JADUAL TERKINI :
November 2016
1) Setiap hari Khamis. Surau Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa. 11 Pagi.
Tiada ilmu yang lebih baik dari ilmu Al-Quran.
Al-quran ni segala ubat. Ustazah Dato Dr Fatma selalu sebut yang Quran ni adalah PENAWAR DAN RAHMAT pada seluruh orang beriman.
Dalam Quran sendiri penuh ayat-ayat motivasi yang sangat membantu untuk naik kan balik semangat diri. Semangat ni macam mandi la, nak kena buat hari-hari. Kalau tak mandi badan lemau dan kurang segar. Macam tu jugak diri kita, bila hari-hari dalami ilmu Al-Quran in shaa Allah akan segar bertenaga setiap masa walau di timpa bermacam dugaan dan halangan.
Nak belajar Quran sendiri memang kurang pandai. Jadi perlu berguru. Alhamdulillah Allah ni maha mendengar, makin kita cari, makin DIA dekatkan kita pada apa yang kita ingin miliki.
Memang sal ada tanam impian nak belajar Quran. Tu antara tujuan utama untuk sal kejar kebebasan masa. Sebab kelas-kelas tafseer ni biasanya diadakan pada hari biasa waktu orang keluar berkerja. Jadi bila dah fulltime ni, Alhamdulillah masa untuk lebih kenali al Quran tu dipermudahkan.
Makin belajar, memang makin rasa kerdil nye diri. Banyak nye yang aku tak tau. Banyak nye yang aku tak ambil tahu. Besarnya tanggungjawab aku. Mudahnya nak masuk syurga bila faham isi kandungan sebenar Quran. Memang makin belajar, makin banyak flashback kisah-kisah lalu. Rasa menyesal sangat buat benda-benda yang tak berfaedah dulu. Ya Allah, menyesal sangat!
Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur untuk jejaki jalan yang lurus. Manusia sentiasa tak terlepas dari di hasut untuk buat dosa. Jadi kita la yang kena rajin untuk cari jalan supaya tak kerap di hasut iblis dan syaitan.
Mujahadah tu memang tak mudah. Tapi hasil nye bila syurga jadi kenyataan, segala yang pahit pasti akan jadi indah-indah belaka.
Banyak nye yang sal nak kena belajar dan baiki.
Yang pastinya untuk jadi sempurna memang sangat mustahil. Tapi bila kita paksa diri untuk belajar, in shaa Allah rahmat Allah akan sentiasa bersama dengan kita. Maka makin kurang la perbuatan ke arah melakukan dosa tu akan terhakis.
Astaghfirullah....
Astaghfirullah....
Astaghfirullah....
Words ni antara yang kerap sal amalkan. Bukan untuk buatkan diri rasa bagus, tapi sebab rasa takutnya dengan dosa-dosa. Kadang-kadang tanpa kita sedar kita sedang melakukan dosa. Jadi, zikrullah antara penawar terbaik untuk mengingatkan diri supaya cepat-cepat stop dari membudayakan segala dosa.
KALAU UOL BERMINAT NAK BELAJAR SAMA-SAMA DI MAJLIS ILMU USTAZAH DATO DR FATMA, uol boleh check jadual di blog entry sal ni ye. In shaa Allah sal akan update the latest info about the class. Semoga kita sama-sama dapat belajar lebih mendalam lagi ilmu Al-Quran yang diwajibkan atas kita semua.
JADUAL TERKINI :
AUGUST 2016
1) Setiap hari Khamis. Surau Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa. 11 Pagi.
Jom kaum hawa yang berkelapangan masa sekelian, kita berjemaah penuhkan majlis ilmu.
Majlis Ilmu Tafsir di Masjid At Takwa Taman Tun Dr Ismail. Hari selasa pukul 3 petang. Tapi bulan Ramadhan ni tak de class di Masjid At Takwa.
Bawa Damia teman mama. Boleh dengar sekali apa yang Ustazah sampaikan. Dan Alhamdulillah balik kelas je Damia mudah untuk ulang balik apa yang disampaikan di majlis ilmu tadi.
