Thanks For Your Support

Thursday, June 25, 2015

Learn to smile again and again



Alhamdulillah...
In the journey of life, we pass pleasures and pain... There will be sunshine and rain...there will be loss and gain but we must learn to smile again and again.

Pusat Zakat Selangor


Jangan fikir apa sumbangan orang pada kita...tapi biasa kan fikir apa sumbangan yang boleh kita beri pada orang lain...

Kisah di pusat zakat banyak membuka mata yang sebagai orang islam memang kita kena berusaha untuk jadi kaya...jadi kaya untuk jadi penyumbang zakat...kerana suasana di kaunter zakat jumlah penerima lebih ramai dari yang memberi...jom rebut saham akhirat...perkongsian ni bukan tujuan untuk berbangga diri sebab sal dulu pun antara penerima zakat jugak...jadi beranikan diri untuk keluar dari perasaan "TAKUT JADI KAYA" sebab jangan lupa memang duit bukan segalanya, duit memang tak boleh bawa masuk kubur tapi dengan duit in shaa Allah boleh jadi alat untuk kita ke syurga...


Saturday, June 20, 2015

Dari Page Facebook Siakap Keli

Assalamualaikum dan Salam sejahtera dan Salam Ramadhan para sahabat..
Bapa En Nazri disahkan mengidap canser kulit tahap 4 dan disahkan oleh doktor hanya mampu bertahan selama 6 bulan kerana penyakit beliau semakin teruk.
Sudah berumah tangga dan dikurniakan seorang putera yg kini berusia 1 tahun 8 bulan. Ujian demi ujian diturunkan apabila ketika umur Adik Nasrullah 3 bulan, anak comel ini telah disahkan menghidap penyakit Sindrom Men'Sky Kinky Hair yang menyebabkan kerosakan otak, Sawan & Pundi kencing yang bermasalah.
Adik Nasrullah juga bergantung susu khas dan menyusu hanya mengunakan tiup yg dipasang melalui lubang hidung.
Tabahnya mereka.Memandangkan En Nazri tidak boleh bekerja Puan Norazreen penganti En Nazri mencari sesuap Nasi untuk kehidupan mereka.Puan Norazreen hanya menolong ibunya berniaga Kuih kecil2an.Berapa sangatlah Puan Norazreen dapat jika dibandingkan kos2 rawatan & harian mereka.Tabahnya seorang Ibu.Tapi didalam hati tiada siapa yang tahu.
Mereka jugak telah menerima Bantuan dari Kebajikan Masyarakat & Majlis Agama Islam tapi ianya tidak mencukupi
Memandangkan kos rawatan adik Nasrullah amat tinggi dan memerlukan wang yang lebih untuk membayar tambang teksi berulang alik ke Hosp Sungai Buloh & Hospital Besar Kuala Lumpur.


Ni wajah penyejuk hati Adik Nasrullah.


Anak kecil yang hanya mampu terbaring sejak dari usia TIGA BULAN. Sekarang Adik Nasrullah berusia setahun lapan bulan dan masih meneruskan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.


Adik Nasrullah dan ayahnye En Nazri. 
En Nazri pun dalam keadaan yang tak berapa mengizinkan. Tapi beliau tetap gagah dalam membesarkan anak kecik ni. Ada ketika beliau la yang membawa motor sendiri ke Hospital. Apa yang sal difahamkan, En Nazri mempunyai penyakit kulit yang kritikal dan beliau sangat alah dengan cuaca panas especially bila terkena direct matahari.

Ya Allah yang maha pengasih lagi maha menyayangi, Hanya padaMu kami bermohon semoga limpahkan lah rezeki dan kesihatan yang baik buat mereka sekeluarga dan kami semua.Amin.


Lepas baca je status dari page siakap keli, terus kami sekeluarga bersiap untuk ziarah dan membantu apa yang termampu untuk keluarga en Nazri ni. Nak beri sumbangan tenaga kami tak terkejar nak penuhi, jadi in shaa Allah kami akan cuba memberi saluran yang lain.

