Ingat lima perkara sebelum lima perkara.
Simple je quotes tu tapi kesan dia luar biasa.
Setiap apa yang Allah izinkan berlaku sama ada baik atau buruk, memang ada hikmah nye. Yang baik adalah ujian, yang kurang baik jugak adalah ujian. Allah maha hebat bila DIA berkuasa mengizinkan kita merasa pelbagai rasa. Ada masa kita happy, seronok, teruja dan ada masa kita sedih, murung dan rasa kurang bermaya. Semua tu terjadi dengan izin Allah. Allah nak uji kita, Allah nak beri banyak mata pahala pada kita. Jadi, sepanjang masa biasakan berzikir ingat Allah. Opsss! Sal bukan ustazah. Dan sal pun masih belum sempurna. Cuma agak terpanggil untuk tulis entry ni untuk diri sendiri jugak yang tak terlepas dari pelbagai ujian.
Lately badan sal rasa kurang selesa, sampaikan tergerak hati nak ke HUKM untuk buat ujian semula berkaitan thyroid panel yang Sal dah diagnos ada since 2006. Dan alhamdulillah pada tahun 2011 my hormon dah jadi normal dan bengkak mula surut. Tapi bila lately ni jantung kerap laju dan berdebar debar, sal ke HUKM untuk buat check up. Tapi as we know bukan mudah nak dapat appointment dengan hospital bersubsidi coz my appointment with endokrin HUKM will be on November 2016. Lambat nyeeeee lagi..So 25 June tu jugak lepas submit surat refer HUKM sal terus ke Putra Medical Centre untuk jumpa pakar perubatan endokrin sana. Alhamdulillah tak sempat nak scroll facebook pun dah kena panggil masuk bilik doctor. Memang padan la harga dengan service dia, untuk consultation sahaja dia dah buka RM130 untuk kita...tak kisah la asalkan service tiptop dan jimat masa.
For the 1st result, My hormon memang normal. Doctor kata cantik sangat dah. Dan bengkak leher pun kecik je. Normal.
Then sal tak puas hati coz "KENAPA SAYA MASIH BERDEBAR DEBAR DAN TAK SELESA" kemudian doctor kata kita try check lagi 4 minggu dari sekarang. Tengok samada ujian darah tairod tu still normal atau akan ada perubahan hormon.
Sambil tu sal buat research tentang tairod ni. Sal buat bacaan dan tengok segala experience pesakit tairod. Bayangkan, dari 2006 sal hidap tairod, baru sekarang tergerak hati nak study tentang rawatan dan cara pencegahan tairod ni. Group TAIROD DAN ANDA di facebook banyak membantu sal tentang penyakit hypertyroid ni. Sal dulu jenis grave disease.
Simptom Grave Disease ni :
Jantung laju
Berdebar
Gelisah
Rasa nak marah
Murung
Mata terbonjol keluar
Muka cengkung
Badan melengkung
Sakit sendi
Agak sukar bernafas
Tangan berpeluh
Tangan menggeletar
Kuat tido.
Kuat makan tapi berat susah naik.
Bengkak leher.
Tu antara simtom masalah hypertyroid. Kalau hypo pulak, dia terbalik dari hyper tu.
Beza kan muka sakit dengan muka sihat?
Tudung hijau tu ketara nampak mata tersembul. Masa tu still hyper lagi. Yang baju pink tu alhamdulillah hormon mula stabil.
Masa 2006 tu macam biasa la doc mulakan dengan carbimazol, then sal pregnant doc tukar PTU. And sometimes sal amik propanolol untuk kurangkan jantung laju. But for Carbimazole n PTU sal selalu skip amik. Tapi uol jangan follow ye...sal tak matang lagi masa 2006 until 2011 tu, so sal memang jarang sangat amik ubat sebab takut bila dengar risiko makan ubat tyroid ni. Doctor suruh RAI pun sal skip. RAI tu sal tak buat sebab tak boleh nak pisah dengan anak. Konon nye seminggu tanpa anak nanti gundah gulana la hidup sal. Coz once amik RAI kita akan diasingkan dari manusia supaya kesan nuklear tu tak masuk dalam badan orang lain especially kanak-kanak yang tak berdosa tu ;)
And now syukur Alhamdulillah.....!!!! Semalam second appointment with endokrin doctor di PMC. And the result NORMAL dan doctor cakap bengkak pun actually tak de. Cuma sal request doctor to scan my neck sebab sal nak tau jugak apa yang ada kat leher coz sometime rasa tak selesa bila telan air liur. Dia tak sakit tapi tak selesa seakan akan ada something yang mengikut masa telan air liur tu.
