Thanks For Your Support

Monday, February 22, 2016

Majlis Kenduri Doa Selamat Dolomite

Berpeluang beramah mesra bersama icon network No 1 Malaysia CDM Hajah Siti Rohana.

Bekas seorang guru sejarah. Sekarang dah hampir 15 tahun kak Ana dan Abang Lan berniaga. Nampak sangat company pengeluar Premium Beautiful ni sangat kukuh dan stabil hinggakan ramai yang kekal berniaga berbelas tahun.

Alhamdulillah sal antara yang terpilih terima jemputan untuk ke majlis kenduri doa selamat Dolomite malam ni. Dapat je mesej dari CDM Abg Lan terus rasa happy sebab majlis yang diadakan ni bertujuan untuk memanjangkan kesyukuran pada Allah atas limpah rezeki yang tak putus-putus Allah berikan pada kami semua. Dan majlis doa selamat malam ni jugak bertujuan untuk beramah mesra antara sesama CDM-CDM Dolomite. 

Betul jugak, bila saling kenal, nak bertegur sapa pun tak de la rasa segan sangat. Bila tak rasa segan, nak berkerjasama pun mudah je kerja. Nak pulak dengan Usahawan-usahawan senior yang dah berbelas tahun berniaga dalam bidang business ni. Tunjuk ajar dan aura mereka sentiasa sal perlukan untuk terus kekal bertenaga dalam terus mendaki ke puncak jaya.

Sal jatuh cinta 200% dengan business ni sebab sal banyak di beri tunjuk ajar supaya sentiasa meletakkan diri kita di lapisan kedua. Maknanya, sehebat mana sales kita, sebesar mana kumpulan kita, pastikan kita sentiasa merendahkan hati untuk tak sesekali sombong dengan pencapaian yang ada. Tak hebat mana pun kita tanpa huluran tangan dan contoh-contoh terpuji dari pemimpin-pemimpin terdahulu yang dah makan garam dulu dari kita. 


With CDM Izyan Liyana aka Kak Along TLC.

Kami sampai awal. 
Both from area Shah Alam. Untuk permintaan Premium Beautiful area Shah Alam dan Puncak Alam memang kami antara kakak kawasannya. Jadi sekiranya uol antara peminat corset, boleh je contact sal untuk free fitting Premium Beautiful di serata lembah klang. Even uol yang di luar lembah klang pun tetap boleh request untuk sal datang fittingkan Premium Beautiful :)


 Malam ni kami perform lagu nasyid. 

Hahaa tak lah. Tersama pulak jubah sal dengan CDM Idola malam ni. Teruja tengok CDM Zalina pun pakai jubah yang sama dari SuciByYattHamzah ni. Frekuensi sama kan, that's why pakai jubah pun tersama. 

Kak ina ni pun antara CDM Senior yang dah belasan tahun berniaga dalam bidang business ni. Cekalnya beliau dan CDM Ramzi dalam mempertahankan kejayaan mereka dan kejayaan kumpulan.

Malam ni kami solat diimamkan sendiri oleh CDM Haji Azlan Deraman. Tapi sebelum solat jemaah bermula, kami dihidangkan dengan santapan rohani oleh CDM Ramzi yang membacakan ayat-ayat suci alquran dan zikir-zikir memuji kebesaran tuhan dengan penuh merdu. Masya'Allah lunak sungguh alunan suara pemimpin kami.


 Maghrib kami berjemaah. Lepas solat fardu maghrib, kami bersama-sama buat solat hajat dengan merendah hati memohon segala kebaikan untuk seluruh team Dolomite.

Lepas solat, tanpa sengaja mengalir air mata semua jemaah semasa bersalam-salaman lepas solat. Rasa eratnya ukhwah kami bila disatukan dalam majlis macam ni. 


 In shaa Allah suasana ni akan kerap dilakukan di Dolomite dengan niat supaya setiap usahawan sentiasa erat berukhwah dan sentiasa bersaing sihat antara satu sama lain.


Damia gigih salin nota dari tazkirah yang disampaikan CDM Abg Lan pada kami semua. Ciri-ciri pelapis jutawan Premium Beautiful terserlah.


Lepas selesai solat dan sesi berkongsi ilmu oleh CDM Abg Lan, kami dihidangkan dengan makanan hasil air tangan CDM-CDM Senior yang baik hati di bawa ke majlis doa selamat Dolomite ni. Terima Kasih CDM Abang Lan untuk kambing golek ni. Sedap sangat kambing pilihan mentor kami.


