Thanks For Your Support

Wednesday, February 3, 2016

Danisha Little Ihtifal 2015 at Wisma PKPS Shah Alam

Bawah ni link tahun lepas punya Litle Ihtifal:

Date : 15 November 2015 (Sunday)
Venue :Dewan Orkid Wisma PKPS, Shah Alam
Aktiviti : Genius Aulad Little Ihtifal and Showcase
STORIES FROM THE SEA.
Alhamdulillah kali ni sampai Little Ihtifal awal sangat.Nak parking pun senang. 

Registration.

Muhammad terbalik la muka spiderman tu.

Hahaa baru la betul muka spiderman tu.

Photobooth Genius Aulad tahun ni.

After registration terus masuk dewan orkid Wisma PKPS. Kononnya nak cop tempat paling depan. Tapi tak dapat. Huhuu. Jangan berangan ye Puan Salleha sebab ramai lagi yang sampai awal dari awak :D


Hehee Kenapa la Muhammad Danish Shafiq tu suka sangat buat memek muka comel bila amik gambar. Sambil duduk menunggu majlis dimulakan, kami breakfast je apa yang ada dalam goodie bag yang disediakan oleh Genius Aulad. Dalam bag kuning Genius Aulad tu ada air mineral dan roti. Alhamdulillah boleh la buat jadi alas perut sebelum dapat makan makanan berat.


 Pack sangat dewan sebab Genius Aulad dua cawangan sekali bergabung. Genius Aulad Saujana Utama dan Genius Aulad Shah Alam.

Alhamdulillah besar dengan sihat dan kuat anak mama sorang ni. Mama sayang adik sangat-sangat. Semoga Nur Danisha Shafiqa Binti Halmie terus membesar menjadi muslimah yang solehah yang berjaya di dunia dan cemerlang keputusan akhirat.


Cantik adik senyum macam tu. Mama dapat bayangkan nanti adik masuk Universiti pun adik pasti akan berjaya berbaris untuk anugerah cemerlang.

Congratulation Nur Danisha Shafiqa Binti Halmie. Alhamdulillah mama happy for u. Thank you semua tenaga pengajar Genius Aulad Bandar Sri Damansara dan Genius Aulad Saujana Utama kerana kesabaran anda dalam mendidik Danisha sejak dua tahun lepas. Danisha sekolah kat Genius Aulad Bandar Sri Damansara dari January 2014 sampai la Julai 2014. Tu pun tukar branch sebab mama dah berenti keje. Pencen awal. Tak mau ngadap jem dah pagi-pagi nak hantar adik pergi sekolah. After mama fulltime dah jadi housewife, tu yang adik tukar ke Genius Aulad Saujana Utama.


 Muhammad Danish Shafiq ni mana la boleh duduk lama-lama kat sesuatu kawasan. Ada je kawasan lain yang dia nak teroka. Duduk dalam dewan sekejap je dia behave. Lepas tu habis panjat kerusi sana, lari depan lari belakang. Lastly bawa keluar dewan and lepak kat big screen depan dewan je. Biar dia lari kat luar ni je senang tak ganggu audience lain yang nak enjoy tengok showcase.

 Yang ni memang kelakar sangat. Boleh Muhammad terus tutup telinga dan tertidur sampai showcase habis. Kisah dia bila dia dengar persembahan kakak abang yang kat dalam dewan tu nyanyi terjerit-jerit. 

Muhammad ni takut sikit dengar bunyi kuat-kuat. Bila suara budak-budak dah terjerit-jerit tu ditambah dengan volume speaker yang kuat, terus Muhammad baring dan tido lena kat sini jugak.Hhahaa.


 Turn Class Danisha buat show. 6 Andalus buat performance. Adik kena jadi Octopus masa ni.


After showcase settle terus bawa Danisha keluar bilik persalinan dan terus lunch kat DEMC je senang. Sometimes bila pergi area Shah Alam memang sal prefer makan kat Teh Tarik Place dalam DEMC ni sebab lengang. Nak parking pun senang je coz valet parking always available.


Muhammad pun nak jugak minum teh tarik. Tapi dia minum sikit je. Buat syarat basah tekak je. Hehee. Lagi satu bila makan kat sini service cepat dan bila budak-budak nak berlari pun lantak la sebab kawasan lengang dan luas.



 Mama suruh lunch tapi diorang order menu breakfast :D

Mama tak teringat nak belikan bunga untuk adik tadi. So memandangkan kat DEMC ni ada kedai bunga so mama beli bagi adik. Then Kakak Damia pun buat muka nak jugak bunga yang sama. Tapi mama tak beli la. Beli buat happy happy je.


Suka la tu dapat flowers. Walupun daisy :D

Cantik dia balut bunga ni.
So kalau uol ada tercari-cari florist kat Shah Alam ni maybe boleh jugak beli kat dalam DEMC ni. 


Lama jugak bunga Daisy ni tahan ye. Rasanya masa gambar ni sal amik, bunga ni dah duduk dalam kereta dah masuk hari ke-4


Cuaca terik. 
Wisma PKPS tu rupanye betul-betul depan DEMC je. Tu yang malas nak fikir panjang nak makan kat mana, then terus decide stop depan DEMC dan makan kat sini je la senang. Budak-budak nak order makanan diorang pun senang.


Lepas makan terus sambung perjalanan ke Johor Bahru.
Tak sabar nak jumpa orang Johor.


Danisha and Damia dah sedap tido kat belakang lepas kenyang makan. Danish je take time sikit nak lena.


Bawah ni link entry masa sal sampai di Johor Bahru. Pergi JB nye bulan sebelas tapi bulan dua baru berpeluang update entry :)

No comments:

Post a Comment