Ibu ayah pesan, bulan puasa banyakkan bersedekah, berzakat dan infaqkan harta ke jalan Allah...Banyakkan memberi sepenuh hati. Bina saham akhirat sebanyak mungkin. Tak perlu menunding jari pada pihak-pihak berwajib yang lambat turun padang. Apa kata kita galas tanggungjawab bersama untuk membantu apa yang termampu.

Orang kata "sorokkan kebaikkan mu sebagaimana kamu sorokkan kejahatan mu" tapi apa kata setiap kali kita nampak post-post berkaitan dengan orang memberi sumbangan itu dan ini, kita pandang pada sudut positif. Amalkan sikap berbaik sangka...cuba anggap itu adalah pembakar untuk kita pun berlumba-lumba berbuat kebajikkan. Berlumba-lumba untuk memberi pada yang memerlukan. 

Bergenang air mata bila mula mendaki tangga menuju ke tingkat empat rumah ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.





untuk menyumbang, para sahabat boleh bank in ke acc parents adik Nasrullah
Akaun no :
12168020017605 Bank Islam (Muhd Nazri bin Nuwis Abdullah @ Anthony Anak Nuwis)
Tel no: 01123382877 @ 0192710034 Muhd nazri
Kepada sesiapa yang ingin melawat keluarga ini boleh bebruat demikian ke:
K7-L4-13 Rumah Pangsa Kristana 7, Taman Sri Pristana 1 Saujana Utama 47000 Sg Buloh, Selangor
Semoga sumbangan para sahabat dapat memberi sedikit sinar buat mereka sekeluarga menempuh liku-liku hidup dan marasai nikmat Ramadhan seperti kita semua



Thursday, June 18, 2015

Bagaimana untuk kurus sebelum raya?

Bila dah always maintain shape ni, buatkan sal tak faham kenapa orang obses sangat dengan perkataan kurus?

Apakah definisi kurus bagi uol ye? 
Kurus kering
Kurus melidi
Kurus Melengkung
Kurus Cengkung
or Kurus macam Rozita Che Wan?

Ikutkan, Che Tah ni kurus yang ada shape cantik.
 Che Ta bukan jenis kurus yang sal senaraikan kat atas tu...bukan na...hehee...dan kalau uol memang tertanya-tanya bagaimana untuk kurus sebelum raya, ada beberapa tips yang sal boleh share kan untuk uol amalkan dalam lifestyle uol untuk dapatkan berat badan ideal dan bentuk badan menarik sepanjang masa.

Jadi kalau uol memang teringin sangat nak dapat shape badan yang cantik tak bertingkat-tingkat macam che ta, apa kata jom sama-sama amalkan cara yang macam sal share kan ni. Tapi jangan la uol expect hari ni buat, esok dah siap dah badan kemas macam che ta ni.








.
1. Jadikan air masak sebagai minuman utama

Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. 
Tapi selepas tu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. 
Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori 
berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. 
Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan 
kepada berat badan!


2. Makan 5-6 hidangan kecil sehari

Makan berulang kali tapi dalam kuantiti yang sikit. 
Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan
 makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. 
Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, 
maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. 
Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal 
kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.


3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari

Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah 
masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh
 ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang 
memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, 
window-shopping di pusat membeli-belah, 
parking kereta anda jauh sikit dan lain-lain. 
Ni kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh 
mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun 
tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari


4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda

Ada sebab mengapa restoran makanan segera tak menggunakan warna biru 
dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tak kajian 
mendapati warna biru menghalang selera.
 Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, 
pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. 
Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren
 di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera!







Hahaa patut la sal maintain kurus. Alhamdulillah.
Sejak buat business ni memang suka pakai color biru.
Banyak kan gambar sal berbaju dan pakai shawl biru? :D

5. Buang pakaian besar anda

Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!), 
pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang
 sudah gelebeh tu. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa
 membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti 
menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!

