Thanks For Your Support

Wednesday, April 27, 2016

Aktiviti CDM Salleha Roslan bersama Premium Beautiful beliau di hari selasa


Focus.
Jom try buat latihan ni dengan Sal :)


Cuba fikirkan tentang peti ais... 

Macam mana la kan bila kita fikirkan tentang peti ais, memang muncul bayangan image peti ais tu? 

Ni semuanya sebab otak kita ada sel-sel otak yang sangat banyak tak terhingga yang mana bila kita fikirkan sesuatu, maka akan terlahir lah image tersebut.

Maknanya kita boleh kawal apa yang kita nak lihat dalam minda kita sebab Minda kita mempunyai power yang cukup luar biasa hebat. Subhanallah.

Sebab tu selalu lah fikir kan yang baik-baik sahaja kerana apa yang kita fikir, itu lah yang kita akan tarik. Minda kita ni Allah dah anugerahkan sebagai magnet yang kuat. Semoga kita sentiasa menarik perkara yang positif.


 Semalam selasa 26 April 2016 kami terbang ke Osaka untuk melihat bunga-bunga sakura yang kembang cantik dengan color Pink.


Hehee... Acah je... Ni kat AEON Shah Alam. Best tau jalan-jalan kat shopping mall bila hari berkerja ni. Tapi Sal tak de la datang sini untuk buat kerja. 

Sal datang Aeon Shah Alam ni untuk happykan anak-anak syurga ni. Lagipun solat kat Aeon Shah Alam ni memang the best location (Kalau hari biasa lah) sebab setiap level ada surau yang bersih dan cantik. Almaklumla surau kat sini setiap hari akan di renew Telekung nye untuk keselesaan pelanggan. Tabik spring la dekat pengurusan AEON Shah Alam.


 Sebelum tu Sal ke Kelana Jaya dulu untuk urusan Premium Beautiful. Sambil tu singgah makan kuih dan rojak kat warung depan Tadika Al Husna ni di area Kelana Jaya tu jugak. 

Sal gerenti kalau uol datang gerai ni pun uol akan rasa macam nak tapau semua kuih makcik ni.

Punya la sedap makan sampai lupa nak sharing location dan amik nama gerai makcik ni. Tapi kalau uol teringin nak try, just search aje la Tadi Al Husna Kelana Jaya.

Makan punya makan, cecah RM30+ jugak la semuanya walaupun makan rojak dan kuih je..Hehee.. Duit sekarang tak sama macam RM30 tiga puluh tahun lepas. Apa pun naik...apa pun tak boleh...huhuu.. Yang boleh, ubah aje lah. Ubah tahap ekonomi keluarga sendiri. Sebab kalau kita tak ubah, siapa lagi? 



 Lepas tu ke HQ Klang untuk memenuhi permintaan pelanggan. Rata-rata client Alhamdulillah semuanya dari Blog. Terima Kasih buat semua pelanggan yang tak putus-putus repeat order.

Yang dalam gambar tu semua stock kegemaran ramai.
Premium Beautiful Corset
Bio Ever Plus
Mineral Coffee
JTX Oil 1000
Ibu Minyak JTX
Femi 9
Marine Essence Toothpaste

Kalau uol nak order semua superbrand product ni dari sal boleh je jangan segan-segan contact no ni 011-1631 1641


Alhamdulillah pagi-pagi rezeki dah masuk.
Kalau uol nak tau, business online yang sal buat dari 4 tahun lepas ni memang sesuai sangat untuk orang-orang yang tak cukup masa. Dulu pun sal buat part time je business ni. Alhamdulillah sekarang dah boleh uruskan kerja dari rumah je.



 Lepas ke HQ terus ke Aeon Shah Alam ni ha. Dan macam biasa sampai shopping mall confirm kena paw. 



Bila anak dara dah makin besar nak remaja... :D
Nur Damia Shafiqa Binti Halmie
9 Years.
Cita-cita nak jadi usahawan jutawan dermawan. Aamin.. In shaa Allah dari impian pasti akan jadi kenyataan.


 Lepas solat dan makan sambung jalan. Bila berjalan tu confirm la kaki ni nak jugak masuk kedai-kedai baju kan. 


Ada satu dress putih bersih yang sal berkenan. Harga pun murah je dalam RM139 satu. So amik je la satu dari termimpi-mimpi malam kang. Ikutkan sal nak size XS tapi size tu dah habis.

