Thanks For Your Support

Wednesday, December 28, 2016

Back to School 2017 : Shopping Baju Canggih Damia Danisha



Back to School 2017.
Kali ni kali ke empat shopping baju sekolah dekat mall.

Tahun 2017 ni Damia darjah empat, dan Danisha darjah dua. Alhamdulillah dua-dua akan sekolah petang. So tak de la nak berperang setiap kali subuh tu nak kejutkan pergi sekolah.

Sekolah baru je seminggu cuti tapi kami decide untuk shopping kelengkapan sekolah awal la kali ni sebab tengah tak bersesak dengan orang ramai ni baik buat persiapan awal.




Hari ni hari jumaat. Dah hari ni adalah hari ketiga redah Maybank untuk tukar kad debit. 1st pergi kat Maybank Setia Alam, full. 

Next day ke Maybank Sungai Buloh, pun full. 

Then hari ni pagi-pagi terus ke Maybank Kepong. 

Padan muka diri sendiri kena tunggu lama sebab tak tau pun boleh tukar online kan. Dah siap kad baru tu, baru la tau yang boleh tukar kad kat maybank2u je.

Ok la, at least sambil tunggu no kat Maybank di panggil, sempat pulak tu tukar kad debit CIMB sekali. Kiranya CIMB nye sistem tukar kad lagi efficient dari Maybank sebab tak perlu tunggu lama walaupun orang boleh tahan ramai.

Masa nak tukar kad ni, Maybank officer tu tanya nak kad macam kad yang lama jugak ke? Then sal tanya ada gambar apa lagi. Terus officer maybank tu keluarkan tiga jenis kad. And i choose Manchester United Card. Hahahah saje je nak menyakat en Husband yang memang anti dengan Manchester United ni.

Dekat 3 jam jugak la baru siap urusan tukar kad Maybank ni. CIMB just amik masa half an hour je. Kira sempat lari ke CIMB sebelum no Maybank di panggil. 12.30 terus teman husband ke Masjid Desa Jaya untuk solat jumaat. After solat jumaat dah plan nak bawa Damia Danisha Danish beli baju sekolah awal-awal sementara tak ramai orang lagi kat mall di minggu pertama cuti sekolah ni.


Tau tak?
Head to toe yang Nur Damia Shafiqa pakai ni semuanya mama punya. Sampaikan Premium Beautiful mama pun kakak dah muat pakai. Untung la anak, senang nak pilih baju termasuklah baju dalam sebab semua boleh sapu mama punya :D

Lepas ni tau dah kalau hilang nak cari kat mana. Cari Damia je sebab dia je yang suka sangat pakai baju luar dan dalam mama.



Hari ni pilih untuk shopping baju sekolah Canggih lah sangat kat AU Setiawangsa. Kasut Hello Kitty kat belakang tu Danisha punya. Bukan main nak ber Hello Kitty kali ni. Rasanya sebelum cuti sekolah hari tu ada beli sepasang kasut baru. So kali ni beli sepasang je la dulu sebab dah ada backup kasut yang still ok lagi kat rumah tu.



Untuk Danisha mama rasa adik kena pakai baju kurung canggih size 13. Kita beli tiga helai la sebab untuk pakai tiga hari. Lagi dua hari kan ada PJK so dua hari tu pakai baju sukan sekolah.



Tudung pun amik yang Canggih punya lah sebab kain dia best. Beli tudung canggih dua dan ada lagi dua helai baru beli kat pasaraya area rumah minggu lepas. So total tudung baru adik kali ni ada empat helai terus. Kalau hari-hari tanya jugak kat mama mana letak tudung siap lah.



Nanti balik mama jahit yang bawah dagu ni kasi ngam-ngam pakai tanpa pin.



Damia pun nak jugak tudung Canggih. Tapi Damia punya yang style mama pakai pergi sekolah dulu. Style berlapis tu.


Tudung Damia mama beli tiga pasang je sebab kat rumah ada dua pasanog yang elok lagi. So satu hari pakai satu tudung. Lagipun senang bila sehari sepasang.


Kakak punya tudung pun nak kena jahit bawah dagu ni.



Muhammad pun nak jugak baju sekolah. Muhammad punya kena beli kat sekolah la dear. 



Damia pakai size 13.5 and 14 untuk baju kurung Canggih lah sangat ni.




Beli lupa nak tengok harga. Sekali dah balik pengsan tengok sehelai baju kurung je tak masuk kain lagi dah cecah RM35


Rasanya murah lagi kalau beli kat website Canggih ni sendiri.



 Harga sehelai baju kurung tanpa kain cap Canggih. Kalau beli kat kedai area rumah ni mau dapat baju kain dan tudung sekali rasanya.


 Canggih for busy mama and papa. Haa sesuai la sangat untuk mama n ayah.