 Berkali-kali tambah. Get ready la control kolestrol masing-masing ye. Balik ni kena lebihkan sikit dos Garlic tablet .


 Makan kambing memang sinonim dengan makan sayur. Hehee.


 Rendang ayam. Sedap nya air tangan CDM Cik Cida.


Yang ni pun sedap sangat. Ya Allah, tak tau la berapa kilo sal makan malam ni. Sebab memang tak boleh control nafsu makan bila dah di jamu dengan makanan hasil air tangan sahabat-sahabat CDM.


 Sambil makan tak sah kalau tak tercerita tentang business. Bila dah business minded tu, bab gosip artis memang tak ke laut dah. Asal berkumpul mesti sentuh bab-bab business dan strategi untuk mantapkan kumpulan. Suka dengar my mentor CDM Salha bila bercerita tentang business sebab apa yang keluar dari mulut beliau sentiasa buatkan sal rasa nak pergi buat aje la tanpa banyak bunyi.


 Macaron Tower with cake ni special ordered from Wahdi_le.choutte.macaron
Thank you very much CDM Salha Zain dan CDM Alfaath untuk macaron cake yang berharga 400 ringgit ni. Rasa sayang pulak nak makan.

Uol yang nak order macaron cantik dan sedap dari Wahdi ni boleh la contact no ni 016-212 6254 (Zain) Bukan Zain suami Che Ta tau. Just whatsapp only, no call.


 Seronok sangat bila dapat peluang duduk beramah  mesra bersama usahawan jutawan humble yang lain. Makin rapat in shaa Allah makin mudah dapat segala cabang rezeki. 

Terima kasih tak terhingga buat semua CDM-CDM yang menaja menu makanan malam ni. CDM Kak Lini dengan pulut kuning nye, CDM Kak khaty dengan bubur nya, CDM Kak Suhana Tamyis dengan teh tarik power nye, CDM Kak Da, CDM Kak Aida, CDM Kak Yah, CDM Kak My kusayang, CDM Kak Zura, CDM Dr Huda, CDM Ayu Lisa, CDM Said, CDM Achik, dan semua CDM yang terlibat. Terima Kasih. Minta halal segala yang termakan terminum malam ni. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan di dunia dan paling penting urusan di akhirat kelak.


 Sesi menapau makanan.

I love this picture. Sahabat awal dan akhir in shaa Allah. Love u CDM Izyan. Business ni buat kan kami mudah untuk identify sahabat sejati. Hanya yang melalui dari awal hingga ke habis garisan CDM je yang faham apa yang diperjuangkan oleh kami dalam business ni. Bila makin lama berniaga, duit bukan niat paling utama untuk kami, tapi segala perubahan sikap negetif pada positif lah yang makin membuatkan kami enjoy dengan business ni. 



Premium Beautiful Expert,
SALLEHA ROSLAN.

Japan Here We Come

Lagi beberapa jam akan berlepas ke Osaka. Doakan semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat dan dipermudahkan ye. Sal takut sikit naik flight ni...Hahahaa...sebab tu tak berapa nak suka pergi travel. Hahaa. Tapi bila dah company bagi travel free tak kan la nak tolak pulak kan. Bukan senang nak pergi negara matahari terbit ni dengan duit poket sendiri. So dah dapat FREE TRAVEL with TLC ni kita redah aje la, Tawakal to Allah. Kami dijadualkan naik Cathay Pacific Airways direct ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka.

Sal suka pergi negara orang ni untuk belajar culture mereka la especially. Sebab dari situ boleh muhasabah diri dan buatkan diri rasa lebih bersyukur dengan segala yang ada di sekeliling kita.

Ni gambar sepuluh hari yang lepas masa tengah jejalan kat One Utama di hari jumaat nan indah. Boleh pulak kan ada Japan Travel Fair kat One U ni. So rasa Ya Allah lagi la tak sabar nak travel ke Osaka.



Lawa betul kimono dia. Kalau nak beli confirm ribu. Sal siap tanya mana nak sewa kimono ni? Diorang pun tak tau. Ye la macam mana nak tau sebab diorang ni memang pure dari Jepun. Hahaa. Hait.


