Alhamdulillah hari ni permulaan CUTI SEKOLAH sesi 2015. Orang yang paling happy bukan la Damia Dan Danisha tapi Mama kepada Damia n Danisha adalah orang yang paling bahagia sekali bila tiba cuti sekolah.. Hahaa... Sebab nye cabaran nak siapkan diorg ke sekolah hanya ibu-ibu yang dah melaluinya sahaja yang akan faham apa yang sal maksudkan.
Sepanjang cuti ni, setiap pagi kami akan hantar Damia dan danisha ke kelas Talaqqi di Pusat Bimbingan Rehal. So kalau uol tercari-cari pusat bimbingan yang sistematik mengajar panduan mengaji dengan betul, anda boleh ke laman web www.rehal.edu.my untuk maklumat lanjut.
Pagi ni 1st time Damia n Danisha akan di hantar ke Kelas Bimbingan Al-Quran ni jadi mama pilih baju yang dah siap-siap dobi gosok aje la senang.
Tengah mama pulak bersiap, diorang dah siap pilih bag untuk di bawa. Tengok-tengok bag Premium Beautiful Emas tu jugak yang jadi pilihan Damia n Danisha untuk ke kelas Talaqqi.
Seronok nampak gayanya diorg nak pergi mengaji.
Adik ngaji kat luar. Damia ngaji kat dalam. En suami yang temankan anak-anak mengaji. Sal and Muhammad stay dalam kereta layan Magic English.
Ustaz yang mengajar hari ni.
Hujan rahmat masa Damia n Danisha habis mengaji.
Muka orang dah biasa amik darah.
Hari ni sal kena amik darah kat HUKM untuk proses follow up masalah kesihatan lama di klinik endokrin 2. Lama sangat dah tak datang checkup kat HUKM sebab sejak berniaga sal akan refer di private hospital je. Tapi kali ni nak jugak dapatkan semula khidmat rundingan dari pakar HUKM tentang kesihatan sal. Walau masalah kesihatan tu dah lama kembali normal, tapi sal tetap jugak nak rujuk HUKM untuk pengesahan. Empat bulan tunggu untuk dapatkan tarikh appointment hehee so sempat la 3-4 kali checkup dengan private hospital.
Dah bertahun tak buat rujukan kat sini. Dah macam-macam perubahan ada kat HUKM ni. Service makin bertambah baik. Rasanya almost staff kat sini senyum dan bercakap dengan penuh santun.
Now nak ke area Titiwangsa pulak untuk meet up my business partner. Balik dari HUKM memang akan lalu sini. Oh sekolah ku... Teringat kenangan-kenangan sepanjang lima tahun menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras ni.
Happy sangat bila dapat follow Business Partner bekerja. Hari ni berkerjasama dengan my Protege yang rajin ni, Puan Hasikin Ali.
Sharing is caring.
Di era currency RM merudum ni, semua orang terpaksa ambil peluang untuk buat side income. Tapi dalam mencari peluang, uol kena smart dalam memilih peluang yang terbaik. Pastikan sekiranya uol nak mulakan perniagaan tanpa pernah ada basic berniaga, 1st of all decide untuk pilih business yang ada transaction jual beli product yang aktif. Agak kurang cerdik sekiranya kita terus decide untuk buat bisnez yang keluar modal tapi tak mementingkan JUALAN. Kerana nadi perniagaan yang berterusan adalah ada nya jualan product yang konsisten setiap bulan.
Jangan pilih business yang hanya jual plan. Menjerat diri sendiri kalau kita nak kaya cepat tanpa kita sendiri faham nilai product dan sasaran pelanggan dari business tersebut.
Tu antara tips pilihan perniagaan untuk anda yang masih tercari cari peluang untuk tambah pendapatan. Paling terbaik, pilih peluang perniagaan yang buatkan anda mudah berkomunikasi dengan mentor-mentor perniagaan yang dah terbukti berjaya.
Nak lebih banyak tips?
Boleh set appointment dengan sal untuk sal kongsikan tips bagaimana dalam masa dua tahun berniaga sal dan suami boleh bebas masa bekerja dan bebas dari bebanan hutang lapuk! Serius tak best bila life penuh dengan hutang. Rasa nak hantuk kepala kat dinding selagi tak settle hutang. Tapi Alhamdulillah dengan kesabaran dan berterusan usaha dalam perniagaan, masalah hutang satu persatu akan dapat diselesaikan.
Kena faham ye adik-adik sekelian, nak bebas hutang dan nak dapat hidup senang ni bukan la kita boleh capai dalam sebulan dua.. Tapi perlukan at leasr 2-3 tahun untuk kita keluar dari tekanan kewangan dan in shaa Allah after that rasa macam nak terbang bebas ke mana mana sahaja bila segala hutang yang difikirkan tak mampu diselesaikan akhirnya lupus satu demi satu hasil dari tuaian dalam perniagaan.
Heading to Seri Kembangan pulak. Let's meet up and fitting Premium Beautiful pada orang Seri Kembangan.
Selfie dalam Smart Tunnel menghala ke Sungai Besi.
Walau sibuk kerja macam mana sekalipun, sal akan pastikan ada masa terluang untuk anak-anak pun bersantai dengan aktiviti yang buatkan diorg happy. Jadi after a few appointment, sal decide bawa diorang mandi kat pool free atas The Mines Shopping Mall ni.
Kelebihan bila datang sini time hari berkerja.
Bukan tak ramai orang lagi dah tapi terus tak ada orang...Yuhuuuu so splash pool ni kami yang punya.
Durian Puff at The Mines.
Sedap sangat durian puff ni. Ada 6 ketul RM10.60 lepas mandi confirm lapar kan. Sebelum tu kami anak beranak dah pergi makan kat food court The Mines ni. Makan yong tau foo, nasi asam pedas, dan nasi goreng ikan. Total makan kat food court je dah RM70.00
Kat food court ni setakat nak alas lerut boleh la. Tapi kalau nak makan puas dan sedap dengan price yang macam tu memang sal rasa better uol pergi makan pizza ke atau old town white coffee dalam The Mines tu.
Kat food court The Mines tu Yong Tau Foo dan Teh Tarik dia memang sedap sangat. Tujuan masuk sini sebab nak makan yong tau foo je tapi lepas tu jadi rambang mata pulak nak makan nasi bagai.
There's no way to be a perfect mother, but a million ways to be a good one.
No comments:
Post a Comment