Alhamdulillah lah dah habis. Tuhan tu nak suruh pakai baju yang longgar sikit. So sal beli je yang size S. Walau agak longgar tapi ok la asalkan dapat Plain white dress Benang Hijau tu.

Actually Hana Basic Jubah putih dari Benang Hijau ni Sal nak pakai masa sesi photoshoot  dengan one of newbrand shawl ahad ni.


Muka puas hati dapat baju baru. 


 Lepas happy dapat baju baru, terus bertambah happy bila dapat fitting Premium Beautiful Corset pada another mother of three di Alam Suria Puncak Alam.


 Walaupun client cantik manis ni dah 12 tahun pakai PB Corset, tapi explanation yang details tentang Premium Beautiful perlu diberikan kerana kami di Top Leaders Circle sentiasa di latih sebagai Agent PB yang bertauliah dan mementingkan service before dan after sales.


Selamat menikmati keistimewaan set PB Corset kedua anda wahai client yang cantik manis. Tersenyum manis client ni bila PB baru mula melekap pada badan beliau.


 Dan terima kasih buat tuan n puan rumah sebab sudi menjamu kami dengan hidangan minuman panas dan siap bekalkan Buah Berangan lagi. 

So pagi rabu ni memang sal duduk lepak-lepak dengan anak-anak sambil makan buah berangan. Sambil tu berangan jugak lah nak capai apa dan apa untuk masa depan yang lebih baik lagi.



Sambil-sambil tu izinkan sal untuk berkongsi sikit ilmu yang tak seberapa ni...

Semoga setiap perbuatan kita sentiasa mengharapkan penglihatan dari Allah iaitu sifat Muraqabah... Bila kembali menemui Allah esok yang Allah lihat adalah apa yang ada dalam jiwa kita, tingkatkan kebersihan hati untuk mencari cinta Allah.

Tanamkan dalam diri untuk jadi baik, untuk jadi ahli syurga walau sejahat mana pun yang pernah kita kerjakan dalam hidup kita. 

Pastikan percakapan kita lebih kepada melihat diri, membuat perubahan diri, dan tidak suka menyalah, mengata, mengutuk dan menghina orang.

  Sebab setiap penghinaan yang kita buat hari ni akan kembali pada kita di dunia dan di akhirat. Jaga akhlak kita.


Ada 4 perkara yang kita perlu tanamkan dalam diri untuk istiqomah. Tinggalkan apa yang dilarang. Konsisten buat sesuatu yang baik walau sedikit tapi berterusan.

1) Cinta pada Allah. Bila cinta pada Allah kita tak perlu cinta manusia, kita bebas dari penghargaan manusia dan tak kan merasa takut bila di cemuh.

2) Kita hanya cari redha Allah. Apa-apa kita buat ni jangan sekali kita rasa suka di puji dan takut di keji, yang penting Allah redha pada kita.

3) Jadi kan diri kita sebagai orang yang rindu mati dalam iman dan yang kita inginkan hanyalah husnul khatimah.

4) Jadikan hati kita ni rindu untuk bersama dengan Nabi dan para sahabat di syurga nanti. Masha Allah. 

Ni semua 4 perkara yang perlu ditanam dalam diri untuk jadi kan hati sentiasa bersih.


Pstttt.. Sal bukan ustazah. Tapi tak salahkan kalau berkongsi apa yang kita faham dan sedang amalkan. Semoga kita sama-sama mencapai kebersihan hati untuk mencapai redha Allah ;)



Salam sayang,
CDM Salleha Roslan

#PremiumBeautifulExpert
#MotherOfThree
#TLCMasterTrainers


Monday, April 25, 2016

Premium Beautiful Expert Ready for Diamond Night 2016 Celebration


Hanya orang bahagia, boleh membahagiakan orang lain.

Nak tahu kita bahagia atau tak, lihat emosi kita bila bangun pagi. Kalau bangun pagi happy, tersenyum, positif, Alhamdulillah tu petanda kita memang seorang yang bahagia.

Alhamdulillah hari ni Sabtu 23 April 2016 sal ada special event untuk Diamond Night di Putrajaya International Convention Centre, PICC.