Kain sekolah pilihan dari dulu sampai sekarang.


 Untuk kain diorg sal memang akan pilih brand Jusco ni - Alpha Kids sebab dia tak de cangkuk and fully getah. Getah dia pun memang jenis tegap n tak kembang.


Ni price tudung canggih. Canggih ni yang sal suka sebab senang nak iron (Macam la aok tu iron sangat baju sekolah budak) :D

.

.
.
.
.
.

NEXT 



Sambung memburu bag sekolah kat Mitsui pulak

Kat mana MITSUI ni ye? Dengar macam nama Jepun. Tak kan kat Jepun kot.

Hahaa tu dulu la masa mula-mula sal dengat nama Mitsui tu. Rupanya lokasi Mitsui ni kat Sepang je. Dekat sangat dah dengan KLIA.









Kecik kecik dah ada dream. Muhammad Danish Shafiq suh ayah beli moto Ducati. Pengsan.











 Ni yang tak gemar ni. Lepas bayar, depan kedai ni jugak diorang nak pakai segala yang baru beli.





Muhammad Danish Shafiq dapat kasut Superman. Nak beli kasut ayah, last last terbeli dua kasut Muhammad sekali. Tak beli rasa nyesal pulak nanti.



Dengan bag pun dia terus nak pakai time tu jugak.



Penat la konon.







 Ngade tau anak ngan ayah ni, Dedua nak kasut Puma Hitam.





  



 Bag sekolah saje je nak suh amik warna terang sebab nanti mama dah boleh nampak dari jauh.



Koleksi Puma shoes Muhammad Danish Shafiq.



Penuh Bonet. After jumpa kasut and bag puma kat Mitsui terus ke Stokis Klang untuk beli siap-siap minyak hitam JTX Gold AND MERAH sebab esok nak service minyak hitam dah untuk preparation sebelum ke Utara.







Perkara yang paling boring bagi orang perempuan 👉🏼 Shopping tayar... Kalau shopping baju ke kasut ke handbag ke best la jugak kan 😜
.
.
Minggu depan nak ke Utara dah. Dan memandangkan sekarang musim hujan, terus tukar tayar potong air je suami kata.... Ntah la, potong angin ke potong air ke, semua hakak tak tau... Tau masuk kete keluar kete je.



Uol kalau tercari cari agent yang jual minyak JTX 1000 Gold boleh je cari sal jugakye. Selain jadi Ratu Premium Beautiful, sal jugak antara authorized agent minyak JTX. Sekali cuba gerenti tak nak yang lain dah. Contact 011-2372 7729



Tuesday, December 20, 2016

Premium Beautiful Expert In Taiping, Perak






Bagi chance kakak berwhatsapp dengan kawan dia.



Muhammad Danish Shafiq memang suka tengok orang menyapu, mengemop lantai. Dan macam mando dah pulak.



Bersungguhkan Muhammad tu tengok petugas PLUS bertugas.


Ni dia datang sebab kami kata tangan kakak ada ulat. So cepat-cepat Muhammad Datang nak jadi penyelamat la konon. Tergelak Danisha tengok ragam adik hero dia sorang ni.



Alhamdulillah licin nasi lemak sorang dua bungkus, sandwich, kacang rebus dan air panas kat sini jugak. Ni kat kawasan rehat Slim River rasanya. Tempat keramat yang suka amik gambar kami tanpa sempat kami nak posing buat peace ke apa tau. Tau-tau ada flash camera je. Hahaa. Apa nak buat, manusia mudah lupa. Lupa pulak nak slow down lepas kenyang makan kan. Tu yang laju je kaki tekan minyak. Nak kata laju tak de la laju mana pun, Lebih 0.3 km/j aje pun.




Rasa sekejap je dah sampai Bandar Taiping. Tak dan panas buntuts dah sampai. Kami bertolah kul 9.15 dari rumah. Pukul 12 dah sampai ke Taiping so dan la en suami solat jumat kat Masjid Bandar Taiping yang betul-betul depan Hotel Legend Inn ni.



Setengah jam duduk dalam kete, sal ajak Damia Danisha Danish turun. Try check in awal. Normal check in pukul 3. Tapi alhamdulillah kami dapat check in pukul 1.30. Thank u Legend Inn Taiping for your great service.


Masuk bilik hotel confirm wajib posing dulu. 
Jakun ke? Lantak la hangpa nak kata apa. Ni la kenangan kami nanti bertahun-tahun akan datang. Kenangan masa kecik n masa muda ni la nak kena banyakkan ada. Manusia mudah lupa, jadi bila ada kenangan dalam bentuk visual, kita akan lebih mudah untuk ingat.

Masa ni en husband tak habis solat jumaat lagi. So kami minta tolong meja kecik hotel tolong amikkan gambar. Hehe.