 Atas stage tu pun semua Jepun mari.
Ramai jugak orang yang berpusu-pusu nak beli pakej travel kat Japan Travel Fair ni.


 Tapi Alhamdulillah Sal dapat rezeki pergi 100% di taja. Uol nak tak pergi melancong serata dunia Percuma? Kalau minat nak pergi travel FREE je, jangan la segan-segan roger ye. Sejak jual baju dalam ni memang kerja sal setahun 2-3 kali pergi oversea percuma je. Kalau yang bayar-bayar ni tak nak la. Sebab sayang la nak keluar duit dari poket sendiri. Pergi free kan best. Lagipun flight, hotel lima bintang, makanan halal, tempat-tempat menarik, semua tour agent yang sediakan. Tugas sal hanya bawa duit shopping je. Tu pun duit shopping yang tak kan usik duit gaji pun. Shopping pun guna duit bonus. 


 Wahhhh dapat merasa pakai Kimono ye kakak.


 Tak reti la nak pakai kimono ni. Main lilit je. Nak suruh mamat Jepun tu tolong buatkan segan. So pakai sendiri aje lah. Jadi, ni lah hasil nye. Kimono ala-ala CDM Salleha.


 Orang jepun suka amik gambar buat tangan peace macam ni kan. So nak buat jugak la, mana tau nampak comel. Hehe.


 Rasa macam terbau-bau dah bunga sakura tu. 

Osaka Castle yang kat dalam gambar tu pun memang in shaa Allah sal akan jejak kan kaki kat situ.


Cari winter coat tambahan. Coat lama masa pergi Europe pun ada lagi tak berusik. So kena tahan lebih sikit nafsu dari beli terlalu banyak. Tak baik membazir tau Sal. Cuba wasatiah lebih sikit :D


 Perut dah buat lagu sakura. So memang nak kena makan. Dan semestinya pilihan kami anak beranak adalah Sushi. Jenuh la 6 hari kat Osaka Kyoto Kobe nanti kami di jamu sushi je sepanjang masa. Kami lunch dah nak pukul 3.30 kat Sushi Zenmai. 


 Bila makan berdua dia best sikit duduk kat sini sebab senang nak kaut sushi yang berpusing tu.


 Suka kacang ni. Bila datang Sushi Zenmai Memang sal akan order ni.

 Dan yang ni paling suka. Kalau kat Sushi Zenmai ni sal memang tak pilih menu lain dah. Memang akan order Salmon Teriyaki ni je. Kenyang makam dan sangat membantu untuk orang yang nak jaga pemakanan supaya badan tak berlebihan lemak.


Dah kenyang makan sushi yang pusing-pusing tu bertingkat-tingkat, makan pulak nasi goreng garlic. Harga sepinggan RM9.80 tak termasuk GST dan service charge. Nasi goreng bawang putih ni mama pun boleh buat Damia ;)



Perghhhhhhhhhhhhhh!!!!Kami dimaklumkan ni la Hotel kami di Osaka.
Alhamdulillah...siapa nak bagi duduk hotel five star dengan rate 4 angka satu malam macam ni kat Osaka...kalau kat Malaysia ni pun, harga hotel lebih RM300 pun dah rasa mahal. Ni kan SHOM belanja duduk hotel Empat angka!!! Ni rate agoda ni...kalau bukan rate agoda mau tak tertelan air liur...

Ya Allah!!!!!! Bestnye dapat golek-golek kat Imperial Hotel Osaka...

Stuck dah mana nak sumbat 4 boots lagi. Betul la kan bila ada yang kata "orang pompuan ni dia kalau balik kampung ke atau pergi melancong, dia tak bawa bag tapi bawa almari" Hahahahahhaaa.


Mama, Muhammad nak ikut mama boleh?

 Ok boleh... Jom mama seledup Muhummad ye. Muhammad duduk diam-diam dalam luggage ni.

Yeayyyyy dapat pergi Universal Studio Osaka.


Thursday, February 18, 2016

Fitting Premium Beautiful Di Kompleks Pegawai Kanan Polis Kelana Jaya dan Business Chat Bersama Saf and Team

Hari ni hari khamis. Pagi tadi berkejar ke HQ SHOM untuk restock product hot pilihan ramai rakyat Malaysia. And now bersedia untuk on duty bersama Premium Beautiful Expert team Saf pulak. Yang best nye bila dah jadi fulltime mama dan berkerjaya bebas masa ni, anak-anak sentiasa kami boleh usung sepanjang masa. Alhamdulillah kira kurang sikit la peluang untuk nak serahkan tanggungjawab jaga anak pada parents sendiri atau pada pengasuh.

