Thanks For Your Support

Friday, August 5, 2016

Premium Beautiful Expert Jalan Jalan Cari Makan di Cheras dan Cendol Seksyen 24 Shah Alam

Khamis
4 August 2016
Aktiviti:
1) Tafser Class di Taman Bukit Mulia Bukit Antarabangsa
2) Lunch With my Diamond at Yahanana Station, Cheras
3) Makan Cendol Seksyen 24 Shah Alam yang famous tu
4) Ke Sungai Way
5) Ke Setia City Mall

Memang CDM Salleha Roslan ni rajin mengukur jalan-jalan di Malaysia :D


Kami wefie masa tunggu Ustazah Dato Dr Fatma sampai tau. Bukan wefie masa tengah class. Macam biasa, every thursday morning sal akan usaha luangkan masa ke Surau Bukit Mulia kat Bukit Antarabangsa. Walau jarak rumah sal dengan Surau ni "bapak jauh" bak kata rakan kongsi sal, tapi demi ilmu kita relakan diri untuk datang belajar. Nak belajar sendiri entah bila la pulak kan. So baik cari guru yang tepat untuk mendalami Al-Quran ni.

Sebab banyak sangat kelemahan diri, jadi sal nak always muhasabah diri dengan majlis ilmu macam ni. Kalau uol teringin nak join this tafseer class di bawah bimbingan Ustazah Dato Dr Fatma Al Zehra, uol boleh jangan segan-segan contact sal ye. IT'S FREE!!!! 

Thank u my beloved sister aka business partner DDM Safriza yang pagi-pagi lagi dah keluar amik sal kat rumah. Terharu! Mudahnya Allah buka kan jalan untuk kami belajar ilmu agama. Jangan malu belajar. Belajar je selagi ada peluang. Nak pulak belajar percuma. Tinggal kita nak kena percuma kan masa kita aje.

Bila makin belajar, makin banyak yang kita tak tahu. Bahaya sebenarnya bila kita rasa diri kita dah pandai sampai tak sanggup nak tundukkan diri untuk pergi mencari ilmu. Nak pulak ilmu agama Allah. Sebab ustazah kata ilmu Al Quran ni Fardu Ain. Jadi memang perlu sangat kita berguru dengan guru yang tepat.


Best dengar penyampaian ilmu Al Baqarah dari Ustazah Dato Dr Fatma ni. Sharing beliau always menusuk ke hati.


Makin faham kenapa surah Al-Baqarah ni sangat special especially untuk jauhkan diri kita dari bisikan syaitan dan gangguan sihir. Jin dan syaitan PALING BENCI Al Baqarah.
Ustazah kata kalau tak boleh nak baca surah ni, pasang je kat rumah selalu supaya rasa nak gado2 dengan suami ke, anak ke, isteri ke dapat dielakkan... Dan dalam surah ni la terkandung PENGHULU SEGALA AYAT dalam alquran iaitu ayatul Qursi.

Capsule SS ni memang kena pegang sampai bila-bila untuk dapatkan hati yang TENANG dan REZEKI YANG LAPANG. Apa capsul ss tu? Sabar dan Solat. Dua ni je paling nak kena betul-betul jaga. In shaa Allah sitiqomah dua ni confirm kita berjaya dunia dan akhirat.


 After tafseer class kat Bukit Antarabangsa, kami ke Cheras. 

Solat siap-siap dan keluar balik ke next destination.


Kaedahnye bila tak de orang yang boleh tolong amikkan gambar, kita letak je camera kat atas motor and set timer. Hehee.


Geleng kepala suami masing-masing tengok ragam isteri. Thank u buat suami tercinta sebab izinkan sal keluar hari ni tanpa beliau di sisi. I love u en Hubby.


 Ready nak pergi lunch together. Hari ni nak belanja DDM Farhana dan DDM Safriza ni makan tengahari. So let's go!


Lokasi Lunch hari ni adalah di YAHANANA STATION.