6. Gunakan pinggan yang kecil

Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda 
maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan
 sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.

7. Makan bijirin untuk sarapan

Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk
 kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa.
 Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam 
seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding 
mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. 
Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

8. Makan hanya apabila lapar

Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya 
kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas,
 kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, 
pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. 
Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, 
anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda
 benar-benar lapar.

9. Makan dengan tenang dan perlahan

Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit 
berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang.
 Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, 
dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk 
berhenti bila tiba waktunya.

10. Makan buah-buahan

Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan 
atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. 
Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan 
mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda
 akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.

Jom Ubah..jom maintain lifestyle sihat ni ;)
Selamat mencuba dan semoga berjaya.



Tuesday, June 16, 2015

Tsunami Duit Raya Top Leaders Circle for June 2015

How do u feel bila seminggu sebelum raya nanti, amount income macam ni akan tertera dalam akaun bank uol??? wink wink...

Banyak yang boleh kita buat dengan income macam ni kan. Nak balik beraya pun kurang tekanan bila kita mampu berbelanja tanpa bajet bajet dah dengan income extra macam ni.

Selalunya sal and my team tak pernah sharekan total pendapatan bulanan kami.

Tapi hari ni sal TERPAKSA share jugak dengan uol especially buat yang 
dalam minda dia always ada rasa

"Ye ke...?"
"Boleh percaya ke...?"
"Buat bisnez tambah hutang..."


Ni antara income bulan June team kami...Semoga dengan perkongsian ni dapat buatkan uol percaya yang berniaga memang boleh buatkan kita bebas masa, 
bebas berbelanja, 
bebas hutang, 
bebas menyimpan dan 
bebas memberi..


Bonus business memang masuk di tengah-tengah bulan. Kalau uol tengok semua gambar ni dan di bawah ni semua bertarikh 11 June.







Untuk uol yang tercari-cari peluang berniaga dengan income bulanan macam ni boleh segera contact sal untuk sal terangkan secara telus bagaimana uol boleh generate income sampingan seperti ni. Majoriti my team yang berniaga with Top Leaders Circle ni bermula dengan part time sahaja. Tapi makin lama buat in shaa Allah income CEO pun mampu kita capai.



Premium Beautiful Expert, TLC Master Trainers
Salleha Roslan
011-1631 1641

Premium Beautiful Expert in action

Peluang di mana-mana dan sentiasa ada...asalkan tak putus asa dalam menjemput rezeki...

Hari ni jumaat, and of coz husband sal yang akan drive kan sal ke sesuatu lokasi. After turunkan kami anak beranak di Tesco Menjalara ni en hubby terus ke Masjid berdekatan. 

Alhamdulillah dapat pengalaman baru dalam berkongsi tentang product dan bisnez di hari jumaat ni...appointment dengan cash buyer berbangsa Chinese ni buatkan sal rasa bersyukur sangat-sangat dengan nikmat hidup yang Allah bagi sampai hari ni...happy ada, nak nangis pun ada...sebab client yang sal jumpa ni adalah seorang yang cantik dan istimewa...dia tak boleh mendengar dan tak boleh bercakap...cara kami berkomunikasi pun adalah melalui TULISAN di atas buku...

Ya Allah!!! Semoga dikekalkan nikmat bercakap dan mendengar yang masih dipinjamkan ni...

Masa dia bagi tau dia tak boleh dengar dan cakap, terus sal rasa macam nak peluk-peluk je dia sebab kekuatan dia dalam hidup buatkan sal tersentap dan makin perlu kuat tanamkan erti syukur dengan setiap nikmat yang Allah beri.

Kami berkomunikasi baru semalam melalui whatsapp di mana client ni nak beli pb untuk atasi masalah bentuk badan tak sekata.


