Thanks For Your Support

Monday, July 6, 2015

My Hypertyroid Journey


Alhamdulillah lama dah masalah tairod tak muncul dalam hidup sal. 
Sal positif tairod dari tahun 2006 lagi. Masa tu doctor bius HUKM detect sebelum nak buat operation untuk tonsil. Then operation tonsil cancel due to high palpitation coz doctor bius pun tak berani nak bius takut effect jantung yang tengah dalam keadaan laju n tak stabil.

Masalah tairod sal berterusan sampai 2011. Doctor ada advice jugak untuk amik Radio Iodine untuk pecahkan bengkak tairod. Tapi sal tak nak sebab bila dengar explanation dari doctor yang kebarangkalian untuk ada masalah masa next pregnant mungkin ada. So sal decide untuk tak nak amik dulu sebab ada instinct yang after this mesti akan ada baby lagi dan memang betul lepas beberapa bulan sal refuse untuk amik Radio Iodine tu sal pregnant anak kedua pada tahun 2009.

Kenapa tak nak amik RAI tu?
Satu...sebab tak nak berpisah dengan Damia yang baru beberapa bulan masa tu. RAI ni bila kita amik, ada beberapa tempoh masa yang kita akan di kuarantin dalam satu bilik khas. Masa tu kita diasingkan dari sesiapa sahaja. Tujuan dia supaya radioaktif dari ubat tu tak terkena pada orang lain yang normal tubuh badannye. Tak sanggup pulak rasa bila almost a week tak dapat jumpa anak.Sedih la. Huwaaa...Tak Mau.

Kedua...sebab risau risiko untuk next pregnancy.

Ketiga...sebab tak de duit masa tu...sekali RAI je charge dia dah starting ratus-ratus. Zaman tu RM 10 pun rasa besar sebab commitment melebihi pendapatan.

Dan kebelakangan ni simptom hyperthyroid tu sal mula rasa semula.
Paling ketara bila Jantung jadi laju sangat dan mudah rasa penat.
Sal pegi Klinik Bahiah di Saujana Utama untuk buat blood test untuk Thyroid panel dan result hormon tairod sal alhamdulillah NORMAL. Cuma yang memusykilkan adalah kenapa heartbeat laju, palpitation ada, gelisah, tapak tangan berpeluh, cepat letih dan kerap letih. Becoz of simtom ni ada, sal request Dr Bahiah untuk buat surat supaya sal boleh refer semula dengan HUKM.

The next day 24 June 2015 terus submit surat dari Dr Bahiah ke HUKM untuk dapatkan tarikh appointment dengan pakar endokrin HUKM. Tapi as always as usual la, memang nak dapatkan appointment dengan pakar perubatan HUKM take time. Dia bagi tempoh dalam 4 minggu untuk surat appointment sampai ke rumah. 

After submit referal letter ke HUKM, terus pergi Putra Medical Centre kat Rahman Putra Sungai Buloh (PMC) pulak. Nak buat check up kat PMC sama coz confirm cepat result kalau ke hospital swasta. Dan memang betul, tak sampai beberapa minit terus dapat jumpa doctor, kemudian malamnye dapat appointment dengan pakar perubatan endokrin PMC Dr Yazli. Appointment with Dr Yazli memang detail...dan alhamdulillah Dr pun kata my hormon is normal and the simptom tu adalah tanda-tanda nak jadi balik hyperthyroid.

Alhamdulillah kat facebook ada satu page "Tairod dan Anda" yang banyak membantu memberi info dan banyak sangat pengalaman mereka yang ada tairod. Dari page tairod dan anda tu pun sal banyak jugak dapat info tentang pantang larang pemakanan yang boleh dan tak boleh di ambil oleh pengidap thyroid ni.

Pantang paling utama untuk penghidap Hypertyroid ni adalah:
KUBIS
SOYA
SEAFOOD

Ya Allah tu semua my favret dari dulu. 
Bila nikmat sihat Allah tarik, baru kita tau betapa bernilainye nikmat sihat tu.

Nanti sal share kan apa yang sal amalkan untuk kurangkan dan control hormon tyroid ni ye. Tapi untuk uol semua, amalkan amik garlic ye. Tak kira la yang bakar ke, yang pil ke atau garlic juice sebab garlic memang bagus untuk pengidap thyroid dan yang ada risiko jantung. Selain tu, boleh amalkan minum Garam Buluh.

Allah sayang dengan kita...kalau tak mana mungkin dia uji kita dengan ujian kesihatan. Ujian yang di beri pulak adalah ujian yang DIA tahu kita mampu untuk lalui dengan tenang dan tabah. Sekiraanya kita redha dengan ujian yang Allah berikan, tak mustahil nikmat ganjaran kebahagiaan dunia dan akhirat yang akan kita terima. Bersabar la dengan ujian yang ada. Tu petanda Allah sangat sayangkan kita, Allah suka dengar rintihan kita meminta-minta padaNYA.

No comments:

Post a Comment