Thanks For Your Support

Wednesday, January 13, 2016

Self Reward : Upah atau Hadiah Untuk Diri Sendiri

Perlu ke self reward?

Sangat perlu dear. 

Sebelum ni memang sal sendiri pun berkira nak beli sesuatu untuk diri sendiri. Rasa sayang nak hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang kita memang boleh dapatkan setelah berusaha keras.

Sesekali kita perlu hargai diri sendiri lebih-lebih lagi lepas berusaha keras untuk meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan menambah nilai hidup orang lain. Jangan kedekut untuk menghargai diri lebih-lebih lagi bila kita mampu untuk mendapatkan sesuatu yang kita impikan selama ni. Yang pasti, reward diri anda hasil dari titik peluh usaha keringat sendiri. Itu lebih bermakna dari mengharapkan sesuatu penghargaan dari orang lain. Reward Your self ;)

Penghargaan untuk diri sendiri penting supaya kita akan lebih termotivasi untuk terus melakukan sesuatu pekerjaan tersebut dengan lebih baik. Kalau kita tak boleh menghargai diri sendiri, bagaimana orang lain ingin menghargai kita.

Sedar atau tak, sesekali kita BERHAK menerima "Reward" dari diri sendiri atas apa yang telah kita tungkus lumus usahakan selama ni. Dan bukannya terima dari kekasih, suami, boss, majikan atau sebagainya. Tapi bila sesekali kita memberi penghargaan pada diri sendiri, impaknya in shaa Allah pasti akan lebih luar biasa.

Bayangkan dalam sukan Olympic, para atlit tak di beri pingat atau sebarang ganjaran, agaknye mereka akan terus bersaing atau tak? Dah tentu la tak kan. Macam kita pun yang berkerja, kalau hari-hari datang ofis buat kerja dari pagi sampai petang, tapi hujung bulan tak di beri gaji atau hujung tahun tak di beri sebarang bonus, agak-agak kita akan lebih termotivasi tak untuk lakukan kerja kita dengan lebih berkualiti lagi? Dah tentu tak kan.

Jadi ingat, jangan terus kerja atau asyik usaha je, Berhenti dan pat yourself on the back. Hadiahkan sesuatu kepada diri.


Bila kita dah berkerja keras dan capai matlamat,Tak kira la pencapaian kecik ke besar, Berenti sekejap...Bukan berenti buat kerja ye tapi berenti la kat LV Boutique ni ke kan...Heheee..Then REWARD YOURSELF!

Starting dulu dua bulan sekali sal mesti akan beli new Charles and Keith. Masa zaman hutang keliling pinggang dulu RM300+ pun rasa mahal sangat dah kalau nak berbelanja. Tapi tak pe la, berbelanja ikut kemampuan, asalkan setiap kali kita capai sesuai matlamat kita, kita upah diri sendiri dengan sesuatu yang boleh membantu naikkan lagi semangat kita untuk pergi buat lebih lagi.

Jadi uol jangan la senang-senang je nak kata seseorang tu membazir atau buang duit je beli sesuatu yang tinggi harganya. Sebenarnye tu la antara cara untuk belajar menghargai diri sendiri. Bila kita tau hargai diri sendiri, in shaa Allah kita akan lebih bijak menghargai orang lain. 

Kita tak tau apa kesusahan, kepayahan dan keperitan disebalik kisah mereka yang berjaya memiliki sesuatu pada hari ni. Kita tak tau pun apa yang mereka dah lalui dulu hinggakan mereka boleh berjaya pada hari ni. Jadi, berlapang dada la bila melihat kejayaan orang lain. Sebab orang yang bahagia dia akan bahagia melihat orang lain bahagia. 

Kalau mereka boleh berjaya, tak mustahil kita pun pasti boleh jugak!

Nak berjaya, dekatkan diri dengan zon-zon positif. Dekatkan diri dengan orang yang lebih berjaya. Dan paling utama dekatkan diri dengan yang Maha Pemberi Rezeki.