Dua tahun lepas sal diraikan, Alhamdulillah tahun ni Sal pula meraikan sahabat-sahabat perjuangan especially untuk 10 Anugerah yang lahir dari rakan kongsi team kami.

Malam before event, fitting baju dulu. Nampak tak hero kat belakang tu? Mana la mama tak sayang sangat kat Muhammad Danish Shafiq Bin Halmie ni. 

Ngantuk-ngantuk pun Muhammad nak jugak teman mama fitting baju kat Anna Wong Showroom.

Untuk uol yang tercari-cari kat mana nak tempah dress-dress lawa, tak kisah lah design apa sekalipun, boleh contact je Taylor terbaik kat Malaysia ni, Kak Anna Wong. She is chinese and she is very expert dalam bidang jahitan segala jenis baju. Confirm tak kan menyesal hantar kat kak Anna punya. Harga dont't worry dear, for me price yang kak Anna bagi memang amat diluar jangkaan.

Cakap la nak design macam designer mana sekalipun, semua boleh. Asalkan hantar awal la ye. ;D

Sal hantar last minute, lagi 5 hari nak Diamond Night, baru la Sal cari kak Anna.. Huhuu sorry ye kak Anna sebab terpaksa buat Kak An rush nak siap kan Pink Dress ni. Tu yang Sal buat simple je.

Ikutkan nak beli yang siap je. Beli yang Ready To Wear (RTW). Tapi bila tertengok ada lagi kain pasang yang tak berjahit kat atas rumah tu, terus rasa tempah aje lah dress ni. Kalau tak, sampai bila-bila pun akan tersadai kain-kain ela kat atas rumah tu. Kain lace pink ni pun Sal beli 7 bulan lepas masa dapat FREE TRIP ke Vietnam. 

Thank u so much untuk my mentor sebab CDM Salha ni bukan aje merupakan mentor business buat Sal, tapi beliau juga sentiasa fresh dengan idea dalam fashion. Tu yang untuk Diamond Night ni Sal ikut sebijik design baju CDM Salha macam dalam gambar kat bawah ni.

Sama kan? 
CDM Salleha memang suka tiru CDM Salha :D


 Fresh flowers untuk business partner yang bakal naik stage malam nanti.

I'm a happy mother. Nak nangis pulak rasa bila terkenangkan kental nye semangat juang mereka untuk sampai ke tahap Diamond.

Tahniah semua permata yang dilahirkan dari product Top Leaders Circle.

Semoga kejayaan ni bakal memberi inpsirasi kepada mereka yang ingin sama-sama berjaya di luar sana.

Makin besar ujian kita, in shaa Allah makin tinggi darjat kita akan di angkat. Jadikan kejayaan yang ada sebagai penunduk diri ke arah kebaikan dan semoga kita berjaya dalam keadaan yang sentiasa TAK LUPA DIRI dan JANGAN SESEKALI MENINGGI DIRI. Bukan apa, hasutan syaitan ni hebat, dalam kita baru nak naik ni la dia mudah nak lembutkan diri kita ke arah kesombongan dan merasa diri hebat dari orang lain.

Always ingat pesan my Multimillionaire mentor, selalu jadi No 2. Kita bergabung dalam kumpulan supaya kejayaan kekal berpanjangan.


 Thank u En Hubby sebab bertungkus lumus uruskan urusan bunga-bunga ni...

Pagi sabtu lagi kami dah keluar ke PKNS untuk ambil bunga-bunga ni khas untuk Rakan Kongsi kesayangan. 

Tak kisah la terkejar-kejar pun asalkan matlamat nak appreciate Rakan Kongsi tu dapat diterjemahkan dalam bentuk bunga segar.

Mengusung lah kami berdua dua kotak bunga sampai ke kereta. Berbaloi lenguh tangan bila anak-anak happy. Dalam business network ni, feeling yang ada dalam family tu takjauh beza. So sama aje la feel dia bila seorang mak happy tengok kejayaan anak-anak mereka walau apa cabaran yang perlu dihadapi sebelum anak tersebut berjaya.

