Thanks For Your Support

Wednesday, July 26, 2017

Premium Beautiful Expert Make Another Visit To Dorsett Putrajaya

Besttttttttttt sangat Dorsett Hotel Putrajaya ni. Best sebab sangat cantik, bersih dan semua kelengkapan baru lagi. Dan ni kali kedua kami anak beranak huru hara kan Dorsett Hotel Putrajaya ni.



 Niat utama nak datang ke Dorsett Putrajaya ni sebab nak beramah mesra alam dengan my Premium Beautiful Expert Branch Putrajaya.


 Padahal duduk area Shah Alam je. Tapi boleh pulak menggediks nak check in Dorsett Putrajaya ni jugak. Ngengada namanya. Yelah... Saje je nak bagi happy budak-budak. Ni pun antara tips nak murah rezeki. Happykan keluarga tersayang nak nak anak sendiri.


 Ni la dia My Premium Beautiful Expert Cawangan Putrajaya. Dua-dua muda belia lagi. Even masih berkerja, dah ada anak kecik bersusun, tapi boleh jugak manage masa untuk generate almost 60,000 sales.


 Sempoi kan bisnes ni sebab boleh buka branch kat mana-mana pun. Nak buka satu Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia pun boleh.

 Memang sal jenis yang kalau nampak dan ada vibrate dengan kesungguhan seseorang tu, sal akan pergi bantu mudahkan urusan mereka. Means sal akan cuba luangkan masa ke tempat mereka untuk buat bisnes coaching Secara Percuma.

Dalam proses belajar ni, bukan anak murid je tak boleh sombong dengan cikgu, tapi cikgu pun jangan terlajak rasa sombong tanpa sedar jugak dengan anak murid. Nak pulak bila kita tau anak murid ni ada beberapa halangan yang buatkan mereka sukar nak cari cikgu. Jadi tak ada salahnya dan tak ada jatuhnya maruah seorang guru bila pergi dapatkan anak murid. Nak pulak anak murid tu adalah anak murid yang kita dah janji semanis madu nak bantu download ilmu dan pengalaman kita pada mereka. Dan nak pulak anak murid tu jenis merendah hati dan pandai jaga adab di depan guru mahupun di belakang guru.


 Yang duduk depan sal ni, mereka mula berniaga dengan modal. Jadi memang jadi tanggungjawab sal jugak untuk bantu mereka fahamkan selok belok bisnes ni. 


 Dan sebagai anak murid pulak, kena ingat, bila mentor dah sanggup turun bantu kita, sanggup luangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka, maka kita sebagai anak murid pun sebaiknya jalankan jugak tanggungjawab dan amanah kita sebagai anak murid. Lagi baik jadi seseorang yang bukan bersikap 'Seperti Pepahat Dengan Penukul'

Kena faham yang mentor tak mungkin 24 jam ada kat sebelah kita untuk ingatkan kita apa perlu buat. Jadi, diri sendiri yang perlu faham apa yang sepatutnya kena buat nak-nak dalam bisnes online ni. Sebab kalau buka kedai online pun malas, buka ikut mode, buka ala kadar, jangan mimpi la nak dapat apa yang orang lain dah dapat.


Cuma anak murid yang depan sal ni Alhamdulillah memang No1 Premium Beautiful Agent yang sangat aktif buat masa ni. Ada je updates yang diorang sharekan pada mentor, pada business partner mereka, dan audience kat luar sana.


 Masa Business Coaching ni, Premium Beautiful Expert Putrajaya ni nak kan ilmu dan strategi untuk buat RM100,000 sales sebulan. Dan amount tu memang bukan suatu yang mustahil sebab dah ramai proven success yang boleh buat 100k sebulan dengan teknik yang diajar. 


 Tinggal kena buang je perkataan-perkataan yang boleh sebabkan barah dan parah dalam bisness ni:
'Malu' Tak bertempat
'Takut la kena reject'
Takut la dia tak reply'
'Risau la macam push dia'
'Boleh ke Saya ni?'
'Dia Nak Ke?'