 Yang merah ni cantik sangat! Sedap je pegang dia n sedap je letak dia atas riba.

Harga LV merah ni memang lima angka. Selagi income tak touch enam angka, berangan je la dulu ye Puan Salleha Roslan oi ;)


Which one?
Semua LV Bag ni range harga dari RM6,000 Hingga almost RM9,000

 Bila dah terjebak dengan LV ni confirm kita akan rasa nak beli lagi dan lagi. Tapi jangan sampai membazir la. Beli sesuatu biar berpada. Jangan sampai income RM10,000 tapi nak beli handbag LV RM8,000...Dah macam tu aok nak belanja apa nanti kalau dah balance just ada 2k je kat tangan. Lagi best, kalau uol boleh buat tabungan untuk sesuatu yang uol hajatkan. Tapi lagi best andaikata uol boleh beli sesuatu yang uol suka tanpa kacau komitmen yang lain. Nak dapat feel beli sesuatu yang kita suka tanpa kacau komitmen lain ni, tak lain tak bukan pergi buat besar aje la income tu.




 Harga yang bulu-bulu pink ni, seketul aje pun dah RM3,900 u...Tapi kalau income kita macam income Dato' Seri Vida Pamoga tu confirm RM3,900 ni kita rasa macam RM3.90 je kan.



Yang LV Charms ni RM1,500++

 Try amik feel LV Alma Damier Ebene.
Jenuh nak menyebut nama-nama bag Louis Vuitton ni. Tak pernah tau pun pasal-pasal handbag ni sebelum ni.


Best tau pegang full leather original LV ni. Lain feel dia. Patutla ramai sangat yang menggila nak kan Louis Vuitton tak kisah la jenis apa pun. Paling basic yang uol better grab adalah LV speedy. Amik feel speedy lepas tu boleh la nak upgrade pada LV yang lain.

Sabar melayan si isteri memilih.

Yeay bag dah di bungkus.


No more Credit Card. Beli semua by cash senang. Sal pun jarang sangat keluar rumah bawa cash. Biasanye kami akan buat payment dengan debit card je. Tapi kat LV ni limit untuk buat bayaran melalui machine card tu hanya boleh sampai RM5,000 je so nak tak nak memang kena keluarkan cash. Dan alhamdulillah la sebab suami 24 hours ada dengan sal jadi dari segi keselamatan tu in shaa Allah suami ada dan paling utama Allah ada. 

Ada yang advice hati-hati share something like this. Terima kasih untuk anda yang prihatin. In shaa Allah hati-hati tu pasti. Sal tanamkan dalam diri macam ni je, kita buat baik in shaa Allah kita akan terima sesuatu yang baik-baik aje dan bila ada sesuatu yang tak baik berlaku pada kita, tu antara kifarah pencuci dosa yang Allah beri pada kita kerana Allah sayangkan kita. Percaya qada qadar tu sangat penting. Setiap yang baik datang dari Allah dan segala kekurangan datang dari diri kita sendiri. Buat baik dapat baik, buat tak baik hilang nikmat berkat dunia dan akhirat.



En husband pun nak jugak. 
LV Belt.

Pilih pilih. Amik je :D

Thank you Amoy and her Assistant yang banyak membantu. Amoy ni pun one of Premium Beautiful Expert tau uol. So sambil-sambil uol pergi LV Beli bag tu boleh la tanya-tanya Amoy tentang PB Corset yang setanding quality LV ni.


 Alhamdulillah. It's Mine!

It's ok to reward yourself.
Have a right out.
We deserve it.

Kata Irfan Khairi:
"Dengan tidak mengupah diri sendiri, ia akan mengurangkan tenaga dan semangat kita. Mengupah atau menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri terutamanya sesuatu yang menarik minat kita sendiri memberi kesan motivasi supaya terus berusaha!"

1 comment: