.
Ok in shaa Allah jumpa lagi di episode akan datang. Mudah-mudahan rajin la nak up entry hari yang seterusnya. Ni tak masuk lagi hari ke Dreamworld, Naik Menara tertinggi di Gold Coast, Malam Gala Dinner ;)
LOVE TANGALOOMA