BUANG SEKARANG!
Kalau tak sanggup buang sekarang atau degil untuk lepaskan ayat-ayat negetif tu, maka uol terpaksa terima kenyataan yang uol akan berjaya dalam 10 tahun akan datang.

 Siapa circle kita sangat mempengaruhi aura dan energy kita. Sebab tu jangan persoalkan kenapa sal suka berurusan dengan orang yang tak banyak songeh. Bila kita bagi A dia buat je A. Dia takkan kona pergi BCDEFGHIJKL pun, Dia takan persoalkan kenapa pun, bagi mereka apa yang mentor bagi, tu la yang mereka nak kena hadam dan focus untuk dapatkan.


 Dua jam coaching di tengahari Jumaat dan di dalam bulan Ramadhan memang tak terasa pun masa cepat je berlalu. Ikutkan nak sembang sampai petang. Tapi both of them masih bertugas sebagai Penjawat Awam jadi amanah dalam tugasan masih kena pegang dan buat sehabis baik.


 Ni Puan Liyana Anuar. Ibu anak dua. Baru je mulakan bisnes ni dengan modal RM50 je. Dan hari ni total sales Puan Liyana yang masih berkerja dan masih ada keluarga untuk diuruskan ni dah hampir cecah RM20,000 dah. Yana kata dia tak takut berniaga sebab Mentor-mentor always ada untuk bantu beri tunjuk dan ajar.

Klik Blog Liyana Sekarang


Yang ni pulak sama macam sal, Mother Of Three. Baru je lepas bersalin anak ketiga. Nama dia Puan Zulaikah Haji Fakih. Orang sabah ni. Boleh jugak berbahasa Tagalog Philippine. Jadi Orang Sabah pun boleh contact Zulaikah ya jika nakkan harga Murah dan Service Tip Top untuk Premium Beautiful Corset yang sentiasa Viral.

Klik Blog Zulaikah Sekarang


Sebelum diorang masuk kerja, jom kita train cara posing dulu.



Ok siap dah 1st trainning posing depan camerra. Hee. Nampak tak sampaikan cara untuk amik gambar dan bergambar pun ada Free Coaching gitew.


Thank u uol sudi luangkan masa almost dua jam keluar dari office waktu rehat di hari jumaat untuk Sesi Coaching bersama CDM Salleha Roslan.

In shaa Allah jumpa lagi untuk next coaching.

 Dua jam coaching, lupa pulak anak tak makan lagi.


Sorry sayang mama. Danisha la yang paling lapar. Sebab dia tak puasa. Muhammad Danish Shafiq boleh lagi sebab dia menyusu. En suami pulak gi solat Jumaat. Jadi sepanjang sesi Bisnes Coaching tadi diorang just duduk kat meja sebelah dan tunggu mama siap kerja. Nak naik atas bilik hotel diorang ni penakut. Tak tau la apa yang ditakutkan siang-siang bulan puasa ni. Tu la banyak sangat tengok cerita Hantu.

Dari Lobby Hotel Dorsett ni, kami naik ke tingkat Tiga untuk order makanan. Lapas punya pasal kan sampai tak terfikir pun boleh order dari bilik je sebenarnya.

Order Burger je pun. Tapi tak sangka pulak dekat sejam bayang burger pun tak nampak lagi. Bila tanya bila burger boleh siap, waiter waitress cakap lagi 5 minit. Huhh so funny. Berapa banyak 5 minit dah kami tunggu. Sampai Muhammad pun mula dah tunjukkan keboringan dia. Sebab terlalu lama jugak duduk kat coffee House Dorsett ni, En Suami pun siap turun sebab nak tau kisah kenapa la anak bini dia tak naik bilik hotel lagi. Sampai-sampai Coffee House, terkejut en suami bila tengok makanan tak sampai-sampai lagi. Takkan la nak suh kami tunggu sampai waktu berbuka kot.

