Hari ni hari ahad. Tiga hari lepas memang tergerak hati nak turun bantu Team Premium Beautiful Expert Melaka untuk mantapkan ilmu berkenaan Corset No 1 Malaysia ni.
Nak pulak sambutan dari agent-agent sah Premium Beautiful Melaka sangat luar biasa hebat!
Bayangkan, ada yang dari Johor dan Kuala Lumpur pun sanggup hadir ke Special Slot Premium Beautiful yang bertempat di HQ SHOM Melaka Raya.
Sal sendiri pun rindu nak berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang 4 tahun berniaga PB Corset yang dah muncul hampir 24 Tahun di pasaran dunia. Just imagine uol, dah almost 24 years PB ni ada kat dunia, lama kan. Tu bermakna memang Premium Beautiful merupakan PERINTIS CORSET KESIHATAN NO 1 di Malaysia.
Use your smile to change the world!
Biarkan senyuman menutup segala cabaran yang sentiasa cuba menghalang kita dari terus berjuang.
Hanya mereka yang PERCAYA sepenuh tenaga bahawa kejayaan hanya datang pada mereka yang bukan kuat berkata di mulut, tapi hebat menepati ikrar hidup dalam hati kecil.
Kejayaan perlukan pengorbanan.
Tahniah team PB Expert TLC Melaka kerana anda membuktikan yang alasan dan kejayaan tak mungkin boleh jalan seiring. Alasan hanya akan membawa kita ke arah kelemahan.
Alhamdulillah, luar biasa hebat sangat aura TEAM TLC MELAKA. Dan in shaa Allah makin ramai Premium Beautiful Expert kelahiran Top Leaders Circle bakal di gilap di Melaka Bandaraya Bersejarah ni.
Mau tak hebat!
Hari Ahad yang sal sendiri pun anggap dulu masa masih berkerja sebagai "HARI UNTUK KELUARGA". Tak luar biasa ke bila ramai-ramai macam ni sanggup korbankan masa bergolek dengan anak suami isteri dari pintu depan ke pintu dapur untuk hadirkan diri menuntut ilmu berniaga. Hanya yang besarkan impian dan kecilkan halangan je yang mampu lakukan tindakan luar sedar macam ni.
Special slot TLC Melaka yang pertama bagi tahun 2016 ni di buka oleh DSM Aisyah Zazuri.
Special slot untuk teknik Duduk Diam Diam Dapat Duit ni dikongsikan sepenuh hati oleh bakal CDM Dyna Salleh.
Untuk orang Melaka yang tercari-cari PB Corset/Premium Beautiful atau teringin nak jana duit poket lebih, uol boleh cepat-cepat cari Puan Dyna Salleh yang merupakan tunggak utama TEAM MELAKA.
Ni bukan main fon tau. Tapi ni sesi praktikal.
Haaaaaa...Bayangkan, teknik nak buat sales masuk hari-hari pun di ajar seketul-seketul.
Bila kita mahirkan Teknik 5D ni je, In shaa Allah order akan masuk tak putus-putus sepanjang masa. Dengan masterkan cepat-cepat teknik 5D ni je uol dah boleh generate income harian, mingguan dan bulanan.
Next slot, Your Truly CDM Salleha Roslan.
Mereka gelarkan sal Ratu Premium Beautiful sebab sal suka sangat share tentang keseronokkan pakai PB sambil buat duit bulanan dengan Premium Beautiful ni. Alhamdulillah dengan apa jua gelaran. Yang baik sal bersyukur sangat sebab segalanya dari DIA, dan mana-mana yang kurang, semua tu adalah dari kelemahan diri sal sendiri.
Jangan tak percaya ye yang dengan pakai PB je, ramai yang dah jadi jutawan.
Bila master kan ilmu product jutawan ni, in shaa Allah kita akan lebih confident untuk berani berniaga secara atas talian. Business online la nama dia ;)
Dari berkerja office hour, Alhamdulillah melalui product Premium Beautiful dan produk tambahan yang ada dalam SHOM ni boleh buatkan sal dan rakan seperjuangan bertukar kerjaya sebagai SURIRUMAH LIMA ANGKA SEPENUH MASA.
Untuk yang kerap ada masalah tali bra jatuh ke siku, better tukar aje la bra biasa uol pada bra Premium Beautiful. Pakai lebih 5 tahun setiap hari pun in shaa Allah tali kenyal PB ni akan tetap setia di bahu.
Siap berkongsi cara untuk dapat dua kali ganda pendapatan bulanan berkerja dengan plan SOHObiz kami.
Bulan pertama je boleh dapat 5,000 hingga 14,000
Kat sini sal siap sharekan apa yang syarikat amat titikberatkan pada semua usahawan especially dari segi menjaga ETIKA BERNIAGA. Bab etika memang SHOM jaga betul.
Hampir 3 Jam Special Slot ni berlangsung. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan bantuan wings kiri kanan branch Melaka sal ni.
Terima kasih tak terhingga buat DDM Dyna Salleh dan DSM Aisyah Zazuri kerana sudi bertungkus lumus membantu menjayakan project TLC MELAKA kita bersama.