Kenapa tak cari bibik???
Panjang cerita nya kalau sal nak share kan kat entry ni. In shaa Allah banyak masa terluang nanti sal share kan kenapa sal tak gunakan khidmat bibik untuk jaga anak. Dan kat sini nak buktikan pada uol yang nak berjaya kat luar sana, tapi always jadikan anak sebagai alasan untuk susah nak ke mana-mana, sebenarnya apa yang kita fikirkan memang tu lah yang kita akan dapat. Bila kita dah always letak dalam kepala yang "susah nak bergerak sebab anak-anak tak de orang nak jaga" so memang hasil nye adalah "yang susah-susah aje" kita akan dapat.

Jadi starting from now, ubah cara berfikir. Always tune minda yang anak adalah sumber kekuatan walaupun disebalik tabir kejayaan dalam menguruskan keluarga dan berniaga, hanya kita dan DIA je yang tahu apa cabaran di sebalik kejadian. Tapi jangan risau, bila letak Allah dan impian kat depan, kesabaran kita yang akan jadikan kita manusia yang menang.


Malam pulak ada appointment fitting wife pegawai kanan polis di Kelana Jaya. Macam tak biasa pulak kan, mama ayah yang buat kerja, Muhammad Danish Shafiq yang akan keletihan lebih ;)


Pewaris legacy perniagaan mama ayah ni sentiasa jadi peneman setia mama setiap kali ada appointment untuk fitting Premium Beautiful Corset. Thank you Damia and Danisha yang always enjoy dengan kerjaya mama sekarang. Kalau dulu mau mencebek muka masing-masing nak hantar mama masuk ofis setiap pagi...Alhamdulillah sekarang NO MORE 9 to 6 PM lagi dah. Mama ayah dah boleh kerja ikut masa sendiri dah. Dan masa bekerja yang kami akan pilih kalau hari biasa adalah selepas zuhur dan selepas isyak. Kerja dua waktu untuk generate more than 20k permonth. Nothing impossible bila kita mulakan dari awal. Permulaan je rasa macam penuh tekanan, sebab kita tak biasa lagi dengan perubahan hidup yang baru. Tapi lepas beberapa proses kita lalui dengan penuh sabar dan tawaduk, in shaa Allah makin lama business ni makin menyeronokkan. Ok la kan susah sekejap 2-3 tahun untuk happy tanpa tekanan selama bertahun-tahun.


Seronok dapat share kebaikkan Premium Beautiful Corset bersama wife pegawai polis ni. 


Muka dah macam Amy Mastura dah. Now shape badan pun confirm akan jadi sama semula macam Amy Mastura.






 Before fitting tadi spend time dengan team Safriza yang majoriti nye datang dari Terengganu. 


 Terima kasih saf, Qila Che Man, Kak Ujie dan Liyana Tahar sebab sudi invite kak sal sama-sama dalam O GROUP uol tengahari ni. Dan terima kasih untuk komitmen masa, tenaga dan wang kecil yang uol korbankan untuk sampai ke short meeting kita hari ni.


Yang best nya business networking ni adalah kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain sebab fitrah setiap manusia dilahirkan di atas muka bumi ni adalah dalam keadaan yang tidak sempurna. Jadi bila berkerjasama dalam kumpulan, apa yang kurang ada je antara satu sama lain yang boleh tampung  kelemahan yang ada. No wonder la wujud kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. 


Serius uol, makin lama buat business ni memang makin menyeronokkan. Tengok aje la muka mereka ni, penuh keceriaan walaupun halangan dan cabaran kehidupan datang silih berganti tanpa henti.

If let say uol pun teringin nak jana pendapatan separuh masa atau sepenuh masa sekalipun bersama team PB Expert kami, jangan segan-segan untuk hubungi sal di nombor yang tertera di bawah entry ni ye. In shaa Allah 500-5000 sebulan confirm akan ada dalam akaun pendapatan bulanan uol. Sebab bisnez ni simple je, bisnez copy and paste je segala gerak kerja mentor. Tapi lagi meletop bila copy and paste tu disertakan sekali tindakan yang creative.