Memang sejam kami anak berank kematu tunggu kat situ. Bila En Suami turun dan dengar kisah kitorg ni jadi Penunggu, terus en suami dalam puasa-puasa tu tahan sabar panggil Manager Cafe. Bukan gaduh pun, tapi just dia nak kan pencerahan kenapa la order burger pun dah sejam tak sampai lagi. Order burger yang buka payung tu pun tak pernah la sampai 10 minit nak kena tunggu. Ni kan order burger kat Dorsett Hotel PUTRAJAYA ngko :D

MESTI SPECIAL PUNYA BURGER HOTEL NI.


 Sebab lama sangat tunggu, encik suami suh kami semua balik bilik je dan burger hantar kat bilik je.


Nape la mama jem tak boleh fikir dari tadi yang burger tu boleh makan kat bilik je. Hahah ni mesti sebab minda dah biasa setting bilik hanya untuk rehat, bukan untuk makan.


 Ni la dia rupa burger Hotel Dorsett Putrajaya yang disiapkan dalam masa lebih dari sejam. Alhamdulillah disebabkan hal ni, kami tak yah bayar bill air yang budak-budak dua ketul ni minum tadi. Dan dapat la free buah. Alhamdulillah. So total cost hanya pada burger je RM38.00 Sahaja. Gulp.


 Ni la burger RM38 :D
Makan sampai kenyang


 Lepas makan kami ke Bandar Seri Putra untuk berbuka puasa dengan adik beradik dan ibu ayah. Camni la rupa huru hara rumah bila semua ada. Riuh setaman. Buat malu Ibu Ayah je :D


 Lepas Terawikh pulak dapat rezeki jumpa sahabat kami berdua ni. Ustaz Azmi dan Puan Waheda. Lagi best bila dapat jumpa baby mereka Yumna yang ligat dan sangat bijak ni. Baik je dia duduk dia. Cuma tangan dan mulut dia je tak berenti buat aktiviti perkembangan sel-sel otak untuk berhubung.


Thanks Azmi dan Waheda untuk Serunding Kelantan yang super sedap ni. Terus licin dekat 2 box malam tu jugak.


 Makan berlima anak beranak sambil tengok TV memang la tak sedar habis licin dah.


 Good Morning, Sekarang dah pukul 3.30 pagi.
Ready bangun nak pergi sahur.


 Lena Muhammad tido. Nak tinggalkan sorang-sorang tak boleh. So kena la usung jugak sekali bawa turun makan sahur.


 Tip top sahur kat Dorsett Hotel Putrajaya ni. Next time boleh repeat lagi sebab berbaloi dengan harga dia. Dah la bilik hotel best, makanan banyak dan sedap-sedap pulak tu.


 Jadi, ni la rupa kami di awal pukul 4 pagi.


 Sampai bersandar Danisha lepas makan.


 Alamak Muhammad bangun la 


 Bangun tak lama pun. Lepas tu tido balik.


 Lepas subuh terus turun terjun kolam.

 Best gile tak de orang.

 Diorang ni memang hantu kolam. 

Sampaikan Danisha dah pandai berenang dah bila dah kerap sangat bawa pergi terjun kolam.


 Wahhhhh hari ni budak kenid yang takut masuk kolam dah duduk berendam dalam kolam la. Bestnya Muhammad Danish Shafiq dah berani rendam badan dalam pool.


 Lama jugak berendam hari ni. Sampai diorang yang ajak mama naik bilik dah.


 Berkemas nak balik dah.


 Hari ni anak-anak dara ni semua pakai baju mama. Senang, boleh share share dah baju.


  
 Acah-acah Model.

 En Husband nak test skill amik gambar.

Preparation ke Tangalooma Island katanya bulan August ni.


 Premium Beautiful Expert Putrajaya, Dengkil, Sungai Merab, Bangi, Cyberjaya, Kajang, dan Premium Beautiful Semenyih boleh contact sal. In shaa Allah kita deal sampai jadi. Yang penting customer puas hati dan sal pun happy ;)




Jom jadikan badan kita macam tanah dalam pasu. Makin lama duduk dalam pasu, makin terbentuk cantik dan pejal tanah tu ;)