Thanks For Your Support

Sunday, August 9, 2015

Best nye Jumpa Vivy Yusof at Fashion Valet Raya Open House

Hari ni dapat jemputan exclusive ke Fashion Valet Raya Open House.
Tak sabar nak jumpa owner blog femes http://www.proudduck.com/ aka Managing Director of DuckScarves and Fashion Valet.

Sementara tunggu Safriza yang berdarah manis tu sampai ke lobby KLGCC ni let's selfie first. Jenuh fikir nak pakai baju apa tadi sebab banyak baju yang dah bergosok dah di pakai. Nak gosok sendiri memang wasalam je la jawabnye. Lepas minta pendapat en PA aka my hubby, dia cakap better pakai yellow dress ni la. "Baju mahal jangan perap dalam almari" en husband kata, kena selalu pakai tak kisah la berapa kali event pun...huhuu baik en hubby. 

Tak sempat nak selfish banyak-banyak saf dah sampai. So jom terus naik lift ke tingkat satu. Malas sungguh aok ye puan sal..Tingkat satu pun nak naik lift..naik tangga kan elok untuk kesihatan. Hehee lepas makan nanti la kita guna tangga ye. Moh kite jumpa Vivy Yusof. 


With the lovely ever Vivy Yusof. Thank you for having us at Fashion Valet Raya Open House. Great food, Great crowd and great spirit. It was our pleasure to meet u Vivy. 

Akak payung la sekeping gambar full version with Vivy Yusof ni. Cantik jelita orang nye. Omputih kata pretty with brain. Memang tak sombong dan tak nampak sombong langsung. 

Dynas Mokhtar pun ada. Tinggi lampai orang nye. Tu dynas tak pakai heels tu. Sal yang pakai heels 4 inch pun still rendah lagi. Terasa rendah sungguh berada di sebelah orang yang tinggi dan sangat femes ni :D

 Sampai je kat Banquet Hall KLGCC ni sal terus ke section desert ni. Hahaa suka makan yang warna warni ni dulu before merasa makanan berat yang lain. 

 Memang tekak melayu sungguh. Walhal selalu je dapat kuih ni kan. Dah tu dah kenapa nak jugak amik yang ni dulu..hehee.. Tapi sedap tau kuih muih ni.

 Tak habis habis dengan tart nenas. Hehe memang favret sal tart nenas ni. Asal pergi beraya kat mana-mana mesti sal akan cari tart nenas dulu.


 Dah habis makan dessert baru la amik kambing golek, sup kambing, dimsum, char kuey teow dan satay.

 Sedap nye all the foods. Thanks Vivy for the great food. Alhamdulillah rezeki dapat makan makanan yang special hari ni.

 With owner @sluoandskeq The Wirdawina.



 Thank you saf teman kak sal lunch di KLGCC di hari isnin yang berbahagia ni. Pelik pulak rasa bila ada open house hari isnin kan sebab selalunye hari isnin hari orang berkerja. So tak pe la, kita anggap je kita tengah kerja ye...kerjanye adalah makan dan sembang petang.

OOTD la sangat.

Cantik si darah manis.

 Ni gambar dari fon husband. Masa mama lunch kat banquet hall KLGCC, Triple D ni teman ayah lunch kat cafe KLGCC. Husband kata not bad price buffet kat sini coz satu kepala RM20 je and the foods pun sedap sampai Damia Danisha Danish menambah nasi.

 Masa mama tengah makan kat atas, nampak en hubby sent gambar ni. Terus gelak kat situ jugak sebab cute sangat. Pandai pulak diorg bertiga posing.

Gyomi ke ni.. Hehee so cute la lil sweetheart mama ni. Alhamdulillah.

 Seperti yang dijanjikan, mama belanja icre cream magnum. Huhuu minta maaf ye kakak-kakak KLGCC yang kena lap kesan tumpahan ice cream Danish tu kat lantai.

 Suka la tu dapat makan magnum. Ni pun aunty Vivy Yusof yang belanja.



Thank you Vivy, Thank You Fashion Valet and special thanks to Ayana.My sebab sudi invite sal ke majlis open house Fashion Valet.


Nak share sikit tentang Ayana.My ni

AYANA is a label designed exclusively for Muslimah women who wish to appear classy but modest at the same time. They offer trendy and affordable wear for women including nursing mothers who want practicality in their everyday wear without compromising style. So sesuai sangat la baju Ready To Wear (RTW) ni untuk uol yang menyusukan baby and in the same time nak tampil bergaya dengan fashion baju peplum dan kurung moden ni. Boleh visit Instagram Ayana.My untuk pilih mana-mana design yang uol berkenan.


After that bertapa kat Secret Recipe Selayang Mall sementara tunggu sesi class TLC malam ni bermula.

 Siang hari tadi dah kenyang berkambing golek, malam ni kena jadi speaker pula untuk share kan tentang business plan perniagaan 1 Tahun. Inshaa Allah plan business ni memang doable sangat untuk sesiapa yang teringin nak berniaga tapi tak tau nak berniaga apa. Sebab dengan pelan perniagaan satu tahun ni, dalam masa setahun je uol dah boleh dapat semula 100% modal dan 200% untung bersih dari jualan premium beautiful sahaja. Market Premium Beautiful memang tak kan putus in shaa Allah. Pasaran luas! Seluas rezeki yang Allah dah janjikan untuk sesiapa saja yang tak putus asa dalam usaha. But makesure, berniaga perlu ada ilmu...berniaga perlu berguru ;)

Majlis ilmu takkan sempurna tanpa perkongsian semangat dari our top sifu CDM Salha Mohd Zain.

Wajah-wajah ceria di hari pertama class selepas sebulan berehat di bulan Ramadhan yang lalu. Rasa full energy terus bila minda dan semangat di charge semula di majlis ilmu.

Terima kasih untuk semua business partner kak sal yang hadir malam ni. Pengorbanan anda untuk sampai ke majlis ilmu di hari isnin ni memang sangat kak sal kagumi. In shaa Allah teruskan perjuangan dengan ilmu yang ada untuk kita sama-sama kongsikan pengalaman pada mereka di luar sana yang ingin merasa betapa bertuahnye bila mula bebas masa dan bebas berbelanja.


Stay at home mama / work from home mama
Salleha Roslan
011-1631 1641








1 comment:

  1. Salam k sal,
    So adorable cerita k sal!
    Tumpang tanya how to get invited to gv 's event yea?nmpk menarik☺️

    ReplyDelete