 Candid picture ;)
Tengah diskus nak buat pose apa. 





Pose wajib PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT Top Leaders Circle yang semakin menjadi ikutan ramai :D



Untuk uol yang nak kan bentuk badan idaman, cepat-cepat contact sal untuk free fitting dan kalau berkenan boleh deal sampai jadi with special price and tip top service from us.

SALLEHA ROSLAN
011-1631 1641

Monday, February 15, 2016

Balik Kampung Mak Tok Tok Abah di Parit Buntar

Date : 29 & 30 January 2016
Venue : Sekitar Perak
Aktiviti : Ziarah family belah suami dan jumpa my Business Top Agent Perak

The love of a family is life's greatest blessing.

This week kami ke Utara semula. Rasanya dua kali dah jejak Perak. Tapi kali ni balik kampung en suami kat area Parit Buntar Bagan Serai semua tu.


Kami bertolak dalam pukul 9 pagi. Then singgah RNR Rawang breakfast meehun goreng dan beli CD Maher Zain yang damia pilih.  Arround 12.30 dah ada kat area Ipoh so en hubby solat jumaat dulu kat MAsjid Negeri Ipoh ni. Cantik masjid dia. Lokasi Masjid negeri Ipoh ni betul-betul depan balai polis. 


Lepas solat teruskan perjalanan sampai ke sempadan negeri Kedah. Nampak laksa terus stop kejap makan, dan yang bestnya Laksa kat sempadan Negeri Kedah ni hanya RM dua ringgit je. Makan sekali kuih penuh pinggan dan minum air tak sampai RM9. Jimatnya lahai duduk di luar KL ni kan. Seronok nak pegang duit banyak-banyak bila makan pun dah tak berapa membebankan.


Lepas makan minta tolong en hubby carikan wire charger iphone 5C mama yang ke 100 kot. Hhahaha. Tak best tau charger iphone 5 ni sokmo nak kena beli. Tak boleh nak ganas sikit handle wire iphone 5 ni ye kawan-kawan semua. Perlu lemah lembut kalau nak pakai lama dan tak nak ulang beli baru. Tadi dah beli dah kat rnr Rawang, tapi hampeh betul tak boleh guna pun. Apa pun itu rezeki peniaga charger fon tu la. so sekarang rezeki peniaga parit buntaq pulak.


Yeay sampai hotel dah. Macam biasa la budak-budak kan. Nampak je lain dari lain diorang memang akan happy sangat dah. Kali ni stay dekat Ritz Kapitol Hotel. Memang hotel baru kat area parit buntar ni. Rate dia pun memang murah lagi. Selesa dan luas. Paling best sebab bersih.


Hotel ni betul-betul dekat dengan Mydin Mall Parit Bungtar tau. Masa mula-mula sampai tak tau pun Ritz Kapital Hotel ni dekat tak sampai 5 minit pun dengan Mydin Mall.


Lepas maghrib ingatkan nak dinner kat one of kedai ikan goreng bawal di Parit Buntar ni, tapi tak de rezeki namanya bila kedai ikan bawal famous tu tutup pulak di hari Jumaat ni. So makan la kami anak-beranak dalam Mydin Mall.


Nasi Kerabu original kelantan RM6 je.


Nasi campur en husband tu sedap. Nyesal pulak tak amik tadi.


Muhammad Danish macam biasalah sibuk nak main playground tu yang kena cari tempat makan yang dekat dengan playground. 


Lepas tu bawa family husband makan kat area luar Mydin Mall. Asalnya nak bawa makan kat kedai ikan bawal tu la, tapi sedihnya tak buka pulak kan so kita makan sini aje la ye. Lepas makan terus balik hotel.


Esok pagi nya bangun awal dan terus breakfast dengan menu yang Ritz Kapitol Hotel dah sediakan. Walaupun simple je menu hotel ni tapi puas hati sebab bersih dan sedap.


Ready nak jumpa family belah en lhusband pulak.

Tapi sebelum tu singgah sini dulu.
Teruja kami anak beranak nampak kawasan sawah padi yang luas terbentang. Walau padi tak de pun tapi kami tetap excited nak bergambar kat sini...hehee.

