Hari ni nak buat review sikit pasal Hotel Baru kat Putrajaya ni iaitu Hotel Dorsett Putrajaya.
Sebenarnya nak repeat pergi lagi Dorsett ni. Tu yang beriyan nak upload cepat-cepat gambar lama ni masa kat Hotel Dorsett Putrajaya. Masa ni Hotel Dorsett memang baru sangat-sangat dirasmikan. Oramg pun tak berapa nak ramai.
Hotel Dorsett Putrajaya ni memang Superb Tip Top Cantik. Interior dia memang Classy dan Moden.
My Protege from Utara ni la yang stay kat Dorsett Putrajaya ni semata-mata nak grab opportunity stay lama sikit dengan her Mentor. Sal la Mentor SuperMama cum TM Auditor yang hebat ni. Bertuah rasa bila ada protege yang tak pernah merungut tentang duit, masa dan tenaga. Yang sal boleh buat hanyalah doa tak putus-putus supaya Noharyani Hafieez ni capai segala apa yang dihajatkan.
Orangkata kalau tak nak hilang energy, always duduk rapat dengan orang yang boleh bangkitkan energy kita. And that's why sal sendiri selesa setiap kali berjumpa Yanie untuk sesi Personal Coaching coz EGO beliau tak tahu la kat mana Yani campak. Maybe dalam tasik Putrajaya kot dah dicampakkan Ego Beliau.
Coz tak pernah Yanie say NO
Atau tak pernah Yani cakap "Saya dah tau dah tu sal, saya dah buat dah tu sal" tak ada! Tak de langsung BOSSY dalam jawapan beliau walau ikutkan boleh je Yanie cakap macam tu... Tapi yang ada dalam mulut beliau just Ok Sal Yanie Buat. Itu je ayat dia setiap kali sal bagi idea dan strategy. Sal tau, walupun dia memang dah tau dan dah buat apa yang sal bagikan sebagai tugasan tu, beliau tetap Merendah Diri dan jawab OK aje. Memang jawapan "Ok Sal" aje yang meniti kat bibir.
Ni antara Anak Murid yang pandai jaga adab budaya berguru. Pandai sejukkan hati guru.
Sal selalu ingat pesan Mentor "Tak pe kita nampak tak pandai depan mentor, sebab lagi kita tunjukkan tak pandai depan mentor, selagi tu mentor lagi nak bagi"
Jadi misalkata ada masa kita rasa kenapa la mentor aku ni tak habis bagi ni. Sebenarnya maybe kita sendiri yang ada cipta penghalang antara kita dan mentor tanpa kita perasan. Kita Rebell. Kita rasa kita dah cukup ilmu, kita dah cukup tindakan. Tapi sebenarnya masih ada lagi yang belum habis kita belajar coz just remember yang ILMU TAKKAN PERNAH HABIS. Bila Kita rasa Ilmu dah cukup kat dada, tu sebenarnya adalah petanda yang kita sedang menghampiri kegagalan. Gagal yang kita sendiri cipta.
Excited cari No Bilik
Coffee House Dorsett Putrajaya.
Alhamdulillah antara my BIG WHY yang banyak mendorong sal untuk teruskan perjuangan dalam business ni Damia Danisha Danish, Dan Alhamdulillah lega sangat bila dah FULL TIME buat kerja dari rumah, TIME FREEDOM tu dah tiga tahun sal dapat.
Andaikata uol juga ada impian nak BEBAS MASA yang sama macam sal, bangun pagi tak payah redah jem, tak payah bekejar nak masuk ofis, tak payah serabut ikut arahan boss dan tak payah pening kepala nak buat multitasking disebabkan kerja orang lain yang tertunda, maka jom la kita BEBAS MASA bersama-sama dengan JANA PENDAPATAN DARI RUMAH je. Ganti masa jem atas jalan dua jam pagi-pagi tu dengan masa bergolek dengan anak-anak.
Dari 10 Markah sal bagi 9.5 la kat Dorset Putrajaya ni. So uol yang tercari-cari review tentang hotel area Putrajaya ni, sal memang prefer Dorsett la sebab nak parking pun ok coz depan hotel tu ada tempat parking luas walaupun kena cross the road sikit. Then sebelah Dorsett Hotel Putrajaya ni ada Hero Market. So Senang nak shopping. Kedai makan pun dekat je.
No comments:
Post a Comment