Ni result darah untuk tairoid dan my kolestrol.
Alhamdulillah dua-dua ada perkembangan positif.
Untuk uol yang ada masalah hypertyroid, apa kata uol try sekali check paras kolestrol uol. Coz kita yang ada tairod ni kan jenis kuat makan dan suka belasah apa je sebab berat badan susah naik. So dalam dok bedal je segala foods yang ada, kita tak perasan paras kolestrol kita tinggi dan berada di paras membunuh. Huhuu scary nauzubillahiminzalik.
Sebab sal tergerak hati sebelum puasa tu nak check paras kolestrol. Ye la sebab doctor tairod kata my hormon was normal, so ni mesti ada something ni pada badan...sal boleh rasa sal ni high kolestrol adalah sebab:
Jantung rasa tak selesa.
Mengantuk tahap gaban.
Murung.
Tak bermaya.
Sakit sendi.
Dan.......memang betul sal very high kolestrol.
1st result darah 6.9
2nd result darah 7.2
ya Allah serius cuak kot masa tu. Sebab fikir kenapa makin naik???
Huhuhuu...tu dia "u are whay u eat"!!! Banyak sangat makan telur, daging, udang n seafood bagai...no wonder la berjaya ternak kolestrol dalam darah.
Baca tentang masalah kolestrol ni memang buat kan jiwa raga rasa nekad nak turunkan kolestrol ke paras normal semula. AKU NEKAD!!! hahaa tu dia, bila dah terjebak jadi usahawan ni, tak pasal-pasal nekad nak berubah ke arah yang lebih baik tu mudah je nak meresap.
Nak tau apa yang sal buat selama seminggu lepas sal check total kolestrol 7.2 tu? Untuk uol yang berimpian nak turunkan paras kolestrol tu, jom cuba follow sepenuh hati antara tips-tips berkesan yang sal buat. Alhamdulillah berkesan.
Sal amalkan pemakanan sihat. Makan ikut sunnah.
Rasul kita memang terbaik. bila mana segala sunnah kita ikut in shaa Allah membantu naik taraf kehidupan kita. Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Serius tak lalu makan kot bila kenang kan tahap kolestrol terlalu tinggi. Tapi sal motivate kan diri dengan baca kisah-kisah testimoni yang berjaya turunkan paras kolestrol mereka.
Antara yang disarankan adalah:
1) Kawal pemakanan...
Kurangkan atau lagi baik tak payah amik langsung dulu buat sementara waktu ni makanan yang menjadi penyumbang tertinggi kewujudan kolestrol such as daging, telur kuning, seafood.
2) Amalkan setiap pagi sebelum sarapan, dan setiap malam sebelum dinner makan OAT BG 22 dari bio grow yang ada dalam gambar tu. Serius power oat bg 22 tu bila dalam masa seminggu je paras kolestrol sal turun pada tahap normal. Thanks my dear sis Soraya Nashir atas tips makan oat jenis BG22 ni.
3) Makan Epal Hijaou at least 2 biji sehari. Sal makan sebelum makan nasi.
4) Amalkan makan bawang putih...erkkkkk bawang putih? Biar betul? Hehee jangan la amik yang mentah mentah tu. Tapi dapatkan yang dah di buat juice atau yang dah ditabletkan. Sal amalkan minum garlic juice yang my friend masak sendiri (macam dalam gambar kat atas tu)..dah habis dah pun sebotol. Sedap sangat Garlic Juice hasil tangan Che Nadya Arshad tu. 1st day minum Garlic Juice terus rasa panas-panas sedap je saluran darah satu badan. Alhamdulillah rasa bernyawa la bila garlic juice ni bertindakbalas mengikis saluran darah yang tersumbat.
