Thanks For Your Support

Tuesday, February 2, 2016

Macam Mimpi Pulak Dapat Free Mercedes Benz

 Dekat showroom nak pilih kereta.
Nak hitam ke putih?
Sampaikan nak pilih color pun tanya mentor lagi. Siap whatsapp Kak Salha tanya lagi "kak salha mana satu yang cantik ni".........Rambang mata nak pilih color walau tak de la banyak mana pun color Merc C200 ni kan. Selesai pilih terus bayar duit booking 10% dulu today untuk urusan document.

Then sempat buka account SSPN untuk Damia Danisha Danish di counter PTPTN Giant Batu Caves.

Serius betul tanya soalan kat kaunter PTPTN ni Hehee.

Finally sal pilih putih sebab Kak Salha pun kata putih cantik kalau nak buat OOTD nanti.

With my Ayah.
Ayah ikut sebab nak minta tolong ayah drive kan kereta Alza balik rumah. Sayang sangat nak jual Alza tu. Sebulan RM705 jugak sal bayar untuk bulanan Alza dan Merc C200 putih ni memang 4 angka la monthly dia tapi Alhamdulillah Car Fund kan ada :)



Kalau nak bahagia, bahagiakan orang lain.
Alhamdulillah anak-anak happy teramat sangat bila dreams diorang nak naik Merc termakbul.


Muka excited yang tak dapat nak sorok lagi dah. Hahaa.


Lepas amik kereta bawa balik, terus shoot ke class TLC.

Damia pun tak salin-salin lagi baju sekolah dia.

Emcee hebat malam ni DDM Safriza Azwani yang juga merupakan pewaris lima angka dalam business Premium Beautiful ni. Saf ni Ex-Manager di sebuah syarikat oil and gas terkemuka antarabangsa.

My Mentor CDM Salha Zain yang always gojes sepanjang masa.

Dari komitmen akan terhasil volume!!! Ni bukan bisnes pilih kasih...tapi kami pilih yang ada komitmen..komitmen untuk berubah lebih ke arah positif.



Tak de apa yang paling menggembirakan hati ibu ayah termasuk ibu ayah dalam bisnez, bila anak-anak mereka makin bulat hati dan makin berjaya.

Alhamdulillah di Top Leaders Circle ramai yang dah membuktikan bila bijak MENIRU maka hasilnye akan bulat-bulat dapat yang sama...TAHNIAH semua penerima award.


Satu hati makin ke depan.

Habis class rakan kongsi semua turun nak amik feel kereta baru C200 yang dapat hasil dari car fund yang disediakan untuk setiap usahawan. Terima kasih kak sal ucapkan pada semua sahabat-sahabat TLC dan mentor-mentor hebat TLC yang sentiasa menjadi tulang belakang untuk memberi dorongan pada sal hingga ke tahap sekarang. Memang tak kan ada kejayaan tanpa kerjasama yang kuat dalam kumpulan. Alhamdulillah Allah hadiahkan sal bersama team yang sangat baik hati dan sentiasa membantu antara satu sama lain. 

In shaa Allah kenangan berkereta Alza tak mungkin sesekali sal lupakan.
Kejayaan bukan bergantung 100%  pada mahalnya kereta yang di pandu, tapi kejayaan sebenar adalah bila kita tahu, faham dan konsisten dalam pemanduan. Memandu biar tahu arah tuju. Memandu biar patuhi had laju. Kerana dalam business ni pun kita ada rukun yang perlu diikuti satu persatu.

Alza ni sal beli di awal permulaan berniaga bersama TLC.
Masa ni masih makan gaji lagi. Nak dapatkan alza ni pun bercinta berbulan-bulan kerana komitmen bank dah tahap paras lubang hidung. Hidup sarat hutang. Sampaikan complete enam bulan payslip berniaga, sal attachkan sekali untuk bank approval dan alhamdulillah memang approve loan kereta Alza ni untuk di bawa pulang lepas payslip gaji dan payslip business digabungkan sekali. Terkejut rasa bila dalam tak percaya payslip SHOM memang laku untuk urusan jual beli kereta.

