Thanks For Your Support

Thursday, July 16, 2015

Iftar at KL Tower with Top Leaders Circle CDM

This year punya Ramadhan rasa sangat sangat bermakna bila banyak sangat masa yang sal boleh luangkan bersama keluarga dan rakan-rakan. Alhamdulillah ada hikmahnye kenapa di awal berkerja sambil berniaga dulu sal terlalu sibuk sampai rasa penat yang boleh buatkan menangis. Sibuk kerja, sibuk dengan bisnez, sibuk dengan urusan anak-anak. Tapi segala pengorbanan dua ke tiga tahun lepas Alhamdulillah Allah dah ganti dengan nikmat bebas masa dan bebas berbelanja yang kami sekeluarga mula rasai. Alhamdulillah.......tak terluah dengan kata kata bertapa bersyukur nye dengan nikmat hidup yang Allah berikan. Dalam dugaan demi dugaan rupanye pasti terselit manisnya kehidupan. Dugaan buat kan kita makin bersyukur dan jauhi kufur.

Kalau uol tengok entry sal sepanjang Ramadhan ni mesti uol ingat sal selalu makan kat luar kan. Actually this year adalah tahun paling banyak sangat kami berbuka puasa sama-sama di rumah. Selesa berbuka dengan sejenis ikan dan sambal hitam sahaja. Rasa puas dah makan di luar jadi bulan ramadhan tahun ni memang kami lebihkan berbuka puasa di rumah dan boleh kira berapa kali sangat ke bazar ramadhan.

Cuma hari ni sengaja nak luangkan masa dengan rakan seperjuangan di TLC untuk berbuka puasa sama-sama di KL Tower. Sal tak pernah sampai sini walau dah berpuluh tahun duduk di Kuala Lumpur. Biasa la, orang dekat memang tak berapa teruja dengan apa yang ada berhampiran mereka, tapi bila jejakkan kaki ke KL Tower ni punya la excited kami anak beranak. Siap malam sebelum iftar kat sini sal n husband survey jalan nak ke menara Kuala Lumpur ni sebab nak elakkan jem petang esoknye. Bila dah tau jalan mana nak lalu, boleh la kami bajet masa pulak supaya sampai dalam keadaan yang tak tergesa-gesa.

 Alhamdulillah pukul 6.30 dah selamat sampai ke KL Tower.

Dapat partking pun dekat dengan main entrance KL Tower.

 Bagus sangat reception kat menara KL ni sebab dari pintu masuk sampai la ke atas menara ada je orang yang guide kita untuk ke arah mana.

 Let's follow.......nak naik atas dah.

 Sebelum tu bayar tiket entrance dulu. Satu kepala dewasa rasanya RM150 and kids rm68

OOTD hari ni dari Zawara. Elora dress for kids untuk Damia dan Danisha.  
Suka la Kakak dengan adik dapat pakai dress Zawara sama macam mama. Ikutkan baju ni beli sebelum puasa hari tu untuk di pakai raya tapi kalau dah ada depan mata tu memang terus pakai aje la. Hehee.

 Posing jap puas puas kat garden ni before naik KL Tower.

 En suami layankan aje. 

 ;D

 Thank you sayang. Selalu je ada dengan anak isteri tak kira masa. Alhamdulillah Allah pinjamkan husband terbaik untuk sal sepanjang hampir sepuluh tahun berumah tangga. 

 Sedondon dengan tema warna pink and grey. Pakaian kami tidak di taja oleh mana-mana organisasi. Ianya adalah sendirian berhad ;)




 Ready nak naik lift dengan ketinggian hampir 500 Meter dari permukaan bumi.

 Laju je lift bergerak. Tak dan nak panas punggung dah sampai.


 Gathering with CDMs
CDM izyan, CDM Salha dan CDM Nur Fadzliah...yang comel kat tepi tu CDM Fateh.

Bersama Chef Ismail yang merupakan Chef utama dan pemilik restaurant di atas KL Tower ni. Masakan Chef Ismail memang semua sedap! Berbaloi sangat makan kat atas ni dengan dihiasi pemandangan KL yang berlampu terang benderang.




 Happy sangat dapat iftar sama-sama satu family.

 Menu makanan kat sini terlampau banyak. Masakan ala kampung dengan pelbagai jenis lauk pauk dan ulam ulaman yang sangat-sangat membuka selera.

 My mentor enjoy their foods.

 Yang ni sedap sangat! Serawa durian dengan pulut.

 Didendangkan dengan ghazal untuk rabiah.

 Berborak borak sambil layan makanan. Non stop kami makan. Sampai orang lain dah balik tapi kami still lagi duduk tak bangun bangun dari kerusi.




 Cantik kan KL view.

 Bila sudah tinggi di awan, jangan lupa memandang bumi yang sering dipijak ;)

 Untuk capai ketinggian dalam hidup, lupakan je mereka yang sering merendah-rendahkan usaha kita kerana usaha yang tinggi pasti akan membuahkan hasil.


 Bersama insan-insan yang banyak mendorong untuk terus terbang tinggi.
Nak berjaya, selalu berdampingan dalam zon positif dan selalu la berdampingan dengan mereka yang dah terbukti berjaya. Hanya aura positif yang mampu menarik segala yang positif.

 I love TLC.
We are Premium Beautiful Top Agent.

 Nak balik dah. Dari pukul 6 sampai pukul 11 kat sini.
Balik sambung terawih.

Sekian, iftar untuk hari ni. Good place, Good foods, Great memories!

No comments:

Post a Comment