Alhamdulillah surprise menjadi!
First time celebrate birthday husband macam ni...love u sayang...Thank You jadi suami, ayah n sahabat terbaik buat kami sekeluarga
😘
Ayat en hubby yang paling kelakar sebelum keluar rumah tadi "kenapa nak jumpa client pakai macam ni...tak sesuai langsung...macam nak pegi kenduri kawin je.."
Hahahahaa...ok sekarang faham kan, memang saya bukan nak pergi kenduri kawin, tapi pergi menghangatkan perkahwinan kita yang dah masuk tahun ke 9...doakan kami bahagia dunia akhirat.
Sorry sebab bohong cakap nak pergi appointment dengan client. Mesti ingat saya nak pergi appointement dengan Datin mana la kan sampai pakai baju chiffon pink ni...hehee. Best pulak bila rancangan yang baru je plan pagi tadi dah berjaya dilakukan. Siap mama pesan kat Damia n Danisha "shhhhhh jangan bagi tau ayah tau kita nak pegi sambut birthday ayah malam ni"
Penyimpan mohor besar mama. Damia n Danisha thank u..muah ciked.
Ni deco dalam Flora Kafe Ampwalk
Service Flora Kafe ni memang terbaik.
Highly recommended untuk uol yang tercari-cari kat mana tempat yang sesuai nak candle light dinner or celebrate birthday family yang lain. Tapi kena deal awal sebelum datang dengan person incharge.
Asam Pedas Sedap. Nak repeat makan sini lagi.
Daging masak kicap.
Lauk pauk Flora Kafe ni memang sedap especially asam pedas tu.
Berbaloi la harga dengan service yang di beri. Almost RM200 untuk dua dewasa dua kanak-kanak. Budak bukan makan sangat pun kan so memang kalau uol nak amik pakej macam sal ni, amik yang pakej berdua je. Sebab untuk budak just tambah nasi je.
Alhamdulillah licin kami makan.
Sedap tau lauk kampung flora kafe ni.
My happy family.
Muhammad Danish Shafiq je kena tinggal jap dengan maktok. Tq mak, tolong jaga Muhammad. Masa makan ni punye la fikir, kalau la bawa Muhammad ni mau habis semua alas meja dan bunga-bunga di tarik nye...Dan terfikir jugak, kalau nak celebrate birthday kat sini memang best sebab semua dah tersedia n tempat pun cantik cuma untuk buat dengan anak-anak kecik yang tengah pandai meneroka dunia rasanye tak berapa sesuai celebrate kat tempat macam ni.
Nak bina masjid memang senang. Tapi nak kekalkan harmoni dan bahagia dalam rumah tangga tu yang penuh cabaran. Biasa lah, iblis tu kan Jahat! Benda yang halal semua dia nak hasut supaya nampak tak best, tak menarik, tak cantik, tak baik..senang kata perangai setan ni memang keje dia leraikan mana yang positif jadi negetive. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan kebahagiaan buat kita semua dunia akhirat. In shaa Allah Amiin.
Kek ni free je Flora Kafe include dalam package. Ok la untuk yang tak berapa rajin nak renyah renyah macam sal ni sesuai sangat amik pakej ni sebab kek pun dah siap ada dah.
Happy birthday sayang!
Yang ke??? Heeee...
Sal n husband beza 7 tahun. Mean masa husband darjah 1, sal baru je tengok dunia. Alhamdulillah rezeki dapat jodoh dengan suami yang matang jadi memang jarang sangat lah kami gado besar ;D
Reservation couple
PAKEJ ROMANTIC CANDLE LIGHT DINNER di Flora kafe ampwalk ada 2 pilihan makanan.
Pilhan pertama adalah -
set makanan barat
* Rojak buah (starter) sharing berdua.
* (maincourse) pilih salah satu diantara berikut : fish n chip / chicken chop / bolognese /carbonara / seafood aglio olio.
* bubur manis eg.pengat pisang (dessert)
* cake diberi PERCUMA!
* air sirap FREE FLOW!
* harga RM192.50 untuk berdua(2).
Pilihan kedua adalah -
set masakan kampung
Menunya adalah spt berikut:-
- Nasi putih dihidang bersama lauk-pauk spt Asam pedas ikan jenahak,Daging masak kicap,Ayam goreng berempah,Sambal udang dan Kailan ikan masin (kesemua hidangan lauk-pauk ini akan dihidang diatas meja anda serentak).
* bubur manis eg.pengat pisang (dessert)
* cake diberi PERCUMA!
* air sirap FREE FLOW!
* harga RM192.50 untuk berdua(2).
Meja makan anda akan dihiasi dengan LILIN,GUBAHAN BUNGA & ALAS MEJA
(Standard set up table decoration)
Sila rujuk pada gambar untuk contoh menu hidangan,hiasan meja makan dan juga saiz kek yg kami sediakan.
Sila nyatakan pilihan makanan anda.
Caj RM70 extra untuk hiasan belon helium seperti dalam gambar.
Uol boleh contact this person yang incharge booking untuk Flora Kafe ni and yang sangat pantas memberi respond pada client. Good service Mr Azizi...
017-319 0203
Ops! Tu rate harga masa sebelum GST dilaksanakan ye. New price sal tak pasti berapa Flora Kafe charge. uol boleh whatsapp or call terus no fon yang tulis tu.
No comments:
Post a Comment