Untuk uol yang tercari mana nak dapatkan bunga segar yang murah kat KL Selangor ni, uol boleh la ke PKNS Shah Alam. Sebab dalam ni banyak jugak kedai bunga yang ada. Tapi sal sarankan uol cari kedai bunga nama RUBY SAPPHIRE. Lokasi kedai bunga murah ni kat tingkat bawah PKNS. Or uol boleh contact terus kak Bee ni untuk tempah bunga segar yang Murah. 011-1334 7413


Lepas selesai urusan amik bunga di PKNS Shah Alam, Sal terus ke Sentul pulak untuk jumpa my favret MUA Puan June Hazy Kusenan ni ha. Hehee tapi ni bukan June, ni anak June yang comel lote. Ana Jasmin nama budak comel ni.

MUA Cilik ni. Kecik-kecik dah pandai make up kan orang. June ni student Make up artist Tiar Zainal. Memang hasil tangan June tak pernah mengecewakan.

Tak caya tengok gambar bawah ni.

Ok kan air tangan MUA June Hazy ni. Sal suka makeup dengan June sebab tak rasa muka berat pun dan paling best sebab June tak paksa pakai bulu mata.

Lepas zuhor terus ke lokasi Dinner pulak di Putrajaya. Sebelum check in kat PICC sempat lagi CDM Salleha stop tepi sini untuk feeling-feeling retis.

Dari sebelum buat business lagi Sal memang dah suka bergambar. Tu yang terfikir tu, "dari aku suka-suka bergambar tak de tujuan dan tak mendatangkan hasil, baik gunakan minat tu untuk sesuatu yang mendatangkan income" contohnye buat business online ni la. Sebab business online ni memang perlukan kita untuk always update lifestyle kita. Bukan tujuan untuk menunjuk ye adik-adik hakak-hakak sekalian, tapi itu merupakan KEPERLUAN sekiranya uol berniaga online ni. 

Sebab nak build trust orang lain bukan senang. Jadi u mesti buktikan yang u seorang yang aktif berniaga. Macam mana nak tunjukkan tu ikut creativity masing-masing. Yang penting, perkongsian tersebut adalah perkongsian yang positif sahaja. Yang memaki hamun, marah-marah, merungut tak tentu pasal tu buang jauh-jauh.


My sahabat. TLC Master Trainer.
Sahabat sejati bukan lah mereka yang memiliki banyak persamaan. Tapi mereka yang memiliki pengertian dalam setiap berbezaan.


Ready for Red Carpert Event.

 Laluan VIP.

 Ni kat luar hall sebelum Diamond Night bermula.


 Ni semua gambar-gambar dari photographer amatur. Nanti in shaa Allah Sal akan post entry gambar-gambar cantik gojes dari Official Photographer.



Salam sayang,
CDM Salleha Roslan

Monday, April 18, 2016

Premium Beautiful Expert at Tous Les Jours Empire Damansara

It's Monday. Don't forget to be Awesome!

Minda adalah magnet! Semoga kita semua kekal positif sepanjang hari... wink emoticon

Pagi isnin ni keluar awal sikit la... Pukul 11 ke Shah Alam, Then Lunch with beautiful iron lady at Damansara and after that business appointment di Gombak.

In shaa Allah jom setting sehari tarik 100k sales!!! Rezeki Allah bagi, tugas kita bersangka baik dan usaha sebaik mungkin



 



Teringin...Lama tak makan cendol ngan rojak sedap di Shah Alam.
Lepas selesai urusan stokis di Shah Alam kami makan Rojak dan minum cendol dulu.



 Cabaran mengawal selia budak tecik baju biru ni. Kerja dia tak habis-habis kejar burung merpati yang banyak kat tepi gerai rojak ni.



 My mentor CDM Hajjah Siti Rohana kata tak perlu malu untuk makan kat gerai-gerai sekalipun. "Bila dah makin kaya berjaya, jangan sombong diri, pastikan kita tetap boleh makan di hotel dan boleh juga makan di kedai-kedai tepi jalan."

 Terngiang-ngiang lagi suara CDM Kak Ana masa seminar Double Diamond Manager January 2016 lepas di The Club Bukit Utama.

Mean, mentor jutawan kami sentiasa mendidik kami untuk merendahkan diri walau taraf kehidupan makin meninggi. Biar kita jadi resmi padi, makin tinggi makin menunduk ke bumi.



 Sedap tau makan Rojak and cendol kat area Stokis Hai-O Seksyen 9 ni.


Best dapat suap-suap anak makan rojak. Ops... Sarung tangan putih tu sal sambar je sebab sementara nak tunggu zuhur masuk waktu, kena la alas kulit dengan sarung tangan sebab takut terkena en husband.. Huhuu... Kalau dah terkena, satu hal pulak nak berwudhu semula.