Dah makan dengan geng kuat makan ni memang la seronok. Sedap ikan bakar kat sini. Kami amik ikan bakar pari, ikan bakar talapia, asam pedas ikan kembung, ulam, ayam goreng rempah dan kailan with air sirap. Total makan tak sampai RM50 pun. Tak tau la kalau tokey kedai Yahanana Station ni bagi DISKAUN ke kan. Hehee.. Thanks Tuan Syed selaku owner Yahanana Station.


Sebelum lupa diri mencekik jap lagi, wajib bergambar dulu.


Lokasi Yahanana Station ni kalau uol nak waze, cari Sekolah Menengah Jalan Cochrane or Petronas Station Jalan Cochrane. Dia kat baris-baris kedai makan depan Petronas Station tu. Sal pun first time datang sini. Suka support member berniaga ;)


Lepas makan nasi, boleh tak kami buat perangai nak cari CENDOL DURIAN yang kat seksyen 24 Shah Alam tu. Saf la kata sedap sangat cendol tu. Tak kisah la kan dari Cheras ke Shah Alam pun sebab bukan sal yang drive pun. Hehee. Dan boleh pulak kami tersesat ke Seri Kembangan. Paling best, duduk dalam Malaysia ni banyak TOL. Jalan sikit tol, jalan depan lagi tol. Memang duduk Malaysia ni tak boleh goyang kaki. Kena rajin guna kudrat untuk merdeka kan diri dari ekonomi negara. If not, kita sendiri akan tersekat nak bebas ke mana-mana sebab sekali keluar, banyak sangat tol nak kena bayar ;)

Sampai dah Medan Selera Seksyen 24 Shah Alam ni. Sekarang baru pukul 5 petang. Kedai Cendol Famous seksyen 24 Shah Alam ni buka kul 6 petang. So ok la kita pergi Petronas dulu solat asar sebelum lupa diri makan cendol durian and tauhu bakar.

Happy ibu hamil anggun menawan ni dapat meras Cendol dan Rojak seksyen 24 Shah Alam. Yang best nye bila pergi hari biasa, orang memang TAK RAMAI. Nak parking senang. Nak lepak lama sikit pun senang. Nak beratur pun tak de la lebih 5 minit. Order sampai pun cepat je.


Ni la Kedai Cendol dan Rojak Seksyen 24 Shah Alam tu. Lokasi dia uol waze la Medan selera Seksyen 24 Shah Alam ye.


After beratur buat order kita akan dapat resit dan nombor macam ni. Then nanti diorg akan hantar Rojak and Cendol tu kat meja.


Tadaaaa...
Ni la dia Rojak Shah Alam yang famous amos tu. Patut la orang sanggup beratur sampai ke parking sebab durian dan santan dia memang ummmppphhh!

Harga semangkuk berapa?
Alamak tak pasti la pulak sebab orang belanja kan.
Thanks ye Safriza Azwan belanja kami makan cendol and tahu bakar yang sedap ni.


Yang merah tu pulut.


Rojak Buah dan Tahu Bakar dah sampai. Sepinggan RM5 je. Kalau korg pergi sini wajib makan tahu bakar tu tau. Jangan share. Tapi amik sorang satu. Hehee sebab sedap sangat tahu dia.




Ok ingat dah. Harga semangkuk Cendol Shah Alam ni dalam RM10-RM12 kalau tak silap. Hari ni dia bagi kami durian 101. Sedap bak hang.







Best tau buat business ni, Tak de stress. Masa kita, kita boleh tentukan sendiri. Nak income berapa sebulan, kita sendiri yang tetapkan, Rasa nak banyak, buat la keje banyak. Nak lagi banyak, buat lagi banyak keje. Sebab bisnez ni bukan business goyang kaki. Even menjahit yang kena goyang kaki tu pun tetap tak boleh nak dapat duit banyak kalau malas nak goyang mesin jahit. Hehee.

Let's be part of our team
011-1631 1641

RETIRE YOUNG
RETIRE RICH
TIME FREEDOM itu penting ;)

No comments:

Post a Comment