Anak-anak dah lapar sebab sekarang dah nak pukul 3 petang. Kami makan kat hentian Slim River tadi pukul 10 lebih cam tu la. 

Memandangkan mama ada appointment kat coffee house Legend In Taiping ni, jadi kita order dulu makanan untuk Damia Danisha n Danish yang dah kelaparan nak makan. Danisha tu bukan boleh lapar, lapar kang dia mengamuk Kalah Incredible Hulk.

Yang bestnya makan kat Hotel Legend Inn Taiping ni Murah tau. Macam makan kat restaurant yang biasa ada kat KL tu je. Kira ok la kalau lemonade pun harga RM3.50 Secawan besar kan. Mee Goreng pun RM8.90 je...Murah kan... So kalau uol ada ke Taiping and tak sure nak makan kat mana, or maybe nak tempat makan yang selesa dan boleh tahan la rasa dia kan, uol boleh la makan kat Hotel Legend Inn Taiping ni.

TEH TARIK dia sedap bak hang. Try la Teh Tarik Hotel Legend Inn Taiping ni ;)



 Date dengan Premium Beautiful buyer yang bertugas sebagai Nurse cantik di KPJ Taiping.


Premium Beautiful expert bila bersembang bab PB Corset memang akan terlupa daratan kejap. Alhamdulillah happy sangat bila pelanggan puas hati pakai PB. Sambil pakai, kita share je cara untuk jana at least RM5,000 sebulan sebab rasa bersalah pulak bila tak share kan sepenuh hati macam mana sal and team boleh bersara awal dan jadikan Premium Beautiful ni sebagai income utama keluarga kami.




 Ayu aje kan adik nurse ni. Anak dah dua ok. Tapi body memang cantik kemas terletak. Confident je pakai uniform kerja bila lemak tersusun rapi.

Orang-orang Taiping yang teringin nak pakai Premium Beautiful habaq mai na. Nanti kita deal sampai jadi. Dan sal boleh rekemen kan PB Expert bertauliah di area Utara ni. Biar pakai selesa beli dapat service dari agent yang bertauliah.



Lepas selesai appointment terus angkat kaki keluar Legend Inn Taiping untuk ke Kuala Sepetang. Biasa la kan, kaki Jalan Jalan Cari Makan ni memang akan cuba viral foods yang dicadangkan oleh orang ramai,


 Lokasi pilihan Jalan Jalan Cari Makan hari ni adalah di Restoren MEE UDANG MAK JAH. Kat Kuala Sepetang ni memang banyak sangat kedai mee udang. Mak jah ada, mak teh ada, mak mah tak pasti :)

Dasyat gerai Mak Jah Mee Udang ni sebab siap pakai RELA lagi untuk control traffic.

Alhamdulillah parking senang dapat hari ni. Dan orang tak ramai pun lagi sebab hari ni hari jumaat kot kan so tak ramai lagi yang datang ke area Taiping ni. 

Dari Hotel Legend Inn Taiping ke Kuala Sepetang ni amik masa dalam 20 minit je. Tak tau jalan, waze or google maps aje la sebab in shaa Allah confirm jumpa.


Sal order semangkuk Mee Udang Mak Jah yang biasa dan sebiji air kelapa muda. Biar sejuk sikit badan minum air kelapa di musim panas hari ni. Harga Mee Udang Mak Jah ni semangkuk RM9.85 macam tu la.

Sal tak makan seafood dah sekarang ni, tu yang amik Mee Udang biasa je. Biasa-biasa pun udang tu adalah dalam 6 ke 7 ketul ekor.



Dari dalam kereta tadi, lebih kurang lagi 5 minit nak sampai Muhammad Danish Shafiq tidur dengan lenanya. Alhamdulillah sangat sebab boleh la mama ayah makan dengan penuh nikmat Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ni.



Kalau uol nak tau sedap ke tak mee udang ni, bagi sal ok aje la. Yang buatkan dia special sebab kuah dia. Mee dia biasa je. Kalau mee tu adalah mee yang di buat sendiri in shaa Allah confirm lagi menarik. Macam mee tarik warisan asli tu kan, kan dia guna mee yang tarik sendiri. Macam mee udang ni, kuah di aje la sedap and tarikan dia adalah BRANDING MEE UDANG MAK JAH ni sendiri. Power kan penangan viral ni.



Apa pun, kalau uol tercari-cari tempat makan best di area Taiping, boleh la luangkan masa ke Restoren Mee Udang Mak Jah ni. Don't worry, mee udang dia bukan self service tapi ada yang akan datang ke meja untuk amik order. Cuma kalau tetiba lepas 1st order tu uol nak add on any menu or air ke, maybe air or makanan tu tak kan sampai ke meja... Maafkan je mereka... Tempat makan besar dan Orang ramai kan ;)



 Damia tak makan mee. Dia hidup kuah je. So tu memang petanda kuah mee udang ni aje la yang membuka selera.