Jual roti pun boleh kaya tau kalau kena caranya. 
Cara paling utama adalah Sabar dan Solat serta buat berterusan sampai berjaya.

Allah bagi sesuatu bukan la sebab tengok rupa dan fizikal kita, tapi Allah bagi sesuatu berdasarkan usaha kita. Jangan takut nak berniaga... Jangan malu nak berniaga... Jangan Malas nak usaha...



Hari ni Top Leaders Circle ada business meeting di Tous Les Jour Empire Damansara. Meeting ni hanya untuk leaders Crown Diamond Manager dan Double Diamond Manager sahaja yang bertujuan untuk bergabung idea dan strategi bagi memantapkan lagi Empire business Top Leaders Circle keseluruhannya.

Dalam gambar ni semuanye adalah fulltime businesswoman. Dari berkerja waktu pejabat, kini kami semua dah mula capai KEBEBASAN MASA bekerja. Tak de lagi dah terkejar-kejar setiap pagi untuk redah jem dan tinggalkan anak-anak di waktu pagi. Alhamdulillah segalanya kami dah mula dapat tentukan sendiri termasuklah INCOME LIMA ANGKA BULANAN kami.

Dari tak percaya satu habuk pun tentang business ni, sekarang terpaksa terima kenyataan yang business ni memang sungguh-sungguh memberi masa depan yang lebih baik dari semalam.



Kat sini la rupanye Vivy Yusof selalu berOOTD kan. Sebab office Fashion Valet memang betul-betul kat Empira Damansara ni.



OOTD Hari ni hasil mix and match dari en husband sendiri. Ikutkan sal nak pakai biasa je. Tapi en husband kata "Nak jumpa mentor ni" so kena la extravaganza sikit.

Semua nye adalah apa yang sal dah biasa pakai, cuma kita mix and match supaya kena dengan gaya je.

Shawl : Tak ingat la beli kat mana tapi range harga dalam RM39 rasanya sebab majoriti shawl sal adalah shawl range RM20 ke RM200 Je.

Top : Sequin Top Ari Wedding Couture

Skirt : Zawara black skirt

Necklace : Garderobe, Empire Damansara

Bracelet : Swarovski

Ring : Pandora and Korean Silver

Sunglasses : Charles and Keith

Handbag : Alma Louis Vuitton, The Garden

dan paling tak boleh tinggal adalah : PREMIUM BEAUTIFUL CORSET


 Memang cantik menarik tertarik kedai roti ni.
Authentic Bakery Tous Les Jours Empire Damansara.



With my PA and image consultant, Cik Nur Damia Shafiqa.

 Sementara tunggu TLC Matertrainers yang lain sampai.



My Lunch. Red Apple.

 Business meeting at Tous Les Jour baru bermula.



 Excited dengar one by one idea and amanat yang keluar dari mulut my mentor.



 Bila berniaga, hebat mana pun kita, always jadi no 2. Tu adalah apa yang my Multimillionate CDM Haji Azlan Deraman dan CDM HajjaH Siti Rohana always ingatkan.



 Teamwork makes the dreamwork.





 I'm thankful for everything I Have. I have a great Mentor's and a great protege beside me



Tahniah both of my protege, dapat naik pangkat hari ni bila our founder announce mereka as another TLC Master Trainers.



My business mentor, Icon Sohonita Malaysia CDM Salha Zain.


 With upcoming CDM 2016. Doakan Farhana Ramli bakal bergelar jutawan muda ye uol.



 Sambung business chat kat sini pulak.



 Bergabung idea bersama my TOP LEADERS lepas kami terima amanat untuk tugasan yang di beri.







Ya Allah best sangat dapat spend hari isnin dengan duduk semeja coffee-coffee dengan Millionaire Mindset ni wink emoticon


TLC bukan individu!
Tapi TLC adalah simbol Perpaduan.
Simbol kekeluargaan.

Simbol Persahabatan.
Simbol Perjuangan berterusan.
We Love #TopLeadersCircle!





Sekiranya anda perlukan khidmat sal sebagai business mentor anda, boleh hubungi sal di :

FREE COACHING untuk yang serius nak belajar berniaga.

011-1631 1641

😘.