Ustazah pesan, tanamkan tujuan dan matlamat kita yang "aku tak kan tutup mata (tidur) melainkan tahu satu ayat dalam alquran.
Mean, tanamkan dalam diri untuk faham walau pun hanya satu ayat setiap hari.
Masha'Allah...Ustazah Dato Dr Fathma siap personal messege lagi untuk share kan gambar yang di ambil dari iphone 6S beliau.
Bila dapat berguru dengan orang yang tinggi ilmu ni, dia tak kan buatkan kita rasa terpinggir sebaliknya bersungguh ustazah meraikan kami anak-anak murid baru beliau.
Semoga Ustazah dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni class tafsir di Surau Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa.
Kat sini kami di gelar "Team Anak Dara" sebab kakak-kakak kat sini kata tak pernah tengok anak-anak muda join kelas tafsir ni.
Huhuu muda ke? Ya Allah... sebab makin tak muda la kami nak cepat-cepat belajar dan berubah.
Thank u kakak-kakak jemaah sebab sentiasa meraikan kami team anak dara la sangat ni :D
Setiap kali class memang suka amik kesempatan salam dan peluk cium ustazah Fatma. Bukan la taksub pada guru, tapi kan kita dah di budayakan untuk menghormati dan seboleh mungkin menghargai guru.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Belajar ilmu direct dari guru memang lain feel dan pemahaman dia.
Suka sangat bila Dato Dr Fatma kata capsule terbaik adalah capsul from the pharmacy of Allah that is Solat dan Sabar. Dunia bukan senang, dunia ni ada ujian-ujian yang memang kita perlu lalui walaupun kita tak suka, Tapi setiap orang yang di uji will get good news bila mereka sabar dengan setiap ujian.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Musim cuti sekolah ni boleh la Damia dan Danisha ikut mama sekali. Dan hari ni pun sal masih kurang sihat. Demam tak hilang lagi. Rasa mamai je badan.
Kak Azza update kat wall dia di Insta and FB gambar kami lepas class tadi. Friendly sangat Kak Azza ni. Teringat masa belasan tahun dulu. Masa form 1 sampai form 4 memang suka sangat kejar kumpulan Elite ni. Kat Dataran Merdeka, Kat Stadium Bukit Jalil, mana lagi yang Sal tak kejar... Ya Allah... Lagha betul dunia remaja dulu.
Memang betul ustazah kata yang kekuatan spiritual tu akan lagi kuat hadir bila fizikal kita lemah. Jadi bersyukur la bila Allah beri nikmat sakit. Tu antara tujuannya adalah untuk membantu kita meningkatkan kekuatan spiritual.
Kelebihan membaca Al-Fatihah pada segelas minuman setiap pagi:
"Do it as a habit. Do it everyday... Amalkan baca Al-Fatihah pada air minuman setiap pagi. Amalan ni is the best for fizikal and spiritual. Al-fatihah lengkap sebagai penawar penyakit fizikal mahupun spiritual but not immediately la... It's very mujarab" -Ustazah Dato Dr Fatma El Zahra-
#SupplementTerbaik
"Orang yang sabar, bila ada ujian dia sentiasa stable. Tak de complaint. Mereka tau semuanya sementara. The more u complaint, the more it worst..." -Ustazah Dato Dr Fatma- — at Masjid At-Taqwa TTDI.
"Jangan lepas ramadhan, Quran pun sudah terbang. Mesti istiqomah mengaji, tahajud, sedekah, cari ilmu... Konsep istiqomah mesti ada lepas ramadhan... Ada juta-juta pun nak beli istiqomah ni susah... Orang yang sentiasa mengaku Allah ada, dia akan buat amalan baik berterusan... Allah janji pada orang yang istiqomah, malaikat akan datang ucap TAHNIAH bila sakaratulmaut... "Tahniah... Jangan sedih jangan takut... Syurga tunggu u, kubur jadi satu taman syurga" kerana istiqomah dengan amalan baik"
👆🏻👆🏻👆🏻
Menusuk sampai hari ni setiap butir bicara yang keluar dari mulut Ustazah Dato Dr Fatma di class Tafseer last week.
