Thanks For Your Support

Monday, April 25, 2016

Premium Beautiful Expert Ready for Diamond Night 2016 Celebration


Hanya orang bahagia, boleh membahagiakan orang lain.

Nak tahu kita bahagia atau tak, lihat emosi kita bila bangun pagi. Kalau bangun pagi happy, tersenyum, positif, Alhamdulillah tu petanda kita memang seorang yang bahagia.

Alhamdulillah hari ni Sabtu 23 April 2016 sal ada special event untuk Diamond Night di Putrajaya International Convention Centre, PICC.

Dua tahun lepas sal diraikan, Alhamdulillah tahun ni Sal pula meraikan sahabat-sahabat perjuangan especially untuk 10 Anugerah yang lahir dari rakan kongsi team kami.

Malam before event, fitting baju dulu. Nampak tak hero kat belakang tu? Mana la mama tak sayang sangat kat Muhammad Danish Shafiq Bin Halmie ni. 

Ngantuk-ngantuk pun Muhammad nak jugak teman mama fitting baju kat Anna Wong Showroom.

Untuk uol yang tercari-cari kat mana nak tempah dress-dress lawa, tak kisah lah design apa sekalipun, boleh contact je Taylor terbaik kat Malaysia ni, Kak Anna Wong. She is chinese and she is very expert dalam bidang jahitan segala jenis baju. Confirm tak kan menyesal hantar kat kak Anna punya. Harga dont't worry dear, for me price yang kak Anna bagi memang amat diluar jangkaan.

Cakap la nak design macam designer mana sekalipun, semua boleh. Asalkan hantar awal la ye. ;D

Sal hantar last minute, lagi 5 hari nak Diamond Night, baru la Sal cari kak Anna.. Huhuu sorry ye kak Anna sebab terpaksa buat Kak An rush nak siap kan Pink Dress ni. Tu yang Sal buat simple je.

Ikutkan nak beli yang siap je. Beli yang Ready To Wear (RTW). Tapi bila tertengok ada lagi kain pasang yang tak berjahit kat atas rumah tu, terus rasa tempah aje lah dress ni. Kalau tak, sampai bila-bila pun akan tersadai kain-kain ela kat atas rumah tu. Kain lace pink ni pun Sal beli 7 bulan lepas masa dapat FREE TRIP ke Vietnam. 

Thank u so much untuk my mentor sebab CDM Salha ni bukan aje merupakan mentor business buat Sal, tapi beliau juga sentiasa fresh dengan idea dalam fashion. Tu yang untuk Diamond Night ni Sal ikut sebijik design baju CDM Salha macam dalam gambar kat bawah ni.

Sama kan? 
CDM Salleha memang suka tiru CDM Salha :D


 Fresh flowers untuk business partner yang bakal naik stage malam nanti.

I'm a happy mother. Nak nangis pulak rasa bila terkenangkan kental nye semangat juang mereka untuk sampai ke tahap Diamond.

Tahniah semua permata yang dilahirkan dari product Top Leaders Circle.

Semoga kejayaan ni bakal memberi inpsirasi kepada mereka yang ingin sama-sama berjaya di luar sana.

Makin besar ujian kita, in shaa Allah makin tinggi darjat kita akan di angkat. Jadikan kejayaan yang ada sebagai penunduk diri ke arah kebaikan dan semoga kita berjaya dalam keadaan yang sentiasa TAK LUPA DIRI dan JANGAN SESEKALI MENINGGI DIRI. Bukan apa, hasutan syaitan ni hebat, dalam kita baru nak naik ni la dia mudah nak lembutkan diri kita ke arah kesombongan dan merasa diri hebat dari orang lain.

Always ingat pesan my Multimillionaire mentor, selalu jadi No 2. Kita bergabung dalam kumpulan supaya kejayaan kekal berpanjangan.


 Thank u En Hubby sebab bertungkus lumus uruskan urusan bunga-bunga ni...

Pagi sabtu lagi kami dah keluar ke PKNS untuk ambil bunga-bunga ni khas untuk Rakan Kongsi kesayangan. 

Tak kisah la terkejar-kejar pun asalkan matlamat nak appreciate Rakan Kongsi tu dapat diterjemahkan dalam bentuk bunga segar.

Mengusung lah kami berdua dua kotak bunga sampai ke kereta. Berbaloi lenguh tangan bila anak-anak happy. Dalam business network ni, feeling yang ada dalam family tu takjauh beza. So sama aje la feel dia bila seorang mak happy tengok kejayaan anak-anak mereka walau apa cabaran yang perlu dihadapi sebelum anak tersebut berjaya.

Untuk uol yang tercari mana nak dapatkan bunga segar yang murah kat KL Selangor ni, uol boleh la ke PKNS Shah Alam. Sebab dalam ni banyak jugak kedai bunga yang ada. Tapi sal sarankan uol cari kedai bunga nama RUBY SAPPHIRE. Lokasi kedai bunga murah ni kat tingkat bawah PKNS. Or uol boleh contact terus kak Bee ni untuk tempah bunga segar yang Murah. 011-1334 7413


Lepas selesai urusan amik bunga di PKNS Shah Alam, Sal terus ke Sentul pulak untuk jumpa my favret MUA Puan June Hazy Kusenan ni ha. Hehee tapi ni bukan June, ni anak June yang comel lote. Ana Jasmin nama budak comel ni.

MUA Cilik ni. Kecik-kecik dah pandai make up kan orang. June ni student Make up artist Tiar Zainal. Memang hasil tangan June tak pernah mengecewakan.

Tak caya tengok gambar bawah ni.

Ok kan air tangan MUA June Hazy ni. Sal suka makeup dengan June sebab tak rasa muka berat pun dan paling best sebab June tak paksa pakai bulu mata.

Lepas zuhor terus ke lokasi Dinner pulak di Putrajaya. Sebelum check in kat PICC sempat lagi CDM Salleha stop tepi sini untuk feeling-feeling retis.

Dari sebelum buat business lagi Sal memang dah suka bergambar. Tu yang terfikir tu, "dari aku suka-suka bergambar tak de tujuan dan tak mendatangkan hasil, baik gunakan minat tu untuk sesuatu yang mendatangkan income" contohnye buat business online ni la. Sebab business online ni memang perlukan kita untuk always update lifestyle kita. Bukan tujuan untuk menunjuk ye adik-adik hakak-hakak sekalian, tapi itu merupakan KEPERLUAN sekiranya uol berniaga online ni. 

Sebab nak build trust orang lain bukan senang. Jadi u mesti buktikan yang u seorang yang aktif berniaga. Macam mana nak tunjukkan tu ikut creativity masing-masing. Yang penting, perkongsian tersebut adalah perkongsian yang positif sahaja. Yang memaki hamun, marah-marah, merungut tak tentu pasal tu buang jauh-jauh.


My sahabat. TLC Master Trainer.
Sahabat sejati bukan lah mereka yang memiliki banyak persamaan. Tapi mereka yang memiliki pengertian dalam setiap berbezaan.


Ready for Red Carpert Event.

 Laluan VIP.

 Ni kat luar hall sebelum Diamond Night bermula.


 Ni semua gambar-gambar dari photographer amatur. Nanti in shaa Allah Sal akan post entry gambar-gambar cantik gojes dari Official Photographer.



Salam sayang,
CDM Salleha Roslan

No comments:

Post a Comment