Terima kasih buat semua yang hadir.
Sal suka ingatkan diri sendir yang SUCCESS PERLUKAN PROSES.
Majoriti memang nak bebas masa dan nak sangat bebas berbelanja.
Tapi tak semua sanggup bebaskan fikiran negetif mereka tentang business.
Rata-rata nak hasil yang cepat, secepat hari ni buat esok dah boleh dapat. Mengandung pun ada proses dik. Faham kan? ;)
Pergi la tanya jutawan hartawan kat Malaysia ni sekalipun, Semuanya pasti bermula dari zero, Bermula dari merasa susah dan bermula penuh penat lelah.
Bila terus decide untuk tak nak berubah, jadi bersedia lah untuk bertabah dengan rutin harian yang sama dan komitmen bulanan yang tak kan ada penurunan harga.
Supporter utama. Tq abam-abam sekelian.
Mereka ni dulu semua adalah "pencuri impian" kami
Mereka tak menentang tapi tak juga menghalang kami untuk mengatur langkah untuk bergelar usahawan online.
Jadi pada hadik-hadik yang abam-abam tak berapa nak support tu, uol buktikan aje dengan kesungguhan yang mendatangkan hasil yang boleh buatkan mereka tergamam. Tergamam tak bila tunjuk payslip income bulanan puluhan ribu dalam akaun sendiri? Akaun sendiri tau, bukan akaun sal atau akaun peribadi orang lain ;)
Lepas habis urusan di Melaka Raya, baru la senang hati nak makan.
Kali ni kami makan menu yang berbeza dari sebelum ni. Kalau ikutkan setiap kali datang Melaka mesti sal wajib pekena Asam Pedas Muar Cik Ani di MITC Melaka.
Tapi kali ni bagi chance tuan tanah bawa kami makan tengahari di Gerai makanan dan minuman Hjh. Rahmah Hj. Ibrahim Kari Kepala Ikan Istimewa. Hanya ada di Bukit Katil Melaka.
Seronok makan berjemaah ni. Lagi rebut, lagi sedap makan, tapi jangan lupa Bismillah tau :D
Order tiga mangkuk kari kepala ikan. Memang marvelous. Harga pun not bad la. Makan ramai-ramai macam ni sekali air cecah RM168
Uol yang kerap ke Melaka atau tercari-cari kedai makan best kat Melaka, boleh la search kedai Hajjah Rahmah Kari Kepala Ikan ni. Signboard dia color merah.
Uol boleh waze Hajjah Rahmah Kari Kepala Ikan KM9 Bukit Katil.
Lepas tu datang sini pulak demi memenuhi hajat Damia Danisha yang nak sangat melawat kucing-kucing comel kat dalam ni. Ni la dia Catwalk Studio atau Cat Cafe Melaka. Lokasi Catwalk studio ni adalah di MITC.
Ni address lengkap Cat walk Studio MITC Melaka
No.7 &7-1, Jalan TU 40, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh 75450 Melaka.
Untuk cat lovers memang akan meroyan la kalau dah sampai sini.
First time dulu memang macam histeria jugak la bila tengok kucing-kucing jinak lagi comel ni.
Nak masuk tengok kucing dan pegang-pegang kucing ni semua, perlu bayar RM7 untuk setengah jam kalau tak silap. Huhuu tak ingat harga sebab bukan sal yang bayar.
Nak suh peluk la tu :D
Kucing-kucing ni semua bersih dan aktif bila nampak muka baru.
Sedap dapat peluk kucing gebu ni semua.
Nak tido dah la tu :)
Menci tau melaka ni, ada je tempat makan best-best kalau datang Melaka. Memang wajib la pakai Premium Beautiful kalau anda suka datang Melaka ataupun anda memang orang Melaka. Sebab susah tau nak control makan bila datang sini coz banyak sangat lokasi JJCM yang menarik.
Sambil budak-budak main cats, kami makan lagi sambil berdiskusi tentang business.
Ok, ready dah nak balik KL. Bajet nak balik awal la sangat kan. Lepas siap asar, salin baju bagai terus gerak keluar Ayer Keroh.
Tapi apa kan daya...sobsobbb... Kita hanya merancang dan Allah yang tentukan segala-galanya.
Rupanya ni la dia sebab jam teruk ya amat tadi. Hampir 7 jam baru kami sampai ke rumah.
Rupanya ada Major accident dekat Simpang Empat. Motor yang ditunggang dua beradik terlanggar kereta Iswara yang parking di lorong kecemasan. Nampak macam tak de kon atau signal kecemasan pun dari kereta iswara tu. Jadi buat semua pengguna jalan raya kat Malaysia ni, minta tolong la sangat-sangat ada rasa tanggungjawab untuk sama-sama ikut panduan jalan raya. Bila dah disarankan letak kon, letak la kon! Bila kata jangan ikut laluan kecemasan, tolong lah jadi warga negara yang bijak berakal, jangan la lalu laluan kecemasan.
A negetive mind will never give you a positive life.
No comments:
Post a Comment