13 Oktober 2016
Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk kuat lawan malas ke majlis ilmu yang jaraknya berpuluh batu.
Setan ni dia rajin tau.
Rajin menghasut. Ikut kan sedap layan hari hujan, ikut kan jarak, ikutkan jem, ikutkan masa nak bekejar hantar n amik anak sekolah pagi dan petang memang sal boleh create alasan untuk tak pergi Class tafsir hari ni.
Tapi Alhamdulillah bertuah ada suami yang sangat support isteri... Sanggup dia tak sihat pun ulang alik hantar dan patah balik jauh-jauh untuk sal mendalami ilmu agama. Husband kata Allah dah bagi kita kemudahan masa, kemudahan pengangkutan yang selesa, kemudahan duit untuk kejar gelaran jutawan akhirat. Jadi gunakan sebaiknya nikmat yang ada...

Sedutan Class Tafseer Khamis lepas 27 Oktober 2016
"Ayat kursi is ayat bodek Allah... Ayat paling Allah suka dalam Quran...Most of sifat Allah ada dalam kursi"
Ustazah Dato Dr Fatma kata Nak doa makbul kena pandai bodek Allah... Wirid selalu Ayat Kursi setiap kali lepas solat supaya doa lebih mustajab.
Antara sedutan ilmu class Ustazah Dato' Dr Fatma 10/11/2016
"Siapa yang tuhan sayang, tuhan akan bagi dia berminat pada agama...Allah will take orang Dia sayang ke jannah...
Tanda-tanda Allah sayang:
1) Minat agama. Always nak cari ilmu, sayang nak tinggal class, suka baca banyak sirah Nabi.
2) Baik dengan semua orang. Dan ramai orang yang sayang. Tak suka bermusuh.
3) Suka sangat menghayati sunah baginda Rasulullah SAW. Paling simple SENYUM dan berSALAMan. Never underestimate sunah Nabi.
4) Suka sangat dengar, baca dan fahamkan Al-Quran.
5) Suka sangat berkawan dengan orang-orang yang baik dan orang yang amalkan sunah.
Muhasabah diri always, adakah kita tergolong dalam golongan di atas"
- Ustazah Dato' Dr Fatma -
Jazakillah Ustazah untuk ilmu yang sangat bermanfaat. Bila belajar ni, bukan la petanda kita tak pandai, tapi lebih kepada refresh ilmu dan topup lagi ilmu. Sebab my mentor cakap, petanda kejatuhan kita adalah bilamana kita rasa dah cukup ilmu di dada.
Untuk uol yang berminat nak belajar tafseer dengan kaedah yang mudah faham, tak mengantuk dan very simple, jom join kelas tafseer percuma ni setiap khamis di Surau Bukit Mulia jam 11 pagi sampai zuhor. It's Free.
Makin tinggi ilmu, in shaa Allah makin tinggi darjat kita di sisi Allah. Amiin.
Lagi pun explaination Ustazah Dato' Dr Farma ni memang simple and sangat mudah nak faham sebab beliau sendiri berasal dari Arab, jadi pemahaman beliau untuk explain pada kita lebis jelas.
Kalau nak join Free class ni, boleh jugak whatsapp je sal ye 011-1631 1641. Jom kita belajar agama sama-sama. Sebab ni ilmu yang wajib di cari.
Breakfast together with my Triple D and cat penghuni setia Surau Taman Mulia ni. Sedap tau nasi kerabu dan nasi dagang makcik ni. Kalau uol nak rasa, try la beli kat Surau Taman Mulia Bukit Antarabangsa ni every Thursday. RM5 sebungkus untuk nasi dagang. Untuk nasi kerabu tak sure sebab main bayar je.
No comments:
Post a Comment