Kalau uol nak order untuk cuba bantu ahli keluarga yang ada masalah arteri tersumbat atau tinggi paras kolestrol, boleh je contact Garlic Juice CheNad 016-2090702
Dan sal jugak amik dua tablet garlic Hai-o yang ada kat gambar tu. Alhamdulillah memang sangat membantu merendahkan paras kolestrol bila amalkan pemakanan basic macam ni.
Paling best adalah BERAT BADANKU TURUN 4 KILO!!!!!!!!
Mana tak turun kan, makan oat je dah memang dia tarik habis lemak jahat semua keluar. Ditambah pulak dengan khasiat epal hijau yang memang femes sebagai antioxidant, siap belasah garlic lagi hari-hari coz garlic terkenal sebagai pemecah lemak dalam darah dan badan. So sesuai sangat la semua ni untuk uol yang memang plan nak turunkan berat badan.
Sambil tu jangan lupa bersenam. Mesti kena bersenam keluarkan peluh. Kalu uol tak de masa nak workout kat gym atau pergi tasik buat lari lari anak, uol mop mop rumah ke sapu sapu sampah sampai keluar peluh pun dah ok. Sebab cara singkirkan toksik memang akan melalui peluh dan buang air besar dan kecik.
Nak sihat tak boleh malas dan kedekut. Mesti nak kena spend lebih untuk kekalkan kesihatan.
Alhamdulillah tuhan uji sal dengan ujian kesihatan ni di waktu sal mula dapat kebebasan masa dan bebas berbelanja. Jadi kurangla sikit tekanan untuk ke sana ke sini bagi nak sembuhkan balik masalah kesihatan yang ada. Sebab nilai sihat memang tak terhitung harganya. Tuhan pinjamkan kita segala apa yang ada pada tubuh kita ni, jadi kita mesti nak kena jaga sungguh-sungguh nikmat yang dah Allah beri sebaik mungkin.
Benda bernilai memang mahal!
Thats y rasa berbaloi jugak sejak 4 tahun dulu dah invest untuk pakai Premium Beautiful walaupun masa tu tak ada duit pun nak beli pb. Ye la hilang akal apa gaji dua ribu nak beli baju dalam dua ribu jugak. Tapi Alhamdulillah pb antara asbab hormon thyrod sal maintain normal sepanjang 4 tahun ni. Workout sambil pakai pb pun memang antara kaedah terbaik untuk dapatkan bentuk badan kemas dan cantik. Niat kan pakai untuk sihat. Sebab bila sihat baru datang cantik. Sungguh sal cakap,bila sakit, kita sendiri tak kan ada mode nak senyum dan bergaya...kita mudah murung...tapi bila jadikan Premium Beautiful sebagai alternatif rawatan, in shaa Allah ianya sangat membantu.
Nak tau apa itu Premium Beautiful?
Jom ke link ni...details.
http://www.salleharoslan.com/2014/05/apa-itu-premium-beautiful.html
Bila uol follow tips :
Makan oat
Makan epal hijau
Amalkan Garlic
Workout
memang in shaa Allah uol boleh turunkan berat badan punya. Tapi bila berat turun, biasanya kulit kita pun mesti nampak jatuh. Kulit jadi tak firm. Sebab tu premium beautiful sangat digalakkan pakai untuk membantu tegangkan kulit yang meggelebeh pada badan selepas kita turun berat badan. Sambil tu boleh la pb bantu control berat badan uol dari naik semula. Eh letih tau nak jaga badan selalu ni. jadi apa salahnye invest je la sekali seumur hidup untuk pakai pb. Biar pb yang jalankan kerja dia untuk maintainkan berat badan ideal kita.
PALING PENTING!
WAJIB JANGAN TINGGAL!
DOA.......DOA SENJATA PALING MUSTAJAB UNTUK SEGALANYA. SUNGGUH SUNGGUH DOA MINTA SESUATU YANG KITA NAK HANYA DENGAN ALLAH. TAK KISAH LA WALAU KITA BERHAJAT NAK TURUNKAN BERAT BADAN SEKALI PUN.