Lepas makan mee udang mak jah kuala sepetang,  tak tau nak pergi mana. Terlalu pulak kat jalan yang ada signboard besar KOTA NGAH IBRAHIM jadi sal pun minta husband tolong tengok kan apa yang best nye Kota Ngah Ibrahim ni. Sejarah masa sekolah memang A sokmo. Tapi tu la, manusia mudah lupa kan. Nak pulak dah tiga kali beranak ni habis semua nama-nama peninggalan sejarah dilupakan sampaikan nama besar  Ngah Ibrahim ni pun sal tak boleh nak ingat siapa.

Waktu melawat masuk ke Kota Ngah Ibrahim atau Muzium Matang ni sampai pukul 5 petang je setiap hari. So uol yang teringin nak masuk muzium Kota Ngah Ibrahim ni datang before Five ye. Masuk ke Muzium Matang ni adalah FREE je. Bawa la diri or anak-anak topup knowledge tentang sejarah hebat warisan Melayu kita di zaman kegemilangan dulu kala.

Kota Ngah Ibrahim ni memang sebelah Kuala Sepetang je. So lepas makan Mee Udang boleh la bakar energy berjalan ke rumah besar penuh sejarah ni. Best pulak sesekali bila tau sejarah Negara.

Banyak pengajaran kita boleh jadi kan moral of the story.



 Bergambar depan pagar pun jadi lah :D


 In shaa Allah esok after walimatulurus selesai di Kampung Boyan Taiping, kita datang lagi ye. Nak kena masuk juga Muzium Matang ni. Tak puas hati selagi tak tau siapa gerangan NGAH IBRAHIM ni di tanah Taiping ni.


Without history, there would be no future.



 After that kami solat maghrib di surau area Zoo Taiping then baru ke Arrayyan gusesthouse di Kampung Boyan Taiping ni untuk berkumpul with others family untuk sama-sama ke rumah pengantin perempuan untuk makan malam sama-sama.





 In shaa Allah esok pagi akan berlangsung majlis akad nikah dan persandingan my cousin Tuan Haji Safwan Sulaiman dan pasangan.




 Budak- budak memang happy la dapat jumpa geng.


 Konon nak buat mannequin challenge la.

 Sampai Legend In terus lena.




Singgah bergambar kat trademark Taiping ni. 








After majlis persandingan Safwan dan Yana kami datang semula ke Muzium Matang ni. Nak juga tu tau apa kisah Bukit Lrut, Biji Timah, Kota Ngah Ibrahim, Perang Larut dan sebagainya. Seronok lagi belajar sejarah macam ni dari baca buku sejarah je masa sekolah dulu.





Kuali untuk mendulang biji timah.


Basikal yang digunakan oleh pelombong biji timah di Bukit Larut.


Ni gambaran semula tempat pelombong  melepaskan lelah setelah penat melombong. Kiranya macam kedai kopi diorang la masa tu.













































Ruang pejabat.


Ni la dia Che Ngah Ibrahim


Corak pembelajaran.


Mahkamah














Kat luar Muzium ni ada jual air tin kat machine. Kalau haus senang la nak beli untuk hilangkan dahaga. Harga pun murah je RM1.60 satu tin.



Best pulak bila dah tahu sejarah Ngah Ibrahim ni. Rupanya Ngah Ibrahim memang orang paling berpengaruh di Bukit Larut Taiping ni yang mana beliau merupakan orang pertama yang jumpa biji timah kat sini. Kaya nya Ngah Ibrahim ni melebihi kekayaan Sultan pada masa tu.
 Dan dari terjumpanya biji timah ni la  maka tanah melayu ni mula ada kemasukan orang-orang dari Cina yang waktu tu berkerja sebagai pelombong. Dan sekarang terbalik dah, majoriti Chinese jadi tokey and orang kita berkerja untuk chinese. Moral of the story, Jangan pernah rasa selesa dengan apa yang ada.


Kenapa bonzai jugak yang mesti dijadikan background untuk ku bergambar. Huhh. Tau la sama :D

Geng The Gunners la sangat kan.
Baju anak-anak yang merah Fly Emirates ni terpaksa beli masa ada warehouse sales kat Shah Alam awal bulan tu. Nak samakan dengan ayah la tu.



Moral of the story:
Orang kaya, orang miskin, orang muda, orang tua, semua akan pergi dan tinggalkan segala yang ada di dunia. Yang di bawa hanya lah amalan kita. Jadikan kekayaan alat untuk menghubungkan kita ke akhirat. Sebab yang ada di dunia ni bukan kita punya, bukan Ahmad Albab yang punya, tapi sesungguhnya Allah yang punya.