"Saya tak pernah pakai corset sesedap ni..." -client pb-

Bila pakai dengan PB Expert dan dapat size yang betul, in shaa Allah confirm tak pandang corset lain dah...yang best nye pb ada fungsi detect and protect tubuh badan kita.


Lunch with Damia and Danisha. 
Lunch tapi makan menu breakfast...hehee...kami makan roti canai dan roti bom dengan kari ayam.


Fitting pb corset dalam toilet. Sambil pakaikan premium beautiful sambil explain tentang healing crisis atau tindakbalas yang berkemungkinan akan dihadapi oleh pengguna peringkat awal corset no 1 Malaysia ni. Premium Beautiful memang unik kerana kesan tindakbalas PB bergantung pada badan seseorang. Sekiranya pada minggu pertama kita melalui ketidakselesaan pada mana-mana bahagian badan seperti pening, loya, sakit-sakit area badan, gatal-gatal, rasa lesu etc tu adalah normal dan in shaa Allah kesan tersebut hanya lah sementara kerana proses detox sedang berlaku. Advice sal segera refer agent premium beautiful uol.


Another product and business sharing.

Semua orang perlu ada knowledge tentang pemilihan baju dalam supaya tak memberi kesan buruk pada tubuh badan kita sebab baju dalam adalah pakaian yang kita pakai hari-hari dan paling lama di pakai dalam sehari.

lepaking with the girls pulak. 
Seronok Damia and Danisha dapat toys ulangan yang baru. Kenapa toys ulangan? Hehee sebab dah pernah beli dah mainan jual-jual ni kat diorg sebelum ni tapi dah selamat masuk tong sampah sebab dah hancur dikerjakan Muhammad Danish Shafiq.

Happy sangat dengan life macam ni bilamana sambil bekerja sal masih di beri masa untuk bersama dengan suami dan anak-anak tak kira masa. Bebas nak decide nak bekerja bila dan di mana. Really love my job. Alhamdulillah atas kebebasan masa yang Allah mula kurniakan pada kami sekeluarga.

Buat uol yang teringin nak sal sharekan tentang peluang jana pendapatan yang boleh membantu kita bebas masa dan bebas berbelanja, boleh je whatsapp Sal untuk sal sharekan pengalaman berniaga bersama Top Leaders Circle.



Mother Of Three, Premium Beautiful Expert:
Salleha Roslan
011-1631 1641


Monday, June 8, 2015

Berniaga Online Bersama Top Leaders Circle dengan pendapatan tetap melebihi RM10,000 Sebulan.





Bila husband and wife bergabung buat business in shaa Allah confirm sales makin melambong!!! 

Untuk free fitting and special price untuk#PremiumBeautiful ni boleh jugak dapatkan dari agent AKTIF terlatih yang sal senaraikan ni:
Hazwani Nur - KELANTAN
Zakiah Kamarudin - PAHANG
Liyana Tahar - TERENGGANU
Myz IzzuQa - LEMBAH KLANG 






Fikir punya fikir, makin ramai yang makin ke depan...kita yang banyak sangat fikir ni end up hanya akan jadi ahli fikir...nak mula berniaga ni tak perlu banyak sangat fikir...nak pulak bila buat bisnez berMENTOR dan banyak proven success depan mata...

Nak tunggu perfect lagi la...memang sampai ke sudah kita hanya akan jadi penonton pada kejayaan orang lain...

"Ko buat dulu"
"Ko kaya dulu"

Tu ayat biasa...tapi.......bila bukti dah ada depan mata, ayat dia jadi lain pulak...

"Ala...ko tak pe la...ko dah lama buat..."
"Ko tak pe la ko pandai cakap"
"Ko tak pe la ko dah berjaya"
"Ko tak pe la ko dah bla bla bla bla"

Bahaya diri kita bukan dari percakapan orang...tapi dari pecakapan kita...!!!