OOTD Anak-beranak:
Dress mama : Beli dekat Dang Anum Bangi Gateway
Shawl mama : Neng Geulis Bangi Gateway
Bag Mama : LV The Garden
Rantai : Luivisa One Utama

Dress Damia Danisha : Seed Ikano
Legging : Miki One Utama

Baju Danish : Superman One Outlet One Utama
Jeans : Reject Shop E-Curve


Rambut Muhammad Danish Shafiq panjang sangat, tu yang sampai kena toncetkan sikit supaya tak kacau pandangan mata dia.


Ni la family husband. Mak mertua, Pak Mertua dan Abang Ipar sal.


Ready nak masuk tebuk Parit Lima Sungai Burung.


Yeayyyy sampai dah. Sekali lagi teruja. sebab betul-betul ada kat kawasan bendang.


No picture please. Respect my privacy ok. Hahahaa. Ada mama kisah :D


Pakai kan en superman punya kasut.


Panas terik.

Seronok tak terkata en suami bila dapat jejak kaki ke kampung kelahiran dengan penuh kepuasan. Alhamdulillah pulang dengan penuh keyakinan ;)


Uptown girl masuk parit.


Ready nak serbu majlis kenduri cousin husband.

Jom makan nasi kenduri.

Sedap tak terkata lauk kenduri ni. Masakan orang banjar.

Sedap nye ;air asam ni makan dengan daging salai.

Memang delicious.







Sibuk la Muhammad suruh mama amik gambar dia kat bunga pahar ni.


Creative tau hasil tangan siapa yang buat bunga ni. Dia buat dari kertas majalah je.


Melepak sementara nak tunggu majlis persandingan. Kalau dulu masa zaman kita kecik-kecik, mesti berebut nak tunggu pengantin depan pelamin kan. Hehee.






LAKSA SARANG CAFE SETINGGAN


Lepas habis kenduri kami terus gerak ke ipoh. Ya Allah meh nak share betapa sedapnya Laksa Telur bersarang kat Cafe Setinggan ni. Dalam gambar masa yani post kedai ni ingatkan kedai ni kedai lama. Tapi rupanye sini area baru. Cuma diorg renovate nampak kan classic kat environment kedai ni. Memang rare.

.
Yang kelakar nye, kami terpergi Kedai Laksa Saranghae ni. Dah sampai sini tak kan nak balik macam tu je kan, so bungkus la satu bawa balik rasa. Kedai laksa saranghae dan cafe setinggan tu tak jauh mana pun adalah dalam 30 minit.


Tapi kalau uol makan kat sini, memang kena sabar la bila datang tak de tempat duduk sebab laksa telur bersarang cafe setinggan ni memang famous gilerrrrrr! Ramai sangat sangat umat manusia yang minat makan laksa sarang ni. ye la dah la murah. Sedap pulak tu. Nak buat sendiri entah bila kan so better makan sini je la.


Rezeki kami sampai-sampai dah ada seat sebab hafiez and yani dah duduk dari tadi. Nak order laksa ni kena self service. Dan menu dia memang focus pada laksa je.


Nampak sedap kan. Memang sedap la. Kat KL tak de lagi. Hopefully ada la orang KL yang akan buat kedai laksa sarang macam ni so tak de la terliur sampai nak kena datang Ipoh selalu.













Berkonsepkan SETINGGAN
Menjamu ala-ala santai gitu :)






Buat semua peminat Laksa Telur Goreng Bersarang atau pada yang tak berapa nak minat laksa tu, kalau dah datang makan laksa telur goreng bersarang kat Cafe Setinggan ni confirm nak makan hari-hari.


 Laksa Telur Goreng Bersarang ( LTGB) beroperasi di kedai baru beralamat :

No.1,
Jalan Margosa D/8,
Seri Margosa,
Taman Seri Botani.

Waktu niaga Cafe Setinggan Ipoh ni bermula pada:

Jam 12.00 tengahari hingga jam 7.00 petang.
Tutup hanya pada hari Jumaat.

So uol boleh la ke lokasi Laksa Sarang yang dah Sal sharekan tu secepat mungkin. Try sendiri macam mana sedapnye laksa sarang ni. Tak cukup semangkuk, better order lebih sikit la supaya tak berulang nak bangun pergi kaunter order another bowl. Lagi best bila makan pakai Premium Beautiful siap-siap. Biar PB corest in shaa Allah boleh tolong badan kita maintain terbentuk walau makan la banyak mangkuk pun.