Tujuan nak sangat keluar Alza masa ni sebab nak sangat kereta baru yang tak de ragam untuk mudahkan sal bergerak ke stokis, ke class, ke business appointment, untuk urusan personal coaching bersama mentor dan rakan kongsi, juga untuk urusan keluarga. Sebelum ni husband bawa Proton Putra, siap kata kat sal "saya takkan jual Putra ni"

Dalam hati sal memang tak la kan...Tunggu...Sal nekad nak ubah hidup...nekad nak tukar kereta baru...Tak sanggup nak tanggung maintanence bulanan kereta yang every  month ada je ragam yang dia akan buat. Dari buang duit dan buang masa nak hantar repair berulang kali, better tukar aje la kereta lain walaupun kereta permulaan business hanyalah Alza.

Tapi JENAMA KERETA BUKANLAH PENGHALANG utama untuk kita terus bergerak mencipta kejayaan demi kejayaan. Jangan jadi mata yang hanya nampak kebendaan sahaja. Jangan hanya hormat orang lain yang hanya mewah material sahaja. Berbaik sangka dulu dengan kepimpinan yang mereka ada dari kita hanya lebihkan pada status material.

Sal tak nafikan, ada je rakan kongsi yang pandang sal sebelah mata kerana sal berniaga hanya ada Alza sedangkan mereka lebih hebat berkereta buatan luar negara.

Kata business ratus ribu sampai boleh cecah jutaan ringgit ;)

TERIMA KASIH BUAT ANDA SI MATERIALISTIK! 
Kerana anda sal makin kuat untuk berniaga dan terus berdiri kukuh dalam business ni. Kerana pandangan sebelah mata anda buatkan sal makin nekad untuk terus melangkah ke depan. Kerana mata kebendaan anda jugak la Alhamdulillah sal bebas hutang dan bebas masa sekarang. Pada yang sibuk bertanya, pastikan anda juga tak putus asa untuk capai bukti kejayaan yang sama. In shaa Allah u can.

Sal dapat anugerah Tabung Kereta ni pada hujung tahun 2013.

Tapi kenapa ye lambat pulak keluar C Class ni?

Jawapan:
Jangan sibuk hal orang boleh tak? :D
Bila orang luar yang tanya soalan macam tu sal boleh terima lagi, tapi bila rakan kongsi yang diri dia sendiri pun tak berapa nak faham apa maksud "car fund" dalam business ni pulak yang always sibuk bertanya, tak ke rasa macam Eeeeeeeeeeeee #KoNiDahKenapa
Tabung kereta pun u tak faham lagi macam mana nak komit, ni kan berani tanya soalan macam tu pada sal. Tapi sabar je la sebab walau kita tak mendoakan yang tak baik buat mereka, tapi biasanye sampai masa mereka akan mula duduk di tempat kita dan pastinya mereka akan mula terima soalan yang sama.

Untuk orang yang penuh hutang keliling pinggang, makesure sebelum nak bergaya dengan kereta mewah, pastikan kita selesaikan hutang yang patut dilangsaikan dulu. Lagipun bila hutang penuh paras hidung, nak tidur pun tak lena sebab akan terfikir bebanan kewangan selalu. So solution dia, duit car fund yang masuk akaun kita setiap bulan tu kita buat bayar hutang piutang dulu. Dah settle hutang baru la seronok nak bergaya tanpa papa. Dalam business ni pun kami dah di ajar untuk bijak berbelanja. 




Kunci kejayaan adalah DIRI SENDIRI...



Kalau kita masih tercari-cari apa tu kunci kejayaan, bagaimana nak capai kejayaan, apa rahsia kejayaan? Jawapannya adalah tengok kembali diri sendiri. Kunci kejayaan adalah pada diri anda sendiri. Bukan pada orang lain. 

Tak kira la apa je yang kita tahu, ilmu yang kita ada, buku yang kita baca, kursus yang kita dah hadiri...Tapi kalau suara dalam diri sendiri mengatakan tak nak buat, tak lalu nak buat dan putus asa cepat, kejayaan pun takut nak datang menghampiri kita.





No comments:

Post a Comment