Dari sentap tengok kejayaan demi kejayaan orang lain, baik kita terus bermula dan jangan berhenti sampai bila-bila.



Gambar yang sal share kan ni semuany adalah dalam waktu yang berbeza. Ni antara bukti yang team kami di Top Leaders Circle adalah perintis jualan Premium Beautiful. Dan ni membuktikan yang TLC sangat serius dengan business Premium Beautiful. 

Kami tak jual plan pemasaran. Tapi focus kami memang 100% pada perkongsian product Premium Beautiful. 

Sekiranya anda tercari-cari peluang untuk jana pendapatan secara online, tapi tak tahu nak mula macam mana dan tak pasti nak berniaga apa, in shaa Allah sal boleh cuba fahamkan bagaimana kami di Top Leaders Circle menjana pendapatan bulan pertama dengan income melebihi dua kali ganda dari pendapatan kerja hakiki anda. KAMI BERNIAGA JUAL BELI PRODUCT dan BUKAN BERNIAGA PLAN. Tapi untuk berjaya dalam perniagaan kita mesti plan sebaik-baiknya dan yang terbaik dalam business ni adalah sistem Business Coaching se cara PERCUMA sentiasa diberikan. Jadi, jimat duit anda untuk keluar ribuan ringgit untuk belajar teknik berniaga secara online.


Kami buat business service PB, jual PB...bukan buat bisnez PERAM PB 
wink emotic

Alang-alang berniaga, biar jadi peniaga berilmu...biar jadi peniaga yang serba tahu...
Congratulation untuk penerima income five figure bulan ni....!!!





Premium Beautiful Expert Malaysia, Singapore, Brunei:

Salleha Roslan

011-1631 1641



Monday, June 1, 2015

Premium Beautiful Expert activities

Hari ni hari Khamis. Damia tak sekolah becoz of Demam...sejak sekolah petang ni Damia memang kerap demam becoz of weather yang agak panas sekarang ni. So today macam biasa after zuhor usung semua anak-anak masuk kereta then ke stokis untuk restock barang and buat postage. 

Makin hari buat business ni memang makin enjoy sebab Alhamdulillah kami suami isteri mula BEBAS MASA dan Makin bebas berbelanja. Even GST melanda alhamdulillah we will survive tanpa tekanan. In shaa Allah dengan kudrat yang Allah masih pinjamkan ni, akan kami usahakan yang terbaik untuk family dan masyarakat yang memerlukan. Seriously, makin hari berniaga, makin banyak pengalaman berharga yang mengajar erti hidup dan bersyukur.

Membesar dalam keluarga yang serba kekurangan bukan halangan dan alasan untuk kami keluar dari kemiskinan, tapi tu sebenarnye adalah kekuatan untuk kami berjuang supaya anak-anak dapat merasai nikmat hidup sebenar.

After settle urusan stokis, fitting premium beautiful and postage, Sal decide untuk makan kat SACC Mall je la senang coz from stokis Shah Alam nak ke SACC tak jauh dah dan senang nak bergerak dalam bangunan. As always, memang park dekat vallet parking je senan coz boleh terus masuk main entrance mall.


Budak demam request nak makan nasi kerabu kat Malaysian Bistro. 


Nasi Kerabu kat sini memang sedap. So buat penggemar nasi kerabu yang tercari-cari nasi kerabu sedap kat area KL Selangor ni boleh la ke Malaysian Bistro SACC Mall Shah Alam.


Mama makan nasi kukus sambil suap Danisha and Danish.
Diorang ni suap 3 ke 4 suap kenyang dah.


Berselera makan nasi panas-panas. 


La tahzan

Bila rasa sedih jangan cari manusia, tapi dahulukan dengan mencari pencipta...
in shaa Allah segala sedih dan rasa lemah akan pergi bila kita kerap bercerita pada pencipta...DIA tempat meminta dan DIA tempat mengalirkan airmata...

La Tahzan
Innallaha Ma'ana