Thanks For Your Support

Thursday, June 18, 2015

Bagaimana untuk kurus sebelum raya?

Bila dah always maintain shape ni, buatkan sal tak faham kenapa orang obses sangat dengan perkataan kurus?

Apakah definisi kurus bagi uol ye? 
Kurus kering
Kurus melidi
Kurus Melengkung
Kurus Cengkung
or Kurus macam Rozita Che Wan?

Ikutkan, Che Tah ni kurus yang ada shape cantik.
 Che Ta bukan jenis kurus yang sal senaraikan kat atas tu...bukan na...hehee...dan kalau uol memang tertanya-tanya bagaimana untuk kurus sebelum raya, ada beberapa tips yang sal boleh share kan untuk uol amalkan dalam lifestyle uol untuk dapatkan berat badan ideal dan bentuk badan menarik sepanjang masa.

Jadi kalau uol memang teringin sangat nak dapat shape badan yang cantik tak bertingkat-tingkat macam che ta, apa kata jom sama-sama amalkan cara yang macam sal share kan ni. Tapi jangan la uol expect hari ni buat, esok dah siap dah badan kemas macam che ta ni.








.
1. Jadikan air masak sebagai minuman utama

Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. 
Tapi selepas tu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. 
Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori 
berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. 
Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan 
kepada berat badan!


2. Makan 5-6 hidangan kecil sehari

Makan berulang kali tapi dalam kuantiti yang sikit. 
Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan
 makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. 
Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, 
maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. 
Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal 
kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.


3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari

Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah 
masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh
 ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang 
memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, 
window-shopping di pusat membeli-belah, 
parking kereta anda jauh sikit dan lain-lain. 
Ni kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh 
mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun 
tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari


4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda

Ada sebab mengapa restoran makanan segera tak menggunakan warna biru 
dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tak kajian 
mendapati warna biru menghalang selera.
 Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, 
pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. 
Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren
 di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera!







Hahaa patut la sal maintain kurus. Alhamdulillah.
Sejak buat business ni memang suka pakai color biru.
Banyak kan gambar sal berbaju dan pakai shawl biru? :D

5. Buang pakaian besar anda

Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!), 
pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang
 sudah gelebeh tu. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa
 membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti 
menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!

6. Gunakan pinggan yang kecil

Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda 
maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan
 sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.

7. Makan bijirin untuk sarapan

Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk
 kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa.
 Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam 
seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding 
mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. 
Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

8. Makan hanya apabila lapar

Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya 
kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas,
 kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, 
pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. 
Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, 
anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda
 benar-benar lapar.

9. Makan dengan tenang dan perlahan

Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit 
berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang.
 Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, 
dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk 
berhenti bila tiba waktunya.

10. Makan buah-buahan

Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan 
atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. 
Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan 
mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda
 akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.

Jom Ubah..jom maintain lifestyle sihat ni ;)
Selamat mencuba dan semoga berjaya.



No comments:

Post a Comment